Pages

Tuesday, October 25, 2011

Entri Panjang Bulan Oktober: Gua Gomuk, Gua Okay

Bersungguh Mak Anne mengunyah biskut empat segi cap pingpong dicicah air teh O. Gua rasa cam best gak kalo letak reben kat atas sebungkus dua Biskut Hup Seng itu - hadiahkan kat dia bersempena Aidil Adha mendatang ni.

Mak Anne bertandang atas dua sebab, katanya. SATU nak tanya santan ada ke tak lagi dan DUA nak merisik sepupu gua yang jadi ustazah dekat Jitra. Ustazah ajar subjek Pendidikan Islam sekolah rendah dan pengusaha tegar Amway tu sangat tinggi nilai marketnya. Belajar kat Mesir, ngko!

Bila gua tanya market gua, mengilai Mak Anne dengan Mak gua. Mak Anne cakap gua dari kecik sampai sekarang pandai buat lawak. Muka gua straight. Bila gua buat lawak?

Tetiba Mak Anne diam pastu dia tengok gua. Dia start buka cerita anak bongsu, Si Imah yang bersekolah di SM Darulaman. Si Imah dah tak pegi sekolah dah berminggu sebab sakit kepala. Dibawa ke doktor, doktor kata dia stress. Bila Mak Anne buat cerita sedih, baru Si Imah cerita dia kena ejek kat sekolah sebab dia gomuk.

Nota Menghadapi Perempuan: Kalau sesiapa antara dua pihak start nangis dulu, dia menang. Pastikan yang nangis dulu adalah anda.

Tengok gua sebab nak tanya gua camna gua cope dengan pembulian di sekolah dahulu kah, Mak Anne?

Masa sekolah rendah, gua okay. Masuk SM Dato Syed Omar, bulian tu ada la sket2. Gua tak amik port. Gua amik sebagai kawan-kawan tingkatan 3 yang kata gua tu terencat akal. Sebab kelas Tingkatan 3 gua tu majoriti terencat. Kadang-kadang gua summersault join sekali ejek budak2 lain dengan kawan-kawan terencat gua terbabit.

Bila naik Tingkatan 4, gua diletakkan di bawah kelas lindungan musolla sekolah. Kelas harapan dengan golongan khalifah. Padahal sekolah tak sedar, pelabelan begitu membuatkan gua sekelas jadi riak tahap Firaun. Of course la, gua kepala Firaunnya memandangkan asal gua dari kelas terencat tadi.

Ada sekor gundorowo namanya Galah. Jahanam jugak lah jin afret ni. Dulu, lepas habis solat Maghrib, tanpa gagal dalam tiap doa gua sebagai orang yang teraniaya, gua doakan benda-benda tak baik kat dia. Gua sangat berkecil hati. Dengan hati yang mendung dan pemikiran remaja yang kacau waktu itu, gua doakan juga mereka-mereka lain yang terbabit. Gua doa sama ada bila besar; diorang akan jadi gomuk, dan/atau anak mereka nanti bakal gomuk dan/atau pembalasan yang setimpal untuk mereka yang mengeji ciptaan Allah.

Gua kan kelas lindungan musolla sekolah. Gua AJK Surau lagi. Tentulah gua terer ayat Ustaz sebegitu.

Mana gua tak keciwa bila contoh kejahatan mereka terpapar: selain secara berjemaah buat kelas bergegar bila gua duduk, mereka juga tolong pegangkan dinding sekolah bila gua naik tangga ke kelas.

Kemudian gua sedar, gua tak sepatutnya doa tak baik pada orang. Gua pun retract balik doa gua kat Allah. Gua ingat satu, Allah akan mempertanggungjawabkan kelakuan mereka terhadap gua yang comel ini di Akhirat besok.

Nasib la korang, gua ship Ustaz Don Daniyal sekarang. Gua bunyi Ustazah Pilihan yang Solehah! Nasib la. Bertahan lah!
Gua rasa, gua dengan diorang pun dah okay. Sejak-sejak dah dewasa dan jelita ni. Gua lebih rasional meskipun sifat sarkastik dan overanalysed gua masih di carta teratas Billboard.

Sekarang, dah sedekad tahun saiz gua adalah rare. Gua terima gua. Gua sangat sayang gua bukan sampai tahap gua bajet orang suka gila kat gua sehinggakan gua pegi serang orang lain dan cakap "jangan suka sangat kat gua" Oh, LOLWUT moment itu~ Gua sangat sayang gua kerana gua ada segerombolan orang kesayangan yang terima dan kasih gua seadanya.

Gua cuma boleh cakap kat Mak Anne dua perkara juga. SATU, sama ada Si Imah pergi jogging dan jaga kalori harian dia yang mana akan menyedarkan mereka-mereka itu bahawa bila gomuk boleh kurus dari huduh cuma plastic surgery je boleh bantu dan/atau DUA, doakan mereka-mereka yang ejek dia tu. Isi doa terserah Si Imah. Doa orang teraniaya ni mustajab.

No comments:

Post a Comment