Pages

Monday, February 28, 2011

Siri Jelajah Gua ke Goa 4: Shopping-shoppingan, Jalan-jalanan, dan Pantai-pantaian


First Day: Miramar Beach and Panjim
Angie, Shoko, Urna dan gua sempat shopping pada hari pertama yang mana gua hampir muflis hari itu. We went to Miramar Beach and Panjim Market. I love beaches! Woohoo!! We stopped at Soul of India and I bought sari, pashmina, some hanging elephants, keychains, blouse, plus i got free cat-like-thingy-craft which I do not know whaffor.

Second Day: Marivel Beach
After the conference, the Entertainment Committee, Kumar bawak all the delegates ke Marivel Beach. Thanks to Madam Subha, gua beli capal satu. Pasir kat sana sangat halus dan gua yang gemuk ni hampir tenggelam dek kerana kehalusan pasir tersebut. Especially bila gua gila pakai sneakers pegi pantai.

Jauh gak la Dona Paula ke Marivel, gua rasakan keannoyance-an gua terserlah bila 3minit sekali gua tanya dalam bas tu - "Are We There Yet?"

Gua sayang Bablu dengan Henri yang layan gua main Laut Arab tu. Takde orang lain yang layan gua. Gua terharu. Bablu punya handphone adalah mangsa gua untuk kontek cousin Sanjeet. (by the way, cousin dia hensem!)

Giler ah, havoc betul warga ANNI+AiNNI ni! superb+supporting! Ada sorang delegate dari India nama dia Miloon, muka dia sejibik Mithun Chakraborthy! Sumpah, gua tak tipu! Dan dia belanja gua makan eskrem chocolate hazelnut! Yeay!

Third Day: Boat Ride Panaji
Rajin Entertainment Committee kitorang bawak kitorang jalan2. Malam tu gua teringin nak tengok Irfan menari atas bot disko kat Panaji tu, tapi gagal. Dia taknak. Hampa gua. Dan gua telah berjumpa dengan buku dan ruas dalam arena sinis - gua kenalkan Alec kepada korang. Giler ah, cam Simon Cowell pun ada dia ni.


Fourth Day: Old Goa, Bombay Bazaar, Panjim
Gua bernasib baik last day ada Keira, Urna, Werk, Angie dan Shoko pergi jalan2 sebelum balik. Kitorang sempat pergi St. Xavier Church, tempat di mana St. Xavier disemadikan. Goa ni banyak influence Portugis kalo korang nak tahu.


Kemudian, kitorang buat shoppingan kali terakhir kat Bombay Bazar. Macam dalam Amazing Race, gua dan Angie pakai tarik je pape yang berkenan. Bila gua bawak balik, gua tak tahu apa yang gua beli.

Oh, Entertainment Committee dah bertukar tangan ke Keira. She is soo good allocating time untuk bershopping dengan jayanya.

(entri kali ni cam kanak-kanak sekolah rendah kan? kemalasan melanda. nanti gua santekkan situasi dan ayat2)

Siri Jelajah Gua ke Goa 3: The Real Deal: The Conference




Siri Jelajah Gua Ke Goa 2: Saat Getir Gua di Chhatrapathy Shivaji Airport

We were advised not to tell anyone that we were attending a conference especially kalau ada perkataan human rights dalamnya. First time naik MAS, gua taktau pakai remote control. Bapak lawak macam nak mati. Habih, gua selama-lama ni naik low-cost je. Nak acane? Nasib baik brader sebelah cool dan baik hati.

Sampai ke Mumbai International Airport, lepas turun dari kapal, gua try bau India. Dulu, masa kat UIA, ada orang yang pergi India balik eksaited bercerita bila sampai ke India, terus bau India. Gua berdiri lama kat luar tu, try bau India. Tipu la korang, mana ada bau pape.

Masuk dalam building, kita mestilah menclearkan passport kita di kaunter imigresen sebelum masuk menclaim luggage. Sekali gua dapat satu uncle Sardarji.

"Where are you staying in India?"
"The place called International Centre Goa"
"What is that place? Is it a hotel?"
"Yes, it is a hotel."
"Why is it called International Centre?"
"I dont know. Why dont you ask the owner?"

