Pages

Wednesday, September 22, 2010

Pernah Juga Jahil

Membaca entri Sue Anna Joe bertitle-kan Terasa Jahil ni, aku pun nak mengshare-kan experience aku masa kat Bangkok dulu.

Bangkok adalah destinasi kedua kerja aku selepas Chiang Mai. Aku pergi satu meeting kat Windsor Hotel. Cantik tempatnya. Kat tengah-tengah bandar. Dekat je dengan mall segala bagai.

Tapi, oleh sebab kejahilan aku juga yang rambang mata nak mencuba makanan kat situ, dengan selamba aku kutip segala makanan tanpa kesah ada bekas ba-alif-ba-ya ke tak.

Terang lagi bersuluh sebenarnya dia letak sebelah2, tapi, aku tak rasa aku kesah waktu tu sebab kat kepala hotak aku yang kadang-kadang ada part sengal jugak ni, aku pikirkan Bangkok ada consider pasal makanan halal. Dan sepatutnya aku lebih berhati-hati mengambil pinggan ataupun mengambil makanan.

Di Chiang Mai, takde hal. Sebab adik-adik comel aku dari UM semuanya menjaga makanan aku. Diorang bersusah payah carikan makanan halal padahal aku cakap je aku tak kisah makanan vegetarian pun.

Jadi bila aku ke Bali, Kin dah warning siap-siap kat sana makanan berasaskan ba-alif-ba-ya banyak. Tapi boleh jumpa banyak makanan halal.

Dan bila aku kat hotel, aku dengan selamba-badak-sumbunya bertanya kat minah yang kerja kat restoran tu. "Kak, makanan sini halal tak?" Dia kaget (ewah) lalu menjawab: :"Ya, di sini kita tidak menyediakan ba-alif-ba-ya, mbak, jadi semuanya halal"

Dah sudah. Nasib baik tanya. Dan nasib baik takde ba-alif-ba-ya dalam menu restoran tu. Sepanjang aku kat restoran tu, aku makan makanan Jepun. Takde la aku komplen pun, sebab aku memang excited makanan Jepun. Semua ikan mentah aku belasah. Itu je la sumber protein yang ada.

Aku juga jadi pemakan buah-buahan, salad-saladan,cheese-cheesean utama kat situ.

Pengajarannya di sini adalah;

1. Kalo ke luar negara, sila berhati-hati dengan makanan yang korang amik. Ingat, pinggan bekas makanan ba-alif-ba-ya kita sebagai orang Islam tak boleh guna. Kalau dah tau, try opt pakai pinggan salad ke, pinggan dessert ke.. Kalau dah tak berpinggan, susah gak.

Aku tau soalan akan timbul, kalau diorang basuh sekali macam mana? Tapi, bagi aku, kita tak payahlah nak over-question yang tu sebab kita tak tau. Yang kita tau dia ada hidangan tu, dan pinggan paling besar la selalunya orang pakai kan.

Unless, korang rasa was-was jugak nak pakai pinggan salad, mungkin korang boleh pegi cari makanan kat tempat lain yang halal.

2. Di Indonesia, aku tak rasa maksud 'halal' adalah 'binatang yang disembelih oleh orang Islam dengan tatacara Islam'. 'Halal' kat sana lebih kepada 'binatang selain ba-alif-ba-ya)

3. Nak selamat dan taknak was-was, buat lah macam aku yang bersungguh pack megi Rusky-Tomyam ke Jakarta dan Bali. Kenyang je. Bukan lama pun nak stay sana.

No comments:

Post a Comment