Sabtu lepas, lepas makan nasi kat umah Liza di Sungai Petani, kami balik Alor Star gi tengok wayang.
Magika adalah sebuah filem muzikal yang pelakon2nya memang semua nama besar. Si hero - Mawi (yang nyanyi dari perut), kemudian ada si kiut Diana Danielle dan budak paling best dengan ekspresi, Fimie Don.
Cerita ni pasal sorang budak grumpy, Malik (nama retro siot) yang terjatuh dalam telaga buta pastu kena tangkap dengan Nenek Kebayan (Ziana Zain). Kakak dia, Ayu datang nak selamatkan dan minta tolong Bad aka Badang yang berambut cantik (Mawi).
Cerita ala-ala fantasi Disney gabung cerita rakyat melayu, ada Puteri Bunian (Maya Karin yang sangat cantik), Pandir/Andeh (Aznil/Raja Azura), Mahsuri (Vanida Imran), Lembing Awang Pulang Ke Dayang (Norman Hakim), Nenek Kebayan (Ziana Zain), Awang Kenit (aku tak kenal), Orang Minyak (Nabil) Laksamana Melaka (Senario kecuali Wahid), Bawang Merah Bawang Putih dan Mak Kundur (Aleya/Amani/Adibah),Puteri Gunung Ledang (Ning Baizura) dan Memanda Bendahara (Sabri Yunos) dan special feature.. by tiga pokok (KRU).
(ada cameo Belalang dan Pak Belalang which membawa soalan... adakah itu cerita rakyat atau cerita asal oleh P.Ramlee?)
Humm.... itu je yang aku ingat. Oh, sorang lagi... Penunggu Tasik Chini (M.Nasir) !
Aku rasa M.Nasir la manusia paling anti-klimaks sekali. Masa Galaxy TV9 intebiu dia, dia terus bagitau dia jadi "orang tua yang bertukar jadi naga".... sepatutnya dia tak bagitau. Sebab, kalo dalam movie, kita takkan sangka dia nak jadi Naga Tasik Chini...
Paling kiut antara ramai-ramai adalah Bawang Merah dan Bawang Putih yang sarcastic dengan berpantun.
Dalam banyak-banyak lagi KRU dalam tu yang bunyi lebih kurang sama ja...aku suka yang tiga pokok tu punya. Agak terkesan dari lagu-lagu yang lain.
Tahukah anda apa yang paling istimewa??? Yaahhh... Jalaluddin Hassan menyanyi!
Sayang jugak, banyak karakter dalam movie ni tak sempat nak berkembang. Especially Mahsuri. Line dia cuma "Sawadikap" (which sepatutnya Sawadikaa.. for female) dan "Pasar Rimba". Tapi masa dia dok tak mati-mati tu, memang lawak.
Mungkin diorang ni golongan fail sejarah, sebab Mahsuri tak cakap siam. Keturunan dia saja yang datang/lari pegi Siam.
Satu lagi karakter yang aku expect more ialah Puteri Bunian. Kalo takat nyanyi pastu lari pastu jerit..baik ko tayah letak Maya Karin...
Tapi, rasanya aku paham kot...tak sempat nak sumbat semua sekali.
Satu lagi yang paling aku geruk kepala adalah klimaks cerita... senang gile si Badang rambut cantik tu kalahkan Nenek Kebayan and then, sedar-sedar kat hujung cerita Nenek Kebayan kena telan dek naga... satu perkataan yang terpacul dalam kepala hotak aku.. "APAKAH?"
MAJOR FAIL dalam movie ni adalah COSTUME! Distracting gila-gila super duper! Korang yang pegi tengok akan pastilah distracted dengan RAMBUT PELAKON!
1. Maya Karin - macam gumpalan shredded papers atas rambut dia
2. Ziana Zain - sup bunjut Adabi dengan anak rambut pendek dia kat belakang
3. Ning Baizura - rambut drag queen!!!!
4. Aznil Hj Nawawi - perut dia... perut dia..
5. Mawi - rambut dia lebih dijaga rapi setiap kalinya berbanding Diana Danielle
6. M.Nasir - Rambut putih yang sangat fake dan tak seia dengan misai dia....
Aku sangat tak puas hati dengan costume. Patut sack saja sapa yang in-charge tu...
Satu lagi yang aku rasa fail adalah Naga Seri Gumum tu, aku tak nampak seekor naga, aku cuma nampak sebiji buah pear yang dah terlampau masak ada sayap. Yang sangat mengecewakan, masa diorang focus muka M.Nasir, kat situ expectation tinggi nak tengok naga yang besar, bengis dan majestic... tapi, keciwa! Sungguh keciwa!
Yang aku geleng kepala masa awal cerita, maybe ini adalah first musical movie, tapi jangan buat theatrical.. body language yang tak kena, mulut nyanyi lain, tangan tunjuk lain.. tengok saja masa Aznil dengan Diana Danielle. Aku penat tengok.
Diana kat mula-mula tu, drama-over sket..tapi last-last semakin okay... Paling terer dengan mimik muka, si budak Fimie Don tu... perghhh.... terer terer.
Overal cerita ni okay la jugak. Jadi kalo tanya aku worth-it ke kalo pegi tengok.. aku boleh kata "kalo kita tak tengok, sapa lagi nak tengok..." CGI better dari Cicakman" "tayah compare dengan High School Musical tau" dan "satu usaha yang boleh dipuji"
Dina tanya, apsal Mawi jadi hero? Beliau kan kayu bercakap. So, jawapan aku would be : Mawi adalah penyanyi yang pernah berlakon dan masa filem di tengah shooting, Mawi masih glamer.
Oh, btw, kalo korang kerut kening kenapa ada anjing, haiwan itu adalah dari dunia nyata yang dok cari diorang. Melalui cerita ini, kita boleh rumuskan bahawa anjing-anjing tersebut boleh nampak dunia bunian.
p/s: Handsome tu apa?
MOVIE RATING: 2/5 STARS
No comments:
Post a Comment