Gua diam sekejap. Siap la kalo gadoh dengan Sardarji tu. Mungkin diorang akan hantar gua balik Malaysia. Gua tanak. Gua nak jumpa Henri. Heh.

Bila gua keluar, gua terus ikut flow insan-insan keluar pintu Arrival. Gua check juga, kot-kot ada shooting filem ke, ada orang menari-nari macam citer hindi tu ke..mana nak tahu, gua boleh jadi ekstra kat sana. Sekali gua tak jumpa pintu masuk balik airport. Hoh, damn!

Gabrao mat, gua cakap kat diri sendiri. Mujhe saval acchi lohgo hay.

Chewah! Bhangra!

4kali mamat tu ulang "Yu von need to take the cab, yu go ask the sekkiu-rity to let you back in the aerrpot.take a free coach inside"

Lepas gua buat muka kesian kat pakcik security perut bulat dan gua paham apa dia kata kat kawan dia! "Yeh, kehsa admi hey? Tum suno nehi?" Vavi la ko, pakcik. Gua senyum muka kesian. Damn. Jatuh ego gua waktu itu.

Dia bagi tapi dia bising. Gua masuk ruang Domestic Transfer, beberapa ketika kemudian, gua nampak Shoko, Angie, Boyet dan Ellecer. Dan gua tahu waktu tu, Tuhan ada dengan gua. SENTIASA


Siri Jelajah Gua ke Goa 1: Percubaan Beramah Mesra KLIA

For the first time, gua sampai kat KLIA dan akan naik kapal kat sana. Ingatkah anda insiden perasan gua ke Manila? Okey, kita tutup cerita Manila. Oleh kerana terlampau eksaited, gua mengambil inisiatif untuk beramah mesra dengan warga masyarakat KLIA.

Percubaan Pertama: Beramah dengan Akak Kaunter
Verdict: Gagal
Gua senyum manis sesampai di kaunter check -in MAS.
"Hi, akak. Ini pasport saya. Saya nak pergi India"
"Terima kasih. Tunggu sekejap ye"
"Saya eksaited ni nak pegi India. First time pegi India. Akak pernah pegi India?"
Akak tu tak layan. Gua tahu dia tidak dibenarkan untuk sound direct penumpang MAS.
"Ini passport awak, boarding pass. Boarding pukul 7.30pm"

Percubaan Kedua: Beramah dengan Budak Umur 7 Tahun
Verdict: Gagal Juga
Sambil menunggu nak boarding, gua lepak dekat kerusi depan kaunter last dalam KLIA tu. Tetibe sorang budak laki2 datang berdiri depan gua sambil pandang tepat kat NIPS di tangan gua.
"Nak ke? Meh la duduk dengan akak"
Diam. Tengok NIPS.
"Awak nak makan coklat dengan akak tak? Mari la dekat sket"
Diam. Tengok NIPS. Blah

NIPS? Ala, korang tahu tak lawak makcik takde gigi yang hisap gula dgn coklat pastu anak menantu dia habiskan kacang atas meja tu? Lawak kan? Kan? kan? ----------- Fine, nevermind.

Percubaan Ketiga: Beramah dengan Kakak Security
Verdict: Hampir berjaya
Sesampai di mesin scanner gah berdiri, dan setelah beg-beg gua melaluinya, kakak security mintak gua buka beg pinjam gua yang kalerful. Dia kata ada liquid. Gua akur dan buka.
"Awak nak pergi mana ni?"
Gua terharu. Pertama kali orang tegur gua dulu. "Saya nak gi Goa, tapi pegi Mumbai dulu"
Akak keluarkan lotion Imari Seduction gua. Dia pandang gua. "Ini 100ml, dik. Kalau 100ml takboleh bawak naik, kann? Awak terlupa keluarkan eh?"
"Habih, akak nak amik ke lotion saya tu?"
"Bukan amik, akak rampas, sayang..."


Percubaan Keempat: Beramah dengan Abang Security kat Gate 2
Verdict: Cemerlang
"Dik, adik nak pergi mana ni?"
Tak cerdik sungguh. Gate ni kan untuk flight ke Mumbai? Gua senyum. "Saya nak pergi Bombay"
"Buat apa pergi Bombay? Awak study ke kat sana?"
Gua rasa gembira. Tak pernah orang kata gua muka kaki study. "Tak lah. Saya dah kerja"
"Habih, pergi buat apa kat India?"
Gua amik beg-beg gua "Saya nak jumpa kawan. Eh, boifren saya kat sana"
Wajah Arjun Rampal dan dibelakangnya ramai insan berpakaian warna warni menari gembira menyambut gua di Goa jelas di mata. JELAS.

