Pages

Tuesday, December 21, 2010

Movie Review: Hantu Kak Limah Balik Rumah

Aku jumpa Dina Nordin kat Midvalley. Apa kejadah la rindu kat aku sampai bersungguh datang KL. Anyway, kitorang plan jumpa and makan2 ja. Tapi, takda benda nak buat, so, pegi check GSC. Ada sorang akak ni dok approach orang, aku dah perasan awal, and ada sorang mamat tunggu dia. Pastu dia datang kat kitorang.

"Dik, nak tengok Hantu Kak Limah tak?Kawan akak tak dapat datang, ada keja"

Aku dah menggedik excited dah, sebab aku nampak macam kedip2 ja display movie tu kat monitor. Either its selling fast or nak tutup kaunter. (aku rasa la, sebab aku selalu gelabah kalo nampak benda kedip2 dan bergemerlapan ni)

"Amik la. Dia kejap lagi pukul 8.10. Akak bagi free je. Taknak bayar pun takpe"

Lagi aku menggedik. Dina muka doubt sket. Dia takut kena tipu. Aku bagi gak akak tu RM10, takde la aku rasa bersalah. Akak yang bernama Rakilah dari Johor Bharu, terima kasih banyak2 ye.

Aku error dengan dua trailer bangang "Zombie Mengganas di MRZM" dan "Zombie the Musical" tu. Aku tau dia perli some movies or someone. Korang bukan tak tahu Mamat Khalid dan lawak gelap beliau. Pikir panjang aku. Anyway....

~poster cilok dari FB Hantu Kak Limah~

Aku tahu menggilababi ketawa bila tengok cerita Mamat Khalid. Tapi, korang kalo perasan, dia ni kaki sinis dok perli orang Melayu. Which lagi kelakar kalo ko Melayu tapi tak paham keperlian beliau itu.

Perli #1 rasa diri hebat dah kalo kerja kat Singapore tu. So called keja kat oversea. Jadi supervisa. Gaji SD2000 (which satu kampung taktau kira tapi terus, uih...byk tuh, byk)

Perli #2 Masyarakat tak amik berat pun hidup mati whatever terjadi kat Kak Limah tu. Tapi kemain kemaruk gi membeli nasi lemak kat mak janda.

Perli #3 Stigma rasa penting sangat2 dah kalo keja kerajaan tu." Saya MC hari ni, tapi datang keja jugak. Saya ada seminar nak kena hadir ni" lepas tu, macam masalah sengaja diletakkan atas dia yg keja kerajaan tu. "Bala, bala..."

Perli#4 Orang tua dok gebang kat kedai kopi cerita politik. Buka cawangan la, pemimpin muda la..

Perli #5 Masyarakat kepoh nak tau gosip. "ha...cuba kamu ceghita, ceghita, ceghita" Padahal kekadang cerita tu takde pape pun. Setakat nampak Musalman je, itu pun jadi satu cerita.

Perli #6 Sket2 bantuan kerajaan. si usop tu, elok je boleh lari. sanggup usung weel-cha dia ke mana2 dia pergi.
(anyway, aku annoyed la tangan penari kebudayaan tu.. tergodek-godek, tergodek-godek)

Perli #7 Tok bomoh ni ramai yang penipu! Sorang asyik menadah ke langit, sorang lagi "Aku ini orang Indonesia, kalo tidak cukup ilmu di dada.."

Perli #8 (okay, aku rasa cam penat nak senaraikan semua)

Sarat gak la cerita ni, merapu pun ye jugak. Tapi, cerita ni ko cuma akan renggah gelak sekali je (translation: gelak sampai keras perut). Ni bukan cam cerita Man Laksa. I LIOKE MAN LAKSA...har har har.

p/s: cekerempet, awat ada hantu kopek wehhhh???

No comments:

Post a Comment