Pages

Tuesday, October 16, 2012

My Morning Pill

Certain orang kalo enjin nak berjalan pagi-pagi kena round satu rumah dulu, buka tingkap ke. Atau certain orang cari kopi atau milo. Atau certain orang kena masuk jamban dan susun jadual. 

Ada satu rutin yang perlu kita buat untuk kita rasa pagi kita lengkap dan sebelum kita start hari kita.    

"Oh mai azwa, orang start hari dengan solat subuh and sunat dhuha"  Solat aku letak dalam kategori ibadah dan kita syukuri dengan nikmat Allah bagi bahawa kita masih bernafas untuk hari itu, people.

Dan aku. Aku start hari kerja aku dengan ini. 


Seronok kan tengok adik-adik kita excited belajar Quran dan lepas diorang baca doa ni, diorang baca hadith

Once upon a time, masa kecik-kecik, aku selalu gak tidur kat Pondok Gajah Mati time cuti sekolah. Kat Gajah Mati dulu ada satu pondok untuk budak-budak tahfiz. Hence, dikenali sebagai Pondok Gaji Mati dari dikenali sebagai Kg Gajah Mati. Its in Pendang, people. 

Ingat tak dulu ada satu isu yang Tok Guru kat Pendang tak beraya even Pemegang Mohor Besar Raja-Raja time tu isytihar raya sebab confusion and uncertainty? Ada, orang lain raya tapi dia masih puasa. Tahun bila aku tak ingat, but aku akan update. 

Tok Guru Pondok tu la! Pondok tahfiz tu setiap pagi dan maghrib akan baca doa ni kat loud speaker. Dulu bagi aku, ini adalah alarm untuk aku bangun pagi dan masuk rumah. And it stuck dalam otak aku sampai tua. And, perasan tak unknowingly, kita kekadang humming to some sort of alunan yang kita sometimes tak sedar adalah doa.

Abang-abang kt pondok tu lak selalu datang tengok tv, makan nasi kat umah nenek aku, sampai tokwan Yob aku annoyed dan kata "hangpa ni, tak da umah ka? gheja dok melente sini"  

Aku ikutan jelas tokwan Yob aku. Easily annoyed, a bit of a temper. Its in the blood, man. Aku ingat lagi time dia lurut ranting pokok jambu, hambat kitorang yg syok terjun dalam sungai dari jambatan dekat kedai Daq.  

Orang yang belakang nama dia Al-Hafiz ni ada pancaran keimanan kot kan, Hensem je secara pukal. Of course, sebagai yang paling comel aku yang selalu kena ngorat. "Abang Syakir nak yang pakai baju polka dot tu"

Sat-sat, APA FOKUS CERITA AKU SEBENARNYA NIH? 

Doa. Doa. People, selalu amalkan doa. Betul, terkadang kita lupa mensyukuri. Terkadang kita segan nak mintak kat Allah. And Allah tahu bila kita susah hati dan perlukan petunjuk. Doa is an opportunity untuk kita communicate dengan Dia. Just the two of us. Untuk bagitahu dia sendiri. 

We just need to ask. We just need to mengadu kat dia. Macam la manusia, kita kalo tak cakap, orang pun tak tahu. AND biasakan diri untuk bergantung hanya pada Allah. Bukan pada manusia. 

Oh, and start your day with your favorite activity.

Yup, itu fokus cerita aku. Yang lain tu, selain dari syok sendiri adalah distraction yang penuh dengan informasi. 

Selamat pagi, Selasa. 
  

No comments:

Post a Comment