Gua salahkan FarrahJoyy.

Wednesday, February 16, 2011

Movie Review: Yogi Bear

Dulu kecik-kecik, aku rasa kita duduk brekkie depan tv tengok Hanna Barbera's and Disney's cartoons kan? kan?

In celebrating my birthday 3 days in advance, Atunmanna (the drifter), FarrahJoyy (the communicator) and Intan Byzura (the discussioner) berjimba dimulakan dengan acara-acara tengok Ugly Betty di mana Betty dapat Blobby Award, Iwan Shah main guitar hero sementara FarrahJoyy bersiap.

Cerita dimulakan dengan bagus sekali? Baiklah.

Selepas menjemput Intan dari Nusaibah (amaigad! lama gile tak masuk UIA, baju uniform pak guard pun dah baru!) mulakan hari jimba dengan makan satay. Oh wow.

Baik, movie review. Movie review.

Yogi Bear adalah seekor beruang coklat hidup kat Jellystone Park yang suka curi bakul pikenik orang2. Dia ada side-kick yang sengsangat adorable bernama BooBoo. (Justin Timberlake jadi BooBoo...everybody, auwwwww) Semua inventions dia adalah untuk mencuri pai, soda, chip, cake, chocolate, nachos, beef and cheese sandwich and the list goes on.

Ranger Smith adalah seorang lelaki up-tight yang berkenan dekat Rachel, the Movie Lady. Yang aku rasa kelakar dalam cerita tu adalah Mayor tu. Dia annoying.

Cerita agak statik dan tak kelakar sangat pun. Yang aku gelak tiga part - satu, masa BooBoo baca landing manual yang "Yogi, all i can see is us screaming.""nevermind" dan secondly masa Ranger Jones try nak drive the Armadillo dari Ranger Smith. Macam bangang. Dan thirdly, adalah bila diorang bersungguh naik train padahal 3saat kemudian sampai ke station Jellystone. Yang lain cuma gelak "hihihi" bukan "hahaha"

And, korang perlu ambil tahu:
1. kura-kura bermulut katak yang tak di awal cerita tak penting, adalah agak penting
2. jangan baca mandarin punya sub sebab bila Yogi kata "One Thousand" dia tulis 800. Boo
3. Cara marah seekor gorila adalah mendengus dan menjerut tali leher seseorang sambil mengugut.

Rating? 1/5 stars (sebab BooBoo chomel!)

Hari ditutup dengan makan dengan kenyang di Murni Safari, i mean Discovery. LOL

Yes its on the 18th, No, it was not on 15th

Why did Azwa Damia Arissya celebrated her birthday 3 days in advance?

A. She wanted to troll everyone on Facebook, as usual

B. She wanted to celebrate her birthday while she is still 25. She won't lie if you ask her, "So, how old are you this year, Azwa?" She gonna answer "I'm 25"

C. She wanted to check from the 300 over friends on Facebook; who actually care.

D. Its a mindfucking thing if she is to celebrate her birthday on the 18th; knowing tomorrow - on the 19th - is her niece's 2nd birthday. What's there left for her to celebrate?

My answer is B. I'm 25. Full stop.

Sunday, February 13, 2011

Housemate from Hell: Kaki Pau


Pada mereka yang pernah baca blog ni dulu2, (ekceli, ada ke yang baca? hahaha) dulu aku ada tulis Part 1, tetapi Part 1 penuh dengan ayat-ayat kejian dan tidak sesuai dibaca oleh kanak-kanak bawah umur dan orang sikoh. Ye la, tak baik aku cerita pasal housemate yang suka masturbate dan buat cex moaning kuat-kuat kan?

Sesampai rumah dari Taiping, aku telefon seorang member. Sesaja telefon, selepas beliau sms dan bagitau aku tak ingat kawan. So, setelah tanya khabar dan soalan2 usual seperti bila nak kawen, tetibe member aku ni senyap sambil marah-marah dalam bahasa yang aku kurang faham. Atas kerana kecuriousan aku, mulut aku laju bertanya.

