Pages

Wednesday, October 27, 2010

Flail Over Cikgu Praktikal is a No No Thing

Makcik aku telefon pagi tadi, bagitau ketambahrisauan dia pasal anak dia yang dok angau kat cikgu praktikal. Bermesej la, berfacebook la, beremail la... Aku dengarkan je. Sebab itulah yang terbaik.
1. Aku tak paham budak sekolah ni, wajib ke jatuh chenta kat cikgu praktikal?
2. Dan cikgu praktikal ni, keglameran di kalangan budak2 tu sangat penting kah?

Sungguh aku cakap, hormon gatal aku lambat. Masa sekolah rendah aku takde la pulak nak
flail kat cikgu praktikal. Tapi, diorang yang flail kat aku. Tak percaya?
Pengakuan: Aku pernah ada crush sekali masa Tingkatan 2, sekali masa Tingkatan 4 (yang pasti BUKAN Farid Kamil), sekali masa matrik UIA dan sekali masa UIA 3rd year. Semuanya ialah orang cerdik pandai, cute dan sweet - dan bukan cikgu atau budak law. titik.
STORY 1:
Masa aku Darjah Empat, ada dua orang ustaz praktikal datang sekolah semua budak perempuan itu. Sorang ngajar kelas aku dan both jadi jurulatih team bola tampar..

Yang ngajar aku tu selalu amaze dan puji ketereran aku menjawab soalan2 PAI dia - semua
mad, id-gham, rukun sembahyang, rukun iman aku jawab sambil baca komik SlamDunk ja. Dia pula suka panggil aku untuk tolong dia angkat buku, which buat Ketua Kelas cam dengki sket. Ingatkah anda yang tidak bertudung sewaktu di sekolah rendah - anda perlu membawa tudung putih extra ke sekolah? Ok, fakta tidak penting.
~rindu aku kat supplier komik ni, Elita~

Maka bergembiralah perempuan2 ini, apabila ustaz2 ni mengajar menampar bola. Ramai juga yang nak join team. Tapi, aku dah bagi nasihat professional kat Cikgu Rahmah (
cikgu kelas merangkap cikgu library merangkap cikgu penasihat bola tampar) budak2 berminat sebab ustaz2 ni je. Cikgu Rahmah setuju dan kata "Hangpa pi duduk diam-diam tepi court" (bwahahaha, akulah the puppet master)

Ada sekali, ustaz yang sorang lagi tu datang ke kelas aku sebab nak inform aku (
ketua team bola tampar merangkap pengawas library merangkap penolong ketua darjah..semua didapati melalui kronisme, aku mengaku itu) bahawasanya ada latihan petang nanti.

Aku tarik muka dan cakap "
Ala, takmau la ustaz. Saya nak balik tengok katun ni"
Dia terus cubit pipi aku dan cuit hidung, cakap
"Ala, comelnye die"

Next thing I remember, besok pegi sekolah semua orang pandang membara api kat aku. Time rehat, ada sorang budak Darjah Enam datang tunjal dahi aku dan cakap "
Awat yang hang dok gedik sangat dengan ustaz A**** ha?"

Uish, kalo tak sebab dia besar, mau jugak aku tunjal dahi dia balik dan cakap
"apa hang ingat dahi aku papan undi? Nak pangkah-pangkah" (Bukti: Aku tak montel masa sekolah rendah)

Lepas tu, selalu gak aku buat-buat sawan babi dan masuk klinik time PAI dengan latihan bola tampar sampai diorang habis praktikal.

STORY 2:
Cikgu praktikal matapelajaran muzik ini bajet hensem dengan motor RXZ dia- dah la hitam, berjerawat batu - tak pandang la aku. Aku benci muzik. Aku benci kena tiup
piano-mulut (aku lupa nama dia) dan share air liur orang lain. Cikgu ni tak puas hati sebab dalam ramai2 tu aku dan geng aku je tak flail kat dia. Banyak benda dia buat nak ngurat kitorang. Time kami pi camping pun, dok ngendeng kat cikgu praktikal yang sorang lagi yang baik dengan kitorang (FYI: cikgu sorang lagi tu abang kawan aku)

Sket-sket dok ngendeng, sket-sket dok ngendeng. Kitorang gelak, dia pun nak gelak sama. Abis gelak baru tanya
"Korang ketawa ape?"

