Pages

Wednesday, January 26, 2011

Seperenggan Setingkat #5

Bos aku sekarang banyak amik balak kerja. Mulanya gembira juga la aku nak bekerja. Ini dapat memotivasikan diri aku - luas pemandangan, meningkatkan prestasi diri dan aku dah tak lepak kat belakang library ofis untuk tidur lagi. Tapi, awat ramai yang tak hensem, bos? sheessh.

Aku menuju ke library ofis.

Sunday, January 23, 2011

Moview Review - The Shock of Labyrinth: House of Horrors

Melepak tanpa ketahuan bersama Atunmanna, Aya Joy dan Intan Byzura start dari Jusco Wangsa Maju kemudian Taman Layang-layang dan berakhirnya di GSC Midvalley. Aya Joyy ajak tengok Faster, lakonan Dwayne The Rock Johnson, tapi jiwa terhengen nak tengok something seram sejak Aya Joyy dan Meen cakap Khurafat sangat bodoh dan tak seram langsung tapi bongok dan menyakitkan hati (okay, aku exaggerated)

Memula nak tengok Paranormal Activity 2, tapi Atunmanna cakap nanti dia nak drive sorang - jadi aku sajes The Shock of Labyrinth: House of Horrors, movie dari Jepun. Dan aku juga rasa nak tolak diri sendiri dari tingkat atas Midvalley turun bawah kerana menjadi pensajes kepada cerita tak best langsung tu.

Review aku kepada cerita tersebut walaupun dalam 3D: Sangat Hampeh.

Sekian.

Friday, January 21, 2011

Perkara Bodoh Yang Aku Buat Zaman Sekolah Rendah rupanya Sekarang Masih ada yang Buat Time Diorang Sekolah Menengah


Aku sewaktu dulu masa Darjah Enam ada tersenarai dalam 4 geng - Satu geng dengan Tehah, Noni dan Anim, satu geng pengawas, satu geng Peah dan satu geng ex-5 Setia. Geng 5 Setia tu spesel la sebab aku dari Darjah Satu lagi. Geng tu la geng lepak lepas sekolah cum geng tulis Slam-fic (ye, bodoh, aku tahu) cum geng kantin cum geng bola tampar. Nama kelas weh, 5 Setia tu, sebelum tetiba aku kena transfer masuk 6 Sedia. Hanya waktu kejahilan yang melampau itulah yang mana menamakan geng2 dengan nama-nama pelik dianggap cool. Siap ada secret greet lagi.

Masuk sekolah menengah, aku rasa lawak pulak bila masih ADA orang buat geng bernama sebegitu. Siap pakai birthdate susun keturunan - Along la, Angah la, Acik la, Adik la. Dan secret greet masih wujud. Aku belum rasa itu perbuatan bodoh dan kurang bertamadun memandangkan evolusi SRK ke SMK agak singkat, tapi cam, c'mon la, sekolah menengah bukan time korang mengediks dgn jantan ke? Bukan time salahkan hormon ke?

Dan apabila masuk ke Tingkatan Enam (aku masuk sekejap je. tak sampai 1 bulan), ada tiga ekor minah yang bajet lawa namakan geng diorang "Las Mujeres". Like...what the frak? You're 19 already and yet you're still some bangangs yang hidup di alam fantasi?

Seriously, who's retard enough to put themselves in a group with stupid name and tell others that group name was picked based on your hideous face? What are you? Ten? Twelve?

Of course you can have your own circle of friend(s), your own clique(s) , your own geng- panggil la macam mana pun. You can call them hangout buddies, kaki movie, study circle, kaki makan, geng karok or whatever... Just dont give it a stupid name, stupid!

Nampak sangat korang still bodo dan tak matang. Fine. May the force be with you. Lepas tu, pandai pulak buat ayat bagi kat aku (budak-budak kecik ni); "itu kebebasan kami. Biarlah kami nak letak nama apa pun, siapa nak halang kami? Kami boleh buat apa yang kami suka"

Wahai insan-insan kecil dari aku sekaliannya, sekiranya mak bapak kamu still taja hidup, bagi makan minum, bagi duit tiap-tiap minggu, beli bra dan spender untuk kamu atau/dan/sedang/masih kamu beronggengjimba dengan berhutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara secara bersemester, maka hendaklah kamu kembali ke jalan yang benar.