"Awat weh? awat? awat?" gaya Cekpah.

"Ni ha, housemate yang macam sial ni..." member mula suara serius. Tadi boleh je ber"eleh" dengan aku.

"Ish, tak baik cakap gitu kat orang, M. Haahh.. cer citer, cer citer, cer citer.."

"Housemate aku ni KAKI PAU. Dia barang rumah tak beli, asyik pau orang punya. Mangsa selalu aku la." Member diam sekejap. Mungkin berkira-kira nak cerita full story ke tak kat aku, atau pun mungkin berfikir dua kali untuk bercerita keburukan orang.

"Hang bayanglah, wa. Aku pun bukanlah gaji banyak. Barang makanan yang aku beli, elok-elok catu buat sebulan. Dia senang2 ja buat rancangan Chef dengan barang makanan aku. Memang aku tak patut berkira pasal makanan, tapi agak-agaklah nak pau. Bukan takat makanan, syampu, ubat gigi, sabun basuh baju. Mak bapak dia bagi aku duit jaga dia gamaknya"

"Weh, nak kutuk okay, tapi tayah la kutuk mak bapak dia. Tak baik. Dia takda duit tak...?" Aku cuba bersangka baik. Bukan aku kenal housemate dia.

"Okaylah, okaylah" Dia tarik nafas panjang nak sembur. "Gila apa takda duit? Kalo sembang tu, berdengaq-dengaq. Semua artis dia kenal. Adik rockers, anak Rosyam Noor, second cousin Siti Nurhaliza pun dia kenal. Kalo bab baju tu, tak kalah lah dia. Macam kita, kita pakai baju beli kat Tesco ja, dia Bandung..Tu belum kasut, beg, brooch dia pun dari oversea hang nak tau." 

"Dah la pengotor. Kat rumah ni, jangan cakap la... bersepah2 kalo tak bising kat dia. Tapi, bila keluar, puuhhhh, minyak wangi sebatu boleh bau. Sedar la diri sket, kita tu tak berada, kawan dengan orang2 kaya, tak payah la ikut cara orang, berpada-pada la ikut kemampuan kita. Dah......" Member dah sound dah nak menangis. Ni yang haru ni, tak macho la conversation nanti, aku maybe takkan dengar apa yang ko nak cerita selain howling ko. Acane tu?

"Hang sembunyi la dalam bilik barang makanan hang tu. Tu cara halus. Cara kasar, hang cakap la kat dia, kalo gamak takdak masa nak beli barang dapur, meh sini duit aku belikan" aku sambung lagi. "toksah lah dok gadoh-gadoh sangat. Hangpa pun dok serumah. Sampai bila sangat nak gadoh weh?"

Member tak macam tak nak sambung sembang dengan aku. Maybe sebab aku tak menokok tambah dan menghasut-hasut beliau seperti "buruk benor perangai dia" ATAU "ya salam, habih? awat hang tak tampaq ja dia?"

"Hang boleh la cakap. Hang tak dok kat tempat aku." Dia cakap.

"Apa pulak aku tak dok kat tempat hang? Samalah jadi kat aku pun."

Thursday, February 10, 2011

Bukan aku sengaja Anti Orang Pendang

"Atuk Ayob dengan Tok Timah aku pemastautin tetap kot kat Pendang tu! Anak-anak dia semua tumbesaran kat situ weh"

"Abeh, awat hang anti orang Pendang?"

Berat soalan kawan aku ni. Nak cerita panjang, tak cerita dia kata aku berlagak. Cuma tahu tulis dalam blog je. Memang la senang tulis dalam blog, boleh edit, kata aku. Cer ko ceghite secara live, brapa banyak kesesatan ko bleh bawak dalam perbualan tu?

Bagi mereka yang buta Geografi atau tak pernah sampai ke Kedah, Pendang adalah satu daerah dalam Negeri Jelapang Padi yang mana rakyat Pendang sendiri menyebut "mandi" sebagai "manni". Ye kawan2, ramai rakyat Pendang sengau. Pendang ni glamer pada suatu waktu Presiden PAS yang dulu, lepas tu, terus malap. Walaupun buku teks sekolah menyatakan Pendang terkenal dengan sawah padi, tapi, sebenarnya ia lebih terkenal dengan pokok getah.