Geng aku pun naik menyampah. Dah la bajet dok cakap Manglish. Menyirap je darah bila dia muka mulut.

Ada la budak kelas lain yang dengki sebab kitorang best dan tuduh cikgu tu berkapel dengan cikgu Matematik. Alih-alih, nama aku yang naik.
Kurang ajaran gila. Naik minyak cikgu muzik tu, sebab cikgu Matematik tu tak berapa cantik (bwahaha) lepas tu, salahkan aku kata aku dengki kat dia. Memang kurang asam!

Satu sekolah tahu, even Guru Besar tahu! Cikgu kelas aku pun tak percaya aku. Nasib baik budak-budak kelas ni percaya aku
(PKP antara yang tak percaya, siap perli aku, kalo tak Yati yang stopkan aku dari koyak mulut dia..haisyh). Tambah-tambah geng aku. Diorang dah nak toreh tayar motor cikgu tu lagi. Tapi aku cakap, "Takpe, sabar weh. Kita kena cool." Aku betul-betul taknak jadi budak Darjah Enam yang tunjal dahi aku dulu. Kaki Buli.

Last day dia praktikal, dia masuk kelas, kata dia gantikan cikgu sebab cikgu ada mesyuarat. Dia cakap, kalau ada sesiapa nak minta maaf kat dia boleh tulis dalam kertas dan bagi dia. Semua budak-budak ni tulis, aku tak tulis. Aku taktau apa yang KP aku tulis, tapi KP tulis dengan penuh perasaan, sampai senget pen, menggigit lidah, panjang. Sebelum balik, cikgu muzik tu cakap dia nak jumpa aku. Aku taknak. KP kata
"Pergilah. Aku dah baekk punya tulis kat dia"

Rasa korang aku pegi ke? Aku cakap KP "
Ah, aku nak pi berak"

Seriyus lah, kalo suka aku, tapi aku dah tak layan tu, paham-paham la. Tak payah la nak buat fitnah kat aku macam tu sekali. Tercalar zaman remaja aku, bodoh~!
Entri ni aku patut re-namakan sebagai "Azwa Yang Perasan Nak Mampus"

Okeh! Sambung load barang dalam lori masalah!

Tuesday, October 26, 2010

Cubaan Menulis Puisi Yang Gagal

Masih beberapa ketika
Aku teruja
Bercerita, senyum bahagia
Kisah malam menjadi rahsia
Malam yang penuh makna

Aku surrender la. Mana aku reti berpuisi, berpantun segala bagai. Straight to the story la ye. Everyone is talking about Adam's concert, right. When I was in one of my programme, we were visited by our sibling organization from Thailand. Dan kali ni, that German guy pun ada.

Pernah dah jumpa sebelum2 ni, so, takde la aku nak kontrol sangat. He's 15 years older than me. So, masa sembang2 kat sofa tu, aku bercerita dengan ofismate aku tentang concert Adam, dari A-Z, sebab dia pun bersembang dengan ofismate aku yang sorang lagi. Ofismate aku itu dok bercerita tentang program dan upcoming project.

(Kawan-kawan, apabila ada mata memandang, tentulah anda perasan dan tertengok kan. Maka itu lah terjadi. Pandangan kedua dia penuh makna)

Aku buat bodo dan keep bercerita pasal Adam and the Glamtroupe. And what Isaac did to Aya Lautner and Fanerrific kat KLIA.
blah blah blah

Note: Ofismate saya yang mendengar ini adalah seorang kaunselor. Dia memahami kegilaan remaja seperti saya

Bila aku disuruh perkenalkan dia kepada peserta program, aku cakap bahasa sebab ada peserta yang kurang faham
English. Dan dia diminta bagi ucapan. Lepas tu, ofismate aku yang seorang lagi cakap gini;

"
Why you never talk in Bahasa? You were in Jakarta for more than 4 years. You know how to speak bahasa right? Why don't you cakap bahasa di sini? "

Terbeliak mata aku. Tak sedar aku pun jerit
"You can speak in bahasa?"

