Pages

Tuesday, February 26, 2013

Hujan, Bola dan Pak Ya - Sekali Teringat Daa...

Dah tiga hari hujan. Syok betul. Aku memang suka hujan ni. Hujan ni rahmat besar tau untuk kita. It  gonna washes the pain away... cewah.. Walaupun flutterby (rerama) tak berhibernasi, beruang berhibernasi. Ok, titik. 

Kalo time hujan ja, lagu Shah Rukh Khan yang aku ingat adalah time dia menari dalam hujan dengan ..err... sapa eh heroin tu? Lupa. Ala, ada yang satu kampung punya budak-budak datang ajak menari tu... 

Aku penah bersekolah ada asrama. Eh. Aku penah pergi ke sekolah berasrama kat Kodiang dulu. Dan duduk asrama. Eh. 

Dan aku golongan yang tak sesuai dok asrama. Terlalu banyak peraturan dan "birokrasi".

Ada sekali tu, time-time hujan camni la. Lebat lagi kot. Sebelum pegi kelas. Masa tu, aku tingkatan 1. Ada sebiji bola kat belakang asrama. Aku tukar pakai t-shirt yang dalam baldi dgn kain batik. Gi main bola kt belakang asrama. 

Y'know what, aku rasa building planning sekolah tu pun tak pandai gak. Korang bayangkan, tempat letak motorsikal betul-betul straight dgn laluan asrama pompuan nak pegi toilet/bilik mandi. 

Ada la beberapa kawan-kawan yang lain terlibat. Cikpah, Syuda, Farah... So, time syok main passing-passing bola, sekali Pak Ya, pengurus asrama nampak. Mencicit lari. 

Kami yang terbabit semua kena cuci toilet. Aku tak ingat berapa minggu..  Dah la hari tu hari Rabu.

Apa kepentingan hari Rabu pada budak asrama? Hari dapat makan ayam. Hari-hari lain, ikan temenung goreng kebanyakannya. Sedih betei aku. 

Tapi, aku pun sedih pandangan Pak Ya kat aku. Yelah, tiap kali dia denda budak perempuan, muka aku jugak yang ada. Dia punya pandangan tu, macam dah give up, macam aku akan gagal dalam kehidupan di masa depan.  Tapi, sedih dekat situ la. Minggu depannya pulak kena denda lagi. Bahah.  

Salah tau sebenarnya bila kita labelkan pelajar yang nakal, pelajar yang tak pandai akan gagal dalam kehidupannya di masa depan. Ramai gila aku tengok mereka-mereka yang biasa2 saja, ataupun yang nakal masa zaman sekolah membesar elok dan jadi orang yang baik, orang yang berguna. Kawan-kawan aku dulu sekarang dah jadi ibu2, bapa2, penjaga ibu bapa yang dah tua, ada business sendiri, bertani, jadi kerani.  Ada yang siap buka kebab dan franchisekan lagi. Ada jugak yg buka catering. Ada yang berjaya smp ada  lima nam lori tanah. Berhidup, makan dan bersyukur atas bumi Allah. Selamat je aku tengok...

Orang yang takde masalah masa sekolah pulak yang aku tengok dok buat perangai bila dah besar-besar. Yelah, diorang takde masalah dulu, jadi kebanggaan katanya, pastu rasa sentiasa betul semua lah.

Bos aku penah cakap gini, kat Malaysia ni, lebih baik yang orang tak pandai. Mana taknya, ko masuk universiti, keluar, belum dapat kerja, atas kepala, loan study at least RM15 ribu. at least... Orang tak pandai? Masuk kolej, MARA, dah.. keluar dapat kemahiran, then dapat kerja... (pastu dia ada kata something something lagi, tapi aku lost..aku dapat la point dia...)   

Betapalah sabarnya mak bapak aku dengan aku. Dari dulu sampai sekarang.*isyk, isyk isyk.. srottt* aku nak cerita pasal kena denda sebab main hujan je sebenarnya.     

No comments:

Post a Comment