Korang ni, buku Sejarah kite pun dialtered, tambahlah buku Geografi yang tak penting, yang takat sampai Tingkatan 3 tu je.

Orang Pendang terbahagi kepada dua - Satu golongan adalah mereka yang tinggal kat pekan, perhubungan sosio sederhana baik, harta tak seberapa dan berilmu duniawi. Mereka tergolong penjawat awam dan businessmen.

Satu golongan lagi adalah mereka yang tinggal di kampung, pakai baju tampal tapi harta berlambak, perhubungan sosio sesama orang kampung yang kebanyakan sedara mara sendiri, berilmu ukhrawi dan suka menziarah.

Golongan kedua inilah yang buat aku sakit kepala. Selalunya.

Masa aku kecik-kecik dulu, aku akan bercuti panjang sekolah di Pendang, transit sementara sebelum ke Lenggong, Perak kat rumah Pak Njang aku. Cousins aku, Kak Cik dan Pait dan juga adik aku sorang yang selalu ngekor akan diarak ke mana-mana sahaja oleh Pak Njang dan Mak Njang untuk bersuka ria pada waktu itu. Mungkin juga Mak aku yang arahkan sedemikian. Hanya teori.

Jap, aku dah menerabas cerita...

Penat tau sebenarnya nak cerita pasaipa aku anti orang Pendang. Asal buat perangai pelik ja, "orang Pendang la tu.." asal aku nampak sorang korek hidung sambil bawak kereta kat sebelah aku pun "orang Pendang la tu"

Korang cuba bayangkan, kenduri pukul 12tgh, korang datang makan. Lepas tu, korang masuk dapur dengan talam yang besar mintak tapau kata; "Anak sat lagi nak balik dari Kolumpo. Nak amik SIKIT bagi kat dia".

What the fuukk? Dia tak boleh datang makan kat kenduri ka? Penat kot, Mak aku defend.

Lepas tu, korang longgokkan sebanyak2nya nasi minyak, 2 ekor ayam masak merah, acar timun, dalca dalam talam tu, bila orang tanya; "Anak balik dengan orang rumah ka? Banyak amik tuh"

Korang dengan bangganya menjawab; "Eh, dak aih. Dia tak kawen lagi"

Bukan sorang, bukan dua orang.. LIMA rakyat Pendang pakai lame excuse macam tu. Anak korang cuma tahu pegi Kolumpo ja ka?

Okay, aku tak boleh nak sambung. Aku nak pergi beristighfar banyak-banyak sat.


Dear Facebook, I want a divorce

Sejak ada kekasih baru yang bernama Twitter, suami lama gua si Facebook telah gua tinggalkan bagai layang-layang tak bertali, asal gua balik sana je nak cari gaduh dengan orang. Gua pun tak faham kenapa. Mungkin sifat suka menyakitkan hati orang semakin membara ataupun perkahwinan gua dengan Facebook memang sudah gagal untuk diselamatkan.

Walau apapun, ke-annoyance-an Si Facebook dan sedara ipar duai beliau semakin mencapai limit kewarasan gua. Lalu, inilah sebab musabab gua mahukan perkahwinan aku dengan Fesbuk dileraikan dengan perceraian.

"Tengah makan dengan Si Bolat sama Si Luncai - Restoran Tumpi. Sedap sangat!"
Sungguh gua tak perlu tahu lu nak makan Restoran tu. Gua tak pernah makan Restoran dan gua tak berminat tahu. Dan lu sebagai suamiku Facebook, tidakkah lu rasa lu perlu minta izin gua sebelum pergi makan Restoran?

Salah komen kat status
Kalau dah gua cerita pasal banjir yang lu pergi ajak nak shopping, ape ke henye? Pikior la, bro. Amik la inisiatif nak tulis kat dinding rumah kita.

"Lapar..lapar"
Suamiku Facebook, kalau dah lapar tu, pegi makan saja lah. Lu ingat kalau lu bagitau kat situ, gua nak tolong datang suapkan makanan ke mulut lu ke? Gua sebok okey.

