Pages

Tuesday, October 12, 2010

Inferno Friend #1

Pernah tak korang membantu kawan tanpa mengharapkan sebarang balasan? Aku rasa semua orang mau begitu. Rasa diperlukan sangat penting. Mempunyai kawan juga penting.

Tapi, aku nak menyumpah seranah sorang ni yang cari aku bila hanya either 1) nak mintak tolong 2) nak pinjam duit.

Aku tak kisah. Aku rasa dia memerlukan. Aku tahu rasanya bila kita sorang takkan boleh buat semua benda. Aku tahu bila kesempitan tapi tak tahu nak mintak tolong orang.

Aku bersyukur aku ada kawan-kawan yang sudi menolong. Aku juga malu kerana selalu meminta tolong. Aku terpaksa. Aku tiada pilihan.

Mereka tak minta dibalas. Pahala juga balasan untuk mereka.

Kalau pun aku mati, aku dah bagitau family aku, orang yang sekian-sekian ini telah membantu aku masa hidupku. Tolong balas budi mereka untuk aku.

Dan pertama kalinya, aku nak minta tolong dia. Bila habis saja ayat yang dimulai dengan perkataan tolong tu aku sebut, muka dia terus berubah jadi iblis. Dia buat macam aku mengemis kat dia.

Aku retreat. Aku sanggup dituduh ego dari tengok muka iblis tu. Aku rela orang kata berlagak dari layan mulut dia terkumat-kamit baca mantera menjampi serapah aku.

Tapi, kalau dia nak minta tolong dari aku lagi, insyaAllah aku tolong. Sebab aku tahu, Allah bertrillion-trillion lagi hebat dari iblis.

No comments:

Post a Comment