Pages

Thursday, May 16, 2013

Sambutan Hari Guru 1994

Time tu umur aku 9 tahun dan sekolah kata akan buat sambutan Hari Guru. Untuk budak sekolah rendah dan yang masih dengar cakap cikgu, semua orang excited dan tak de lagi masa tu perasaan "sambutan kat sekolah, yeay! boleh ponteng!"

So, berpusu-pusu idea masuk ke dalam benak budak-budak sekelas aku nak bagi apa kat cikgu. Aku dengarkan aje memula. Tapi, bila aku teringatkan kebaikan cikgu bahasa malaysia aku tu, aku rasa aku perlu  hadiahkan dia sesuatu. Sebagai tanda terima kasih kat dia. Cikgu aku yang sorang ini sangat lembut suaranya, tulisan dia kat papan hitam tu macam font dlm komputer, apa yang ada dalam kepala aku dia macam boleh baca. Dia aje cikgu yang boleh kawal aku.  

Masa sekolah rendah dulu, sebab malas pegi mengaji (berlagak la time tu, sebab aku dah khatam al-quran masa darjah tiga tu), aku dulu suka lepak kat sekolah ngan kawan-kawan lepas habis sekolah. (antara hobi aku selain buat-buat sakit perut dan tidur kat Bilik Sakit atau lari dari Pendidikan Jasmani dan lepak kat Stor Sukan). Aku gi pagi, bawak baju sukan dan tunggu sampai sekolah petang habis then naik bas sekolah dengan diorang. Bas sekolah aku yang tokey dia Pak Long Fauzi yang muka macam Zarul Umbrella tu.     

Aku penah tipu cikgu kata aku ada penat sebab tu aku tak boleh dilistkan dalam Jadual Bertugas Kelas dan aku penah kena tampar bahu dengan dia sebab aku usik Wan Zetty Rafina dengan ular plastik. Menangis teresak beliau. Zetty, bukan cikgu.  

Bila aku stay back dan bila lapar, selalu gak aku dan kawan-kawan pegi berjalan kaki sampai kat rumah cikgu kat Taman Uda untuk makan nasi dan tengok power rangers kat rumah dia. heh. Sekolah kat depan Giant, Souq Albukhary tu, rumah cikgu kat Taman Uda, mantop tak? mantop tak? Sebab tu aku kurus dulu. hahahaha.   

Dek kerana aku takde pendapatan time tu, (d'uh) aku menangis berguling-guling depan mak abah aku. Mintak tolong beli hadiah kat cikgu. Tak penah-penah aku mintak actually. Bukan aku takde berahi nak beli hadiah kat cikgu2, cuma, yelah, aku tak diajar untuk memberi dan menerima hadiah. 

Sehari sebelum sambutan Hari Guru kat sekolah, macam biasa petang-petang aku akan bawak basikal pergi rumah Tok Wan aku nak main badminton. 

You see, kalau aku keep up that active lifestyle, main badminton, berbasikal, berjalan kaki ke merata tempat, aku adalah superbly indestructible, awesome and sexy. but, hey, i cant have everything, right? 

Dari kejauhan aku nampak adik abah aku, Mak Njang Rose bawak sejambak bunga chrysanthemum besar gabak dalam raga basikal dia. Dalam hati aku, "eleh, ada orang ngorat dia la tu". 

Sesampai dia depan rumah, dia bagi kat aku. Katanya, Tok Wan suruh belikan. Katanya lagi, Tok Wan kata  "Dekwa nak bagi hadiah kat cikgu dia". Dan dengan kembang hidung, di pagi Sambutan Hari Guru 1994 tu, aku serahkan pada cikgu, tanda terima kasih aku, tanda kekaguman aku pada seorang guru and she cried. We both cried. In fact, Zetty pun menangis.  

Terima kasih Tok Wan, terima kasih, Mak Njang. 
Dan istimewa hari ini, Terima Kasih Cikgu Siti Zaharah. 
Dan kepada semua cikgu, ustaz, ustazah, sir, madam, prof sejak aku tadika, sekolah sampailah ke Taman Ilmu dan Budi... 

1. Tadika, Sekolah Rendah & Sekolah Menengah
Cikgu Siti Aishah, Cikgu Chah, Cikgu Hajar, Cikgu Khabtiah, Cikgu Azlan, Ustazah Sharifah, Cikgu Arni, Mrs Thiagarajoo, Sir Fong, Cikgu Alwi, Ustazah Majdah, Teacher English masa tingkatan 3,4,5, Sir Mahmud (Al-Melele), Ustaz Ustazah masa kat Melele istimewa ustaz yang tibai aku dengan hanger), Ustaz Jamilah, Ustaz Shahabudin (cikgu disiplin), Ustaz Bad, Cikgu Add Math (sorry saya dapat 8E), Cikgu Rahmah, Cikgu Ramlah, Cikgu Ahmad (PKP paling cool Syed Omar). 

2. Matrik & UIA
Mdm Halyani, Ustaz Bob, Mdm Puteri Nemie, Sir Nik, Sir Muzafar, Md Duryana (sori saya selalu tidur dalam kelas CP dulu) Ustaz Aznan, Sir Aziz Bari, Mdm Mushera, Sir Iqbal (ye, saya tak amik kelas sir..huu) Mdm Zuhairah, Kak Sham, Ustaz Nushi, Mdm Shazu, Mdm Afridah, Ustaz Mohd Deen, Ustazah Zakiyah, Mdm Nik, Mdm Mahanoon (betul, bukan saya yang dengar mp3 dalam kelas madam tu), Sir Baha, Sir Salim, Sir Syed Tarique, Ustaz Zulkifly (ustaz menari M.Daud Kilau memang terbaik ah~) and tutors too! Bro Shahrul Mizan, J.Lee, Abg Shukor... ah, banyak lagi sebenarnya...   

3. UUM
Mdm Azlin, Prof Asmah Laili

(dan yang mana saya tak ingat, maaf. muka tu ingat, nama lupa... huuuu)

Juga untuk ibu bapa, kawan-kawan, keluarga, sahabat2 yang mengajar aku erti berhidup. 

Terima kasih untuk pelajaran kehidupan ini dan Selamat Hari Guru. 

No comments:

Post a Comment