Pages

Thursday, October 7, 2010

Teater Review: Muzikal Tun Mahathir

Bos bagi dua tiket pegi tengok teater kat Istana Budaya pukul 4ptg. Kepala pening. Cari kaki teater. Owhh... ada Norul Fit. Alhamdullilah kitorang tak sesat.

Master Mohamed pikir panjang nak letak nama apa kat anak, sampai anak dah lama lahir, tak azan-azan. Patut la tak.....

Kesian gak kat Fit (dan aku rasa sebahagian penonton dalam panggung tu) yang ambil masa untuk adjust telinga memahamkan bahasa utara.

Kelam kabut aku tengok budak Idola Kecil tu, bahasa utara tak kena. *geleng kepala*. So, double kesian kat Fit dan sebahagian lagi penonton.

Aku ingat diorang nak bawakan watak Che Det dalam teater ni agak kelakar bila aku tengok budak tu. Tapi, rupanya tang situ saja.

Masuk Zizan Nin aku nak menjerit, uisyh... comel der! Bahasa kedah pun menjadi (ke dia keturunan Kedah? eheh) tapi part dia meleret-leret. (walaupun aku enjoy).

Time tu aku rasa ramai yang start tanya bila nak abis part rumaja dia ni...

Aku pun tak paham kenapa Erra Fazira..adakah kerana dia Ratu Wig? Atau kerana dia boleh menyanyi? Fit nampak Nora Danish fit jadi Hasmah. Sebab Hasmah, seingat aku sorang yang sopan-santun, lemah-lembut dan tak banyak cakap. Itu yang buat Che Det tertarik. Ikut cerita yang aku tau la.

Part Esma Daniel aku distracted sket, suara dia sangat dalam dan dia sangat cuba menjiwai. Boleh nampak dia banyak research pasal Che Det, tapi there are times, ko akan lost dia cakap apa. Bak kata Ogy Ahmad Daud, proNOUNciation kena jaga ye dik~~~

Tolong, Che Det tu negarawan negara. Tolong feature determination dan passion dia instead beberapa dancers pakai spandex pusing2.

~ poster ni aku cilok dari blog teater ni, lagipun, gambar2 lain yang aku posing sakan dengan cardboard cutout Zizan ada kat Fit~


Pandai quote Che Det: "Life is about planning" Planning korang? Han..

Props? Major failed! Korang bayangkan Twin Tower Petronas yang kita bangga2 tu, diorang pakai kertas A4 gulung2 je. arghhh.... *facepalm* Mock Trial UIA pun lagi bagus props nya. *facepalm lagi*

Sungguh tak nampak pun apadia pembangunan yang Che Det bawa. Skrin yang kat belakang pun tak membantu. Please la korang, tak salah kalo nak minta kat RTM ke TV3 ke arkib lama pasal Che Det. Sangat-sangat super duper banyak.

Tambah-tambah part Che Det gi beli kuih kat bazar Ramadhan tu. Aku mengharapkan clip yang original sebenarnya.

Nak tunjuk kehebatan Che Det, baling jauh-jauh konflik dengan all the previous deputies. Yang tu kitorang tanak tau. Sungguh ni tanak tau.

Part-part sepatutnya sedih tak berapa menjadi. Kecuali footage original (footage eh? mana aku tau) yang dia announce dia letak jawatan tu. Teringat lagi aku masa tu, owh, MakCik Rafidah.

Banyak lagi benda lain yang korang boleh jadikan klimaks cerita instead focus pada kehidupan politik dia. Orang datang nak tengok the other side, the unknown but great stories about him.

Macam aku. Sebab aku bukanlah peminat setia beliau, walaupun beliau ada jahatnya pada satu satu2 ketika, (wth, dia pun manusia biasa) tapi, dia dikira boleh dicoverkan dengan betapa berjuta lemon brilliant ideas yang datang dari dia.

People will definitely consider a second chance to him. Lain yang dua lagi successors ni. Satu "lambat". Satu lagi "kat belakang"...okey, salah review. salah review.

Rosnah Majid by Misha Omar terlalu moden. Tak kena dengan Che Det yang retro habis. *tabik sket kat Esma di situ*

Yang paling orang ingat aku rasa budak rambut perm tukang tampal poster. Aku gelak je, its just that, sekarang asal aku gelak aku tepuk tangan, aku gelak aku tepuk tangan... sekali satu hall ikut bertepuk tangan jugak. Bwahahaha

TO: budakrambutpermtukantampalposter: bunguk la, ko sangat kiut!

TEATER RATE: 1.5/5 STARS (1 untuk Zizan Nin dan Esma Daniel, 0.5 untuk budak rambut perm tampal poster)

~Masih menunggu Perdana Menteri Malaysia yang pakai uniform dan punya Isteri yang kewl~

No comments:

Post a Comment