Dia senyum. Macam *pling* ada tanduk atas kepala dia. Muka dia time tu
"i know what you did last summer"

Hoozzshheet!

Sebelum dia blah ikut ofismate aku pegi makan taugeh chicken, dia cakap gini
"Saya juga enjoy lagunya dia"

Hoozzshheet lagi!


Monday, October 25, 2010

Bila Azwa Menulis Puisi

Aku cakap bahasa kebangsaan
Aku anggap orang Germany tu tak paham
Aku puji dia baik hati dan teman setia
Aku pikir dia tak perlu tahu segala

Sepanjang itu
Dia cuma pandang aku
Tersenyum
Seolah-olah cuba untuk faham
Menghormati

Bila dia berbicara
Malu aku tak terkira
Rupanya dia faham segalanya
Empat tahun di Indonesia

Aku rasa mahu bunuh diri
Kerana apabila aku bercerita pasal Adam
Dia senyum simpul
Aku kini
Mahu sembunyi kepala
Ke dalam tanah barangkali

Sekian

p/s: ok, penat otak aku fikir. TJ, i surrender. u terrer...

Monday's Suck

Baru balik dari Sungkai, sempat juga gi berendam kat Hotspring Sungai Klah. Hozzsheeet, bak kata Netty, sangat penat!

Trivia Hari Ini: Tahukah anda, perjalanan pergi-balik ke Sungkai itu adalah pertama kali saya memandu kereta auto lebih dari 4jam dengan kelajuan 130km/j?

Sampai di rumah, terus pancit dan tido dengan matinya dari 6ptg sampai 1230pagi.

Dan sementelah dah terjaga tu, sambil satu tangan merentang dahi, satu lagi pegang perut sebab lapar tapi takde makanan best, atas katil tu, aku rewind balik dolu-dolu punya cerita.

Macam tengah tengok filem lama, aku flashback balik kehidupan aku dengan lagu Adam Lambert- Aftermath sebagai background music.

Rasanya cukup dah kot melayan beberapa orang ni. Aku rasa aku dah sampai limit kat mana aku nak jerit "tolonglah berenti layan orang lain macam sheett"

"Just pack your stuff and leave, self. Leave and don't look back."

Friday, October 22, 2010

Saya Juga On Tour, Adam

Penat sebenarnya kerja dengan NGO ni, bergerak ke sana ke mari, tapi mostly enjoy. Sebabnya, kita dapat berjumpa ramai orang, macam ragam, pelbagai perangai.

It doesn't rhyme? Tak pe la...

Saya juga on tour, macam awak, wahai Adam. Awak pegi tour menyanyi, memnggembirakan orang dan saya pegi tour memberi pengetahuan kepada masyarakat. Kita hebat, bukan? Walaupun tour awak 9999 kali lagi cool dari saya. *sigh*

Adam, awak tahu tak, saya pun kalau tak suka satu crowd tu saya tak perform "banana dance"? Macam awak la. Eheh

Kadang-kadang rasa macam nak pergi vacation jugak. Macam awak, Bali. Saya? Ntah tapi mau jauh-jauh. Sorang-sorang. Rasa nak shut down diri sekejap.

Malam tadi, sebelum tetido, terpikir: Adakah gila kalau saya pegi beli plane ticket ke Christchurch, New Zealand dan pergi kerja sana? Tak kisah la even keja waiter je pun. Saya rasa saya cool je.

Saya tahu awak tak faham Adam, walaupun ada orang translatekan pakai Google Translate, belum tentu awak pun akan tahu pasal kewujudan blog ni.

Apa yang ko merapu ni, setan?? #tributetopramlee#

Friday, October 15, 2010

Adam Lambert Glammed Bukit Jalil

We arrived at 4.20pm at the Bukit Jalil. Patiently waiting to go in. Sampai nak tercabut kaki. The girls screamed every time they saw somebody inside moving. Didn't get 'em.


~nty and Aya yang dah tak sabar~

So, got into the stadium, Fana and Netty were already there (diorang pegi M&G..warghh! jeles), waiting on the right side of the stage where Tommy Joe will be rocking with his bass. Owhhh.. pretty kitty. Rawr!

