Aku nak sentuh isu satu video yang tengah viral. Oh, bukan video parodi terbaru Bobo Lentuk Leher, aku nak cerita pasal video buli ketua kelas, SMK Tun Hussein Onn.
Aku tengok video tu yg kawan2 share kt fb, aku kagum sebenarnya dgn semangat jitu ketua kelas tu, korang bayangkan hampir 3 orang belasah dia, tak jatuh pun. Kira pembuli tu tak cukup Shark, tak cukup Lan Todak jadi pembuli.
Yang aku tak paham, walaupun ramai2 asyik nyatakan bahawa "Say No to Bullying" and stuff, kenapa kita plak gi cari identiti 3 Pembuli tu dan siarkan dan share kat seluruh internet, sealam maya? Maksudnya, kita sama je lah level dengan diorang tu, buli orang.
Dude, its cyber-bullying. Ko cari identiti, ko hack facebook diorang, ko tayangkan gambar diorang, siap yang bergari lagi. Siap ada blog and invite reramai kutuk diorang. Padahal, diorang tu teenagers jugak. Sama je dgn ketua kelas tadi. Kalo ikut undang2, mahkamah kanak2, kanak2 tu tak boleh ditunjukkan muka diorang, kan? It will tarnish their future.
Nak bantu polis takde masalah, ko serahkan jelah informasi tu kat polis. Kenapa perlu tunjuk seantero dunia? Nak apakah kamu? Recognition?
Tahu kan masalah teenagers? Kamonlah... we're were once teenagers jugak. Kita dulu jugak tercari2 identiti dan yang sebenarnya sebagai remaja, kita laparkan makanan jiwa. Sebab tu kita dulu jiwa kacau. Emo je manjang. Bila kena leter kalo buat benda salah, selalu ayat jawab adalah "mak tak paham perasaan, Melissa!" kan? kan? Amboi, nama remaja Melissa, ngko!
Lapar perut boleh bagi makan, kalau lapar jiwa? lapar nurani? Makanannye apa? Didikan agama ler. Didikan moral. Tgk, aku pun dah jadi ustazah dah...

As teenagers, ingat tak? kita akan ikut buta mana2 aksi yg kita rasa hebat. Yang kita rasa "best ni kalo aku a part of it" Kalo tak remaja rasa hebat jadi rockers, takde la dulu berjemaah remaja simpan rambut panjang, pakai seluar skinny koyak, emo tak tentu pasal.
Hoi, ni bukan zaman remaja aku HOI!
Zaman aku dulu Nsync, Backstreet Boys, pastu dah naik habis sekolah menengah sket, start cerita tangkap leleh korea, Winter Sonata. Then, DBSK, Big Bang, Gackt.. eheh.
Tolonglah janganlah kita jadi masyarakat yang asyik nak tunding jari, tapi buatnya tidak. Aku tak mahu kita jadi masyarakat yg kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. Marilah kita berganding bahu menyediakan masa depan dan masyarakat yang lebih baik... (aku try bertanding jadi ADUN la)
Please, SAY NO TO ANY KIND OF BULLYING.
Please, SAY NO TO ANY KIND OF BULLYING.
No comments:
Post a Comment