"Freedom is not worth having if it does not include the freedom to make mistakes: Gandhi"
If I want to read Gandhi's quotes, I'll read it on the internet myself. Tak payah nak cut and paste tapi explain pemahaman apa pun tidak. Cuba la letak sket apa yang lu paham dari apa yang lu quote tu? Then, baru la kita boleh berbincang secara ilmiah. Kata eduketed sangat.

"My current location is at....."
Lu nak kena jadi target launch torpedo ke? Gua nak bercerai je, takde la tahap nak tembak lu.

Upload gambar beratus-ratus dan tag semua manusia
Gua kalo nak tengok gua tengok sendiri. Gua stalker, tak payah tag gua. Gua kata tak payah tu, tak payah la.

"Benci giler dengan perangai sesetengah manusia ni la!Dia yang buat salah, kita yang nak kena cover."
Kalau lu marah bos lu pun, agak-agak la. Sebab tu la lu kena buang kerja, sebab lu mengamuk kat situ, lepas tu pandai pergi add orang kerja dengan lu. Sapa suruh?

Tukang share berita-berita sensasi dunia dan yang pelik
Okay, itu gua. NEXT!

"Babi! Sial! Anak haram! Sh**t!"
Macho sangat la boleh mencarut macam tu kat situ bagi semua orang tengok tu?

Bersayang anje kat status
Lu nak makan penendang sedas ke? Kalau nak bercinta, do it in real life lah. Ni, "sayang awak, Mohamad Remi" sakit mata tau tak tengok lu terbabas minat camtu, faham?

Nak add kawan, tapi pakai muka Lee Min Ho
Takpe, dah gua bini lu, muka kokak tapi hati baik, gua tetap bersama lu. Apsal nak hidup dalam denial?

"ala, dah tembam. macam kena diet je ni"
percaya la cakap gua, lu akan lagi gemuk sampai2 bila kalau asyik mengeluh dan tak bergerak-gerak buat sesuatu mengenainya. percayalah.

Menjadi Ahli Politik Jalanan
Takpe lu nak memberikan buah fikiran politik lu, gua okay, tapi banyak sangat gua pening

Tukang share youtube clips
Sejak bila you kerja tukar tiub ni abam? Gaji banyak? Mana nafkah gua?

Cerita pasal saiz bikini sebab nak pergi swimming
Eh, Abam Facebook, lu dah jadi bengkok ke, hah?

Boleh tak lu jadi lebih berilmiah sket? Cer share sesuatu yang penting kepada dunia dan negara? Fakta dan pengetahuan? Itulah pentingnya English Edukesyen, bak kata Usop dalam Hantu Kak Limah. Oleh kerana gua dah ada kekasih baru, gua nak mintak fasakh dengan lu. Amacam? Ada berani?

Nyanyi *enjit-enjit semut, sapa sakit naik atas*

Wednesday, February 9, 2011

20 Wardrobe Wajib Ada Seorang Perempuan

Aku ada terbaca dalam satu blog selepas melompat-lompat dari satu blog ke blog lain dan si blogawan tu bciter tentang 20 pakaian wajib ada bagi seorang lelaki. Tapi terlupa pulak kat mana entri tu. Tape, nanti aku linkkan. Bila aku melompat lagi. Dia taktau camna nak senaraikan untuk perempuan, for obvious reason, beliau adalah lelaki.

So, sebagai perempuan tulen dan berMyKadkan perempuan serta berbinti, aku rasa aku bisa menyenaraikan 20 wardrobe wajib ada pada seorang perempuan.

1. Pakaian Dalam
Kuantiti: 4 bra, 8 spender

Bra dan spender aku letakkan paling utama kerana, tanpanya korang akan rasa cam berbogel. sumpah aku tak tipu. Memang la berangin dan selesa masa tidur, tapi, harian? Kalo nak-nak korang kena berlari2an? Tak ke gila? Tak payah la mahal2, kat Giant tu ada je spender yang RM8.99 untuk 4 helai dan kat Tesco ada Bra for Less yang boleh dapat RM39 untuk 3 (cantek weh!)

2. Cardigan Kaler Hitam
Kuantiti: 1
Korang akan selamat sekiranya adalah sekonyong-konyong cardigan. Nampak lah up to date sket. Dan nampak la korang kurus sket. Selain itu, cardigan membantu korang mengurangkan pemerhatian orang kepada t-shirt korang yang selalu korang rotate tu.

