Pages

Sunday, October 28, 2012

Perjumpaan Keluarga Tok Deraman

Aku hijacked laptop adik aku. Termasuk internet beliau. Perkataan for the day is "hijack-hijacking-hijacked".

Majlis: Perjumpaan Keluarga Tok Deraman
Venue: Kg Pondok Gajah Mati, Pendang
Time: 8.00 pagi - 12.00 malam
Date: 27 Oktober 2012

Hari ni, lima keturunan Tok Deraman berkumpul kat Kg Pondok Gajah Mati, Pendang yang aku rasa membawa lebih dari 500 orang. Tok Deraman ni adalah perintis, pembuka, pemugar tegar, pencangkul gigih - ala, macam the pioneer of the kampung tersebut.

Mungkin sekali Tok Deraman adalah individu yang jumpa gajah mati yang langgar pokok sena itu. Siapa tahu.

How aku related? Aku cuma tahu diorang ni sebelah tokwan aku. Allahyarham Saudara Yang Terutama Ayob bin Salleh.

Bersungguh bebenor host of the day mengexecute majlis, Cik Soba ngan Paksu Li. Awesome and ambitious duo indeed. And their family adalah tulang belakang a.k.a bala tentera paling setia. 

Btw, aku and Kakcik & Kakak pi lambat sket ke tempat kejadian since kitorang korner baring gi Stargate sat. Dan, bila kami sampai, kami hijacked majlis dan stage. MC siap tanya "Deqwa mana? Deqwa?". 

& opkos, sebagai cucu Mak Ngah Hajjah Fatimah paling glamer, aku kena bermesra la dengan rakyat jelata yang ada. Eheh.  


Seharian majlis. But, half of the sedara mara tu, aku still tak kenal sangkut kot mana ntah. Ada yang biasa nampak time kenduri, ada yang aku tak tahu pangkat, ada yang tak kenal rupa and/or nama or kedua2nya dan ada yang dulu belajar satu UIA, satu batch cuma course lain. Aku ada la buat ayat berlagak ke dia. "Dulu, masa UIA tak kenal saya?". Aku pun tak tau pasaipa jadi riak sementara camtu.


Siap ada sukaneka, cabutan bertuah, sesi interviu, sesi berkorban, sesi melapah, sesi bertakbir dan bernasyid (aku nak dangdut sebenarnya, bleh gak joget lambak kat stage tu. Aku simpan impian sejak tengok wedding Ning Baizura). Impian tersebut tidak mungkin berlaku, sebab aku tahu, keturunan aku ni ramai orang agama. Alhamdulillah!

Ekshibit A.


Calon-calon ustazah pilihan. Hikhikhik (gelak gedik). I jokingly joke joke aje.

Bagus kan kalo ada gini? Keeps you on the right path. Tengok deme, tengok kite. Audit diri yo. Bak kata Prof Muhaya. Tapi, dia tak kata la yo tu...  

yang baju hitam kiri sekali - abanah (abang ngah)

Tak sempat hijacking acara petang - sebab sebagai orang senior dalam bidang penyelarasan program sejak UIA dan membawak ke NGO, aku PROGRAM COORDINATOR OHSEM hari ini, lebih prefer memilih untuk bersikap low profile. Kekadang rookie kena take charge, y'know. Baru belajar sket.

Tips for party planning dari otai.
1) Food & Beverage (menu kena stationed) 
2) Decor (adalah maha penting!)
3) Activities (kids & grown ups nak main game) 
4) Favors & Gifts (something for peeps to remember of the occasion) 
5) Registration Table (you gather peeps, you need to keep in record + Guest Book)  
6) Transportation & Parking 
7) Photography + Photo Booth (this is the ultimate focal point of the day)
8) Organization (its all about penyelarasan dan pembahagian tugas so everyone feel included)

You're most welcome, peeps. 

Steambot, even sedap, unfortunately is a no no menu for dinner party kat Pondok Gajah Mati especially bila a) ada orang tua2, sebab deme tak gemor dan tak reti makan b) payah nak rebus dalam kuah - tendency untuk tidak masak adalah tinggi sebab 1) periuk sket & kena tunggu giliran 2) kuah tak sempat nak mendidih - unless ko letak kat setiap meja dengan dapur kecik yang macam ejo goreng nasi kat aku dulu.

Aku dan family masih utuh hijacked majlis malam. Kami adalah audience paling memberi tumpuan dan tepukan time family-family introduce themselves. Someone talking infront, macam kat sekolah la, you bagi perhatian dan respond, bro.

Oh...InsyaAllah, memang kompom orang pangkah awal-awal anak-anak dara Hazirah Ayob dari buat menantu. 

