Pages

Monday, August 30, 2010

Movie Review: Vampires Suck

Jumaat lepas, untuk pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Alor Star Mall, Simpang Kuala. Sumpah aku tak pernah sampai. Kagum sekejap sebab macam lawa. So, kat situ ada satu cinema nama dia Big Cinema.

Niat di hati, nak tengok Grown Ups, kalaupun Dina ngan Liza tak sudi, aku nak berguling kat atas lantai sampai diorang setuju. Malangnya, Vampires Suck saja yang ada. So...



Vampires Suck adalah spoof untuk Twilight dan New Moon. Nasib baik bukan Eclipse. Sebab aku belum tengok.. (ye kawan2, saya menyumpah diri sendiri juga)

Movie ni start dengan Becca sampai dekat Sporks yang dia rasa pelik. Budak Becca ni betul-betul meniru si Bella. Memang jadi. Dari props, gaya dia sisir rambut, cara cakap... semua ah~!

Dan part Edward lagi aku bergolek (sebab aku Team Jacob), Becca cakap Edward as "constipated look"..al-memang...dia jugak teka Edward as "a Jonas".

Oh, aku juga penah anggap the evil-vamp-trio sebagai BEP... sorry Fergie. (Aku suka the Twilight's Victoria, beliau cantik. The Eclipse's Victoria tak nampak sesaiko beliau yang sebelum, wonder why dia kena re-cast....)

And that Edward said "i found someone who is as weird as me"... Gaga... wakahkah (ok, yang tu lawak)

Ada je scene-scene lain yang buat orang gelak, tapi ko tak boleh nak gelak sampai menangis macam all the previous Scary Movies... cuma gelak "hahaha" je, bukan gelak "kahkahkah...lawak ah..."

Maybe aku prefer spoof made by Ryan NigaHiga on Twilight and New Moon. Yang tu gelak "kahkahkah".

Anyway, best jugak dapat keluar dengan kawan-kawan. Tambah-tambah yang lama tak jumpa. Tambah-tambah bukan aku sorang je yang melebar dengan jayanya... ahah~! Piis y'all.

2 comments: