Pages

Wednesday, October 27, 2010

Flail Over Cikgu Praktikal is a No No Thing

Makcik aku telefon pagi tadi, bagitau ketambahrisauan dia pasal anak dia yang dok angau kat cikgu praktikal. Bermesej la, berfacebook la, beremail la... Aku dengarkan je. Sebab itulah yang terbaik.
1. Aku tak paham budak sekolah ni, wajib ke jatuh chenta kat cikgu praktikal?
2. Dan cikgu praktikal ni, keglameran di kalangan budak2 tu sangat penting kah?

Sungguh aku cakap, hormon gatal aku lambat. Masa sekolah rendah aku takde la pulak nak
flail kat cikgu praktikal. Tapi, diorang yang flail kat aku. Tak percaya?
Pengakuan: Aku pernah ada crush sekali masa Tingkatan 2, sekali masa Tingkatan 4 (yang pasti BUKAN Farid Kamil), sekali masa matrik UIA dan sekali masa UIA 3rd year. Semuanya ialah orang cerdik pandai, cute dan sweet - dan bukan cikgu atau budak law. titik.
STORY 1:
Masa aku Darjah Empat, ada dua orang ustaz praktikal datang sekolah semua budak perempuan itu. Sorang ngajar kelas aku dan both jadi jurulatih team bola tampar..

Yang ngajar aku tu selalu amaze dan puji ketereran aku menjawab soalan2 PAI dia - semua
mad, id-gham, rukun sembahyang, rukun iman aku jawab sambil baca komik SlamDunk ja. Dia pula suka panggil aku untuk tolong dia angkat buku, which buat Ketua Kelas cam dengki sket. Ingatkah anda yang tidak bertudung sewaktu di sekolah rendah - anda perlu membawa tudung putih extra ke sekolah? Ok, fakta tidak penting.
~rindu aku kat supplier komik ni, Elita~

Maka bergembiralah perempuan2 ini, apabila ustaz2 ni mengajar menampar bola. Ramai juga yang nak join team. Tapi, aku dah bagi nasihat professional kat Cikgu Rahmah (
cikgu kelas merangkap cikgu library merangkap cikgu penasihat bola tampar) budak2 berminat sebab ustaz2 ni je. Cikgu Rahmah setuju dan kata "Hangpa pi duduk diam-diam tepi court" (bwahahaha, akulah the puppet master)

Ada sekali, ustaz yang sorang lagi tu datang ke kelas aku sebab nak inform aku (
ketua team bola tampar merangkap pengawas library merangkap penolong ketua darjah..semua didapati melalui kronisme, aku mengaku itu) bahawasanya ada latihan petang nanti.

Aku tarik muka dan cakap "
Ala, takmau la ustaz. Saya nak balik tengok katun ni"
Dia terus cubit pipi aku dan cuit hidung, cakap
"Ala, comelnye die"

Next thing I remember, besok pegi sekolah semua orang pandang membara api kat aku. Time rehat, ada sorang budak Darjah Enam datang tunjal dahi aku dan cakap "
Awat yang hang dok gedik sangat dengan ustaz A**** ha?"

Uish, kalo tak sebab dia besar, mau jugak aku tunjal dahi dia balik dan cakap
"apa hang ingat dahi aku papan undi? Nak pangkah-pangkah" (Bukti: Aku tak montel masa sekolah rendah)

Lepas tu, selalu gak aku buat-buat sawan babi dan masuk klinik time PAI dengan latihan bola tampar sampai diorang habis praktikal.

STORY 2:
Cikgu praktikal matapelajaran muzik ini bajet hensem dengan motor RXZ dia- dah la hitam, berjerawat batu - tak pandang la aku. Aku benci muzik. Aku benci kena tiup
piano-mulut (aku lupa nama dia) dan share air liur orang lain. Cikgu ni tak puas hati sebab dalam ramai2 tu aku dan geng aku je tak flail kat dia. Banyak benda dia buat nak ngurat kitorang. Time kami pi camping pun, dok ngendeng kat cikgu praktikal yang sorang lagi yang baik dengan kitorang (FYI: cikgu sorang lagi tu abang kawan aku)

Sket-sket dok ngendeng, sket-sket dok ngendeng. Kitorang gelak, dia pun nak gelak sama. Abis gelak baru tanya
"Korang ketawa ape?"

Geng aku pun naik menyampah. Dah la bajet dok cakap Manglish. Menyirap je darah bila dia muka mulut.

Ada la budak kelas lain yang dengki sebab kitorang best dan tuduh cikgu tu berkapel dengan cikgu Matematik. Alih-alih, nama aku yang naik.
Kurang ajaran gila. Naik minyak cikgu muzik tu, sebab cikgu Matematik tu tak berapa cantik (bwahaha) lepas tu, salahkan aku kata aku dengki kat dia. Memang kurang asam!

Satu sekolah tahu, even Guru Besar tahu! Cikgu kelas aku pun tak percaya aku. Nasib baik budak-budak kelas ni percaya aku
(PKP antara yang tak percaya, siap perli aku, kalo tak Yati yang stopkan aku dari koyak mulut dia..haisyh). Tambah-tambah geng aku. Diorang dah nak toreh tayar motor cikgu tu lagi. Tapi aku cakap, "Takpe, sabar weh. Kita kena cool." Aku betul-betul taknak jadi budak Darjah Enam yang tunjal dahi aku dulu. Kaki Buli.

Last day dia praktikal, dia masuk kelas, kata dia gantikan cikgu sebab cikgu ada mesyuarat. Dia cakap, kalau ada sesiapa nak minta maaf kat dia boleh tulis dalam kertas dan bagi dia. Semua budak-budak ni tulis, aku tak tulis. Aku taktau apa yang KP aku tulis, tapi KP tulis dengan penuh perasaan, sampai senget pen, menggigit lidah, panjang. Sebelum balik, cikgu muzik tu cakap dia nak jumpa aku. Aku taknak. KP kata
"Pergilah. Aku dah baekk punya tulis kat dia"

Rasa korang aku pegi ke? Aku cakap KP "
Ah, aku nak pi berak"

Seriyus lah, kalo suka aku, tapi aku dah tak layan tu, paham-paham la. Tak payah la nak buat fitnah kat aku macam tu sekali. Tercalar zaman remaja aku, bodoh~!
Entri ni aku patut re-namakan sebagai "Azwa Yang Perasan Nak Mampus"

Okeh! Sambung load barang dalam lori masalah!

2 comments:

  1. hahaha. walaupon aku mcm kompius sket baca entri ko neyh tp aku wat2 phm gak laa..bley gak la aku tersenyum sket...hehe. anyway, ko patut letak gamba ko tme ko skola dlu dow...hehe.

    ReplyDelete