Personally, aku berterima kasih gila tahap gamer level: 9000 kat Cik Soba, Paksu Li dan bala tentera mereka.

Its just that - aku tau niat penyelaras majlis - nak kami berkenal-kenalan, berborak, berkasih2an - but, for me, IMHO, its lebih manis if kita dapat buat kerja sama-sama, gotong royong memasak, besiang bawang - plus, ada yang handle aktiviti2 of the day and memasing bawak masakan paling-panah-petir.

Lahar Yoi Delights.
Makanan Pilihan Kulim.
Lauk Batu Menunggul.
Nasi Daging Batu Hampar.

Aku tengok deme penat bebenor. Penat bebenor aku tengok deme.


Maybe in the next perjumpaan, kita boleh sesama cover apa yang kurang. =)  

Moral of the day, selain meeratkan hubungan silaturahim adalah dituntut agama, adalah - marilah menghormati yang lebih tua. Tak patut kita buat lawak dengan datuk saudara ye, adik-adik. Tambah2 bila atuk kita tu pandai berubat. Ko tak cakap kat atuk ko yang pandai berubat itu yang sedang sakit tekak dengan ayat "ha, takpa2. balik nanti buat ayaq penawaq sendiri"

*tampar dahi*

Tuesday, October 23, 2012

Sedara Yang Buli Aku

Aku osem. Keoseman ni ko kena asah. Dia adalah bakat terpendam yang surprisingly, semua orang ada. Cuma perlu cari saja. 

Aku tak tahu apa yang Allah letakkan jalan hidup aku, aku kini jumpa balik sedara yang buli aku. Ye kawan-kawan, sedara yang buli aku sewaktu dulu kini klien ofis aku. 

Aku berlagak la, semestinya.

Aku kan lawyer. Lawyer kan kena berlagak. Muka sombong. Sembang tak pandang muka. Pakai beg tarik. Pakai smartphone, bukan Nokia cap ayam cam 1280.

Dia ni buli aku masa aku masuk Tingkatan 4 kelas pertama. Yelah, orang bodoh masuk kelas orang pandai. Tentulah ada yang tak suka.

Aku sebenarnya harap dia minta maaf dari aku? TAK. Aku dah lama tak amik port pasal dia. Aku percaya janji Allah. Allah kan ada.

Aku sebenarnya harap dia tak muncul dalam hidup aku balik. (peh wo!! ayat novel) Sebab bila aku tengok muka dia, aku teringat habis semua kejahatan -kejahatan yang dia buat kat aku. Padahal selama-lama sebelum ni, aku tak ingat langsung pun. Macam movie yang diflashback out of the sudden.

Tapi time dia datang ofis, i have to be professional. Aku kena letak tepi sakit hati. Aku kan osem.

Sakit hati wo bila pikir-pikir balik. Aku tak rasa dia ingat dia buat apa kat aku. Ye lah, orang jahat kan mana ingat kejahatan deme. Aku tahu la. Aku pun ada time jahat.

Besar gak la harapan aku dulu (sekarang tak - maybe, entah) - supaya, satu hari nanti, aku boleh kata kat dia camni

"AKU HARAP BILA KO ADA ANAK BESOK, ANAK KO LAGI GOMUK DARI AKU. PASTU, HARI-HARI ANAK KO BALIK SEKOLAH, DIA NANGIS KAT KO CAKAP DIA KENA BULI. PASTU, BILA DIA NAK DIET JE, TIAP-TIAP KALI DIA GAGAL. GAGAL F GAGAL! PASTU AKU DOAKAN KO DAPAT ANAK KEMBAR! KEMBAR I TELL YOU" 

Votelah. Sama ada aku perlu cakap macam tu atau tidak. TAIP VOTE YA atau TIDAK ke no Celcom aku.

Tindakan Berani Yang Bodo

Tadi, penaik amarah aku datang ofis. Ye, aku benci orang yang kaki push dan penipu. (kan aku terer sekarang tengok orang tipu)

So, seofis gurau2 dengan aku pasal penaik amarah aku ni. Dengan bos sekali. Wah, macam sekumpulan teletubbies aku tengok diorang ni. Dah macam main dalam istana bola-bola macam2 kaler yang bila budak-budak sema dok tuju bola mcm2 kaler kat kepala ko. 

Ado ko biar dan buat muka annoyed? Oh.. tidak.

Ye, dan aku snapped dan aku tak tahu nak tuju kat sapa and yang kena adalah..jeng jeng... "Encik Malik (bukan nama sebenar bos aku), sebab Encik Malik tu Encik Malik, saya tak kata apa-apa kat Encik Malik tau" 

DID I JUST THREATENED MY BOSS? HOOZZSHEEETT!