Dan, apabila, kamu mendekatkan diri kamu dengan aku, dan berceritanya kamu tentang kebebasan diri dan nama geng seperti dari zaman wanita masih bersanggul toncet ini, nescaya akan ku koyak-koyak mulutmu, tanpa belas kasihan; (di bawah panji kemarahan Syaiton Nirrojim) Hatta, Joan Rivers pun akan berdiri memberikan standing ovation atas kelebaran mulut kamu darinya.

p/s: aku google image for "geng" - ada satu minah ni buat blog pasal geng dia - you know wattahel nama geng dia? GSK. It stands for Geng Suka Ketawa... ffuuuffuuuu

Wednesday, January 19, 2011

I'm a Virgin in Voting

*bangang punya title*

Sejak aku dikutuk secara sedap dan lazat oleh beberapa insan dalam arena pekerjaan aku ni, termasuk senior staff aku, aku telah mendaftar sebagai pengundi pada pertengahan tahun lepas. Dengan bangganya aku telah menjejakkan kaki ke Pejabat Pos Kg Tunku dan kini, bergelar seorang pengundi.

Aku dah buat research pasal current MP dan ADUN kat kawasan aku mengundi. DUN Wakil Derga dan Parlimen Alor Setar ini dulu mempunyai rekod pendidikan yang baik. Seorang doktor (which aku tak tahu doktor sakit ke doktor PHd, aku dah search tapi tak jumpa) dan sorang lagi adalah bekas lawyer.

Kesihatan aku rasa juga terjamin kerana mereka tidak merokok dan tidak pernah ada perkhabaran sebarang kesakitan. Dan aku akan research tentang pembangunan yang diorang dah bawak sepanjang term diorang. Tapi, kalau calon lawan diorang lagi ummphh, aku akan timbangkan sebaik2nya sebab aku tak makan rasuah kain batik sehelai dan RM50. Nak2, korang kena bagi Bugatti Veyron kat aku satu kalau nak undi aku.


Kenapa aku tengok dua perkara utama ini? Pastilah kerana aku tidak mahu bekas seorang kerani KEMAS atau bekas supervisor kilang kasut jadi wakil aku kat dewan negeri mahupun dewan rakyat. Dah obius gile ko tu bermodalkan air liur dan duit ringgit yang sumbernya pun aku taknak ambik tahu.

Makcik2, kalau bakal menantu pun korang nak yang berpendidikan tinggi, yang bergaji kepuk-kepuk di dalam poket, takkan makcik2 taknak perkara yang sama untuk pemimpin di tempat makcik2 sekalian?

Kenapa aku respek Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah tu? Dia tu dulu graduate of Al-Azhar University and the University of Kent. Tok Guru Nik Aziz pun dulu belajar kat Darool Ulum dan Al-Azhar University. Kenapa juga aku respek Khairy Jamaluddin? Dia tu dulu belajar kat Oxford University dan hensem. hahahaha.

Eh, korang perasan tak, dalam Wikipedia - ahli2 politik kita yang dengan pendidikan yang tidak seberapa, background diorang tak ditulis? Tulis je la sekolah menengah kan, bangga la sket sekolah tu. Takpe kalau setakat lulus SRP je. Tak payah la nak malu-malu, kenyataan beb, kenyataan.

Aku tahu yang kadang2 manusia yang paling cerdik pun boleh jadi bodoh bila masuk politik. Korang tengoklah Sarah Palin tu (ok, takde kena mengena). Tapi sekurang2nya bila ko ada degree kat tangan tu, takdelah sengal sangat sampai buat statement nak bagi orang baling kerusi kat ko, kan? Mcm nak ban Facebook ke, monyet memang untuk buat lab testing ke, pakai botox ke, RM2000 cukup untuk satu family hidup kat bandar ke.. kan? kan? kan?

