Pages

Wednesday, December 7, 2011

Adaptasi Cerita Merapu: Kira Setuju La Ye

"Kira setuju la ni.." Suara Mak Kiah memecah konsentrasi Tipah, Mat Mut aka Mahmud dan Rabiatul Adawiyah. Masing-masing yang mata melekat kat tv sedang layan Masterchef menoleh ke arah emak kesayangan yang sedang melipat kain.

Mak Kiah atau nama sebenarnya Embun binti Abdullah Sani berwajah serius.

"Mak dah penat tunggu kamu. Asyik taknak. Mak dah confirm dengan Makcik Saodah kamu. Setuju atau tidak, kira setuju aje lah, Tipah"

Tipah, berumur 34 tahun, masih single, anak keempat dari enam adik beradik. Tipah tak gemuk, cuma tak cantik. Tipah hanya mempunyai muka common dengan jerawat dan bekas-bekas jerawat. Salah Tipah yang selalu korek jerawat masa sekolah. Kacamata Tipah tebal. Tipah suka baca novel cinta, sebab tu Tipah kerja kedai buku.

Anak Makcik Saodah yang belum kahwin hanyalah Mohd Al-Hafiz Hakimi, jurutera yang bekerja di Johor. Hensem orangnya, tinggi, cerah dan muka masjid. Jalannya segak, dadanya bidang, postur badannya bak bangsawan.

Hati Tipah berdebar. Wajahnya memerah.

"Jadi apa, mak? Setuju apa ni, mak?" soal Rabiatul Adawiyah.

"Setuju bawak mak hari Jumaat ni pegi beli sofa baru. Makcik Saodah kata dia nak pinjamkan mak RM2000. Nanti bila mak dah dapat duit kutu, mak bayar la balik. "

Tipah lari masuk bilik. Hatinya remuk redam. Mat Mut sambung tengok Masterchef. Mat Mut teringin nak makan ikan jenahak dengan Friskies. Sekali sekali Mat Mut jilat tangannya.


Adaptasi dari cerita Kak M.

1 comment:

  1. adoila..sesak nafas betolla baca cite nih...hancur luluh hti Tipah..hahahahaha..(btw,lame x dengar "muka masjid")..

    ReplyDelete