Aku Tak Bodoh adalah cerita adaptasi dari movie Singapore, I Not Stupid Too oleh Jack Neo. Dia ada I Not Stupid, movie first pasal dua budak ni then baru ada sekuel. Aku memang minat cerita Jack Neo - termasuk lah Money No Enough. Ada lagi satu cerita yang Gurmit Singh tertukar badan dengan pompuan tu. Jack Neo banyak perli Singapore and its sistem pendidikan, perangai kiasu, takut authority dan suka jaga muka.
Biar ku katakan... inilah yang kita panggil adaptasi Encik Sharan, sesuaikan dengan masa dan keadaan. Tak payah la amik sebijik2, yang tak sesuai...dan, arrghhhh... ok, tak penting.
Aku Tak Bodoh adalah cerita pasal dua orang budak sekolah yang masuk kelas belakang. (if ikut yang Jack punya, cikgu diorang marah diorang lagi kaw-kaw) Dan dalam cerita ni, ada diorang bandingkan mentaliti cikgu kelas belakang dan cikgu kelas depan. Cikgu Kelas Belakang, ayat dia memang statik je, "korang ni tak boleh diajar la, naik lemak la, bla bla" then, Cikgu Kelas Depan siap janji asal naik 3markah je, cikgu bagi CD Aizat. Apa ke gila? Bagi la CD Adam Lambert cikgu!


Then, cerita pasal kalo pegang tangan pompuan, nanti pregnant. Pastu pusing-pusing keliling pokok. Aku bergolek ketawa. Memang! Dulu, aku pun dibagitau macam tu! Jefri pegi beli nenas sebab nak tiadakan baby.... hahahahahahahahaha.
Kesian kat Jefri - curi satu balang duit kakak kantin sebab nak beli tiket dramatari sekolah dia. Melampau sungguh, tiket drama sampai RM500, cekik darah punya cikgu. Kaya gile Mahesh sampai nak bawak segala makcik, pakcik, jiran, atuk datang tengok.
Ramai kawan-kawan sekolah dulu yang macam Roy dan Sudin ni. They scratch each others' back. Ko memerlukan that one person, at least seorang, kat sekolah untuk susah senang bersama. Ko ingat nak survive sekolah menengah tu mudah?

Budak Sudin ni macho siot. Dia adalah the next Zahiril Adzim, aku konpom itu. Biasalah kalo bila ko jadi orang tak berapa berada dan asyik kena pukul dengan bapak sendiri - mahu sendiri jadi ganas. Kudos kepada pergaduhan beliau. Aku rasa macam tengok Seong Seung Hoon yang gaduh dalam He Was Gorgeous He Was Cool. Awesome!
Dan Roy adalah penulis blogger. Blog entries yang macam diari budak pompuan tu boleh menang award? Hahahaha. Tak patut. Tak patut. Memang patut masuk ISA, bak kata Amy Mastura.
Dan aku tak bleh tahan dengan kepala samseng diorang yang terpaksa terjojol mata sepanjang movie. Pulak tu, gelak jahat tak jadi - macam susah amat dia nak gelak. Dah la awek tak cukup IQ, budak rambut perm tu pulak tiga suku. "Bos, dia pukul orang kita tu. Kita lawan bos" (bila Riezman pukul Roy)

Oh, by the way.. Riezman and Amy Mastura pun ok dalam cerita ni. Kiut tengok diorang bergaduh. Happened to real people, i mean real parents. Anak-anak masalah je, salahkan each other. Pastu pakai ayat, anak awak. Dan, parents, please la. Stop la bagi rhetoric question kat anak-anak.
"Kenapa Jefri buat macam tu?"
"Jefri bawak sebab dia sakit perut.."
"Hah, menjawab!"
Duhh......
Cerita ni sangat bagus untuk family. Walaupun dia takde la konsentretkan kepincangan sistem pendidikan dan perli perangai masyarakat macam the original I Not Stupid, tapi, still bagi moral kat semua. Its all come back to the family.
p/s: "Siapa yang telefon polis tadi?" Makcik baju kurung "Saya, encik. Bukan apa, saja nak tengok pihak polis ni bertindak cepat ke tak bila ada aduan. Cepat ni, hah, bagus bagus" LEMAU!
cite ni memang besh!
ReplyDeletekannn! cerita ni sangat terkeluar dari norma pembuat movie melayu yg asyik pasal dengki, mat rempit dan langsuir. heh
ReplyDelete