Aku punya harapan menggunung sebenarnya kat SPR - aku harap diorang letakkan syarat tambahan pada sesiapa yang nak jadi calon ADUN/MP, sila sediakan untuk pengundi, dokumen2 ini 1) taraf pendidikan 2) laporan kesihatan

Dulu masa kat UIA, time aku cukup umur untuk mengundi, tetapi kerna dengan mematuhi AUKU, aku tak mengundi. Aku dulu skemdot macam sial. Pilihanraya Umum yang seterusnya ini akan menjadi pengalaman pertama aku. *excited* *excited*

Tapi, apa yang paling kefarat untuk aku hari ni adalah bila aku berkobar-kobar check status pengundi aku kat laman sesawang SPR;


RECORD NOT FOUND?? RECORD NOT FOUND??

Monday, January 17, 2011

Tamak Manusia Banyak Jenis - Tamak dan Pemalas

Korang penah kena tag dalam facebook tak bendaharam ni?


Dulu aku penah kena tag, dan aku terus report siapa yang berani tag aku tu. Nasib ah, apahal ko nak tag aku dengan benda bangang camni. Agak2nya, ramai gak Melayu yang tak paham konsep, kalo dah ada perkataan downline tu, maksudnya MLM la bodoh.

Soalan mudah, kalau memang boleh kaya buat benda ni, apsal tak masuk2 tv/sukoba pun jutawan2 facebook ni? Cakap kat aku? Aku tahu Amway tu pun ada bau-bau amalan MLM (tapi tak kuat la), masalah konsep dia ada sket mulia la - ko kena rajin berniaga (jual barangan, convince orang jadi ahli supaya boleh beli barang dengan harga murah, diskaun2) dari jadi pemalas setakat nak login satu social network. Berapa kepok lagi orang Melayu nak kena tipu ni? Korang ni tak paham-paham ke?

Bila sapa2 yang aku kenal dia dah beli Ferrari lepas join menatang alah ni, belanja-belanja la aku makan satay Kajang ok.

Wednesday, January 12, 2011

Peguam Itu Lagi Psycho

Sumber: Daily Mail , Wikipedia

Pada 8 Januari 2011, Jared Loughner telah menembak rambang kepada 20 orang dan enam daripadanya menemui ajal. Kejadian berlaku di Safeway Supermarket,Tucson. Ramai yang mendakwa jenayah yang dilakukan oleh Loughner disebabkan politik tetapi lebih ramai yang menganggapnya seorang yang gila.

Loughner telah menghadiri sebuah event yang dihadiri seorang Ahli Kongres, Gabrielle Giffords. Dia kemudian menghampiri Giffords dan terus menembaknya di kepala sebelum menembak orang ramai yang hadir. Seorang wanita bernama Patricia dan dua orang yang lain telah menahannya sebelum Loughner cuba mengisi semula peluru.

Psycho, memang psycho.

Apa yang aku pandang sekarang adalah, peguam yang akan membela Loughner bagi pihaknya. Judy Clarke adalah seorang criminal lawyer yang mempunyai record menyelamatkan manusia-manusia gila (OKT) terdahulu seperti Ted Kaczynki (mamat ni bom satu klinik pengguguran) dan Eric Rudoph (mamat ni bom satu Taman Olimpik kat Atlanta). Dia juga dalam team untuk mendapatkan permohonan untuk mengelakkan OKT dari dihukum mati seperti Susan Smith yang ikat anak dia dalam kereta sebelum dia tolak kereta tu masuk dalam tasik kat South Carolina.

Dia pernah jadi President of the National Association of Criminal Defense Lawyers. Orang sebut dia sebagai master strategist dalam kes jenayah yang melibatkan hukum mati.
Hebatnya kakak ini dia lebih mempersoalkan sama ada penjenayah patut dihukum dengan hukuman yang disabitkan, bukan sama ada penjenayah itu salah atau tidak. Kiranya serang teknikaliti la.

Dia ni lagi psycho, lagi psycho.

