Pages

Monday, December 31, 2012

Mari Belajar Loghat Kedah: Segheyau (Seriau)

Petang semalam atau lebih dikenali sebagai petang kemarin, aku balik dari lunch dengan Kak Firah. Then, sampai kat traffic light Jalan Tambang Badak.

Jangan tanya aku pasaipa jalan tu nama tambang badak. Kot dulu ada bot penambang yang bawa badak yang diseludup, or nama orang yang jumpa tempat tu nama Pak Tambang yang gemuk cam badak, i really don't know.

So, sampai kat traffic light, i'm supposed to turn left untuk masuk ke Lebuhraya Darulaman. Depan aku ada kereta merc and selepas dia ada van kaler putih. Van tu, berenti ala-ala ke tengah sket dan bila ada motor nak menyelit antara tu, tak berapa nak lepas. Especially bila ko bawak motor besar. Beberapa tersekat di situ. 

And, satu motor besar kaler putih stop jugak. Kat sebelah aku. Oh, encik datuk abam polis trafik.

Dia tengok aku, aku tengok dia. Then aku tengok bahu aku. Dia tengok bahu aku.

Aku pelan-pelan tarik seat belt dan pandang depan, dua-dua tangan atas stereng, leaned forward dan start berdoa "cepat la hijau. cepat la hijau. hijau."

Itu, kawan-kawan, adalah contoh seriau. Seriau nak kena saman.

Thursday, December 27, 2012

Movie Review: Istanbul, Aku Datang

Pernah tengok Gol & Gincu The Movie? Pernah tengok Pisau Cukur? Ini geng deme tu la.

Aku adalh surprise, surprise suka dengan kemahiran berlakon yang meningkat Lisa Surihani dalam cerita ni. Cute dan getik. Menjadi. Sesuai gila! Baju-baju dia pun comel. 

Cuma cerita ni agak fokus kepada dia saja, dan tak fokus kepada Beto Kusyairy. Dan tak nampak langsung pembawaan Beto sebagai the so-called "pelukis". Yang aku rasa difokus adalah dia "maybe gay". Bilik dia macam bilik rumah sewa mamat indon yang lekat gambar-gambar ahli keluarga pekkk kat dinding. And, awat aku rasa style Beto cam sket Nasir Bilal Khan hah?  

Cantik betul la Istanbul. Cantik sungguh. 

Tapi, ada tak dalam tu bagitau kenapa Dian tu takut kucing? Aku tak perasan. 

Jalan cerita dia ringan je. Kalo korang dok tengok cerita remaja-remaja Amareka, cerita-cerita budak sekolah menengah, kolej2 deme, ala-ala Disney, Hillary Duff, Alicia Silverstone, The Travelling Pant tu... inilah dia. Versi Malaysia. 

Gefren obses dengan boyfren. Gefren nak boyfren propose. Gefren pegi kat boyfren. Boyfren ada awek lain. Gefren jumpa sorang mamat tapi tak suka kat mamat tu. Then gefren berbaik and mamat tu ajak jalan-jalan. Pasti gefren ter-sway suka kat mamat tu. (Cuma kita takde scene kiss la. Cubaan kiss ada) Then, boyfren tadi nak balik dekat gefren. Last sekali, gefren dengan mamat tu. (Sebab mamat tu hero)

Oh, ada satu watak sampingan yang lokal yang menipu. 

Apa la comel sangat si penjual Maggi Asam Laksa tu? Anas, abang Aizat tu kan?



Honestly, so far, antara ketiga-tiga movie, aku pilih Pisau Cukur. Itu lebih kreatif. Istanbul Aku Datang ni, aku rasa kuatnya kat "Istanbul" tu. 

Majlis Tahnik Daniyal Ammar

Bonda dia pulak yang over. 
Bonda kan rock star.  

So, pada 25/12/12 baru-baru ini, Daniyal Ammar bin Mohd Aminuddin telah diperkenalkan secara rasmi kepada keluarga, sahabat handai, dan keseluruhan penduduk Lorong Seri. Sebab kepala dia dah dicukur, kita proceed dengan majlis tahnik. 

