Pages

Tuesday, October 11, 2011

Movie Review: Bini-Biniku Gengster

Betullah kata sorang blogger bila dia cakap selepas KL Gangster, maka akan ramailah movie kat Mesia berpaksikan kepada persekitaran gangster untuk beberapa masa akan datang. Walaupun cerita tersebut tak logik, bodoh dan akal tak bleh terima.

Abang gua purchased Bini-biniku Gangster kat AstroFirst tadi malam. Gua object, gua kata baik amik Nasi Lemak 2.0 - gua tak sakit hati kot. Mana taknya, Intan Ladyana tu kayu. Gua rasa dah berpuluh movie berlakon, tahap ekspresi muka camtoh jugak.  Nak tau macam mana?

Sedih (*_____*) 
Gembira (*____*)
Marah (*_____*)
Menyampah (*____*)

(Gua type ** tu, itu indikasi bulu mata palsu yang dia pakai tu) 

Pastu Shaheizy Sam jadi cam bongok, which gua rasa mesti ada yang tak kena. Takkan dia nak berlakon jadi bodoh alang sampai habis?

Dan sangkaan gua tepat. Intan Ladyana live up to my expectation - kayu, gaduh pun ala-ala menari cakpong. Kudos buat Yana Shamsuddin by the way, walaupun gua cheesy gila dengan scene dia and Sam bergurau senda as spouses (Ye, korang akan kata gua dengki, fine. lantak la korang) personally, gua rasa scene dia lawan ada sket convincing. 

~gambar mesra google~

Banyak scene "tangkap muat, camharom" je. Korang bayangkan, nama kumpulan kepala kucing, badan sasa ada tatu naga kepala kucing tak sampai 4 saat dah kena tetak dengan sorang awek, then sorang gangster boleh tak bayar installment kereta enam bulan, pastu nak tarik kereta pun kena panggil Kak Yong? Pehh! Bengap. DAN rosak ingatan zaman muda gua dengan Kak Yong RTM yang ajar gua English, kraftangan,  dan nilai-nilai murni. 

Gua dah cakap, gua boleh baca cerita melayu ni. Last sekali tu, si Herry (Shaheizy Sam) tu sebenarnya ada kena mengena dengan gangster jugak. Entrance gaya mamat siam dalam Kongsi - dia  dan ayahanda2 yang plan kahwin dengan Manja dan Reanna untuk satukan puak. WAT-TE-EF-HEL?

Ada yang explain kat gua, "takde, yang gaduh tu, dua group tu saja." Meh gua counter-argue "Pastu yang at the end, boleh pulak Min Siam tu lepak sekali minum beer tarik dengan Pak Hashim yang takut bini tu" Ha... jawab gua. CEPAT!

Gua cuba mencari moral dari movie ni, dan apa yang gua dapat adalah Gangster Sebenarnya Takut Bini. Gua juga question adakah ini satu moral.

Dengan keazaman yang menggunung, gua akan cuba amik handphone abang gua nanti malam dan purchase Nasi Lemak 2.0. Doakan kejayaan gua.

4 comments:

  1. sesuai dengan nama "the downloader", maka sudah ku donlot itu nasi lemak 2.0..(sbb nak purchase seisi rumah object), tp masih belum berkesampatan nontonnya..dah tengok ke?suka baca review awak..hehe.

    ReplyDelete
  2. belum, sebab tu nanti nak beli kat astrofirst. nak download movie pun kapasiti broadband tahap2 kacau susu dalam milo je.

    ReplyDelete
  3. serius wa? akk nk gelak neh.. akk baru purchase saje2 je pn.hahah. nnt nk purchase nasilemak lak. :D
    -wiz-

    ReplyDelete
  4. ini personal review kak. ikut tekak memasing. atau saya yg over analysed. saya tak gemor sgt citer dr production david teo - profit basis semata, tiada seni considered.

    ReplyDelete