Pages

Wednesday, February 27, 2013

Review Telemovie: XoXo

Aku tak tengok telemovie ni kat tv9 sewaktu tayangan. Maklumlah. Mak aku mempunyai kuasa ke atas tv dan aku rasa tiap-tiap malam tengok tv Al-Hijrah. 

Cerita ni pasal Haziq (Remy Ishak) dan Alisha (Tiz Zaqyah) yang berchenta dalam facebook. Tapi, diorang ni tak pernah berjumpa. cuma chatting hari-hari pukul 1ptg dan 9mlm waktu Malaysia. Then, si Alisha ni nak gi surprisekan Haziq dgn pegi kat London, (since Haziq belajar sana). Sampai kat sana, rupanya si Haziq ni dah balik Malaysia. 

Nenek si Haziq pulak suruh Haziq kawin dan bawakkan gefren. So, he went to Alisha's house dan jumpa dengan housemate Alisha, the goth chic - Dania (Nadiya Nisaa) dan suruh Dania ni berlakon jadi Alisha untuk jumpa dengan nenek dia. 

Meanwhile, bila Alisha sampai London, purse dia tertinggal dalam teksi dan dia berjumpa dengan housemate Haziq, si (oh, aku lupa. Aku cuma tahu nama betul dia, Josiah something). Actually, aku lebih suka fokuskan kat Dania. 

Kenapa eh industri Malaysia lambat detect Nadiya Nisaa ni? Awesome minah ni. Aku suka dia berlakon. Masa Cun tu biasa-biasa je la, masa Adam Hawa pun, aku rasa dia ok (yelah, orang dok fokus kat Adam Haris tu) tapi, bila dia bawak watak Dania ni, aku rasa... perggh!



Kelakar. Aku tak boleh berenti tiru style dia bercakap. Macam penggali kubur si Nasir Bilal Khan tu. Dah jadi macam tengok cerita remaja jepun macam Ouran High School Host Club plak, ada yang sorang minat dark magic, Kuroneko? (even yang drama cam hampeh sebab sorang pun tak hensem macam dalam anime) 

Aku ulang tengok part dia. Bukan maksud aku nak jadi creepy, tapi lakonan dia sangat menjadi. 

Cerita tu ending dia tak best bagi aku. Macam nak bagi habis cepat2... Part Nadiya Nisaa tu best. Korang gi la download kat mana-mana. Aku nak link-kan youtube punya, tapi dah takde. Huuu.... 

Tuesday, February 26, 2013

Hujan, Bola dan Pak Ya - Sekali Teringat Daa...

Dah tiga hari hujan. Syok betul. Aku memang suka hujan ni. Hujan ni rahmat besar tau untuk kita. It  gonna washes the pain away... cewah.. Walaupun flutterby (rerama) tak berhibernasi, beruang berhibernasi. Ok, titik. 

Kalo time hujan ja, lagu Shah Rukh Khan yang aku ingat adalah time dia menari dalam hujan dengan ..err... sapa eh heroin tu? Lupa. Ala, ada yang satu kampung punya budak-budak datang ajak menari tu... 

Aku penah bersekolah ada asrama. Eh. Aku penah pergi ke sekolah berasrama kat Kodiang dulu. Dan duduk asrama. Eh. 

Dan aku golongan yang tak sesuai dok asrama. Terlalu banyak peraturan dan "birokrasi".

Ada sekali tu, time-time hujan camni la. Lebat lagi kot. Sebelum pegi kelas. Masa tu, aku tingkatan 1. Ada sebiji bola kat belakang asrama. Aku tukar pakai t-shirt yang dalam baldi dgn kain batik. Gi main bola kt belakang asrama. 

Y'know what, aku rasa building planning sekolah tu pun tak pandai gak. Korang bayangkan, tempat letak motorsikal betul-betul straight dgn laluan asrama pompuan nak pegi toilet/bilik mandi. 

Ada la beberapa kawan-kawan yang lain terlibat. Cikpah, Syuda, Farah... So, time syok main passing-passing bola, sekali Pak Ya, pengurus asrama nampak. Mencicit lari. 

Kami yang terbabit semua kena cuci toilet. Aku tak ingat berapa minggu..  Dah la hari tu hari Rabu.

Apa kepentingan hari Rabu pada budak asrama? Hari dapat makan ayam. Hari-hari lain, ikan temenung goreng kebanyakannya. Sedih betei aku. 

