Pages

Thursday, December 19, 2013

Orang Pasir Mas

Pada jam 3 pagi di antara jalan Pengkalan Hulu - Gerik, dalam perjalanan pulang dari Machang, kota gear kereta abah gagal berfungsi dan menyebabkan Perdana hitam itu tersadai di tepi jalanraya. Gelap dan lengang. Hampir tiada kenderaan lalu ketika itu. Pilihan yang tinggal hanya menunggu sehingga pagi atau sehingga ada yang berhenti membantu. 

Dan senjata yang  ada di pagi hening hanya doa yang tak putus dan harapan pada Allah. Abah dan mak tidak tahu apa yang bakal berlaku. Mereka serah segalanya pada Yang Esa.  

Kemudian, sebuah lori berhenti, seorang hamba Allah menghampiri dan menghulurkan bantuan. Dia memeriksa kereta abah dan menelefon temannya untuk menunda Perdana abah ke workshop. Dia kemudian menjemput abah dan mak untuk tidur di rumahnya di Kampung Tendong, Pasir Mas, Kelantan.

Sesampai di rumahnya, isteri beliau siap menghidangkan minuman makanan dan menyediakan tempat tidur. Pasangan yang baik hati itu meyakinkan abah dan mak Perdana akan siap dibaiki besoknya.   

Meskipun telah hampir 3 tahun telah berlalu, persahabatan kerana Allah itu masih teguh. Tidak tercukup ucapan terima kasih di dunia buat keluarga yang baik ini. Hanya Allah yang dapat membalas budi pakcik Asri sekeluarga. Dan semoga persahabatan keluarga ini kekal hingga ke akhirat.  

Izdihar Hazim, Kak ngah pun minat The Red Warriors juga.  Gile tak minat. 

Dan aku teringatkan sebuah keluarga lagi yang juga berasal dari Pasir Mas yang sudi memberikan bumbung untuk aku berteduh, menumpang kasih dan bersabar melayan kerenah yang tak berapa nak center ini selama lebih empat belas purnama di Kelana Jaya. Entah bagaimana untuk aku balas kasih sayang mereka, dan sekiranya boleh aku balas, sebenarnya dan sesungguhnya tidak akan pernah mencukupi seumur hidup untuk dibalas. Sampai mati aku bawa budi ini. Sampai mati.

Sesungguhnya Allah telah mempertemukan aku dan keluarga dengan insan-insan yang terbaik dan berhati mulia.

Dalam setiap doa, tiada yang lain hanya kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas keindahan ini dan semoga Allah menambahkan pahala, rahmat, ganjaran dan barokah kepada kedua-dua keluarga ini yang sudi menghulurkan tangan mereka. Ya Allah, semoga mereka ini diberikan kesihatan yang baik, dianugerahkan usia yang berkat dan dimurahkan rezeki yang berlipat kali ganda serta dilindungi rahmat dan kasih sayang Allah dari sini sehingga ke JannahMu.

Dengan ini aku declare "Orang Pasir Mas, paling jjang satu Malaysia!!" *insert tanda heart heart berjuta kali* 

Sunday, December 15, 2013

Berkerjanya Duta Alor Setar: NDA BBQ Steamboat

Lama dah sebenarnya nak mengepost restoran stimbot yang ini. Asal pengetahuan adalah dari budak chambering kat ofis aku ni ha. Jadi, pada suatu hari yang lalu, yang telah lama dulu aku pun p dengan famili. 

Lokasi NDA BBQ Steamboat ini adalah betul2 berdepanan (giteew) dengan Hospital Sultanah Bahiyah, Jalan Langgar. Bila sampai kat traffic light hospital tu, sila take note sebelah kiri, kalo kamu datang dari Alor Setar. Kalo tak tahu jugak, sebangunan dengan Pusat Dialisis. 

Apa yang menarik kat BBQ Steamboat ni sampai aku kena post jugak entri ni walaupun dah gamaknya sebulan pergi selain faktanya aku malas buat research yang bos aku suruh pasal striking out application? 

  • Kira pakai kepala - dewasa RM17, kalo ada matric card macam aku dapat RM15, kanak-kanak RM10. 
  • Makan sampai bersandar - korang boleh makan apa saja yang depa hidang kat situ. Variety dan lautan makanan yang korang boleh pilih. Ada ABC, aiskrem of the day, mee goreng, fries, segala macam seafood, ketam, kerang, lala, ayam marinated into several rasa, pilihan sayur2 untuk steamboat, mushroom aku rasa mau2 10 jenis, mashed potato, semua jenis menatang frozen yang campur-campur kat Giant tu siap ada yang Angry bird tu pun ada.
  • Stimbot or grill - [aku nak buat lawak kukus-panggang-gril tapi cam tak masuk plaks]
  • Tempat dia relaks - aku suka idea restoran yang tak letak tv sebagai tarikan. Kita boleh fokus kepada conversation dengan manusia dan parking mudah. Kat sini aku rasa kalo letak tv, mau tak bergerak manusia.     
  • Membazir amalan syaitan - walaupun korang boleh makan sampai kenyang, tetapi adalah terlarang ambik lebih dari yang korang boleh bawak masuk dalam perut. Kalo korang bazir, amik lebih pastu tak abes, diorang akan timbang belen yang tak makan, pastu diorang charge korang. Bagus tu. Aku rasa patut2 dipraktiskan. Orang kita kan konon - order nasi goreng kampung, tapi kendian kuis-kuis sket je, diet katanya. Pffttt.... rugi. rugi.
  • Tempat lepak baik punya - takde sapa nak pandang korang pelik kalau korang lepak tang tu berjam-jam. takde sapa.  

