Dalam split seken ja aku putuskan naik atas satu Pusat Kerinting Rambut kat Taman Intan. Kedai tu atas kedai tayar aku buat alignment atau penjajaran WakuPaku. Niat kat hati memang aku nak go stail Tiffany SNSD. Aku dan dia kan kecomelan setara. Tiffany who? Tiffany Hwang.
Cute dowh dia ni! Nak jadikan wajah sebujur sirih cam dia.... jauh dan berduri perjalanannya, dats why aku pilih pesen rambut ja.
Kedai tu dioperate oleh Chinese Siamese dan masa Transformasi Tiffany ada satu rancangan cari jodoh di channel Siam kat kedai tu. Hairdresser aku, Lin jadi translator untuk rancangan tu lepas dia bebel kat aku - rambut aku kering.
TERbeing defensive, aku cakap "aku kan pakai tudung". Terus dia backlash "Sebab pakai tudung la you, akak kena jaga rambut"
Dia sambung "selalu orang pakai tudung kurang jaga rambut, padahal rambut elok2. bila kering takda lain nak potong bagi pendek. Rambut kena stim. Kena jaga elok. Syampu jangan tukar-tukar. Cantik orang perempuan bila rambut panjang kan, kak?" Aku tak tahu itu soalan betul atau soalan retorik.
"Oh, i suka mamat hensem ni" aku distract dia dengan satu iklan cat rumah yang ada mamat berlakon dalam cerita hantu budak sekolah asrama main spirit. Dia yang jadi "putera" baik hati tu. Oh, dalam Soda and Ice Tea pun dia jugak.
Then, rancangan cari jodoh. So, Lin bagi sipnosis.
Dua couple dikenalkan dalam gelap. Sekali kat sofa borak2, sekali lagi main golf. Bertukar la, sat Teruna A dengan Dara A, sat Teruna B dengan Dara B, sat Teruna A dengan Dara B, sat Teruna B dengan Dara A. Oh, you get the picture.
Ingat dalam kepala bahawa Teruna A adalah lelaki cute yang pemalu. Dara B cantik. Teruna B plak macam ala-ala macho sorang2, agak sporty. Dara A tinggi, tak lawa tapi cam happy go lucky.
Round ketiga diorang boleh tengok through cermin tapi sebelah je la nampak. Sebelah lagi tak nampak. Sebelah yang tak nampak tu actually boleh nampak yang berdiri sebelah cermin yang satu lagi. oh... *krik krik krik*
So, last sekali masa round pemilihan, Teruna A pilih Dara A. At some point, korang akan kata "OH EM JAY, faith in humanity restored!!!" sebab si hensem pilih awek yang tak lawa tapi baik.
Aku je la kot. Yang terkadang biasa tanpa sedar dengan tipikaliti drama melayu. "La, apsal pilih pompuan tu? Tak lawa pun"
Lin, the hairdresser: "Akak, dah jodoh depa ketentuan Tuhan". Yes, she said that to me.
No comments:
Post a Comment