Pages

Friday, May 24, 2013

Ayam Rendang Daun Maman

bila aku lalu KL, aku selalu buat sms-announcement, bajet glamer. number yg slalu aku dail adalah mereka2 ini -sorang (dari 2 orang dan gerombolannya) yang sentiasa ada bila ko perlukan kawan, sorang dah habis pantang, sorang tak balik kampung kat Rembau, sorang osem kat Melaka dan sorang tengah kursus kawin. 
"apa plan? apa-apa ko gtau."
"ko azwa, bila nak berenti buat keja gila?"
"abih tu, bos ko tak marah?"
"ada ape kat n9? singgah melaka"
"u go hit wall la. tamak."
feeling aku cam tai kar-che (kakak besar) turun kawasan.
******

"acik, angah dah pegi dah pejabat pagi tadi, dah masuk dah. pastu gi kat bos mintak cuti hari ni. kata nak datang sini. tak nak biar abah drive sorang2" statement ni aku buat dengan harapan bahawa acik puji aku adalah  tanpa nafi seorang anak solehah yang berbakti kepada ibu bapa. Acik tak layan. 
*****

"omak ko 55 tahun jo. makcik dah 58, anak ada 7 orang, cucu pulak dah 10 orang. bapak ko pun takdo la tua, suami makcik dah 6o lobih dah...  ko belajar lagi ke, kakak?"
"taklah, dah keja. dah lama dah keja. kenapa? nampak saya muda ke, acik?"
"ye lah, makcik tanyo la. kau kojo ko belajar laie? ko anak bongsu ko, kakak?" 
meskipun makcik tak jawab, aku tahu by heart and soul, makcik tu ingat aku muda belia. muda remaja. muda jelita. semuda-mudanya. muda cam anak-anak dia yang ikut dia gi kenduri tu. muda sungguh la. unexpectedly muda. 
*****

"you speak very good english" 
"oh, i have this american accent, american slang, right?"
"yes, you do."
"yeah, i watched too much tv"
aku rasa cam rock star malam tu masa borak dengan cikgu-cikgu bahasa inggeris dari Holland dan England tu. rokers bersatu to the star.  
*****

paling epic sekali adalah, pertama kali dalam sejarah kehadiran ke majlis kenduri orang kawin aku pakai t-shirt pinjam, cardigan dan kain batik. 

p/s: aku rasa pasni aku kena cari keja baru. oh, dan aku perlu bawak ayam rendang daun maman dari Jalan Tenai ni ke pejabat hari Isnin nanti. pastu aku cari keja baru. 

Monday, May 20, 2013

"muka gini kalo buat ajaran sesat pun orang ikut"

baru-baru ni, aku p mention kat court pasal kes tuntut hutang. so, bila sampai turn aku and the other party,  si comel tu senyum kat aku dan kenalkan diri dia. peh, ni kalo aku lelaki sejati, maybe aku takkan segan silu  atau pakai member mcm kebanyakan lelaki melayu nak mintak nombor henpon dia. dah la ayu wajahnya, bulat matanya, comel senyumannya, cerah kulitnya, bertudung litup, bernada santun. 

dan aku nyatakan di sini dengan tegasnya, kalo si comel ni buat ajaran sesat pun, aku rasa berpusu-pusu yang ikut dia. sungguh dengan tegas sekali.

lepas dia kenalkan diri dia, dengan sopan dia tanya aku nk buat mcm mana skrg, pihaknya ada forwardkan cadangan untuk mediation, sama ada pihak aku setuju atau tidak. aku cakap dalam bahasa kebangsaan - "kami dah inform klien tapi kami tak terima respon dia pun, so saya tak boleh jawab sekarang. sepatutnya hari ni mention untuk filekan bundle. hmmm, takpa la, kita minta next date and we'll see how, okay?" dia angguk. wajahnya sedikit risau. aku senyum kat dia, to assure her, it's gonna be okay. 

bila masuk appear kat tuan, mata tuan pun bertumpu je pada si comel. well, who doesn't.

selepas beramah mesra dan bermukadimah adanya, si comel pun mula berkata-kata "tuan, pihak-pihak telah bersetuju untuk proceed dengan mediation. oleh itu, kami mohon untuk tetapkan tarikh untuk mediation

oh, racun rupanya. racun ini. racun sungguh. 
si comel ni kalo buat ajaran sesat ni memang berjaya ini. 

Thursday, May 16, 2013

Sambutan Hari Guru 1994

Time tu umur aku 9 tahun dan sekolah kata akan buat sambutan Hari Guru. Untuk budak sekolah rendah dan yang masih dengar cakap cikgu, semua orang excited dan tak de lagi masa tu perasaan "sambutan kat sekolah, yeay! boleh ponteng!"

So, berpusu-pusu idea masuk ke dalam benak budak-budak sekelas aku nak bagi apa kat cikgu. Aku dengarkan aje memula. Tapi, bila aku teringatkan kebaikan cikgu bahasa malaysia aku tu, aku rasa aku perlu  hadiahkan dia sesuatu. Sebagai tanda terima kasih kat dia. Cikgu aku yang sorang ini sangat lembut suaranya, tulisan dia kat papan hitam tu macam font dlm komputer, apa yang ada dalam kepala aku dia macam boleh baca. Dia aje cikgu yang boleh kawal aku.  

Masa sekolah rendah dulu, sebab malas pegi mengaji (berlagak la time tu, sebab aku dah khatam al-quran masa darjah tiga tu), aku dulu suka lepak kat sekolah ngan kawan-kawan lepas habis sekolah. (antara hobi aku selain buat-buat sakit perut dan tidur kat Bilik Sakit atau lari dari Pendidikan Jasmani dan lepak kat Stor Sukan). Aku gi pagi, bawak baju sukan dan tunggu sampai sekolah petang habis then naik bas sekolah dengan diorang. Bas sekolah aku yang tokey dia Pak Long Fauzi yang muka macam Zarul Umbrella tu.     