Apa jadah itu? Majlis tahnik orang kenal sebagai majlis belah mulut baby. Tak, tak pakai pedang. 

Selalunya ustaz-ustaz yang buat. Dia tenyeh-tenyeh and/or kunyah-kunyah buah tamar sket and suap and/or bagi baby rasa. Adat ni orang buat sebab ikut sunnah. Ada hadith tak silap. Korang google la sendiri. 


Memandangkan dulu masa orang tak buat kat dia, dia tak sedar... so Danish Amjad adalah kanak-kanak paling excited tengok "apa saja la yang orang buat kat adik dia".

Untuk dekor, Bonda janji nak buat 3 benda. Malangnya terjadi 2 1/2 saja. 1) katil 2) garland 2 1/2) kek sebiji. Yang takda pada hari tersebut adalah dessert table. Tak dan la weh.


Sebenarnya, ada kelambu yang sungguh berkenan di hati yang dah aku paksa Mohd Amin gantung, tapi, aku risau plak nanti aku "set the bar too high" untuk orang lain. Ahhha ahahaha hahaha


Okay la tu, menu nasi daging, pulut kuning rendang padang itik dengan laksa. Murah rezeki si Dannyboy ni.

Oh, by the way, masa marhaban, we expected 30-50 orang je nak marhaban. Sekali, 100 lebih ko! Tak cukup langsung beg-beg nak bagi. Adoi lah!


Bonda panggil Dannyboy...ihiks.
Kemain bonda. 

Wednesday, December 26, 2012

Selamat Pagi, Cikgu!

Semalam buat kenduri Daniyal Ammar, aku tak sure aqiqah ke tahnik or both. Unfortunately, aku nak kena brag sket pasal majlis tu tapi karangan entri tersebut perlu bergambar. Eheh. 

Masa majlis semalam tu, cikgu pertama aku, Cikgu Jatt datang. Yelah, sekampung. Aku dulu tadika sebelah rumah je. Orang lain pukul 8 dah ada yang sampai ke sekolah, aku tido lagi. Orang lain dah baca doa belajar, aku baru pakai baju. Rockstar, kena la datang lambat.

Lantas aku kenalkan dengan sepupu aku, pun seorang cikgu, actually seorang ustazah. "Kakcik, ni la cikgu tadika aku~!" Berbangga aku sebenarnya ada sepupu seorang cikgu. (aku harap dia tak baca entri ni. dia tak perlu tahu ini. Or maybe, if dia tahu, dia takyah nak bagitau aku yang dia tahu. takpe, takpe, dia takde facebook pun)

Apa sebenarnya kelayakan seorang cikgu bahasa ek? Itulah poin fokus entri aku kali ini, saudara saudari sekalian. 

Aku ada pernah berurusan dengan seorang cikgu sekolah rendah yang mengajar English tapi, sedihlah aku, sedih sungguh... jangankan penggunaan ayat, grammar pun salah. Aku bagi contoh senang la. "I was wondering" tak sama dengan "I wonder". Depend dengan defend lain

Ko, azwa... Cikgu tu. Tak baik kata gitu

Maknjang aku pun cikgu bahasa Inggeris jugak. She speaks English very well. And she's a great, no.. an awesome teacher. I spent most of my school breaks with her and learnt English from her. (well, that and she helped me with my homework)

Grammar aku betul tak? betul tak? hahah ahaha

Kawan-kawan, cikgu pun manusia jugak. Tersubjek kepada kekurangan dan kebiasaan seorang manusia. Betul dia ada ilmu dan memberikan kita ilmu. Betul antara orang yang kita wajib hormat adalah golongan berilmu. Bukan pada golongan berdasarkan keturunan dan pangkat. Tapi pada aku sebab ilmu ini sangat berkuasalah, dia kena ada pada tangan-tangan yang betul. Dan dari kekuasaan itu, dia mesti memperbaiki dan menaik taraf dari semasa ke semasa selaras dengan keperluan masa kini dengan batas syarak. 

