Pages

Thursday, December 5, 2013

Nak Menjawab Jugak

Agak lama aku tenung menu yang terpampang kat gerai makcik tu. 

"Roti palembang tu ape eh, acik (makcik)?" 

Sorrylah, kalau aku malu nak ngaku orang Kedah sebab tak tahu tradisi atau resipi atau jalan kat Kedah aku jadi KLite jadian. Ada E kat belakang. 

"Makanan diraja ni" jawab makcik tu. 

"Ye ke..." panjang pulak KE aku... 

"Betui lah. Sultan Kedah suka ni... Dah abeh dah, adik mai la awai sket lain kali." makcik tu explain lagi.

"Bukan Tuanku suka popia ke....." panjang jugak KE aku.

Honestly, aku pun tak tahu mana datangnya pengetahuan itu. 

1 comment:

  1. tuanku dikatakan suka POPIA .. ( ermmm .. tetiba lupa plak namanya ) basah yang gerainya dekat Jln Sultanah tu ... di TESCO pun ada kot. MAHAL terlajak popia tu .. arwah ayah saya pun suka sangat POPIA ( arrr .. dah ingat POPIA JAMAL ) tu .. tapi sejak NAIK HARGA ( kerap naik harga !! ) arwah ayah boikot.
    POPIA JAMAL ni .. sy kenal dan makan sejak mula di jual di tepi Mahkamah di Bandar AS tu. Di jual guna basikal roda tiga. Masa tu .. 10 sen kot .. kemudian naik 15 sen .. tapi bila diambil alih oleh anaknya .. harga berubah sentiasa. Bila masuk TV ... ermmmmmmmmmmmm ... mencodak harga sedangkan SAIZ sama ja. Entahle .. harga naik gitu kerana apa walhal .. bukan guna minyak pun. Semua bahan-bahannya murah je ... kalau naik harga selari dengan saiznya .. ok lah juga.
    Saya macam arwah ayah juga ... dah lama boikot. Lebih sedap POPIA BASAH yang saya beli di GIANT Shah Alam .. dan gerai k.cik sorang tu di SETIAWANGSA. RM1 satu ... tapi saiz nauzubillah .. dia org guna 2 keping kulit popia. Bahan intinya mewah ... macam-macam ada. Yang paling sedap tu .. ada udang kering .. telur suku .. sayur mayor. Memang mengenyangkan ... sedap dan enak.

    ReplyDelete