Tuesday, October 16, 2012

My Morning Pill

Certain orang kalo enjin nak berjalan pagi-pagi kena round satu rumah dulu, buka tingkap ke. Atau certain orang cari kopi atau milo. Atau certain orang kena masuk jamban dan susun jadual. 

Ada satu rutin yang perlu kita buat untuk kita rasa pagi kita lengkap dan sebelum kita start hari kita.    

"Oh mai azwa, orang start hari dengan solat subuh and sunat dhuha"  Solat aku letak dalam kategori ibadah dan kita syukuri dengan nikmat Allah bagi bahawa kita masih bernafas untuk hari itu, people.

Dan aku. Aku start hari kerja aku dengan ini. 


Seronok kan tengok adik-adik kita excited belajar Quran dan lepas diorang baca doa ni, diorang baca hadith

Once upon a time, masa kecik-kecik, aku selalu gak tidur kat Pondok Gajah Mati time cuti sekolah. Kat Gajah Mati dulu ada satu pondok untuk budak-budak tahfiz. Hence, dikenali sebagai Pondok Gaji Mati dari dikenali sebagai Kg Gajah Mati. Its in Pendang, people. 

Ingat tak dulu ada satu isu yang Tok Guru kat Pendang tak beraya even Pemegang Mohor Besar Raja-Raja time tu isytihar raya sebab confusion and uncertainty? Ada, orang lain raya tapi dia masih puasa. Tahun bila aku tak ingat, but aku akan update. 

Tok Guru Pondok tu la! Pondok tahfiz tu setiap pagi dan maghrib akan baca doa ni kat loud speaker. Dulu bagi aku, ini adalah alarm untuk aku bangun pagi dan masuk rumah. And it stuck dalam otak aku sampai tua. And, perasan tak unknowingly, kita kekadang humming to some sort of alunan yang kita sometimes tak sedar adalah doa.

Abang-abang kt pondok tu lak selalu datang tengok tv, makan nasi kat umah nenek aku, sampai tokwan Yob aku annoyed dan kata "hangpa ni, tak da umah ka? gheja dok melente sini"  

Aku ikutan jelas tokwan Yob aku. Easily annoyed, a bit of a temper. Its in the blood, man. Aku ingat lagi time dia lurut ranting pokok jambu, hambat kitorang yg syok terjun dalam sungai dari jambatan dekat kedai Daq.  

Orang yang belakang nama dia Al-Hafiz ni ada pancaran keimanan kot kan, Hensem je secara pukal. Of course, sebagai yang paling comel aku yang selalu kena ngorat. "Abang Syakir nak yang pakai baju polka dot tu"

Sat-sat, APA FOKUS CERITA AKU SEBENARNYA NIH? 

Doa. Doa. People, selalu amalkan doa. Betul, terkadang kita lupa mensyukuri. Terkadang kita segan nak mintak kat Allah. And Allah tahu bila kita susah hati dan perlukan petunjuk. Doa is an opportunity untuk kita communicate dengan Dia. Just the two of us. Untuk bagitahu dia sendiri. 

We just need to ask. We just need to mengadu kat dia. Macam la manusia, kita kalo tak cakap, orang pun tak tahu. AND biasakan diri untuk bergantung hanya pada Allah. Bukan pada manusia. 

Oh, and start your day with your favorite activity.

Yup, itu fokus cerita aku. Yang lain tu, selain dari syok sendiri adalah distraction yang penuh dengan informasi. 

Selamat pagi, Selasa. 
  

Monday, October 15, 2012

Mata Kena Bawang...

Mana nak cari adik sepupu yang share k-pop dengan ko secara total..
Mana nak cari...
Mata aku kena bawang...


Thursday, October 11, 2012

Ginee Ah So

Dulu masa aku kerja kat NGO tu, ada sorang budak akaun. Dia macam ahso sikit la. Dia akan mula ayat dia dengan mukadimah "Azwa, bolehkah i nak tanya you something?" pastu selalunya (kot) akhiran kalam dia adalah "bodoh la you, itu pun tak tahu" atau "you hamsap la you". 

Dia seorang yang nak belajar dan sifat ingin tahu dia tinggi. Banyak waktu aku takde jawapan, pastu aku merapu je. Dia rajin gak berleter. Well, I needed that. At least, yela, kena lah keep grounded kan bila jadi pengembara ni.. 

Makanan favorite dia adalah KFC. Sampai sekarang aku tak tahu kenapa. Dan kalau keluar makan dengan dia, dia akan terus check dengan towkey restoran, (restoran vegetarian selalunya) "ini tempat halal ke tidak?". 