Kalo cikgu bahasa Inggeris mempunyai penggunaan ayat dan tatabahasa yang terhad dan salah, bukan takat salah, but the very-very salah. apa yang kita harapkan anak murid, anak harapan negara kita belajar dan gunakan? Aku agak... cikgu2 mengajar bahasa asing dalam bahasa Melayu 100 peratus kot? 

Ko dulu pun belajar Bahasa Arab dalam Melayu kan?
Hoi, tak mendapatlah sesenang.... Dulu angguk ja macam burung belatuk. Buat-buat faham. Sampai ustaz kata, "alah, kalau tak paham tu, cakap je kat ustaz. Ustaz boleh terangkan..." ni ayat ustaz Rashid, ustaz kat tuisyen masa aku Tingkatan 4. 

(nota: cikgu2, ustaz2, ustazah2, teacher2, lecturer2 yang aku belajar dulu, bagus2 belaka.  Alhamdulillah. kecuali cikgu matematik sorang tu. dia conteng-conteng kat papan hitam, pastu dia tanya kitorang "paham tak?" pastu bila jawab tak paham "ah, ikut hangpa la kalo tak paham". lenkali jangan tanya paham ke dak, paham?)

Pastu bila dah besar-besar ni, orang persoal... belajar bahasa asing bertahun-tahun (english, arab, ada yang mandarin, tamil) tapi, tak boleh bercakap pun. Ayat mudah pun takpe. Takut salah, takut malu. At least ko cuba dan nanti-nanti pandailah. Ko takde sijil dalam bidang tu. Takpe kalo salah pun. 

Tengok cerita omputih kemain. Slanga Amereka masa menyanyi lagu Justin Bieber, Linkin Park kemain. Nak tunjuk jalan kat pelancong "jalan terus, masuk kiri, sebelum jumpa satu traffic light, bangunan sebelah kanan" kena bilang bintang dulu ke?

Ko boleh cakap Arab?
Ohoi, tidak. Aku mengaku itu. Grammar lintang pukang. Aku pernah buat ayat kat Ustaz Wan Mohd Zuki masa dia tanya aku kenapa tak datang kelas "saya pergi sedeqah darah kat Dewan Al-Malik Faisal" yeah, translatekan itu ke bahasa arab.

Masa kat UIA paling praktis secara relay merapu pun (selain time kelas syariah bila ustaz suruh cakap), adalah si Ciktun dengan Cipak. 

Sekarang antara so called "Arabic time" untuk aku, time baca Quran, baca hadith (selalunya untuk hujah kes syariah bos), tengok Yalla Shabab, Fattabiouni... uih! best show tu. Sangat memberi inspirasi.   

Bagi aku kegagalan aku kini bercakap secara kasual dalam bahasa Arab adalah satu kekecewaan yang amat besar. Paling sedih sekali aku kena kutuk kerana kegagalan itu.    

Berbalik kepada English. Cer try borak2 dengan adik-adik kita kat sekolah-sekolah. Boleh tak dia balas lima ayat dalam bahasa Inggeris atau dia "stare blankly" ja kat ko? 

Ala, apa susah. Hello. How are you? I'm fine. Thank you. 

Dah empat ayat dah di situ.

"Oh, besarlah hati aku, bagusnya la sangat"... 

Wednesday, December 12, 2012

Ikan Tamban Goreng, Sayur Taugeh Kucai

Hari ini, mak aku goreng ikan tamban. Huh! Wajib makan nasi! Ratah barang sekor dua.

Antara ikan tamban goreng dan ikan temenung (kembung) goreng, ikan tamban lebih membentak jiwa, menyebak sukma, merobek asmara.

Sekarang ikan tamban dah boleh tahan mahal. Dulu, ikan tamban ni, murah giler. Untuk aku, personally, ikan tamban ni adalah simbol kesedapan ikan2. Ada orang prefer ikan kering or ikan bakar. Aku - ikan tamban goreng. Simbol bahawa rezeki ada, meskipun pada ikan seslim ikan tamban.  

