Pages

Tuesday, April 16, 2013

Terlajak type boleh delete

Terlajak type boleh delete. 
Terlajak kereta boleh reverse. 
Terlajak rakaat boleh sujud sahwi. 
Terlajak fotostet boleh buat jadi rough paper.

Terlajak kata? terlajak kata? Nasib kau la... 

Worst kalau ko kata plak time orang tu tak letak telefon lagi, telefon ofis ko plak masalah loud speaker. Pastu ko boleh gi tanya pulak "kat firm tu lawyer mana satu yang berlagak?"

Mampus! *hantuk kepala kat dinding*

Itulah, mulut jangan lekas sangat. Laju, menderu, melabel. Muka sendiri tak hengat.

Padan muka.
Padan muka.

Sunday, April 14, 2013

Buka Kitab depan Guru

Baru-baru ini (first time entri pakai terma ini, rasa regal sungguh), aku gi kelas Mdm Azlin, Banking Law. 

It seems that semua orang yang lain masih dalam vacation (sebab diorang full time students. gi vacation kat Australia, ko! super jeles), maka yang datang kelas cuma tiga orang 1 Malaysia je...

Pemalas-blur tapi osem-minum kopi pagi2 sorang dan rajin-gla-siap-sudah-assignment-mereka dua orang. 

Aku senanya nak buat gak statement "hey, look at us. do we really represent 1 Malaysia or what?" tapi aku tak tahu political preference mereka dan tahap humor, so, aku buat statement tu dalam otak je pastu aku senyum sorang-sorang, aku tersedar satu kenyataan - kelakar rupanya aku ni. 

Mdm suggest kami gi belajar dalam bilik dia aje, since 3 orang je dan hardisk komputer dlm kelas tu tak boleh didetect.

The topic was "e-banking".

Aku rasa, inilah topik yang paling aku paham sekali... bahahaha. 

Patutlah, tok-tok guru dulu suka ajar anak murid one on one je. Memang masuk ke dalam otak. Memang paham. 

Term yang orang dok pakai adalah "buka kitab depan guru"

Macam la kita belajar mengaji muqaddam dulu-dulu, susun muqaddam memanjang kat tepi ustazah pastu bila ko orang the next baca, ko pegi dan baca dengan ustazah yang pegang rotan. Selagi tak sampai turn ko, boleh lah nak duduk kat belakang - bersembang ke, nak buat keja sekolah ke, nak main batu seremban ke...   

Walaupun kitorang 3 orang, point aku adalah the more kecik satu2 kumpulan belajar dengan guru, the better.  

Kalo ko salah paham, time tu juga ko boleh tanya dan diperbetulkan. Sebab honestly, ko takkan rasa  cam dijudged bodoh oleh orang2 bila tanya soalan bodoh, macam aku ingatkan store-valued card tu contohnya cam bonuslink card, padahal yang betulnya adalah kad Touch N Go tu... 

Eleh, korang pun baru tahu bila aku bgtau ni kan? kan?

Dan pandangan peribadi aku, sepatutnya masters degree diambil selepas korang kerja sat. At least familiarize diri dengan benda sebenar, benda praktikal. Betul, so, ko dah biasa dengan the real-deal and bila ko belajar sket, ko boleh relate banyak perkara dan kagum dengan diri sendiri "oh, aku tahu ini" 

Saturday, April 13, 2013

Ini penting

"dia kata kat ko camtu, wa?"
"ye. atau yg aku paham camtu la.. Kot dia maksudkan cam lain. Tapi, itulah..."
"kenapa dia rasa dia penting gila dalam hidup ko, wa?"
No wonder kita bersahabat.

Friday, April 12, 2013

Kenapa kita gagal jadi masyarakat yang "practice what you preach"?

Aku nak sentuh isu satu video yang tengah viral. Oh, bukan video parodi terbaru Bobo Lentuk Leher, aku nak cerita pasal video buli ketua kelas, SMK Tun Hussein Onn. 