Bila dia balik Rembau dan mak dia kirim pulut bungkus dengan pork, dia sampai2 pejabat pukul 9.20 terus cakap sorry kat aku sebab dia bawak pork dan dia tak boleh bagi aku rasa masakan mak dia. 

She's honest. A radical honesty kind of girl. 

Sometimes, aku harap aku pun boleh jadi sejujur-jujur alam macam dia. I mean, when you lie, you gonna need to remember a lot of stories. Aku? Probably dalam kategori delay honesty. Aku buat dulu pastu baru bagitau. 

"Mak, dulu kan, angah pi konsert Bruno Mars. Balik pukul 2 besok terus pegi kerja"
"Lepas saya balik dari court, saya pi McD cari kopi"

I mean, seriously, ko nak dengar dari aku ke ko nak dengar dari orang lain? Baik dari tuan badan kan. Even lambat sket. 

Apa yang aku paling rindu would be ayat dia masa azan Zuhur dan Asar;

"Azwa, itu orang nyanyi-nyanyi dah panggil you sembahyang." Aku senyum.

@ dah pukul 3.30 malam tapi aku tak solat Zuhur lagi. 

"Azwa, you sudah sembahyang ke belum?" @ "You belum sembahyang kan?" Aku senyum.

@ pukul 7.00 malam time keluar makan dengan dia. 

"Tadi you ada sembahyang petang (Asar) ke? Haiya, you buat main-main dengan you punya Tuhan la you..." Aku senyum.

A good friend indeed. 

So, petang semalam kitorang bersaling sms. She still remembers about stuffs i told her and one question yang dia akan selalu tanya "you sekarang dah fit (kurus) meh?" Aku senyum. 

Tuesday, October 9, 2012

Heran Kan

Heran tak.. 
Kalo kini, bila ko berjumpa dengan geng budak sekolah rendah, ko buat perangai cam budak sekolah rendah. 
Semua perkataan-perkataan haru yang ko baru belajar time2 tu, terpacul. 
Anokharom, barua, ko ajaq, binawe... contoh la. contoh. 

Heran tak.. 
Kalo kini, bila ko berjumpa dengan kawan-kawan sekolah menengah, ko pun jadi cam budak sekolah menengah balik. 
Perbincangan di kedai-kedai makan makanan pantas (fast-food restaurant) waktu dulu direminiscekan dengan isu-isu lebih matang macam sama ada masih tengok anime yang sama, sama ada kawan2 dah jadi lebih bertambah berat ka atau sama ada manusia yang pernah buli ko dah mampus belum. 

Heran tak... 
Kalo kini, bila ko berjumpa dengan teman-teman kuliah, ko buat perangai cam remaja fresh di menara gading. 
Soalan awkward pertama yang ko minta lempang adalah "eh, ko bila lagi nak kenduri?" atau isu-isu berkaitan lain seperti anak dah berapa, kerja kat mana, berapa gaji ko, ok ke dok kat kampung, dah tukar kereta, dah pergi oversea berapa kali, pakai beg branded ke tak..  dalam kesimpulannya soalan-soalan polis pencen. 

Tapi...
Heran kan... bila acapkali di setiap perjumpaan ini, jarang-jarang ada timbul isu-isu kenegeraan, politik, ekonomi, cuaca, kulinari, sains, kejenteraan, kejururawatan, seni dan falsafah.. bila ada ja, aku otomatik jadi cam budak tadika. Clueless diikuti dengan berpuluh-puluh tanda soal pelbagai warna di atas kepala. 

Ikhlas


Ada satu masaelah. Ayat ni dikeluarkan kadang-kadang. Ayat itu adalah ayat lawak "tengok muka pun tahu, tak ikhlas. muka jahat tu"

Ayat tu, selalu orang tujukan khas kat aku la. Sebab aku kan persona Kanye West. Ye lah, tak puas hati je, "yo, yo... i'm happy for you. imma let you finish but....(isi tempat kosong)"


Aku cam terkesan sket bila orang soal aku dalam dialek utara yang kemudian telah tukarkan menjadi bahasa nasional -  "kenapa ko tolong dia? bukan ko tak suka kat dia ka?"

Aku rasa dalam ayat tu, dialek utara pun tak bunyi pelik mana. Tapi... anywho-how

Hey, lantak la aku nak xsuka kat orang. Itu pun first world problem gak. 

Mana ko tahu hati aku ikhlas ke tak? Kenapa kalo aku tak suka kat orang tu, aku perlu deny kesemua kebaikan dan/atau {keseluruhan kemungkinan rahmat Tuhan untuk aku} aku kat orang tu?