Macam tu jugak sayur taugeh campur kucai. (oh, tak... madam besar tak buat hari ini) beli taugeh dua kupang, dah boleh buat makan sefamili. Sedap! Lepas masuk bawang tu, naik wangi sket, terus masuk taugeh.. peh!  

Dulu, kami kurang serba serbi. Menumpang. Orang pandang lekeh. Koman kata depa. Berlemoih kata depa. Ditolak tepi oleh depa. Jangan kata orang lain, sedara pun main flip-flip hair aje, mentanglah rambut depa panjang. Berlagak betei. Kalo pandang pun, dijuih-juih. (ye, ye... aku men-exaggerate di sini, tapi kebenarannya 30% dari pernyataan ini ada. Pilih yang mana suka)

Mata masuk habuk.

Alhamdulillah, I wish I could travel through time macam Doraemon and tell to my 10 years old me, it does gets better.. Allah dah letak yang baik-baik untuk kita. 

Sekarang peduli apa aku. Meh, meh.. meh aku nak berlagak dengan hangpa pulak. Hahaha ahaha.

*diam*

p/s: Apalah rasa durian crepe tu eh? jap lagi nak pi amik ni.. amboi amboi, eksaitednya!   

Thursday, December 6, 2012

does it?


Alor Setar - KL - Putrajaya

So, bos hantar ke Court of Appeal, Palace of Justice, Putrajaya. Aku summarykan dalam bentuk bullet-bulletan:

  • DEMYUH kepada bas-bas kini yang semakin bersopan santun kerana AES 
  • GRATEFUL kepada Fana hantar ke LRT then Ejo pick up dekat Putrajaya Sentral and dia sangat sweet tolong aku selesai semua benda meskipun aku tau dia penat dengan keadaan dia yang dah 7 bulan tu.
  • YEAH kepada selipar masjid Azman dan Alalalamanda untuk selipar purple. 
  • UNFORTUNATE kepada kereta Fit yang rosak. Kalo tidak aku dah tunjukkan kat dia buku skrap nak pegi USS.  
  • YIPPEE kepada keadaan kesihatan telinga aku yang merosot telah menyelamatkan aku dari mendengar amarah tok hakim. But, korum kat Court 4 tu adalah ohSem!!!
  • THANKS kepada Aya, Atun, Intan yang ada di saat aku memerlukan perhatian dan ignore aku semasa aku menjadi awkward at some point of conversation sebab lama sangat tak jumpa manusia sesama umur.
  • YES kepada finally jumpa mami! Pastu tapi then taktau nak cerita apa... Padahal rasanya ada banyak benda nak cakap.
  • BANGANG kepada kamera yang habis bateri. 
  • AISEYMAN kepada dompet aku yang menipis sebab beli baju. 
  • NOOOHHHHHH kepada tak sempat jumpa Fit, Hied, Kak Narz and Meen. Oh, and Nai.
  • HATE the fact that lawyers are opportunists.

{mental picture of POJ sambil aku posing di depannya captured and posted here}
{mental picture of muka kerek lawyer dalam court captured and posted here}
{mental picture of Fana @ Khloe captured and posted here}
{mental picture of mami and papa captured and posted here}
{mental picture of Ejo and Asfahani tengah pusing-pusing Galeria captured and posted here}
{mental picture of berandah rumah kuarters UM dengan KL panorama captured and posted here}

Yeah, itu je la kot.

Alor Setar - Putrajaya: Momen Krikk Krikk

So, sambil melepak depan tv dengan FarahJoyy, Atunmanna, Intan Byzura dan kakaknya sambil tengok MELETOP gandingan Neelofa dan Nabil yang mana Neelofa asyik "shhuuhhh"-kan Nabil, ada satu segmen pasal sorang juara motorsikal Cub Prix. Bila ditanya pasal "wanita idaman", dia jawab Lisa Surihani. 

Aku pulak dengar "Orang Islam". Dan aku gelak sorang2. 

Kriikk krikk kriikkk... 

Ye, at this point, adalah amat mustahak aku consider untuk berjumpa otolaryngologist. Telinga aku mungkin dah berkoloni semut.