Aku kagum dengan orang yang sudi bagi OKT peluang kedua dan jenis tak emo dalam kes. Aku juga takde la menyokong sangat hukuman mati, tapi, in certain cases, kalau mati hukuman yang paling sesuai untuk satu2 jenayah tu, then, if proven guilty mungkin hukuman mati adalah yang terbaik. Aku dapat tips dari human rights lawyer, kalau jadi lawyer ni kena buat muka straight, ko akan nampak berkaliber dan orang takkan tahu apa yang ko tengah fikirkan in which sesuatu yang aku paling fail buat. *sigh*


~ cuba korang tengok betul-betul, muka siapa lagi pyscho? aku stand tall cakap kakak Judy ni lagi pyscho~

Tuesday, January 11, 2011

Seperenggan Setingkat #2

Bergolek gelak aku check Twitter pagi ni. Aku baru perasan Dato' Siti dah ada twitter and her followers mencanak-canak semakin ramainya. Bila baca satu tweet dia masa dia tengok Final Piala Suzuki AFF tu, dia ada tweet pasal Fahmi muka brutal. Kemudian dia tweet pasal Rajagobal. Nevermind la nama Rajagobal - Rajagopal ramai yang salah eja. But, then, sebagai #CreepyFan aku pun betulkan grammar dia sket. Grammar aku takde la betul, tapi, aku reti lagi la membezakan antara singular dan plural. Hari ni, dia dah delete tweet dia tu. Hehehe

Monday, January 10, 2011

Kecekapan Pejabat Imigresen Membalas Email, demi KPI/NKRA

Aku amat menggelegak dengan Pejabat Imigresen. Dalam website dia, dia letak, kalau ada sebarang pertanyaan, kita boleh email kepada admin dia. Jadi aku pun email la, dengan harapan aku boleh dapatkan penyelesaian kepada masalah aku.

Aku tahu kebangangan start dari aku yang perasan mempunyai ketinggian 171cm, padahal in real life aku cuma 161cm je. Tak payah la tanya kenapa aku perasan, korang pun kadang-kadang perasan lawa/ hensem.

Maka, ini jawapannya.

Baik korang tulis terang-terang dalam website korang, apa-apa hal bersangkut call terus pejabat. TAK PAYAH LA BUANG MASA MACAM NI, BUAT AKU SENGSARA MENGEKSPLAIN DENGAN PANJANG DAN MENUNGGU REPLY JE..

Saya Liberal, Saya Ok

Ramai orang tanya kenapa aku mengaku aku liberal. Ada empat orang tunding jari kat aku dan tanya, kenapa aku macam ala-ala liberal? Aku tak sedar sebenarnya sampai diorang bagi beberapa statement aku yang aku pernah buat. Salah satu pasal pengakuan Azwan Ismail. (tujuh statement aku diorang quote, which korang boleh nampak dari status Facebook aku, especially sejak akhir-akhir ini)

Aku percaya liberal adalah kebebasan dan memperkasakan diri (empowerment, bukan Perkasa songkok tinggi) dari sesuatu yang zalim, yang tidak benar, yang menindas. Aku juga percaya liberal itu adalah bila, keperluan untuk berharmoni, bertoleransi dan tak me'rigid'kan dengan orang2 lain. Tetapi, selagi tidak melanggar agama.

Aku tak peduli sangat adat resam Melayu. Selagi aku melakukan perkara2 yang diwajibkan Tuhan, tak buat perkara yang Tuhan haramkan, aku rasa aku ok. Adat resam dan pemahaman orang Melayu terhadap perkataan "ketuanan Melayu" aku rasa agak sampah. Kalau aku ke mana2, bila ditanya siapa aku, aku akan jawab "Aku orang Malaysia Muslim"

Liberal dari asal-asalnya bermaksud "bebas dari batasan" yang digunakan starting zaman Renaissance dan Reformation dolu-dolu diorang nak bebas dari cengkaman gereja dan sistem beraja. Itu asal2nya, tapi aku bukan pegang ideologi bebas tanpa batasan ni. Aku ingat Tuhan lagi. InsyaAllah, apa yang aku belajar masa zaman2 syariah dulu aku ingat lagi.

Kalo korang refer kepada kamus, liberal bermaksud;
1. favorable to progress or reform, as in political or religious affairs.

7. free from prejudice or bigotry; tolerant

8. open-minded or tolerant, esp. free of or not bound by traditional or conventional ideas, values, etc.

