Pages

Thursday, April 4, 2013

(tak jumpa title yang sesuai)

aku ada benda nak cerita. lepas aku bengkek pagi tadi dengan kejadian di Kangar, aku rasa malas nak buat kerja berfaedah. so, aku nak bercerita.

manusia ni, mana-mana manusia pun mahukan recognition dan approval. perasan tak? perasan tak? dua benda berbeza tu.. (kalo ko tak tahu makna recognition, approval, ko cari kamus la woi)

untuk lebih terperinci lelaki mahukan acknowledgment sementara pompuan mahukan appreciation

menatang ni aku belajar kat kem yang tempat keja aku organize dulu. Bos aku risau kot, time tu, anak buah asyik gaduh opinion je, maka, dia arahkan kitorang masuk kem bawah Leonard Personality Test apa bala tu. Surprise, surprise, kem tu bagus. Aku pun dapat tahu kelebihan aku sewaktu kerja. Tapi aku tak praktis pun la sekarang. Aku praktis time aku kerja dgn tempat lama je. Dah time tu je berkobar. Haha. 

Korang bukan paham pun, kan? Aku kan jenis berleter tak explain. My bad. Aku bagi contoh la.

Situasi 1: Seorang brader cuba menjadi cute dan memasak untuk isteri. Isteri kalo kata "abang masak?" itu pun dah cukup sebenarnya. Ko tak payah nak cuit hidung, nak beli belon. Cukup. 

(itulah contoh mudah acknowledgement aku, paham? paham?)

Itu tak berlaku kalo pompuan plak yang masak. Katalah dia masak menu yang luarbiasa, penuh meja ni, masak dari pagi untuk makan malam. Ko, kalo jadi hasbennya pakai ngap saja, tentulah tak kena or cakap "ayang masak ke? wah~~". TAK CUKUP, BRO. Ko better cakap "terima kasih sebab masakkan kat abang" oh, sedap ke tak sedap ke, itu belakang kira. yang penting, ko appreciate.

Nampak tak? Nampak tak? Paham? Kalo tak paham, click je pangkah kt atas tu. Yg kaler merah tu. Ko klik sekarang. Klik sekarang.  

Aku tak berapa sure pasal approval dan contoh yang patut aku bagi kat korang. Tapi, aku try je la. 

Situasi 2: Katalah ko menang dalam satu Saman yang mana disebut dalam kamar Yang Arif, kemudian yang lawyer pihak sana dah blah dah, lalu kat dalam mahkamah yang ada ramai lawyer lain dok tunggu nak bicara, cara ko nakkan approval mereka, dan bahawa dan bagitau mereka ko menang kes tu, jangan lupa memperbodohkan peguam tadi dengan berkata

"Awin, nanti Encik Mansor mesti nak appeal lepas ni, nanti lepas buat draf order tu, tunjuklah kat saya" dengan kuat. Kena cakap dengan kuat tau, so, orang tahu ko menang. So orang approve ngko.

Hummm... camne nak buat recognition eh? eh? Aku ada contoh. Maybe dengan masuk persatuan yang takde hala tujuan, itu pun satu jenis recognition senanye. Tak kesah la kalo yang objektifnya nak memartabatkan bangsa ke, agama ke, tapi tak anjur pun program2 yang mengisi, yang ilmiah. Itu tak penting. Yang penting, ada orang recognized ko dalam sesuatu kelompok. Ye lah, nak jadi usahawan, malas. Nak jadi pemimpin, nak cakap tak eloquent, dgn orang seofis pun berat mulut...  

Seriusli, yang aku dok tengok, duduk ramai2 minum air kat kedai mamak, ada buah gaduh la, pakai baju hitam macam metal la, yang paling aku tak tahan sekali, nama je persatuan, takde fungsi pun, membantu time2 geng gaduh pasal pompuan je, time kereta ke tarik...     

OH! senang je, ko tengok Lady Gaga. Punya la nak perhatian orang, pakai baju macam kereta berhias. Bila dah yang lain rasa idea jadi kereta berhias tu idea yang genius dan fantastic, maka ramai tak pengikutnya? Ramai kan? Kenapa jadi pengikut? Sebab nampak si gaga tadi tu direcognized. kan? kan? 

*hambar*

No comments:

Post a Comment