Pages

Friday, September 3, 2010

Project "Jejak Kasih: Ramadhan Special" - A Post Mortem

Sesungguhnya manusia hanya dapat merancang, manusia yang pemalas juga yang rugi!

Beberapa entri yang sebelum, aku ada berkobar-kobar di dada nak memasak kat rumah dan ajak kawan-kawan datang berbuka kat Lorong Seri, Alor Star tu.

Malangnya, oleh sebab si gemuk ini menjadi pemalas bila di rumah dan lebih suka berbual manja dengan Damien @ Amjad, so makan di luar la al-jawabnya.

BERBUKA POSA PERTAMA - Kenny Roger's Roasters, Kampung Berjaya
Hari pertama di rumah, dah keluar dengan Dina, Dr. Pink Lady of the Valley, Dila, the Fotograper dan jugak Liza, the Rahman kuasa dua. Tak tahan ni, buka puasa dekat Kenny Rogers' Roasters. Sabar ada hilang sekejap bila waitress tak bawak-bawak sky juice aku, tapi ingat kitorang nak take-away sedozen muffin.... cacat!

Lama gak tak merapu dengan kawan-kawan. Paling sedap aku merapu bila aku cakap kat Nik (kiutlah dia tu, dari dulu sampai sekarang kiut)

Azwa: Kalo langkah bendul, adiknya tak boleh keluar ikut pintu depan.
Nik: (muka sangat concerned and bersopan) ye ke? ada ke macam tu?
Azwa: Ye la, (bersungguh explain) kat kelantan ada lagi orang buat benda camtu...
Nik: Kat Kelantan ke?
Azwa: (sangat sure) Ye, Kelantan

Ya ampun! Kalau dah nama member Nik, of coz la dia dari Kelantan. Best part is, aku tak maksudkan Kelantan! Dalam kepala aku nampak dua Jawa Johor yang cerita kat aku benda ni penah jadi kat Johor. J-O-H-O-R mangkuk!!

Mampus! Nik mesti ingat aku racist terhadap rakyat Kelantan!

BERBUKA POSA KEDUA - Pizza Hut, Jalan Limbong Kapal
Pagi bangun dah fikir nak masak bende untuk diorang. Sekali tengahari melengkaq @ mengulau dengan Amjad depan tv tengok Kala Hati, aku dah malas.

Azwa: Miza, jom keluar je la.
Miza: (mengutuk aku dengan jayanya. Ayat-ayat seperti bersungguh, semangat dan sebagainya keluar)
Azwa: Aku ajak Sue.

Hahaha.. sekali jumpa baru tau! Rindu gila nak mampus! Peluk-peluk, cium-cium, aku rindu kamu, rindu aku.... Dulu benda-benda kecik pun jadi hal. Nak merajuk.

Sue pun aku tengok penat sket, gile tunggu nak meletup je tu.

Tu la yang aku selalu emphasize kat budak-budak ni - "Bila ada kawan kecik hati dengan korang pasal benda kecik, percayalah, dia tu sebenarnya rindukan korang tapi tanak ngaku and cuba nak lupakan korang, malangnya tak berjaya so, buat alasan"... hah! panjang ko "Lesson of the Day" aku bagi.

Aku rasa puasa ni memang konsepnya untuk tidak bercakap banyak;

Azwa: Hari tu aku gi bebuka dengan Dina, adik dia ngan Liza. Kat Kenny Rogers
Miza: Laa...aku tak tau pun Kedah ada Kenny Rogers. Maju noh ada la ni... Kat mana Kenny Rogers tu?
Azwa: Kat Kampung Baru...
Miza: Ni kali pertama aku dengar Kampung Baru, Alor Star.
Azwa: Weh, ada la Kampung Baru. Kat umah adina tu. Kat Mergong tu. Yang depan sikit ada Pizza Hut tu...

Kawan-kawan, silakan fahami... Saya maksudkan Kampung Berjaya.

VERDICT OF THE PROJECT: 45% FAILED

2 comments:

  1. Trase sgt la xde klas kg berjaya tu disamakan dgn kg baru!

    ReplyDelete