Aku tengok video tu yg kawan2 share kt fb, aku kagum sebenarnya dgn semangat jitu ketua kelas tu, korang bayangkan hampir 3 orang belasah dia, tak jatuh pun. Kira pembuli tu tak cukup Shark, tak cukup Lan Todak jadi pembuli.

Yang aku tak paham, walaupun ramai2 asyik nyatakan bahawa "Say No to Bullying" and stuff, kenapa kita plak gi cari identiti 3 Pembuli tu dan siarkan dan share kat seluruh internet, sealam maya? Maksudnya, kita sama je lah level dengan diorang tu, buli orang. 

Dude, its cyber-bullying. Ko cari identiti, ko hack facebook diorang, ko tayangkan gambar diorang, siap yang bergari lagi. Siap ada blog and invite reramai kutuk diorang. Padahal, diorang tu teenagers jugak. Sama je dgn ketua kelas tadi. Kalo ikut undang2, mahkamah kanak2, kanak2 tu tak boleh ditunjukkan muka diorang, kan? It will tarnish their future. 

Nak bantu polis takde masalah, ko serahkan jelah informasi tu kat polis. Kenapa perlu tunjuk seantero dunia? Nak apakah kamu? Recognition?

Tahu kan masalah teenagers? Kamonlah... we're were once teenagers jugak. Kita dulu jugak tercari2 identiti dan yang sebenarnya sebagai remaja, kita laparkan makanan jiwa. Sebab tu kita dulu jiwa kacau. Emo je manjang. Bila kena leter kalo buat benda salah, selalu ayat jawab adalah "mak tak paham perasaan, Melissa!"  kan? kan? Amboi, nama remaja Melissa, ngko!

Lapar perut boleh bagi makan, kalau lapar jiwa? lapar nurani? Makanannye apa? Didikan agama ler. Didikan moral. Tgk, aku pun dah jadi ustazah dah...

As teenagers, ingat tak? kita akan ikut buta mana2 aksi yg kita rasa hebat. Yang kita rasa "best ni kalo aku a part of it" Kalo tak remaja rasa hebat jadi rockers, takde la dulu berjemaah remaja simpan rambut panjang, pakai seluar skinny koyak, emo tak tentu pasal. 

Hoi, ni bukan zaman remaja aku HOI! 

Zaman aku dulu Nsync, Backstreet Boys, pastu dah naik habis sekolah menengah sket, start cerita tangkap leleh korea, Winter Sonata. Then, DBSK, Big Bang, Gackt.. eheh.

Tolonglah janganlah kita jadi masyarakat yang asyik nak tunding jari, tapi buatnya tidak. Aku tak mahu kita jadi masyarakat yg kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. Marilah kita berganding bahu menyediakan masa depan dan masyarakat yang lebih baik... (aku try bertanding jadi ADUN la)

Please, SAY NO TO ANY KIND OF BULLYING. 

Wednesday, April 10, 2013

Kelaparan Itu

Sejak Amjad jauh ni, mak aku malas nak masak untuk makan malam. besides, abah aku pun tak berkenan sangat makan nasi malam2. Tapi, itu pun ikut time la. 

So, malam tadi, disebabkan kelaparan yang amat, aku pun masuk dapur. Dan aku nampak kentang tergolek di situ. Dah macam cerita Rock Oo, kentang tergolek depan mata pastu gi rebus. 

Kebetulan, aku baru lepas ulang episod Family Outing masa Cha Tae Hyun jadi guest. So, aku pun try la buat the so-called Gamja Jolin. Basically, kentang goreng ko letak kicap, madu and aku improvised letak asam tamarind tu. 