3. Jeans biru atau biru gelap
Kuantiti: 1

Jeans ni adalah seluar wajib untuk semua orang. Orang muka masjid pun ada jeans, mustahil takde. Jeans dapat menonjolkan sifat ke-kewl-an korang di khalayak ramai. Sesuai digayakan casual dengan pilihan2 baju yang pelbagai.

4. T-shirt pelbagai warna
Kuantiti: 3 - 5

T-shirt yang anda perlukan cuma 5 yang semuanya berbeza warna. Hanya 5, tidak kiralah sekiranya mahu digayakan dengan cardigan atau t-shirt sahaja. Lengan pendek atau panjang terserah anda. Anda yang menentukan. Bercorak atau tidak juga terpulang anda. Tapi, pastikan corak tersebut tidak jijik dipandang orang.

5. Baju Kurung
Kuantiti: 3

Perempuan Malaya amat cantik bila berbaju kebangsaan. Cara mudah untuk merotatekan baju kurung anda adalah - buat 2 baju kurung, satu yang bercorak, satu lagi kosong. Jadi, ada hari anda pakai penuh sut, ada hari anda boleh alternate. Cth: Isnin: Baju corak, Selasa: Baju kosong, Rabu: Baju Corak, Kain Kosong, Khamis: Baju Kosong, Kain Corak. Tak ke dah save 4 hari?

6. Jubah Hitam

Kuantiti: 1

Ko nak pegi mana-mana ko boleh sarungkan saja. Sekalipun tatkala anda belum mandi. Mudah dan menawan.

7. Slack Hitam
Kuantiti: 1

Satu slack hitam sudah mencukupi untuk gaya formal

8. Satu Blouse Putih dan Pilih satu lagi warna, aku nak dark purple

Kuantiti: 2

Juga untuk gaya formal, digayakan bersama slack hitam tadi.

9. Kain Batik

Kuantiti: 1

Kain batik adalah crucial dalam kehidupan seorang perempuan. Apatah lagi bila dia terasa panas dan ingin berkemban ke seluruh rumah sambil mencari sikat rambut yang dipinjam oleh pembantu rumahnya. Juga berguna bila dia datang period, nak hampar atas tilam, taknak bagi bocor.

10. Tracksuit
Kuantiti: 1

Seluar sukan untuk anda bergerak bebas dalam rumah atau bila pergi ke Giant untuk membeli barang dapur.

11. Kasut bertutup hitam
Kuantiti: 1

Untuk gayaan formal. Bersesuaian dengan slack hitam dan mana-mana dari 2 blouse yang disebut diatas.

12. Sandal
Kuantiti: 1

Apabila anda mahu menonton wayang atau pergi bershoppingan, adalah mustahil anda untuk memakai kasut bertutup hitam diatas. Pilih yang kasual. Kaler coklat, biru, merah atau wane-wani

13. Selipar
Kuantiti: 1
Selipar ini adalah bagi membantu anda yang memandu atau pergi membeli groceries di Giant.

14. Tali Pinggang

Kuantiti: 1 untuk berkepala besar, 1 untuk berkepala kecil

Fungsi tali pinggang? Bukan untuk dilibas diponggong budak atau binatang peliharaan ya. Ingat tuh! Fungsinya adalah untuk mengikat perut dan seluar supaya tidak tercorot ke bawah dan sebagainya. Yang berkepala kecil itu, anda boleh gayakan diluar baju kemeja boifren.

15. Baju kemeja boifren kaler putih
Kuantiti: 1

Baju kemeja boifren ini amat sesuai untuk function separa casual. anda boleh sesuaikan dengan jeans atau slack hitam. Diaksesorikan dengan tali pinggang berkepala kecil tadi. Kenapa saya tidak senaraikan legging? Kerana saya tidak layak memakai legging. END of discussion

17. Stokin dan Stoking

Kuantiti: 1 stokin 1 stoking

Stokin ini adalah untuk mengelakkan anda melecet bila memakai kasut sukan. Anda boleh mendapatkannya gi Giant dengan harga RM0.99 manakala stoking pula adalah apabila anda memakai kasut bertutup hitam tadi.

