Hari Isnin, timeline Facebook aku berwarna-warni. Ada yang bergembira, masih kekal dengan pimpinan yang sama, ada juga yang bersedih kerna negeri tercinta ditakluki semula. Ada juga yang gembira, kerana telah nampak BR1M bernilai RM1000 seperti dijanjikan.
Alor Setar muram. Di mana-mana kedai ditutup, kerana menjangkakan pimpinan akan kekal sama, kerana telah dijanjikan cuti umum.
Aku bertemu sahabat.
"hey"
"hey"
diam.
"kedai makan tak buka hari ni"
"hmm? hmmm..."
diam.
"nak pegi tengok kat stadium?"
"ok"
Sabarlah wahai teman. Sabarlah. Ingatlah kebaikan Allah. Ingatlah kasih sayang Allah. Allah mahukan yang baik-baik saja untuk kita. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
No comments:
Post a Comment