So, bagi pemahaman aku, liberal adalah di mana seseorang itu menggunakan aqal untuk berfikir dan meluahkan apa yang dia fikir, apa yang dia rasa reasonable. Ko kena reasoning dengan agama la - refer, doh, refer. Kalau sesuatu perkara itu, bila korang rasa tidak betul, tidak salah kalau korang suarakan, betul tak? Logik mudah.

Liberal bukan setakat mengenai politik dan agama. Ianya lebih dari itu. Kebebasan untuk menggerakkan diri untuk lebih maju dan kritis. Korang bukan tak tahu sistem pembelajaran Malaysia ni cuma untuk jawab exam je. Bila habis belajar, ilmu pun terbang melayang. Ilmu tu patutnya di dada, ingat sampai mati. Matematik tingkatan 3 punya formula, kalau ditanya, korang boleh jawab ke tidak? Aku pun geruk kepala.

Liberal ni mengharmonikan korang dengan kaum lain. Jangan la guna - oh, itu tak boleh, ini tak boleh. Itu haram, ini haram - Nabi pun hormatkan orang bukan Islam. Buka minda la sket, it's not like ko kena total avoidance, tapi make changes la. Yang jelas haram tu, tak payah la tolong tegukkan juga, konon katanya liberal.

Liberal ni juga mengubah korang dari terus bodoh dari diperbodohkan orang lain. Contohnya, dari korang dengar cakap seseorang bulat2, korang cari sendiri maklumat tentang sesuatu perkara tu. Kalau semua orang berfikiran macam tu, takde la ramai yang kena tipu dengan MLM, gelang azimat, skim cepat kaya etc.

Aqal kena overtake nafsu, beb. So, saya liberal, saya ok.

Seperenggan Setingkat #1

Twitter adalah alter-ego aku. Aku tak suka orang dari real life yang tak faham kegilaan aku, memfollow aku dan/atau nak kondem. Apa yang terpacul dari kepala, itulah yang aku tweet. Aku tahu, tak semua benda aku tweet tu betul dan sesuai dengan norma, tapi, itulah aku dalam parallel universe yang lain. Aku terpaksa block korang kalau korang dari tempat kerja aku, family aku, budak UIA dari kelompok tertentu atau dari golongan pengomplen tegar.

Sunday, January 9, 2011

Semberono #2

Semalam aku pergi super melalak karok dengan Aya Joyy, Atunmanna dan Wanie Rosli kat The Curve lepas frust tercongok kat Wangsawalk. Ramai sungguh manusia di situ. Lepas karok sampai semput (itu aku) dan perut berbunyi-bunyi, kitorang bergerak ke Mali's Corner, Danau Kota. Alah, yang dekat uptown tu.

Sambil menunggu Aya Joyy dan Atunmanna mengorder makanan, aku rajin jugak mengusha2 sekeliling, tengok2, cuci mata, man hunting... sekali aku terpandang seorang kakak yang asyik membelek DSLR sambil2 mensnap gambar sedara mara dia. Sempat gak aku jeling outcome dari skrin dia tu. ahahahah. ahahaha. hampeh.

Pada masa yang sama, ada 2 mamat yang naik dan turun dari tingkat atas kedai tu sambil sangkut DSLR kat bahu. Fenomena ni aku nampak dari aku lepak dengan Halia kat Melaka lagi. Tapi aku rasa okay sket dekat sana sebab Melaka the Ohsem ada banyak tempat lawa untuk yang minat fotografi.

Persoalan aku sekarang kenapa orang nampak DSLR cuma sebagai aksesori baru yang membolehkan korang membelagakkan diri gile? Aku tak reti sangat pasal fotografi tapi aku rasa aku still ada rasa hormat kepada sebuah kesenian. Oleh kerana aku (selalu) fail ambil gmbr lawa, aku rasa aku serah balik kepada mereka yang terer.

Korang boleh kata aku dengki or diorang ada duit, lantak la diorang nak beli or boleh kata diorang beli so bleh blaja amik gambar lawa2. whatever la. tapi kalo ko asyik menyangkut DSLR macam aksesori, walaupun terang lagi menatang alah tu boleh letak dalam beg dia, itu RIAK namanya.