We didnt really hate the opening act by Iqwal and Daniel Lee, but seriously, we came for Adam la. So, we just layankan saja "Down" and "Its My Life"

When Adam came out around 9pm, everybody screamed tak hengat, tell ya! Aku sendiri pun!

~he was standing right in front of us!~ photo credit: JoshuaOng


Although, tak semua lagu aku tahu nyanyi, ye la.. aku bukan #kipassusahmati, tapi, Adam really is a super talented performer! Masa dia nyanyi Soaked, Broken Open and Aftermath.. my jaw dropped and my eyes filled with tears... Damn his voice... awesomely great!

Menyesal? Oh, tentu tidak. Aku juga kagum dengan diri sendiri



~ini adam saya~photo credit:ntylove


~giler ah, sangat cool gambar nih~again, thanks to ntylove


~kelebihan adam adalah dia menyatukan ramai orang, ngeee~


~fana got Monte's pick after had a fight with the RELA guy..hahaha~



~video credit: Joshua Ong~


~the fake and cute Tommy, tengok betapa manja beliau. damn! nape tak amik no dia~


~cute la isaac ni, sweet gile. geget hidung kang!~


~with terrance, i can literally swim in his eyes~


~i always find guitarist sexy, and monte is one sexy guy~

Tuesday, October 12, 2010

Inferno Friend #1

Pernah tak korang membantu kawan tanpa mengharapkan sebarang balasan? Aku rasa semua orang mau begitu. Rasa diperlukan sangat penting. Mempunyai kawan juga penting.

Tapi, aku nak menyumpah seranah sorang ni yang cari aku bila hanya either 1) nak mintak tolong 2) nak pinjam duit.

Aku tak kisah. Aku rasa dia memerlukan. Aku tahu rasanya bila kita sorang takkan boleh buat semua benda. Aku tahu bila kesempitan tapi tak tahu nak mintak tolong orang.

Aku bersyukur aku ada kawan-kawan yang sudi menolong. Aku juga malu kerana selalu meminta tolong. Aku terpaksa. Aku tiada pilihan.

Mereka tak minta dibalas. Pahala juga balasan untuk mereka.

Kalau pun aku mati, aku dah bagitau family aku, orang yang sekian-sekian ini telah membantu aku masa hidupku. Tolong balas budi mereka untuk aku.

Dan pertama kalinya, aku nak minta tolong dia. Bila habis saja ayat yang dimulai dengan perkataan tolong tu aku sebut, muka dia terus berubah jadi iblis. Dia buat macam aku mengemis kat dia.

Aku retreat. Aku sanggup dituduh ego dari tengok muka iblis tu. Aku rela orang kata berlagak dari layan mulut dia terkumat-kamit baca mantera menjampi serapah aku.

Tapi, kalau dia nak minta tolong dari aku lagi, insyaAllah aku tolong. Sebab aku tahu, Allah bertrillion-trillion lagi hebat dari iblis.

Monday, October 11, 2010

News to Smile of the Day

Aku rasa korang patut baca sendiri.

Konsert Lambert: Haram yang Dihalalkan



Teater Review: Banduan Akhir di Sel Akhir

Malam tadi aku pegi nonton teater terbitan Amnesty International Malaysia. In conjunction with World Day against Death Penalty. Amnesty dan Faisal Mustaffa pentaskan cerita Yong Vui Kong. Remaja dari Sabah yang kena hukum mati oleh Singapura.

Kes tu akan disambung dalam January 2011. Kita doakanlah yang terbaik.

Cerita ni
deep.. ye lah, berlaku kat orang yang still tak tahu hidup mati dia. Tiap-tiap malam tidur tak lena sebab pikir nak kena gantung. Seram. Gila seram. Mesti termimpi2.

Baca description dari exhibition display kat luar, korang akan rasa sedih. Terkesan dengan ayat2, fakta2 dan kenyataan2 yang korang akan rasa
preposterous-nya manusia dan hukuman2 duniawi mereka.

Perghh... guna perkataan hebat. Tepuk sekali.

