Aku teringin bebenar nak ada binatang peliharaan sekarang. Koman-koman pun helang seekor. Dulu pernah ada. Sekali. Aku obses dengan kekura. So, masa kat UIA dulu, aku beli sepasang kekura. Jebat dan Teja.
Kami saling sayang menyayangi. Bila aku balik dari kelas ja, Jebat sambut aku dengan mesra. Teja aku agak kalo boleh buat fresh orange segelas, dia dah buat. Dari mata Jebat aku tahu, dia nak tanya aku "how was your day?". Aku bercerita dari A sampai M. Waktu kami makan malam bersama.
Bila aku study tak kira la, tinggi sket ke, atas meja, bawah katil mereka ada. Setiap masa. Menemani. Tanpa lelah.
Kami bergurau senda. Ketawa riang. Jebat pandai bergurau. Dia selalu mengusik. Teja selalu jadi mangsanya. Sampai satu saat aku bersumpah. Bila Jebat dan Teja dah akil baligh aku akan carikan pasangan untuk mereka. Pelik la, bro... diorang kan adik beradik.
Beberapa kali aku berjaya sembunyikan kewujudan mereka berdua dari penjahat-penjahat kerajaan kolej yang datang buat spot-check. Syukur, mereka selamat. Tidak dapat aku bayangkan sekiranya aku kehilangan mereka.
Malangnya, persahabatan itu tidak lama. Mereka terasa hati bila aku mula menyukai spesis lain. Spesis yang boleh bertukar. Siang jadi manusia, badan ketak-ketak, tak pakai baju. Malam pulak, jadi serigala berbulu. Ya, aku mula jatuh hati dengan Jacob.
Jebat melarikan diri. Teja meninggal dunia sebab patah hati. Maafkan aku, Jebat. Maafkan aku, Teja. Aku cuma jatuh cinta.
O...Em... Jay!!! Breaking Dawn Part II!
No comments:
Post a Comment