Setakat tu sajalah. Menatang alah striking out ni nak kena bagi petang satgi.....  

Wednesday, December 11, 2013

Aku Rindu

Pemberitahuan: entri yang ini tak lawak, tak sarki, tak humblebrag, tak show off, tak feeling. sangat. kot. 

Kalo korang pernah tiba-tiba bangun dari tidur dan menangis semahunya, korang akan paham la kot. Korang merindui seseorang. Seseorang yang telah tiada.*worst sekarang di corong radio tatkala aku buat entri ni adalah lagu Kasih Jangan Kau Pergi oleh Pria Band* 

DEM. bawang!

Aku terbangun dari tidur dalam pukul 3 pagi, aku tak sedar aku nangis sampailah time tenyeh mata baru sedar ada extra liquid. Kat mata, hokeh, kat mata. 

Masa tersedar tu, aku tak tahu kenapa aku menangis, secara seriusnya aku boleh nyatakan bahawa aku tak ingat kenapa aku menangis. Mungkin aku mamun atau mungkin aku baru lepas sebut "OH!", "ALAMAK! ALAMAK!" atau "SHIT!" - Ejo tahu la time ni selalunya sebab aku terbangun lewat dari yang aku jangka meskipun alarm henpon aku dah berjuta kali kena snooze. Lagu, bapanya seorang askar dah takde, Ejo. Dah takde. Then aku sambung tidor balik.

Time solat subuh, elok2 angkat takbir baru aku teringat apa yang aku mimpi sampai aku menangis. 

Kakngah Kecik aku. 
Kakngah Kecik aku yang minat DBSK.
Kakngah Kecik aku yang pakai baju kurung kuning.
Kakngah Kecik aku yang comel dan peluk aku semahunya. 

*oii, time kita solat je ada je benda yang kita teringat.....*

Ah, takde nak detail-detail cerita. Takde nak explain apa rasa di dada.

Ketahuilah satu, sesungguhnya aku rindu dia.

Sunday, December 8, 2013

Reviu Movie: The Internship

Aku suruh adik aku download cerita ni sebab aku tahu cerita dia pasal "how to get back up". Lagipun ada masa-masa dalam hidup kita, kita perlukan a kick in the butt. Aku rasa ni movie kedua yang ada Vince dan Owen lepas The Wedding Crasher. Cerita ni lebih kurang sama dengan Dodgeball. But, unlike Dodgeball, cerita ni tak sesuai untuk tontonan umum. Ada scene yang tak perlu. Langsung. Aku rasa sama the gist dalam kedua-dua movie. Aku memang akan overanalyze stuff, so, here goes.. 

The Internship pasal dua orang salesman yang kena berenti kerja, tak berapa reti internet, masing-masing ada masalah kewangan then, Billy (Vince Vaughn) apply internship untuk dia dan Nick (Owen Wilson) kat Google. Dan sebab dua orang ni ja yang dah seasoned, depa tak difavor, outcast oleh group lain - so, tinggallah depa satu group dengan Stuart, Neha, Yoyo dan manager, the awkward Lyle. 

Memandangkan depa buta internet, teknologi dan Bill sebut "online" as "on the line", honestly, takkan sapa rasa depa boleh survive kat situ. Korang pun akan agak Chetty pun rasa depa takkan boleh ada lama kat situ.   

Cerita ni agak lengthy sebab depa banyak bercakap. Almost macam depa berleter to each other even aku rasa depa bermaksud nk bercerita atau memberikan pandangan atau peptalk. Ada banyak awkward moment jugak. The first 10 minutes, aku terus... "boringnyaaaa...."

Cerita ni biasa-biasa ja. Sangat biasa-biasa.

Cerita ni tapi tengok betul-betul, kalau ada benda yang kita boleh amik sket - dua-dua orang ni sangat positive, depa tolong sesama sendiri, depa sweet, depa mahu belajar, depa motivate yang lain, depa tunjukkan kehidupan yang orang muda ketinggalan kehidupan sebab terlalu asyik dengan internet (meskipun contoh yang depa bagi sangat tak bagus), depa nice to everyone and walaupun depa suka berleter, depa well, overall baik.

Cerita ni pasal challenges of growing old, pasal how to overcome weaknesses, pasal budak2 sekarang tak perlu jadi sinis sgt, pasal tak payah risau sangat pasal dunia lain,... Aku enjoy reference "the welder girl" masa Bill motivate the team. It's kinda nice.   

Cerita ni boleh jadi lebih bagus senanya.... 


Thursday, December 5, 2013

Nak Menjawab Jugak

Agak lama aku tenung menu yang terpampang kat gerai makcik tu. 

"Roti palembang tu ape eh, acik (makcik)?" 

Sorrylah, kalau aku malu nak ngaku orang Kedah sebab tak tahu tradisi atau resipi atau jalan kat Kedah aku jadi KLite jadian. Ada E kat belakang. 

"Makanan diraja ni" jawab makcik tu. 

"Ye ke..." panjang pulak KE aku... 

"Betui lah. Sultan Kedah suka ni... Dah abeh dah, adik mai la awai sket lain kali." makcik tu explain lagi.

"Bukan Tuanku suka popia ke....." panjang jugak KE aku.

Honestly, aku pun tak tahu mana datangnya pengetahuan itu. 

Tuesday, December 3, 2013

fre-dem of ch-ois

"bersangka baiklah, maybe in real life dia tak macam tu...."

*ketawa kecil*

No.

I choose to ignore.