Aku penah tipu cikgu kata aku ada penat sebab tu aku tak boleh dilistkan dalam Jadual Bertugas Kelas dan aku penah kena tampar bahu dengan dia sebab aku usik Wan Zetty Rafina dengan ular plastik. Menangis teresak beliau. Zetty, bukan cikgu.  

Bila aku stay back dan bila lapar, selalu gak aku dan kawan-kawan pegi berjalan kaki sampai kat rumah cikgu kat Taman Uda untuk makan nasi dan tengok power rangers kat rumah dia. heh. Sekolah kat depan Giant, Souq Albukhary tu, rumah cikgu kat Taman Uda, mantop tak? mantop tak? Sebab tu aku kurus dulu. hahahaha.   

Dek kerana aku takde pendapatan time tu, (d'uh) aku menangis berguling-guling depan mak abah aku. Mintak tolong beli hadiah kat cikgu. Tak penah-penah aku mintak actually. Bukan aku takde berahi nak beli hadiah kat cikgu2, cuma, yelah, aku tak diajar untuk memberi dan menerima hadiah. 

Sehari sebelum sambutan Hari Guru kat sekolah, macam biasa petang-petang aku akan bawak basikal pergi rumah Tok Wan aku nak main badminton. 

You see, kalau aku keep up that active lifestyle, main badminton, berbasikal, berjalan kaki ke merata tempat, aku adalah superbly indestructible, awesome and sexy. but, hey, i cant have everything, right? 

Dari kejauhan aku nampak adik abah aku, Mak Njang Rose bawak sejambak bunga chrysanthemum besar gabak dalam raga basikal dia. Dalam hati aku, "eleh, ada orang ngorat dia la tu". 

Sesampai dia depan rumah, dia bagi kat aku. Katanya, Tok Wan suruh belikan. Katanya lagi, Tok Wan kata  "Dekwa nak bagi hadiah kat cikgu dia". Dan dengan kembang hidung, di pagi Sambutan Hari Guru 1994 tu, aku serahkan pada cikgu, tanda terima kasih aku, tanda kekaguman aku pada seorang guru and she cried. We both cried. In fact, Zetty pun menangis.  

Terima kasih Tok Wan, terima kasih, Mak Njang. 
Dan istimewa hari ini, Terima Kasih Cikgu Siti Zaharah. 
Dan kepada semua cikgu, ustaz, ustazah, sir, madam, prof sejak aku tadika, sekolah sampailah ke Taman Ilmu dan Budi... 

1. Tadika, Sekolah Rendah & Sekolah Menengah
Cikgu Siti Aishah, Cikgu Chah, Cikgu Hajar, Cikgu Khabtiah, Cikgu Azlan, Ustazah Sharifah, Cikgu Arni, Mrs Thiagarajoo, Sir Fong, Cikgu Alwi, Ustazah Majdah, Teacher English masa tingkatan 3,4,5, Sir Mahmud (Al-Melele), Ustaz Ustazah masa kat Melele istimewa ustaz yang tibai aku dengan hanger), Ustaz Jamilah, Ustaz Shahabudin (cikgu disiplin), Ustaz Bad, Cikgu Add Math (sorry saya dapat 8E), Cikgu Rahmah, Cikgu Ramlah, Cikgu Ahmad (PKP paling cool Syed Omar). 

2. Matrik & UIA
Mdm Halyani, Ustaz Bob, Mdm Puteri Nemie, Sir Nik, Sir Muzafar, Md Duryana (sori saya selalu tidur dalam kelas CP dulu) Ustaz Aznan, Sir Aziz Bari, Mdm Mushera, Sir Iqbal (ye, saya tak amik kelas sir..huu) Mdm Zuhairah, Kak Sham, Ustaz Nushi, Mdm Shazu, Mdm Afridah, Ustaz Mohd Deen, Ustazah Zakiyah, Mdm Nik, Mdm Mahanoon (betul, bukan saya yang dengar mp3 dalam kelas madam tu), Sir Baha, Sir Salim, Sir Syed Tarique, Ustaz Zulkifly (ustaz menari M.Daud Kilau memang terbaik ah~) and tutors too! Bro Shahrul Mizan, J.Lee, Abg Shukor... ah, banyak lagi sebenarnya...   

3. UUM
Mdm Azlin, Prof Asmah Laili

(dan yang mana saya tak ingat, maaf. muka tu ingat, nama lupa... huuuu)

Juga untuk ibu bapa, kawan-kawan, keluarga, sahabat2 yang mengajar aku erti berhidup. 

Terima kasih untuk pelajaran kehidupan ini dan Selamat Hari Guru. 

Tuesday, May 7, 2013

Entri Selepas Pilihanraya

Hari Isnin, timeline Facebook aku berwarna-warni. Ada yang bergembira, masih kekal dengan pimpinan yang sama, ada juga yang bersedih kerna negeri tercinta ditakluki semula. Ada juga yang gembira, kerana telah nampak BR1M bernilai RM1000 seperti dijanjikan. 

Alor Setar muram. Di mana-mana kedai ditutup, kerana menjangkakan pimpinan akan kekal sama, kerana telah dijanjikan cuti umum. 

Aku bertemu sahabat. 

"hey"
"hey"

diam. 

"kedai makan tak buka hari ni"
"hmm? hmmm..." 

diam. 

"nak pegi tengok kat stadium?"
"ok" 

Sabarlah wahai teman. Sabarlah. Ingatlah kebaikan Allah. Ingatlah kasih sayang Allah. Allah mahukan yang baik-baik saja untuk kita. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.