Pages

Tuesday, October 9, 2012

Heran Kan

Heran tak.. 
Kalo kini, bila ko berjumpa dengan geng budak sekolah rendah, ko buat perangai cam budak sekolah rendah. 
Semua perkataan-perkataan haru yang ko baru belajar time2 tu, terpacul. 
Anokharom, barua, ko ajaq, binawe... contoh la. contoh. 

Heran tak.. 
Kalo kini, bila ko berjumpa dengan kawan-kawan sekolah menengah, ko pun jadi cam budak sekolah menengah balik. 
Perbincangan di kedai-kedai makan makanan pantas (fast-food restaurant) waktu dulu direminiscekan dengan isu-isu lebih matang macam sama ada masih tengok anime yang sama, sama ada kawan2 dah jadi lebih bertambah berat ka atau sama ada manusia yang pernah buli ko dah mampus belum. 

Heran tak... 
Kalo kini, bila ko berjumpa dengan teman-teman kuliah, ko buat perangai cam remaja fresh di menara gading. 
Soalan awkward pertama yang ko minta lempang adalah "eh, ko bila lagi nak kenduri?" atau isu-isu berkaitan lain seperti anak dah berapa, kerja kat mana, berapa gaji ko, ok ke dok kat kampung, dah tukar kereta, dah pergi oversea berapa kali, pakai beg branded ke tak..  dalam kesimpulannya soalan-soalan polis pencen. 

Tapi...
Heran kan... bila acapkali di setiap perjumpaan ini, jarang-jarang ada timbul isu-isu kenegeraan, politik, ekonomi, cuaca, kulinari, sains, kejenteraan, kejururawatan, seni dan falsafah.. bila ada ja, aku otomatik jadi cam budak tadika. Clueless diikuti dengan berpuluh-puluh tanda soal pelbagai warna di atas kepala. 

2 comments:

  1. aku blur bila terpaksa ikut laki ku bertemu teman-teman seunibersiti beliau, kerana mereka suka membincangkan hal ilmiah, contohnya... aku tak mampu bagi contoh, sbb mmg ilmiah. So, bila the chinese guy bertanyakan aku seswatu, aku bagaikan.....bunyi cengkerik.... pardon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. the chinese guy? kalo ko maksudkan THE chinese guy yang satu itu, memang la. aku rasa cam bongok je dok around dia. cengkerik buat okestra 3 malam.

      balance is the key. IMHO, tadahal sembang psl gosip but, mari sama2 tambah something yg kita bleh share and amalkan. orang nmpk more on serious matter. bukan...as simplest as "step2 nak buat pasport" atau "motivate kwn gi umrah" pun,- itu pengetahuan yg share-able.

      aku dapat rasa waktu itu adalah waktu terpanjang dalam hidup ko. i feel you, bebeh.

      Delete