Pages

Thursday, December 9, 2010

Cikgu Hamid yang Sangat Suka Tengok Wrestling

Memandangkan tv kat rumah sewa aku ni cuma boleh tengok 3 channel je, malam-malam gini selalunya aku tengok TV3 la. Jadinya, malam Khamis, ada la wrestling kat channel yang sama umur dengan aku ni. Rasanya dari dulu lagi, wrestling malam Khamis. (Dulu wrestling pakai WWF tapi sekarang dah pakai WWE). Even masa wrestling ada kat RTM dulu lagi, sebabnya....Sekali teringat daa... asal hujung minggu (kat Kedah - Jumaat dan Sabtu, ye kawan-kawan) aku akan mengendong beg sambil kayuh basikal Raleigh kaler purple aku gi umah Cikgu Hamid.

Tahukah anda aku cuma tahu Cikgu Hamid adalah seorang cikgu bahasa Inggeris selepas 7 tahun dia takde?

Tahukah anda, aku boleh confirmkan beliau dianugerah Tuhan sebagai carpenter paling awesome kat Lorong Seri itu.

Dan tahukah anda, selain mewarisi size kakinya yang besar, aku juga mewarisi kebolehannya berbahasa Inggeris yang luar biasa dan kemahirannya bertukang yang maha hebat? Bukti, sila cari Cikgu Alwi Kadir yang ajar aku Kemahiran Hidup. Betapa hebatnya karya aku sampai dia minta nak simpan kerja kayu aku untuk dia... *bangga siot*

Okay, back to the story. Malam-malam khamis camni, lepas makan malam, makan sirih dan bergolek-golek kat depan tu, dalam pukul 10 lebih tu, kitorang memang khusyuk tengok wrestling/ gusti. Jangan la sapa pun kacau. Kopi dan biskut empat segi pakai order je either kat Makteh aku atau kat Tok.

Bila time iklan je, lawan melanyak. Jadi cucu ni best, kalo ko lanyak kaw-kaw Tok Wan ko, dia tak marah. Heh. Lagipun, mana ada cucu beliau yang lain layan gusti. Aku sorang je. Yang pompuan asyik main masak-masak, main anak patung (tak membangun langsung) and yang cucu lelaki gi tangkap ikan laga, main kad, main bola (pengotor).

Aku tak ingat wrestler time tu, sebab aku tak perlu tahu pun. I was 10 years old. Tapi, aku akan take side la. Cikgu Hamid amik side satu lagi. Bersorak mengalahkan tengok bola.

Walaupun lepas dia takde pun aku akan tengok gusti. Mengamuk aku kalau ada yang nak tukar tv lain. Paling tidak, aku akan still angkat beg dan kayuh basikal pegi umah dia, tengok gusti dengan Tok. Bezanya, masa iklan, takblehlah aku nak lanyak orang. Makteh aku tak layan, Tok aku plak kecik je, kalo lanyak, tak masuk ospital...

Dan aku masih tengok wrestling sampai Tingkatan 5 - time tu memang hangat dengan Stone Cold Steve Austin, The Rock, Kane, Undertaker, Kurt Angel, Edge, Big Show... sapa lagi? Brock Lesner and Triple H. Oh, ketua darjah aku punya ayah muka dia ala-ala Triple H. Kena kutuk siot, pompuan minat gusti. Minat laki pakai seluar ketat la, pervert la... Macam-macam diorang kutuk aku. Dah la kelas aku kelas agama. Nasib baik aku ada geng tengok gusti. Budak tu nama dia Liza.

Dulu aku ni naive, aku ingat diorang belasah betul-betul. Aku ingat diorang guna dadah dan ada pada waktunya dadah dia tak berkesan. Aku juga ingat diorang gaduh real punya. Macam The Rock dengan Stone Cold dulu. Perghh... menggeletar aku marah kat Austin yang asyik belasah The Rock aku. (IF YOU SMELL~~~~WHAT THE ROCK IS COOKIN?) Pastu The Rock ada satu lagu dengan Wyclef John tau.. tajuk dia "It Doesnt Matter".

Setiap wrestlers ada lagu opening sendiri, macam masa Undertaker jadi rider lagu 'Rollin'. Then, diorang semua ada designated move sendiri. "tamparan berapi' la, 'sepakan tujuh pusingan' la, 'tendangan maut neraka' la.. Tu belum kira awek-awek, manager-manager yang annoying.

Aku pun penah ada crush kat Batista dan Shane McMahon.. sebab aku rasa diorang sangat hot... *tepuk dahi*

Dan, satu je la. Aku takkan bosan kot tengok drama dalam gusti ni. Aku pasti ingat Cikgu Hamid. Dan aku akan terus tengok, regardless korang nak kutuk aku pun.

aku boleh namakan semua wrestler kat atas ni...caya tak?

No comments:

Post a Comment