Pages

Wednesday, September 22, 2010

Movie Musykil: 'Brainscan: Aku dan Topi Ajaib'

Hanya dua tuan direktor Malaysia yang boleh heret aku masuk panggung tanpa paksaan - Allahyarhamah Yasmin Ahmad dan Encik Afdlin Shauki. Yang lain sumpah aku kurang berminat. Tapi, kalo Shahrulezad, pengarah drama tu nak buat movie, mungkin aku cuba jejak.

Tadi malam, tv3 ada siarkan filem "Brainscan: Aku dan Topi Ajaib" (takde la ajaib pun, cuma satu helmet rambu-ramba yang malfunctioned) yang pelakonnya dulu-debab-kini-tak-debab-lagi, Nik Adruce (yang sama size dengan aku masa jumpa kat PWTC) dan geng2 "Tentang Bulan".


Walaupun ada part-part dalam cerita tu memang lawak dan aku gelak, tapi ada part yang aku musykil tak abis-abis... Niat bukan nak analyze, cuma nak tanya je beberapa question kepada pengarah dan pengedit cerita.

Soalan 1
Macam mana si Eric tu boleh tahu rumah Penjahat tu kat mana? Tetiba je "haa...aku tau kat mana rumah diorang.."

Soalan 2
Bagaimanakah Dr Suzana boleh tahu yang si Adruce ada helmet rambu-ramba tu? Tetiba je posing maut depan basikal dan tanya.. ni Adruce kan? Mana mesin tu? (aku perasan la ada hujung rokok masa dua Penjahat cari mesin dalam semak, tapi, masa si Cat buka buku Adruce tu, dia sorang je baca..camno tu?)

Soalan 3
Kenapakah fantasi seorang budak lelaki sekolah menengah ada putera puteri, karpet Aladdin bagai, burung-burung berkicauan, bunga-bunga bertaburan? macam fantasi budak pompuan waktu tadika... adakah mahu ditunjukkan Adruce semasa besarnya akan menjadi "adik-adik" macam Azwan Ali?

Soalan 4
Macam mana Adruce boleh tahu tempat persembunyian Penjahat kalau Mak Abah dia yang dapat call dari Penjahat dan pergi/bawa mesin masa Adruce dan Erin pegi nak report polis?

Soalan 5
Kalau si botak yang bernama Wan tu bertukar dengan tikus, mana tikus-Wannya?

Haisyh... cerita boleh tahan, tapi buat musykil orang.

Nasib baik tak tayang Remp-it V3, yang tu lagi aku nak menyumpah. Kalut dan bunguks. Rentikanlah meniru filem luar tu. Tak seswai dengan keadaan kita.


Tapi aku sempat gak tengok Asmara, macam boleh melekat tengok lagi minggu depan. eheh.

2 comments:

  1. Aku tgk brainscan dlm kurang 5 minit je, lpas tu aku tukar siaran.
    Aku rase nk lempang perempuan yg jadi bini asmara, asmara serta mak bapak mereka sekali
    hahaha~

    Please la jgn taruk nama anak hg nnti asmara. It sounds so gay okay!

    (Adakah itu bermaksud drama di atas berjaya meninggalkan kesan kepada diri aku sebagai penonton?)

    ReplyDelete
  2. aku tak bisa tukar siaran. tv3 je yg plg cantik. jadi layankan je la brainscan tuh.

    oh, tapi hg tgk smp habis sebab hg curious kan? ye..terberkesan ke kamu. lgpun, shah jazlee tu (ehem) agak menawan

    Bila aku ada anak (angkat) nanti, aku taruk, of coz la adam! sebutan A-dem

    ReplyDelete