18. Kasut Sukan
Kuantiti: 1

Walaupun anda jarang-jarang bersukan, adalah wajib anda mempunyai satu kasut sukan. Tidaklah anda dilihat sebagai "whattafak" apabila diajak beriadah hanya bila anda kata "ala, i takde kasut sukan". Segomuk-gomuk aku ni pun ada satu.

19. Handbag atau Tas Tangan untuk simpan semua Khazanah
Kuantiti: 1

Pilihlah warna yang boleh disesuaikan dengan mana2 baju dan pilihlah yang sederhana besarnya. Sesuaikan dengan ketinggian anda. Selalunya, pilih warna selamat seperti hitam, kelabu, coklat atau merah.

20. Tudung Bawal
Kuantiti: 2

Satu kaler hitam, satu kaler cerah macam cream ke, putih ke..
Sebenarnya, banyak lagi yang tersenarai, tapi apa yang aku tulis di atas adalah benda-benda wajib ada la, supaya anda tidak kekok di mana-mana majlis. So, apa kata anda?

Monday, February 7, 2011

Perihal Wedding

Sejak umur menginjak ke 25 tahun ini, ramai yang memutuskan mereka sudah berjaya menkayakan diri dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pasangan memasing. (ayat dengki) Aku takde masalah. Cuma, aku rasa perkahwinan orang melayu ini banyaknya yang membazir dan meriak2, padahal takde la lawa mana pun. Tambah-tambah lagi kalau grand nak mampus dan berbelanja tak hengat dunia. As long as economic dan bertaraf DIY, aku sokong. Cheaper dowh.

Diskusi ni aku adakan semasa majlis Farhani. (majlis dia sweet actually, and she made most of her wedding stuff herself. Pestaim aku kagum dengan warna pink. Hari-hari lain, itu mustahil) Dengan mak Liza sekali tersedak dengar. Betul makcik, kita kena bezakan budaya dan agama. Buat yang wajib je la. Membazir itu amalan setan. Kira saya okay lagi, nak buat mihun goreng. If tak, hantar bahulu ke rumah jiran dengan note kat plastik - Anak saya ini telah berkahwin dengan pasangannya. - tujuh keturunan orang kutuk family saya.

Walimah tu adalah bilamana kita meraikan perkahwinan pasangan pengantin dengan berkongsi kegembiraan melalui makanan dan juga tetamu yang hadir dapat mendoakan kebaikan yang mendatang untuk mereka. (ayat skemdot la pulak!) tapi, yang aku nampak, tetamu yang hadir cuma berminat sedap ke tak makanan, cantik ke tidak hantaran, bilik pengantin dan pengantin.. itu je. Kenyang makan, balik tidur. Tu belum kira orang Pendang yang kaki tapau pakai talam lagi tu. (Talam is dulang yang besar tu, for your info)

Malam tadi, aku agak bosan sambil berfikir sambil tunggu bas balik Shah Alam. Yap, aku cuma berfikir bila aku bosan. So, apa yang aku fikirkan, aku tweetkan. (mulakan dari bawah ke atas)

The dress? Jeng jeng jeng. Dark purple.Kaftan.

@FarrahJoyy Waitin for neil to get down on his knee

Yes, we all want to kahwen once and make it as memorable as possible. With all the money saved, how about Bali for the whole month?

Imma make it clear we're not into wedding gift. Money is what we prefer..

Invitation? Not gonna use facebook tag. Too riak. Imma use sms. More personal.. Pakai duit? Yeah, for 150 guests. Kira that!

The wedding venue? By the river. Belakang grandma's house..

Rita Rudaini shud be the favorite menantu ekceli, her wedding tak grand dan tak cost byk

@FarrahJoyy correct2! I mean, we can SAVE A LOT!

Ikut Ust Kazem, 2bahulu n 1 air milo kotak pun jadi. But, jiran2 will remember u as the kemut-est couple. Yeah, i dont care. We're richer

Try to bilang brapa banyak money we can save? Groom no need to pinjam ahlong just to get married anymore

Food? Kuih muih traditional and international. Plus, coffee, tea, and lemonade.

No hantaran, No pelamin, No bilik pengantin. But, imma keep bunga telur tho. Its a symbol kan?

When my sister gettin married, im not gonna serve guests with nasi minyak whtsoever..


Wahhh! I'm a genius!