Kelaparan tersebut buat aku bekerja dalam keadaan yang super laju dan terer. Chef Ramsay dengan Chef Wan sekali aku rasa akan kagum. 

chop chop (insert aksi memotong), 
chewww (insert aksi goreng) 
chreett chreett (insert aksi tengah perah asam) 
pssshhh (insert aksi masukkan air asam dalam kuali)
cheeww chewww

Mak aku then, macam inspektor makanan datang buat lawatan, "hang masak apa ni, Dekwa?"
"Gamja Jolin" (translate - boiled potatoes)
*hambar dan tak layan* 
"Satgi jangan dok buat2 lupa kemas dapoq. Esok2 mak juga yang nak kena basuh"
Ommaa~~ (insert aksi manja)

Tuesday, April 9, 2013

Mari Offer Penampar: Epi 2

"Amboi, wa. Tak nampak langsung kita kat sini. Jalan menonong je. Sombong"

Aku nak offer penampar, boleh?

Cuba kita ubah cara kita menegur orang bila kita nampak orang kat tempat awam, tapi orang tak perasan kita. Tah ke orang tu rabun ke, memang tak ingat ko sapa ke, memang tak nampak langsung ke, alih-alih kena cop sombong. 

Untuk pengetahuan semua ya, aku bukan YB kawasan. Aku tak perlu berpura-pura peduli untuk raih undi. Kena ramah, salam semua orang, tanya khabar setiap sorang, hulur wang, pastu mention pulak, "meskipun orang yang ditolong tu adalah pembangkang, sebagai menteri besar, YB tidak pilih bulu." Apa ke? Bukan memang keja ko jaga rakyat ke? ke? tetibe ke politik pulops.

Kalo aku nampak aku tegur, kalo aku kenal aku hi, kalo orang senyum, aku balas. Unless kalo hubungan kita awkward, aku definitely, definitely akan try avoid keawkwardan kita. Itu akan menyelamatkan both of us. Bahaha ahaha. *krik krik krik* 

Kalo aku tak dengar, tak nampak bila korang panggil.. kalo sudi tu datang la, peluklah daku. Janganlah terus label aku sombong. Kesian aku. Meskipun, aku tak penting dlm kehidupan ramai manusia....(sambung ayat sendiri la). Adalah benar aku cuma comel sahaja, muka time pagi-pagi memang tak boleh blah, atau time aku mengantuk pun tak boleh blah - comel tu cam surut kejap time2 kritikal camtu. Nanti comel tu datang balik la. 

Bila peluk, jangan kat pinggang la weh, aku geli. 

Sunday, April 7, 2013

Manusia Paling Bodoh dalam Kelompok Orang Bodoh

in before, aku minta maaf kalo terasa tapi aku kena highlightkan benda ni.... sebab bak kata Dr Sheldon Cooper tanya kenapa Penny menangis then she said: Because I'm stupid! Pastu Sheldon kata: That's no reason to cry. One cries because one is sad. For example, I cry because others are stupid, and that makes me sad.

Kategori yang aku maksudkan di atas adalah golongan2 yang pegang statement ini:

1. "kita jangan persoal hukum halal dan haram, dosa ke pahala, itu Allah yang tentukan"

Bentuk kebodohan nyata di sini adalah, terang-terangan Allah dah tunjuk apa yang halal, apa yang haram. Mana yang boleh pahala, mana yang bikin dosa. Ada pulak pembahagian, yang mana dosa kecik, dosa besar. Nabi sendiri pun bagitau, tunjuk, ingatkan... Semua dah tulis dalam Al-Quran, dalam hadith, pegangan para sahabat... haisyh!  

Jangan tunjuk yang kita tu sangat tidak cerdik, tak reti agama, hanya mahu approval manusia dan sangatlah obvious tidak baca & paham Al-Quran. jangan~

Thursday, April 4, 2013

(tak jumpa title yang sesuai)

aku ada benda nak cerita. lepas aku bengkek pagi tadi dengan kejadian di Kangar, aku rasa malas nak buat kerja berfaedah. so, aku nak bercerita.

manusia ni, mana-mana manusia pun mahukan recognition dan approval. perasan tak? perasan tak? dua benda berbeza tu.. (kalo ko tak tahu makna recognition, approval, ko cari kamus la woi)

untuk lebih terperinci lelaki mahukan acknowledgment sementara pompuan mahukan appreciation

menatang ni aku belajar kat kem yang tempat keja aku organize dulu. Bos aku risau kot, time tu, anak buah asyik gaduh opinion je, maka, dia arahkan kitorang masuk kem bawah Leonard Personality Test apa bala tu. Surprise, surprise, kem tu bagus. Aku pun dapat tahu kelebihan aku sewaktu kerja. Tapi aku tak praktis pun la sekarang. Aku praktis time aku kerja dgn tempat lama je. Dah time tu je berkobar. Haha. 

Korang bukan paham pun, kan? Aku kan jenis berleter tak explain. My bad. Aku bagi contoh la.

Situasi 1: Seorang brader cuba menjadi cute dan memasak untuk isteri. Isteri kalo kata "abang masak?" itu pun dah cukup sebenarnya. Ko tak payah nak cuit hidung, nak beli belon. Cukup. 

(itulah contoh mudah acknowledgement aku, paham? paham?)

Itu tak berlaku kalo pompuan plak yang masak. Katalah dia masak menu yang luarbiasa, penuh meja ni, masak dari pagi untuk makan malam. Ko, kalo jadi hasbennya pakai ngap saja, tentulah tak kena or cakap "ayang masak ke? wah~~". TAK CUKUP, BRO. Ko better cakap "terima kasih sebab masakkan kat abang" oh, sedap ke tak sedap ke, itu belakang kira. yang penting, ko appreciate.

Nampak tak? Nampak tak? Paham? Kalo tak paham, click je pangkah kt atas tu. Yg kaler merah tu. Ko klik sekarang. Klik sekarang.  

Aku tak berapa sure pasal approval dan contoh yang patut aku bagi kat korang. Tapi, aku try je la. 

Situasi 2: Katalah ko menang dalam satu Saman yang mana disebut dalam kamar Yang Arif, kemudian yang lawyer pihak sana dah blah dah, lalu kat dalam mahkamah yang ada ramai lawyer lain dok tunggu nak bicara, cara ko nakkan approval mereka, dan bahawa dan bagitau mereka ko menang kes tu, jangan lupa memperbodohkan peguam tadi dengan berkata

"Awin, nanti Encik Mansor mesti nak appeal lepas ni, nanti lepas buat draf order tu, tunjuklah kat saya" dengan kuat. Kena cakap dengan kuat tau, so, orang tahu ko menang. So orang approve ngko.

Hummm... camne nak buat recognition eh? eh? Aku ada contoh. Maybe dengan masuk persatuan yang takde hala tujuan, itu pun satu jenis recognition senanye. Tak kesah la kalo yang objektifnya nak memartabatkan bangsa ke, agama ke, tapi tak anjur pun program2 yang mengisi, yang ilmiah. Itu tak penting. Yang penting, ada orang recognized ko dalam sesuatu kelompok. Ye lah, nak jadi usahawan, malas. Nak jadi pemimpin, nak cakap tak eloquent, dgn orang seofis pun berat mulut...  

Seriusli, yang aku dok tengok, duduk ramai2 minum air kat kedai mamak, ada buah gaduh la, pakai baju hitam macam metal la, yang paling aku tak tahan sekali, nama je persatuan, takde fungsi pun, membantu time2 geng gaduh pasal pompuan je, time kereta ke tarik...     

OH! senang je, ko tengok Lady Gaga. Punya la nak perhatian orang, pakai baju macam kereta berhias. Bila dah yang lain rasa idea jadi kereta berhias tu idea yang genius dan fantastic, maka ramai tak pengikutnya? Ramai kan? Kenapa jadi pengikut? Sebab nampak si gaga tadi tu direcognized. kan? kan? 

*hambar*