Pages

Monday, October 11, 2010

Teater Review: Banduan Akhir di Sel Akhir

Malam tadi aku pegi nonton teater terbitan Amnesty International Malaysia. In conjunction with World Day against Death Penalty. Amnesty dan Faisal Mustaffa pentaskan cerita Yong Vui Kong. Remaja dari Sabah yang kena hukum mati oleh Singapura.

Kes tu akan disambung dalam January 2011. Kita doakanlah yang terbaik.

Cerita ni
deep.. ye lah, berlaku kat orang yang still tak tahu hidup mati dia. Tiap-tiap malam tidur tak lena sebab pikir nak kena gantung. Seram. Gila seram. Mesti termimpi2.

Baca description dari exhibition display kat luar, korang akan rasa sedih. Terkesan dengan ayat2, fakta2 dan kenyataan2 yang korang akan rasa
preposterous-nya manusia dan hukuman2 duniawi mereka.

Perghh... guna perkataan hebat. Tepuk sekali.

Tapi, kat teater dia adabeberapa benda saja yang kitorang nak share.
Izinkan saya...
Satu, audience yang sebelah kiri hall macam kitorang terpaka menyengetkan kepala ke kanan. Yang pasti audience sebelah kanan pun akan menyenget ke kiri. Agak tidak-mengujakan-keadaan-itu.

Walau, honestly aku rasa Black Box, Solaris Dutamas tu mengkagumkan, tapi, maybe sesuai untuk gig, fashion show kot dari teater.
Dua, peralihan dari satu scene ke scene yang lain agak mengambil masa. Kalo sekejap tak pe, ni tak, kitorang plak kena tengok-tunggu lampu mentol stage tu menyala sampai habis.

Babak sedih yang sepatutnya menggugurkan air mata dari kelopak mata yang bergenang, tak termengalir, sebab lama.. dari exhibition, saat tu lah saat yang paling mengharukan. tapi, mesej dalam teater tak sampai.. isyk.. (
sebab aku antara yang bergenang air mata, tapi air mata terkering macam tu ja..aku tensen. macam tensen nak bersin tapi tak bersin)

Dan babak akhir, masa Vui Fung (Dira Abu Zahar) keluar dari kain putih dan berjalan ke depan stage. Audience macam aku blur...
and, then?

Banyak moment *ding*ding*ding (
di mana tanda soal banyak keluar)....
Tiga, description exhibition menunjukkan betapa Vui Fung yang sebelumnya timid, pemalu berubah dek kerana keadaan. Betapa dia bersungguh dan terdewasa oleh perkara ni; siang malam tanpa henti berjuang untuk abang dia.

Dalam teater tak nampak pun perubahan ni. Yang ada seorang adik memakai short dan t-shirt dari awal sampai habis. Tiba-tiba scene dia "penat".

Harap aku, diorang tambahkan babak Vui Fung ke hulu hilir meminta sign, tak kisah la kalau nak includekan audience. Ajak sekali intern/ volunteer Amnesty tu jadi geng pacak. Pastu, ada sorang dua yang question
"Apa hal aku nak sign?" "Siapa budak ni kat aku?" stuff macam tu la... so, nampak la effort dia, lepas tu boleh la letak scene penat tu..
Empat, satu watak yang skrip dia okay adalah lawyer tu. Ada la banyak yang berguna yang boleh diambil pakai, nampak la dia memotivate-kan Vui Kong dan family. Cuma, bila dia kata, undang-undang cuma tangkap/hukum orang yang miskin dan marginalized tu, aku tak berapa setuju.
Encik lawyer, undang-undang tu colorblind. Tak kira lah, miskin ke kaya ke. Satu lagi, tak boleh la nak letakkan salah ke mahkamah. Mahkamah cuma interpret law dengan assistance dari lawyers. Nak salahkan undang-undang, yang sebenarnya salahkan legislators yang gedik dok luluskan hukuman cam binatang tu. Okeh? Orait...
Lima, aku tau, sapa pun kalau ada scene mak dengan anak, memang sebak punya. Aku pun sebak. Tapi, sebak tu tak sampai. Sebab apa? sebab Ma dia tak macam seorang perempuan tua yang membanting tulang, bekerja keras menyara keluarga. Deng, rambut dia cantik dan mendistract-kan aku. Dan dia tak nampak sengsara enough.. dan telepati Ma dia tak sampai. Takkan la Ma dia tak tahu dia dalam kesusahan yang amat?

Mak aku, aku accident sket pun dah telefon. Bukannya nak tanya elok2, dia bantai
"Hah, hang pasaipa pulak dah..?" Aku tau dia risau. Mak aku ni belagak sket, dia takkan cakap dia risau. Aku tak cakap aku accident pun.

Korang bayangkan, tak sampai lima minit aku accident, Mak aku dah call. Kalau aku cakap aku okey, tak dak apa2.. Mak aku cantas lagi.
"Hang tok sah dok pembuhong, hang cakap lekaih. Hati Mak tak sedap nih"

Gila aku nak cakap aku langgar keta orang. Aku cakap aku accident sorang-sorang lah... haha

Tahniah Rumah Anak Teater dan Amnesty bergabung pentaskan cerita ni. Siap Faisal Mustaffa, buat cameo jadi Taiko lagi.. ahaha. Scene dia jadi, okay.. haisyh,
bodo la aku ni, aku memang kagum dengan orang2 cerdik pandai ni. Pastu bila golongan2 ni buat sesuatu yang tipikal-orang-cerdik-pandai tak buat, aku rasa (perbuatan itu) kiut.

Cuma, Solaris tu jauh la. Aku yang pakai Garmin ni pun sesat barat. Mr. Mohan jugak yang aku gagau menelefon.

Aku suka live show camni. Aku harap sangat ramai lagi yang nak pentaskan teater2 ni. Jangan ler harapkan IB je. Dulu, kat UIA pun, aku harung je semua play, walau ada yang aku tak paham.

So, kalo ada sapa2 berminat nak pegi tengok teater ni, diorang buat lagi dua malam (10 -12 Oct). Tiket start from RM10. Mendermalah seikhlasnya. Supportlah budak tu. Bayangkan, dia cuma berumur 22 tahun dan masa depan dia dah hampir gelap.

Korang, everybody deserve a second chance...

p/s: sori kat Davina, aku cuma penuhi 1/10 permintaan beliau.... aduiyai

No comments:

Post a Comment