Pages

Wednesday, November 21, 2012

Saya Bukan Kawan Belian

Ya, anda bayar saya dan firma ini untuk membantu anda dari sudut undang-undang.
Ya, anda bayar untuk perkhidmatan yang kami sediakan. 
Tidak, anda tidak bayar saya untuk menjadi kawan anda. 
Oleh itu, anda jangan berharap saya peduli apa masalah peribadi anda. 

Anda juga adalah dilarang dari selamba je datang masuk ke bilik saya, mesra alam walaupun cuma kali kedua atau ketiga datang ofis dan buat ayat "lama tak nampak". 
Anda dinasihatkan untuk tidak paranoid dan tidak perlu telefon tiap-tiap minggu untuk tanya "macam mana kes saya?" "lepas ni nak buat apa?" "agak-agak cepat tak boleh siap?"

Entah apa yang anda harap saya buat. Goyang-goyang kayu hikmat dan jerit "expecto patroneum" dan masalah anda bakal hilang semuanya?

No comments:

Post a Comment