Pagi tadi gua keluar gi beli makan. Dalam otak, gua dok list down apa menatang gua nak makan. Kalo time lunch, gua tahu dah, makanan paling mudah dapat adalah nasi goreng kampung. Duduk, order, 2 minit setengah kemudian, order datang.
Di Wawasan Kopitiam, ada pakcik/makcik roti canai power couple jual, of course, roti canai. Ramai penjawat awam time pukul 10 tu lepak situ, sambil baca sukabo dan borak-borak. Dalam hati, gua pun berkobar nak join gomen, boleh keluar makan sesuka hati.
Pakcik/makcik roti canai tu, gua tengok tak menang tangan dibuatnya. Laku betol roti canai mereka.Oh... Sila amik nota, gua penggemar roti canai. Dalam seminggu, kalo gua tak pekena roti canai, gua rasa cam nak gi shopping.
So, gua pun sampai ke kopitiam tersebut. Gua jalan terus, berdiri betul-betul depan pakcik/makcik roti canai, gua senyum, gua toleh kanan.
"Bang, breakfast set satu. Bungkus. Oh, saya nak tambah omelet dengan cheese"
Nak kensel, malu. Bangang!
No comments:
Post a Comment