Pages

Tuesday, September 21, 2010

Post 2010 Raya Review

1. Bila anda datang beraya ke rumah orang, sila lihat waktunya. Contohnya, cuba elakkan datang beraya pada waktu lunch dan waktu nak maghrib.

2. Jika ada teman-teman mahu datang beraya, sila inform mereka dahulu sebelum terjah sesuka hati. Anda bernasib baik sekiranya kawan anda memang ada di rumah.

3. Apabila kawan-kawan anda mengharapkan anda untuk datang ke reunion sekolah bersempena raya, walaupun anda tidak dapat menguruskan badan seperti harapan, datang saja lah. Lainlah anda mempunyai alasan yang kukuh seperti saya. "Anak sedara aku sorang tu je tinggal. Ko nak suh aku pilih?"

4. Waktu kawan-kawan mak anda datang beraya ke rumah, dan bila mana soalan anda ditanya mereka (kepada mak anda, of course) sila duduk jauh-jauh dari mak anda supaya anda tidak dicubit apabila menjawab soalan cepucemas seperti "bila lagi nak kenduri yang nombor dua ni?"

5. Simpankan dua balang balance biskut raya (ingat, bukan serdak biskut) kepada kawan-kawan kerja anda. Mereka akan komplen dengan hebatnya kalau tidak dibawa.

6. Selepas raya, ambil masa untuk mendapatkan momentum bekerja. Jangan kerja atau buat program sebaik sahaja empat hari berhari raya. Anda akan meng-annoy-kan ramai orang. Tanya Moon Hui. Dia super annoy dengan saya.

7. Andai anda telah berumur 25 tahun ke atas, jangan cuba bermimpikan duit raya. Duit angpow untuk orang yang belum berkahwin cuma berlaku semasa Chinese New Year, bukan hari raya. Sekiaranya anda telah bekerja, paling koman duit raya anda perlu sediakan adalah RM2 (Kedah's rate) kerana jika tidak, sepupu-sepupu anda akan menjuihkan mulut sekiranya mereka ternampak RM1 dalam sampul yang cantik dan cakap "ayyy, seringgit ja?" *muka tak puas hati.

Alahai.....

No comments:

Post a Comment