Tapi, aku pun sedih pandangan Pak Ya kat aku. Yelah, tiap kali dia denda budak perempuan, muka aku jugak yang ada. Dia punya pandangan tu, macam dah give up, macam aku akan gagal dalam kehidupan di masa depan.  Tapi, sedih dekat situ la. Minggu depannya pulak kena denda lagi. Bahah.  

Salah tau sebenarnya bila kita labelkan pelajar yang nakal, pelajar yang tak pandai akan gagal dalam kehidupannya di masa depan. Ramai gila aku tengok mereka-mereka yang biasa2 saja, ataupun yang nakal masa zaman sekolah membesar elok dan jadi orang yang baik, orang yang berguna. Kawan-kawan aku dulu sekarang dah jadi ibu2, bapa2, penjaga ibu bapa yang dah tua, ada business sendiri, bertani, jadi kerani.  Ada yang siap buka kebab dan franchisekan lagi. Ada jugak yg buka catering. Ada yang berjaya smp ada  lima nam lori tanah. Berhidup, makan dan bersyukur atas bumi Allah. Selamat je aku tengok...

Orang yang takde masalah masa sekolah pulak yang aku tengok dok buat perangai bila dah besar-besar. Yelah, diorang takde masalah dulu, jadi kebanggaan katanya, pastu rasa sentiasa betul semua lah.

Bos aku penah cakap gini, kat Malaysia ni, lebih baik yang orang tak pandai. Mana taknya, ko masuk universiti, keluar, belum dapat kerja, atas kepala, loan study at least RM15 ribu. at least... Orang tak pandai? Masuk kolej, MARA, dah.. keluar dapat kemahiran, then dapat kerja... (pastu dia ada kata something something lagi, tapi aku lost..aku dapat la point dia...)   

Betapalah sabarnya mak bapak aku dengan aku. Dari dulu sampai sekarang.*isyk, isyk isyk.. srottt* aku nak cerita pasal kena denda sebab main hujan je sebenarnya.     

Wednesday, February 20, 2013

Isu Pak Mie Shelter, Tanjung Bendahara

Sebagai Duta Alor Setar yang dilantik sendiri, aku terpanggil untuk komen kepada Rumah Perlindungan Anjing dan Kucing milik Pak Mie dan Mak Intan yang terletak kat Tanjung Bendahara. Kawasan aku, so aku kena la beri perhatian.

Honestly, aku puji PM/MI sebab kebaikan diorang menjaga dan merawat anjing2 yang hampir 500 ekor dan kucing2. Apa yang PM/MI buat ni di luar kotak pemikiran orang Melayu. Orang Melayu kan yg semuanya dalam kad pengenalan bertulis ISLAM selalunya lebih prefer menjauhkan diri dari anjing, tak kurang juga yang punggai (baling) kayu & batu kat anjing. 

Perasan tak anjing2 kat Malaysia ni menyampah kat orang Melayu? Hahhaha. Takde la, kalo dia nak kejar, selalunya banyaknya kejar Melayu. Yelah, dah Melayu asyik baling batu kat dia. Or maybe sebab diorang bau "fear" dari kita. Or both.

Masa aku kat Chiang Mai dulu dan berjalan sorang-sorang kat Pekan Chiang Mai tu, ada sekor anjing jalanan kaler coklat yang escort aku. Rilek je tunjuk aku jalan. Mula2 aku gabra gak, dah la sorang2. Nak lari takut kena kejar. Konon lone ranger. Lama2 aku pun boring tak bercakap, aku tanya "lepas ni kita nak gi mana, bro?"

Cam tu jugak masa aku pegi Sunday Nite Market, banyak gila anjing kat sana (of, course with owners la) peh! kalo aku pakai mazhab retis2 kita bela anjing comel, aku pun nak sekor. Cute nak mampus. Allah ciptakan makhluk2Nya perfect!

Oh, lupa. Nape aku selalu menyimpang dari cerita sebenar nih? Korang boleh tengok klip youtube PM/MI di sini

Apa yang kita sebagai muslim tahu pasal anjing? Ingat tak dulu seorang (Yahudi/pelacur) dijamin masuk syurga sebab bagi anjing kehausan minum? Itu satu. Satu lagi, Islam membenarkan muslim membela anjing untuk tujuan berburu dan  diingatkan anjing buruan tu tak boleh masuk rumah. Clear ah...

Ingat tak sorang budak sekolah tanya Abang Najib apakah najis mughallazah selain babi? Yang Abang Najib tak reti nak jawab and just kept smiling and standing still tu? Eheh. Ok, aku taknak cerita yang tu. Abang Najib lupa kot, maybe amazed dengan kepetahan adik tu. 

Komen aku adalah seperti berikut; 

SATU
kalo sentuh najis mughallazah (yakni anjing & babi) kita boleh samak. Ada caranya. Dia bukan masalah haram. Yang haram adalah lelaki perempuan bukan mahram bersentuhan. Itu takde penyucian tau kecuali taubat. Taubat pulak bukan takat ko doa mintak ampun then besok2 buat lagi. Sesure mana korang sekali taubat je Allah terima? Masa bertaubat tu hati kena ikhlas, taubat kena sungguh2. So, kita kena sentiasa lah bertaubat. 

Lagi berat bersentuh dengan bukan mahram dari bersentuh anjing. Haaa... 

DUA
Pada aku, kenapa nak bela anjing eh? Betapa ghenyah (remeh) kalo kita ada anjing dan perlu melipatgandakan usaha untuk sucikan dengan air tanah, then basuh dengan air mutlak. Bukan takat badan, pakaian, barang2 rumah kalo terkena cecair dari anjing. 

Korang tahu tak even when kita kata "Takpe sentuh anjing yang kering, tak payah samak" I mean, how sure are you anjing tu kering keseluruhannya? Bukan ke lidah dia selalu terjelir, air liur menitik. Menitik kat mana kita tak tahu. Bila dia basah, terkena hujan ke, bila kita dok siram pokok bunga terkena dia ke, then kita pegi pegang dia. Kan lebih elok kita avoid dari susah payah attend benda tu? 

TIGA
Sungguh, aku setuju kalo takde PM/MI tu, sapa yg nak jaga/rawat anjing2 tu.... PM/Mi tu muslim kan? Sehari, orang Muslim kenalah 5 kali solatnya. Tiap2 kali la kena samak keseluruhannya kan kalo nak solat, kan? Sebab kita tak tahu sama ada air liur anjing tu kena tang mana. Nak kejar pahala dengan berbuat kebaikan, takde masalah. Tapi, apa guna kalo kejar pahala, yang wajib tak buat. Solat tu WAJIB. 

EMPAT
Kenapa tak jual ke anak2 anjing tu? So, dari kutipan tu belilah makanan/ubat2an kt anjing2 yg sakit yg lain. Kenapa nak simpan sampai 500 ekor? Aku tengok dia cakap hari2 dia kena masak sampai 50kg nasi untuk anjing2 tu. Dia yang pilih untuk susahkan diri dia kan?    

Aku nak buat confession, aku teringin bebenor bela anjing yang jenis siberian husky tu. Alah, yangg jenis dok tarik kereta salji tu. Betapalah macho kalo ada sekor. Macho sungguhlah. Tapi, itu lah... Aku tak rajin. Tak rajin nak samak, tak rajin nak belek, tak rajin pun nak bela binatang. Tengok dari jauh je la. Bos aku lak cakap gini "anjing bagi non-muslims bela, kucing bagi muslims bela. titik"..   

Sunday, February 17, 2013

Duta Alor Setar Buat Lawatan Luar: Arabian Mendy

Sebelum korner ke rumah bakal pengantin kat Taman Mahsuri, Fasa 2C, aku dan family gi isi tank memasing kat Restoran Arabian Mendy, Jitra. Mak aku cakap Makcik Suhana yang cerita kat dia tempat makan ni yang mana chefnya orang Syria. Aloh, aku rasa takde la kagum sangat. Ramai sesangat foreigner kat Malaysia ni. Dah takde feeling jakun dah pun. 

Aku tau la Bandar Darulaman ni dah luar kawasan aku Duta Alor Setar. Tapi kan, pak-pak menteri pun buat lawatan rasmi ke luar negara gak. Luar dari jurisdiction diorang. Korang cer bayang, bagusnya aku, aku tak pakai duit kerajaan untuk kepentingan diri. Aku tak gunakan orang lain untuk keseronokan sendiri.


Sorry, gambar tak clear sebab diambil dari smartphone yang dibeli dari baucer smartphone rm200 untuk orang muda yg kerajaan punya tu.
 
Mak bapak aku nak reminisce zaman diorang kawen dulu ler kot, ajak kitorang makan nasi mendy dalam dulang ni. Aku ikutkan aja. 

Yelah, bila dah time kecik2 dulu keteqaq , bila mai tua2 ni, kenalah dengar cakap. Itulah antara nasihat aku bila aku pi mana2 ceramah pun "Kecik2 jangan dok keteqaq sangat, bila besar, nak bangkang parents, payah". Mana taknya, kalo ko dengar cakap masa kecik2, bila besar dan di saat ko nak mendegil, ko layak la buat ayat gini.."selama ni, saya ikutkan aja mak bapak cakap apa. Kali ni, not anymore". sarcasm intended.

Cewah.

Kitorang order gak shawarma, jamaican juice (bunyi cam dadah, kan? tetibe rasa nak slanga jamaica - haw do you do, maannn?), barbican. Hummus unfortunately tak sampai. Sedap, honestly aku cakap. Air asam je la. TAKDE BELACAN!

Hari Pertama Sekolah Masta

Semalam adalah hari pertama kelas aku. Aku pegi dengan Dayah Saad, senior 3 sem. Untuk sem ni, aku amik Law of Securities & Derivative Markets dan Finance and Banking Law. 

Oh my gawd, Azwa! Kenapa ko amik killer subject on 1st sem?

Gulp. Jangan tanya aku, tanya kenapa subjects tak dioffer banyak pada hari Sabtu. Hari Ahad kan aku kerja. Ada final semester students (kalo korang kenal Elinna dari UIA) yang bagi pandangan dan nasihat, lepas kelas dia ada cakap; "Fikirlah baik2. Boleh drop lagi kalo nak. Its better amik Legal Research Methodology & Revenue Law dulu untuk 1st sem..." Aku paham concern dia, ye lah, untuk secure CGPA lawa. 

Its been almost 5 years since aku last masuk dalam kelas dan perlu mengepam masuk semua ilmu dari lecturers. Tak sama kelas dengan pegi conference2 masa aku kerja dulu. Dalam conference, banyak benda lain ko boleh pikir dan buat sambil orang kat depan dok bercakap. 

I've made few new classmates/friends, tho. Three of them are Puans yang aku pernah appear kat mahkamah. Kat kelas, boleh la kot kalo nak high five, kan. Ehehehe. Maybe tak.

Malam tadi, sambil makan nasi dengan gulai ikan haruan, sponsor masta aku a.k.a bapak aku tanya; 

"Macam mana kelas, Angah? Ok?"
"Entahlah, bapak. Rasa bodo." 

Thursday, February 14, 2013

Duta Alor Setar Buat Kerja Lagi? Oh My: Ed Cafe, Alor Setar

Malam tadi, bapak minta Siti goreng bihun. Siti, pembantu hal ehwal rumah sementara cakap "bihunnya saja yang ada, pak..." Selepas a heated discussion antara kami tentang di mana chicken chop yang sedap, kitorang pun decide nak makan steambot kat Ed Cafe. 

Peh, feeling satu Malaysia, kan? Time raya cina, gi makan steambot? Duta Alor Setar ni, mengagumkan! Boleh jadi the next candidate untuk Parlimen Kota Setar ni. Said, no one ever. 

Ed Cafe ni terletak kat Lebuhraya Sultanah Bahiyah, berdepan dengan Burger Bakar Abang Burn. Korang boleh check FB deme kat sini.

Kuah sup ada dua pilihan; sup daging & tomyam. Nape orang Kedah asal sup je mesti daging? Kenapa tak ayam? Well, kitorang amik yang set untuk 4-5 orang berharga RM47-00. Okay la. Ada bihun, yee mee, bola2 ayam, ikan, ketam, udang, sayur... cuma sos dia je la yang fail. Baik ko bagi aku sos cili Kimball dari sos cicah yang rasa plastik tu. 

Mak aku order nasi himpit dengan kuah kacang dan dia cakap kuah kacangnya tak sedap dan ceroi (cair) dan Bapak order chicken chop. Kepingin sangat tu.. Chicken chop dia plausible. Sedap la jugak. 


Variety of choices jugak la kat situ. Ada goreng2, satay, western food. Yang penting, takde karaoke yang makcik berbaju kurung biru datang hijack dan nyanyi lagu "dikocok-kocok" pastu buat head banging. 

Nanti2 kalo datang Alor Setar dan teringin nak makan steambot, bolehlah aku bawak korang ke sini. Dia of course la tak sebest Johnny's. Or, if korang ada tempat steambot lagi best yang tahu kat Alor Setar ni, cakap la aku. Nanti-nanti aku pi melawat kawasan.

Okay, till then. Aku kena sambung buat afidavit yang kena siap hari ni jugak. Sebelum bos jeling. 

