baru-baru ni, aku p mention kat court pasal kes tuntut hutang. so, bila sampai turn aku and the other party, si comel tu senyum kat aku dan kenalkan diri dia. peh, ni kalo aku lelaki sejati, maybe aku takkan segan silu atau pakai member mcm kebanyakan lelaki melayu nak mintak nombor henpon dia. dah la ayu wajahnya, bulat matanya, comel senyumannya, cerah kulitnya, bertudung litup, bernada santun.
dan aku nyatakan di sini dengan tegasnya, kalo si comel ni buat ajaran sesat pun, aku rasa berpusu-pusu yang ikut dia. sungguh dengan tegas sekali.
lepas dia kenalkan diri dia, dengan sopan dia tanya aku nk buat mcm mana skrg, pihaknya ada forwardkan cadangan untuk mediation, sama ada pihak aku setuju atau tidak. aku cakap dalam bahasa kebangsaan - "kami dah inform klien tapi kami tak terima respon dia pun, so saya tak boleh jawab sekarang. sepatutnya hari ni mention untuk filekan bundle. hmmm, takpa la, kita minta next date and we'll see how, okay?" dia angguk. wajahnya sedikit risau. aku senyum kat dia, to assure her, it's gonna be okay.
bila masuk appear kat tuan, mata tuan pun bertumpu je pada si comel. well, who doesn't.
selepas beramah mesra dan bermukadimah adanya, si comel pun mula berkata-kata "tuan, pihak-pihak telah bersetuju untuk proceed dengan mediation. oleh itu, kami mohon untuk tetapkan tarikh untuk mediation"
oh, racun rupanya. racun ini. racun sungguh.
si comel ni kalo buat ajaran sesat ni memang berjaya ini.
No comments:
Post a Comment