Y'know pasal statement tipikal rakyat Mesia yang "oh, buat apa nak buat sesuatu benda yang kita tak ikhlas

Apa ikhlas? Camna ko nak ukur ikhlas? Ikhlas-O-meter? 

Apa ko ingat if ko sedekah RM5 kat tabung masjid, itu altimet keikhlasan ko? What if terdetak kat hati ko, "oh, aku ni baik hati, mana nak dapat orang sedekah RM5 tiap minggu?" and/or what if ko aplotkan gambar RM5 yang ko sedekah tu dalam FB? 

Ikhlasnya ada lagi kah? Ikhlas-O-meter punya jarum kat sebelah mana? Dia macam jarum penimbang santan kat umah aku tu ke?

Yes, yes, biarkan orang yang pakai cheque kadbod besar-besar itu tenggelam dengan cheque kadbod-kadbodnya. 

Yang aku tahu, kita buat je kebaikan. Secara berterusan. Ikhlas ke tidak, itu ko jangan nak catu. Sedar atau tidak, sesuatu yang kita buat secara konsisten (haippp! aku maksudkan yang baik-baik aja, sidang hadirin dan hadirat sekelian), kita pasti akan dapat kemanisan darinya. 

Aku rasa, aku dah ready nak pi odisyen Da'ie yang TV3 tu... 


Tuesday, October 2, 2012

Ye ke?

Aku baca sukoba ofis hari ni. Ada satu berita yang tarik perhatian aku.

Aku cam heran plak. Budak ni takde la gemuk cam aku masa aku Tingkatan 2 dulu.

Hah! Korang buat judgment sendiri sebelum aku cerita. Bak aku cerita dulu.

Masa aku Tingkatan 1 dan 2 dulu, aku bersekolah kat sekolah agama rakyat kat Kodiang. Aku pun tak tahu camna takdir menemukan 20 orang budak yang semua mulut cerdas dan pemalas. Mungkin kami adalah  generasi pertama pemalas. Siapa tahu? 

Point aku adalah, dulu aku dan satu dorm Aisyah tu pun dok ketuk ketampi secara berkala. Lebih dari 200 kali cam budak tu jugak. Pagi kena ketuk ketampi sebab tak hafal surah, malam ketuk ketampi sebab dorm bising after pukul 11. Kitorang dah macam sekumpulan monyet buat parti buih.

Dalam seminggu tu, empat lima kali jugak la kena denda secara variasi. 

After effect, memang azab... susah nak turun sujud, naik tangga (kelas aku kat tingkat 3, camharom seksanya!) dan nak mencangkung kat toilet. 

Maksud tak gemuk cam aku is that, dulu bila depa-depa tu dah tak sakit kebas dah kat paha tu, aku still suffer for the next seminggu.    

Ada ke kami sampai kencing berdarah? Takda sorang pun dari 20 monyet-monyet tu kena admit kat wad sebab kena denda dengan PakYa dan Ustaz Art. Takkanlah sebab ketuk ketampi ko sampai nak possibility rosak buah pinggang segala. Drama kamu!

Ke ko kurang minum air masak? Ke ko kena benda lain? Ke ko....

Adakah budak2 sekarang terlalu manja dan pemalas melampau? Atau adakah budak2 sekarang pandai berbohong dan berkata nista? Atau budak2 hari ni agak kurang ajar even orang minta tolong pun dah nak bersilat? Atau adakah media hari ini terlalu membodohkan pembaca? Siapa tahu.

Aku boleh lah "berbangga" dengan posisi aku sebagai salah seorang kepala keretapi (sebab besar so orang letak le kat depan) yang memusing kat bangunan prep sekolah  (kena denda sebab bising dalam kelas prep). Sebab hari ini, aku tahu betapa kita perlu juga consider orang lain.  

Aku juga boleh "berbangga" bila kena hanger dengan ustaz sebab bising depan bilik dia dan tak tunding jari kat kawan2 yg sesama ada yg sepatutnya kena sekali dengan aku. Sebab hari ini, aku sedar kita jangan menyusah orang, berbaiklah kepada orang lain dan expect less dari orang. 

Kami transformed dari a bunch of monyet kepada orang.  

Its a way of learning. Seluruh kehidupan kita adalah proses pembelajaran. So, terimalah bila ada orang yang sudi nak ajar ko. Aku nak cerita panjang lagi ni sebenarnya. 

Dulu, budak laki budak pompuan tak da masalah pun main sama2. Sekarang? Jadi buah mulut orang.

Ah, lagi panjang entri ni nanti.