Tapi, kat teater dia adabeberapa benda saja yang kitorang nak share.
Izinkan saya...
Satu, audience yang sebelah kiri hall macam kitorang terpaka menyengetkan kepala ke kanan. Yang pasti audience sebelah kanan pun akan menyenget ke kiri. Agak tidak-mengujakan-keadaan-itu.

Walau, honestly aku rasa Black Box, Solaris Dutamas tu mengkagumkan, tapi, maybe sesuai untuk gig, fashion show kot dari teater.
Dua, peralihan dari satu scene ke scene yang lain agak mengambil masa. Kalo sekejap tak pe, ni tak, kitorang plak kena tengok-tunggu lampu mentol stage tu menyala sampai habis.

Babak sedih yang sepatutnya menggugurkan air mata dari kelopak mata yang bergenang, tak termengalir, sebab lama.. dari exhibition, saat tu lah saat yang paling mengharukan. tapi, mesej dalam teater tak sampai.. isyk.. (
sebab aku antara yang bergenang air mata, tapi air mata terkering macam tu ja..aku tensen. macam tensen nak bersin tapi tak bersin)

Dan babak akhir, masa Vui Fung (Dira Abu Zahar) keluar dari kain putih dan berjalan ke depan stage. Audience macam aku blur...
and, then?

Banyak moment *ding*ding*ding (
di mana tanda soal banyak keluar)....
Tiga, description exhibition menunjukkan betapa Vui Fung yang sebelumnya timid, pemalu berubah dek kerana keadaan. Betapa dia bersungguh dan terdewasa oleh perkara ni; siang malam tanpa henti berjuang untuk abang dia.

Dalam teater tak nampak pun perubahan ni. Yang ada seorang adik memakai short dan t-shirt dari awal sampai habis. Tiba-tiba scene dia "penat".

Harap aku, diorang tambahkan babak Vui Fung ke hulu hilir meminta sign, tak kisah la kalau nak includekan audience. Ajak sekali intern/ volunteer Amnesty tu jadi geng pacak. Pastu, ada sorang dua yang question
"Apa hal aku nak sign?" "Siapa budak ni kat aku?" stuff macam tu la... so, nampak la effort dia, lepas tu boleh la letak scene penat tu..
Empat, satu watak yang skrip dia okay adalah lawyer tu. Ada la banyak yang berguna yang boleh diambil pakai, nampak la dia memotivate-kan Vui Kong dan family. Cuma, bila dia kata, undang-undang cuma tangkap/hukum orang yang miskin dan marginalized tu, aku tak berapa setuju.
Encik lawyer, undang-undang tu colorblind. Tak kira lah, miskin ke kaya ke. Satu lagi, tak boleh la nak letakkan salah ke mahkamah. Mahkamah cuma interpret law dengan assistance dari lawyers. Nak salahkan undang-undang, yang sebenarnya salahkan legislators yang gedik dok luluskan hukuman cam binatang tu. Okeh? Orait...
Lima, aku tau, sapa pun kalau ada scene mak dengan anak, memang sebak punya. Aku pun sebak. Tapi, sebak tu tak sampai. Sebab apa? sebab Ma dia tak macam seorang perempuan tua yang membanting tulang, bekerja keras menyara keluarga. Deng, rambut dia cantik dan mendistract-kan aku. Dan dia tak nampak sengsara enough.. dan telepati Ma dia tak sampai. Takkan la Ma dia tak tahu dia dalam kesusahan yang amat?

Mak aku, aku accident sket pun dah telefon. Bukannya nak tanya elok2, dia bantai
"Hah, hang pasaipa pulak dah..?" Aku tau dia risau. Mak aku ni belagak sket, dia takkan cakap dia risau. Aku tak cakap aku accident pun.

