Malam tadi, bapak minta Siti goreng bihun. Siti, pembantu hal ehwal rumah sementara cakap "bihunnya saja yang ada, pak..." Selepas a heated discussion antara kami tentang di mana chicken chop yang sedap, kitorang pun decide nak makan steambot kat Ed Cafe.
Peh, feeling satu Malaysia, kan? Time raya cina, gi makan steambot? Duta Alor Setar ni, mengagumkan! Boleh jadi the next candidate untuk Parlimen Kota Setar ni. Said, no one ever.
Ed Cafe ni terletak kat Lebuhraya Sultanah Bahiyah, berdepan dengan Burger Bakar Abang Burn. Korang boleh check FB deme kat sini.
Kuah sup ada dua pilihan; sup daging & tomyam. Nape orang Kedah asal sup je mesti daging? Kenapa tak ayam? Well, kitorang amik yang set untuk 4-5 orang berharga RM47-00. Okay la. Ada bihun, yee mee, bola2 ayam, ikan, ketam, udang, sayur... cuma sos dia je la yang fail. Baik ko bagi aku sos cili Kimball dari sos cicah yang rasa plastik tu.
Mak aku order nasi himpit dengan kuah kacang dan dia cakap kuah kacangnya tak sedap dan ceroi (cair) dan Bapak order chicken chop. Kepingin sangat tu.. Chicken chop dia plausible. Sedap la jugak.
Variety of choices jugak la kat situ. Ada goreng2, satay, western food. Yang penting, takde karaoke yang makcik berbaju kurung biru datang hijack dan nyanyi lagu "dikocok-kocok" pastu buat head banging.
Nanti2 kalo datang Alor Setar dan teringin nak makan steambot, bolehlah aku bawak korang ke sini. Dia of course la tak sebest Johnny's. Or, if korang ada tempat steambot lagi best yang tahu kat Alor Setar ni, cakap la aku. Nanti-nanti aku pi melawat kawasan.
Okay, till then. Aku kena sambung buat afidavit yang kena siap hari ni jugak. Sebelum bos jeling.
No comments:
Post a Comment