Pages

Monday, November 1, 2010

Sebut betul-betul: 'Bah-koot Jalil'

INSIDEN 1

Lepas meeting tadi, lari pergi beli tiket bas ke Melaka kejap. Bila sampai kat Star LRT punya kaunter, baik punya aku cakap kat akak kaunter;

Azwa:
Akak, Bah-koot Jalil satu.

Naik kening ala Ziana Zain akak tu, padahal aku tak perasan lagi tu. Dia tanya sekali lagi.

Azwa:
Bah-koot Jalil (aku kuatkan suara)

Bergolek abang kat belakang. (Ok, tak bergolek la, dia gelakkan aku) Baru aku rewind balik. *tepuk dahi* B O N G E K !


INSIDEN 2

Masa tunggu tren tukar kat Chan Sow Lin, ada couple dari Sweden (aku belasah ni, tapi, aku rasa diorang orang Eropah, sebab diorang cakap pelik) datang tanya aku;

Lelaki Eropah:
Excuse me, we need to go to the bus station. The man at the counter said - go to Bah-kit Jah-lil. Which tren do we need to take?..... We wait here?
Azwa:
Oh, I'm heading to Bah-koot Jalil too. Yes, we need to get on the next Sri Petaling's tren. Wait here la.

(Whatta f***!)

p/s: itu lah, gelakkan orang lagi. Gelakkan orang lagi. Itu kita panggil karma, bongok. K A R M A

1 comment:

  1. hahahaha..sebut btol2 ye..bah-koot jalil..hehehe

    ReplyDelete