Korang bayangkan, tak sampai lima minit aku accident, Mak aku dah call. Kalau aku cakap aku okey, tak dak apa2.. Mak aku cantas lagi.
"Hang tok sah dok pembuhong, hang cakap lekaih. Hati Mak tak sedap nih"

Gila aku nak cakap aku langgar keta orang. Aku cakap aku accident sorang-sorang lah... haha

Tahniah Rumah Anak Teater dan Amnesty bergabung pentaskan cerita ni. Siap Faisal Mustaffa, buat cameo jadi Taiko lagi.. ahaha. Scene dia jadi, okay.. haisyh,
bodo la aku ni, aku memang kagum dengan orang2 cerdik pandai ni. Pastu bila golongan2 ni buat sesuatu yang tipikal-orang-cerdik-pandai tak buat, aku rasa (perbuatan itu) kiut.

Cuma, Solaris tu jauh la. Aku yang pakai Garmin ni pun sesat barat. Mr. Mohan jugak yang aku gagau menelefon.

Aku suka live show camni. Aku harap sangat ramai lagi yang nak pentaskan teater2 ni. Jangan ler harapkan IB je. Dulu, kat UIA pun, aku harung je semua play, walau ada yang aku tak paham.

So, kalo ada sapa2 berminat nak pegi tengok teater ni, diorang buat lagi dua malam (10 -12 Oct). Tiket start from RM10. Mendermalah seikhlasnya. Supportlah budak tu. Bayangkan, dia cuma berumur 22 tahun dan masa depan dia dah hampir gelap.

Korang, everybody deserve a second chance...

p/s: sori kat Davina, aku cuma penuhi 1/10 permintaan beliau.... aduiyai

Azwa Super Malas

Aku ada super power baru.

Aku sekarang adalah Azwa Supermalas!

Oh, tuhan... Tolonglah hambamu ini.

Friday, October 8, 2010

Ikut Resam Politik; Tak Suka Cantas

Senang je. Orang politik ni senang, asal tak suka cantas, asal tak setuju cantas.

Cantas/Tebas je mana yang sempat. Politikkan semua isu. baru glamer.

Takpe, ulang strategi lama pun takpe. Asal orang nampak kita buat kerja.

Yang penting si bodoh - si bodoh ni dengar kata kita.

Pantry Office, Peti Sejuk dan dot dot dot

Rumah sewa aku sekarang takde peti sejuk. Owh, satu episod tragis. So, aku letak makanan mudah rosak kat peti sejuk, pantry ofis aku.

Heran, peti sejuk hijau ni kosong. Jadi, aku sumbat kudapan2 segala bagai untuk kunyah2 waktu senggang kat office.

Aku penah mengalami situasi-situasi bikin panas yang kini mengajar aku berkira @ kay kao. Aku ikut method Pak Lang..bwahah!

Mak aku selalu cakap, 1) bab-bab makanan ni jangan berkira. 2)kalo kita ada rezeki, share dengan orang. 3) jangan meminta, orang bagi ambik.

Ahhh, Aku fed-up. Dah banyak bulan aku kena allocate sket groceries untuk kolik aku sekali. Dah jadi tanggungan aku plak.

Start sekarang aku puasa je la! Sori peti sejuk. Aku kini celik wang.

Thursday, October 7, 2010

Teater Lagi... Banduan Akhir di Sel Akhir

Dapat jemputan dari Amnesty International gi tengok cerita ni. Adaptasi cerita Vui Kong, Malaysian kena tangkap kat Singapore dan kena hukum gantung. Macam menarik.

~poster cilok dari blog budak bernama hans~

*tapi tengah berkira nak tengok reception Sheikh Muzaphar jugak* Camna nih?

Uiks, ni bukan Rumah Anak Teater ke yang buat, ehem, ehem... mana Zahiril Adzim? Aicewah..

Fit-to! Ko dah janji nak pegi dengan aku. Jangan ko dustai aku.

Teater Review: Muzikal Tun Mahathir

Bos bagi dua tiket pegi tengok teater kat Istana Budaya pukul 4ptg. Kepala pening. Cari kaki teater. Owhh... ada Norul Fit. Alhamdullilah kitorang tak sesat.

Master Mohamed pikir panjang nak letak nama apa kat anak, sampai anak dah lama lahir, tak azan-azan. Patut la tak.....

Kesian gak kat Fit (dan aku rasa sebahagian penonton dalam panggung tu) yang ambil masa untuk adjust telinga memahamkan bahasa utara.