Tuesday, February 12, 2013

Atuk Drebar

Aku tersetaq dalam traffic jam dan sebagai manusia yang kurang kesabaran dan perongoih aku memaki secara haluih (bahah!) drebar di hadapan. Apatah lagi, aku dah lambat nak masuk ofis. Bila aku overtake kereta tu, baru aku tahu, yang drivenya adalah atuk berumur 70 tahun lebih. Maybe la. Aku tak stop dia kat tepi dan tengok IC dia. 

Dia maybe nak pegi menziarah kot, time raya-raya ni. 

Aku rasa atuk-atuk 70 plus ni patut amik driver's exam lagi. Start dari umur 60 tahun pun bagus gak. Uji tahap rabun mata, ke-agility-an memandu, check buta warna, kesihatan lagi. Mata tu, adoi.. dah tak begaghi dah, Mana nak tau, sambil2 tunggu lampu merah tu tertido ke, tertido terus ke.... 

I mean, walaupun golongan ni tak banyak yang terlibat dengan kemalangan, diorang bleh jadi golongan penyebab kemalangan. Aku pun sedih gak tengok keadaan kereta diorang. Tunggu gheban ja pintu tu. Walaupun mungkin diorang adalah pemandu yang hebat di zaman remaja diorang, tapi, bila dah menginjak senja ni... well, paham2 la.   

Bapak aku sendiri pun dah 58 tahun. (Tapi, dia selalu tak ngaku umur dia selagi tak lepas birthday dia). Ko tanyalah dia jalan-jalan kat Malaysia ni. Semua dia tahu. Time aku keja kat PJ dulu pun, if aku sesat - kalo tak Farah Joy, memang aku tepon bapak aku tanya jalan. 

Jangankan simpang siur jalan, landmark pun dia boleh ingat. Bapak aku all-round service, takat dalam tepon tu apa lah sangat, siap boleh lead drive kat depan lagi, bawak ke destinasi, ke mana-mana aja, kalo ko tak reti jalan. Kalo ko sesat sekalipun pun, bapak aku cari, jumpa... Tak payah pakai GPS pun.      

Bila kala if ada exam ni nanti, pun aku nak suruh bapak gi test drive kereta. Aku yakin bapak aku akan lulus cemerlang. Aku rasa bila diorang lulus tu, adalah terbukti ketereran diorang, kan? kan? Bukankah itu sesuatu yang membanggakan?

Ok. Aku rasa aku dah hilang hala tuju post ini. Bahahah! 

Aku, sebagai Duta Alor Setar, demi menjaga keselamatan di atas jalan raya di dalam daerah tercinta ini, menyarankan pemandu-pemandu berumur 60 tahun ke atas menjalani peperiksaan jalanraya kali kedua. Semoga dengan kempen sebegini, kita dapat at least mengurangkan kemalangan dan/atau situasi yang tidak diingini. 

NOTA
setaq = stuck
perongoih = perengus
haluih = halus
gheban = jatuh
begaghi = cerah, clear? (untuk mata)

Monday, February 4, 2013

Medikal Cehkap

Pagi ni aku minta kat bos nak pi buat medical check up untuk syarat masuk belajar balik. So, aku pun pegi kat klinik berhampiran.. Doktor baik tu buat la pemeriksaan yang berkenaan - tekanan darah, pulse, perut dia tekan-tekan untuk check hati bengkak ke (ini sebab aku bersilat kakak tu try buka baju aku), mata, buta warna, urine, tinggi, berat dan juga chest x-ray.

Doktor kagum tahap kesihatan aku pada paras normal, takda penyakit berjangkit, hati tak berdarah dengan orang, jantung berdetak, takda high blood pressure, diabetes, i mean, ye lah.. considering saiz gomuk aku.

Bersyukurlah pada Allah kerana dikurniakan kesihatan, kawan-kawan.

"Awak takda masalah apa. Darah tu a bit high, kena jaga makan. Urine ok, lain-lain ok, x-ray... cuma kalo awak tengok x-ray awak ni kan, tengok backbone, collarbone awak tak besar mana pun. So.." 

Aku tau doktor tu takut aku kecik hati. Tapi, aku pun tahu, dah tanggungjawab dia kena nasihat. Apa guna dia jadi doktor kan? kan?

"Lose some weight. On it!" aku kata, aku paham sangat. Aku pun kagum dengan weight terkini disebabkan komitment aku, dah kurang...  

"Ya, tak payah aim nak reach perfect BMI pun.. Just to the size you're comfortable in..."

"I SAID I'm on it."    

Doktor terdiam. Dia angguk-angguk and kata dah selesai. Dia mesti ingat aku ahli Tiga Line.