Pages

Tuesday, April 9, 2013

Mari Offer Penampar: Epi 2

"Amboi, wa. Tak nampak langsung kita kat sini. Jalan menonong je. Sombong"

Aku nak offer penampar, boleh?

Cuba kita ubah cara kita menegur orang bila kita nampak orang kat tempat awam, tapi orang tak perasan kita. Tah ke orang tu rabun ke, memang tak ingat ko sapa ke, memang tak nampak langsung ke, alih-alih kena cop sombong. 

Untuk pengetahuan semua ya, aku bukan YB kawasan. Aku tak perlu berpura-pura peduli untuk raih undi. Kena ramah, salam semua orang, tanya khabar setiap sorang, hulur wang, pastu mention pulak, "meskipun orang yang ditolong tu adalah pembangkang, sebagai menteri besar, YB tidak pilih bulu." Apa ke? Bukan memang keja ko jaga rakyat ke? ke? tetibe ke politik pulops.

Kalo aku nampak aku tegur, kalo aku kenal aku hi, kalo orang senyum, aku balas. Unless kalo hubungan kita awkward, aku definitely, definitely akan try avoid keawkwardan kita. Itu akan menyelamatkan both of us. Bahaha ahaha. *krik krik krik* 

Kalo aku tak dengar, tak nampak bila korang panggil.. kalo sudi tu datang la, peluklah daku. Janganlah terus label aku sombong. Kesian aku. Meskipun, aku tak penting dlm kehidupan ramai manusia....(sambung ayat sendiri la). Adalah benar aku cuma comel sahaja, muka time pagi-pagi memang tak boleh blah, atau time aku mengantuk pun tak boleh blah - comel tu cam surut kejap time2 kritikal camtu. Nanti comel tu datang balik la. 

Bila peluk, jangan kat pinggang la weh, aku geli. 

No comments:

Post a Comment