Kelam kabut aku tengok budak Idola Kecil tu, bahasa utara tak kena. *geleng kepala*. So, double kesian kat Fit dan sebahagian lagi penonton.

Aku ingat diorang nak bawakan watak Che Det dalam teater ni agak kelakar bila aku tengok budak tu. Tapi, rupanya tang situ saja.

Masuk Zizan Nin aku nak menjerit, uisyh... comel der! Bahasa kedah pun menjadi (ke dia keturunan Kedah? eheh) tapi part dia meleret-leret. (walaupun aku enjoy).

Time tu aku rasa ramai yang start tanya bila nak abis part rumaja dia ni...

Aku pun tak paham kenapa Erra Fazira..adakah kerana dia Ratu Wig? Atau kerana dia boleh menyanyi? Fit nampak Nora Danish fit jadi Hasmah. Sebab Hasmah, seingat aku sorang yang sopan-santun, lemah-lembut dan tak banyak cakap. Itu yang buat Che Det tertarik. Ikut cerita yang aku tau la.

Part Esma Daniel aku distracted sket, suara dia sangat dalam dan dia sangat cuba menjiwai. Boleh nampak dia banyak research pasal Che Det, tapi there are times, ko akan lost dia cakap apa. Bak kata Ogy Ahmad Daud, proNOUNciation kena jaga ye dik~~~

Tolong, Che Det tu negarawan negara. Tolong feature determination dan passion dia instead beberapa dancers pakai spandex pusing2.

~ poster ni aku cilok dari blog teater ni, lagipun, gambar2 lain yang aku posing sakan dengan cardboard cutout Zizan ada kat Fit~


Pandai quote Che Det: "Life is about planning" Planning korang? Han..

Props? Major failed! Korang bayangkan Twin Tower Petronas yang kita bangga2 tu, diorang pakai kertas A4 gulung2 je. arghhh.... *facepalm* Mock Trial UIA pun lagi bagus props nya. *facepalm lagi*

Sungguh tak nampak pun apadia pembangunan yang Che Det bawa. Skrin yang kat belakang pun tak membantu. Please la korang, tak salah kalo nak minta kat RTM ke TV3 ke arkib lama pasal Che Det. Sangat-sangat super duper banyak.

Tambah-tambah part Che Det gi beli kuih kat bazar Ramadhan tu. Aku mengharapkan clip yang original sebenarnya.

Nak tunjuk kehebatan Che Det, baling jauh-jauh konflik dengan all the previous deputies. Yang tu kitorang tanak tau. Sungguh ni tanak tau.

Part-part sepatutnya sedih tak berapa menjadi. Kecuali footage original (footage eh? mana aku tau) yang dia announce dia letak jawatan tu. Teringat lagi aku masa tu, owh, MakCik Rafidah.

Banyak lagi benda lain yang korang boleh jadikan klimaks cerita instead focus pada kehidupan politik dia. Orang datang nak tengok the other side, the unknown but great stories about him.

Macam aku. Sebab aku bukanlah peminat setia beliau, walaupun beliau ada jahatnya pada satu satu2 ketika, (wth, dia pun manusia biasa) tapi, dia dikira boleh dicoverkan dengan betapa berjuta lemon brilliant ideas yang datang dari dia.

People will definitely consider a second chance to him. Lain yang dua lagi successors ni. Satu "lambat". Satu lagi "kat belakang"...okey, salah review. salah review.

Rosnah Majid by Misha Omar terlalu moden. Tak kena dengan Che Det yang retro habis. *tabik sket kat Esma di situ*

Yang paling orang ingat aku rasa budak rambut perm tukang tampal poster. Aku gelak je, its just that, sekarang asal aku gelak aku tepuk tangan, aku gelak aku tepuk tangan... sekali satu hall ikut bertepuk tangan jugak. Bwahahaha

TO: budakrambutpermtukantampalposter: bunguk la, ko sangat kiut!

TEATER RATE: 1.5/5 STARS (1 untuk Zizan Nin dan Esma Daniel, 0.5 untuk budak rambut perm tampal poster)

~Masih menunggu Perdana Menteri Malaysia yang pakai uniform dan punya Isteri yang kewl~