Pages

Monday, March 4, 2013

#PrayforSabah #PrayforLahadDatu

Tiga minggu lepas, masa Hana mula-mula cerita pasal Lahad Datu ni kat aku, aku buat donno. Aku rasakan ini cuma kes terpencil. Aku percaya waktu tu, dengan berita di tv bahawa penceroboh/pejuang di situ hanya 100 orang dan polis boleh "selesaikan" masalah. Macam mana mereka "selesaikan" Memali dan Al-Maunah dulu. Oh yes, masih ramai yang terkesan dari sejarah tu hidup dan menceritakan perkara yang berlaku.  

Aku tak tahu cerita sebenar. Takda sapa boleh confirm cerita sebenar. Sampai sekarang rakyat Malaysia ni semenanjung hanya tertunggu-tunggu media untuk laporan. Be it laporan itu tepat, separa tepat atau salah. Twitter feed laju macam air. 

A hearsay(?) statement aku dengar dan baca, mereka ini sebenarnya dah lama integrated dalam rakyat Sabah. Mereka telah lama hidup dan membesar di Sabah. Dan mereka bukan setakat 100 orang bagai dikhabar. Mereka lebih dari tu. Separuh adalah rakyat Sabah sendiri.

Dan berita yang paling sedih adalah bila salah seorang penceroboh/pejuang dipukul mati oleh orang kampung. Betapa panik berleluasa di sana sehinggakan mereka sanggup mengambil satu nyawa sedangkan penceroboh itu boleh ditangkap dan diserahkan kepada pihak berkuasa. 

Mereka ini gelar diri sebagai pejuang. Mesti ada perkara yang mereka juangkan, seperti kata Dr Zakir Naik. Tentu ada oppression in any way ke atas mereka, kesusahan yang telah dilalui yang menyebabkan mereka "bangkit", berlatih ketenteraan dan berani mengangkat senjata.

Ada yang dakwa mereka ini tak bersyukur kerana diberi peluang, diberi perlindungan untuk berhidup di Malaysia setelah diusir dari Filipina di zaman diktator. 

Aku tergelak, sedangkan jasa seorang abang tidak dikenang adik-adik, sedangkan pengorbanan seorang ibu, seorang bapa dilupakan anak-anak, sedangkan nikmat Allah tidak disyukuri umat manusia....

Dan kebodohan berterusan apabila masing-masing menunding jari dan perkara ini berterusan dipolitikkan. Menyatakan ini satu konspirasi - kerajaan atau pembangkang.

Ramai yang mula jadi keyboard warrior. Menuduh begitu dan begini. Memaki itu dan ini. Hanya berani di online, kecil dan dibelakang bila di dunia sebenar.

Aku berharap kita semua letak tepi our disagreement dan bersatu, waktu ini. Regardless apa yang berlaku sebelum ini antara Malaysia, Filipina dan Sulu, kita utamakan rakyat kita di sana. 

Berdoalah untuk rakyat kita. Berdoalah untuk hero kita.
Untuk keselamatan mereka.

Berdoalah untuk penceroboh.
Supaya mereka memilih jalan yang menghentikan pertumpahan darah.

Ya Allah, bantulah kami. Lindungilah kami. Tunjukkanlah kebenaran, Ya Allah.

1 comment: