Pages

Thursday, October 27, 2011

Siri Kedua = Umur: 25 tahun, Status: Bujang

Fani dah selamat. Dah mengandung. Tunggu masa melahirkan sahaja.

Nadia dah hantar kad kahwin. Tunggu masa diijabkabul sahaja.

Liza dah bertunang. Tunggu masa nak tetap tarikh sahaja.

Dina dah berboifren. Tunggu masa nak dirisik sahaja.

Gua dah send email kat Neil, ajak bersekedudukan. Tunggu dia reply sahaja.

XD

Tuesday, October 25, 2011

Entri Panjang Bulan Oktober: Gua Gomuk, Gua Okay

Bersungguh Mak Anne mengunyah biskut empat segi cap pingpong dicicah air teh O. Gua rasa cam best gak kalo letak reben kat atas sebungkus dua Biskut Hup Seng itu - hadiahkan kat dia bersempena Aidil Adha mendatang ni.

Mak Anne bertandang atas dua sebab, katanya. SATU nak tanya santan ada ke tak lagi dan DUA nak merisik sepupu gua yang jadi ustazah dekat Jitra. Ustazah ajar subjek Pendidikan Islam sekolah rendah dan pengusaha tegar Amway tu sangat tinggi nilai marketnya. Belajar kat Mesir, ngko!

Bila gua tanya market gua, mengilai Mak Anne dengan Mak gua. Mak Anne cakap gua dari kecik sampai sekarang pandai buat lawak. Muka gua straight. Bila gua buat lawak?

Tetiba Mak Anne diam pastu dia tengok gua. Dia start buka cerita anak bongsu, Si Imah yang bersekolah di SM Darulaman. Si Imah dah tak pegi sekolah dah berminggu sebab sakit kepala. Dibawa ke doktor, doktor kata dia stress. Bila Mak Anne buat cerita sedih, baru Si Imah cerita dia kena ejek kat sekolah sebab dia gomuk.

Nota Menghadapi Perempuan: Kalau sesiapa antara dua pihak start nangis dulu, dia menang. Pastikan yang nangis dulu adalah anda.

Tengok gua sebab nak tanya gua camna gua cope dengan pembulian di sekolah dahulu kah, Mak Anne?

Masa sekolah rendah, gua okay. Masuk SM Dato Syed Omar, bulian tu ada la sket2. Gua tak amik port. Gua amik sebagai kawan-kawan tingkatan 3 yang kata gua tu terencat akal. Sebab kelas Tingkatan 3 gua tu majoriti terencat. Kadang-kadang gua summersault join sekali ejek budak2 lain dengan kawan-kawan terencat gua terbabit.

Bila naik Tingkatan 4, gua diletakkan di bawah kelas lindungan musolla sekolah. Kelas harapan dengan golongan khalifah. Padahal sekolah tak sedar, pelabelan begitu membuatkan gua sekelas jadi riak tahap Firaun. Of course la, gua kepala Firaunnya memandangkan asal gua dari kelas terencat tadi.

Ada sekor gundorowo namanya Galah. Jahanam jugak lah jin afret ni. Dulu, lepas habis solat Maghrib, tanpa gagal dalam tiap doa gua sebagai orang yang teraniaya, gua doakan benda-benda tak baik kat dia. Gua sangat berkecil hati. Dengan hati yang mendung dan pemikiran remaja yang kacau waktu itu, gua doakan juga mereka-mereka lain yang terbabit. Gua doa sama ada bila besar; diorang akan jadi gomuk, dan/atau anak mereka nanti bakal gomuk dan/atau pembalasan yang setimpal untuk mereka yang mengeji ciptaan Allah.

Gua kan kelas lindungan musolla sekolah. Gua AJK Surau lagi. Tentulah gua terer ayat Ustaz sebegitu.

Mana gua tak keciwa bila contoh kejahatan mereka terpapar: selain secara berjemaah buat kelas bergegar bila gua duduk, mereka juga tolong pegangkan dinding sekolah bila gua naik tangga ke kelas.

Kemudian gua sedar, gua tak sepatutnya doa tak baik pada orang. Gua pun retract balik doa gua kat Allah. Gua ingat satu, Allah akan mempertanggungjawabkan kelakuan mereka terhadap gua yang comel ini di Akhirat besok.

Nasib la korang, gua ship Ustaz Don Daniyal sekarang. Gua bunyi Ustazah Pilihan yang Solehah! Nasib la. Bertahan lah!
Gua rasa, gua dengan diorang pun dah okay. Sejak-sejak dah dewasa dan jelita ni. Gua lebih rasional meskipun sifat sarkastik dan overanalysed gua masih di carta teratas Billboard.

Sekarang, dah sedekad tahun saiz gua adalah rare. Gua terima gua. Gua sangat sayang gua bukan sampai tahap gua bajet orang suka gila kat gua sehinggakan gua pegi serang orang lain dan cakap "jangan suka sangat kat gua" Oh, LOLWUT moment itu~ Gua sangat sayang gua kerana gua ada segerombolan orang kesayangan yang terima dan kasih gua seadanya.

Gua cuma boleh cakap kat Mak Anne dua perkara juga. SATU, sama ada Si Imah pergi jogging dan jaga kalori harian dia yang mana akan menyedarkan mereka-mereka itu bahawa bila gomuk boleh kurus dari huduh cuma plastic surgery je boleh bantu dan/atau DUA, doakan mereka-mereka yang ejek dia tu. Isi doa terserah Si Imah. Doa orang teraniaya ni mustajab.

Monday, October 24, 2011

Dia...

Pagi tadi, lepas gua siap2, gua perasaan ada mata memandang. Gua toleh ke kanan. Oh, dia. Gua lemparkan senyuman paling manis. Dia nampak menarik sekali. Gua bersih-bersihkan bahu bajunya. Gua sangat concern penampilannya. Maklumlah, gua cuma ada dia.

Gua sentuh pipinya. Sejak dijaga oleh gua ni, makin berseri-seri wajahnya. Gua sangat amaze betapa dia telah membesar dengan baik dan mengkagumkan.

Gua tengok jam di dinding. Sudah menghampiri pukul 8. Gua tak mau dia lambat.

"Bye, gorgeous!" Gua kasi flying kiss sepam sambil kenyit mata (secara literal, memandangkan gua tak reti kenyit mata sebenarnya)

Gua ingat gua nak beli cermin yang besar sket la. Yang boleh nampak satu badan tu.... Ini takat cermin nampak sampai kat perut je, apa barang.

Sunday, October 16, 2011

Movie Review: Nasi Lemak 2.0

Untuk pengetahuan, gua berjaya beli Nasi Lemak 2.0, felem arahan pertama Namewee dari hanpon abang gua. Gua takde la nak sangka begini perasaan gua. Gua puji Namewee mengetengahkan kebanyakan kaum di Malaysia. However, dia terlalu fokus kepada beberapa titik sahaja namun dia lupa titik-titik lain yang penting dalam melengkapkan naskhah beliau tersebut ini... peehhh! gua bunyi Yusof Haslam.

Cerita ni adalah terbaik untuk kaum-kaum yang overanalysed macam gua. Dan juga untuk orang-orang yang tahu Namewee tu apa dan sarkastiknya bagaimana. Abang gua yang simple minded muka toya dan menguap banyak kali. Walaupun gua okay dengan cerita ni, honestly cerita dia agak lengthy dan gua rasa patutnya ada iklan sekali-sekala.

Paling kelakar dalam cerita ini hanyalah scene belajar buat rempah ayam rendang dengan David Arumugam yang sembunyi belakang pokok.

Dan sayangnya, dia tak cerita keseluruhan "pembuatan nasi lemak" tersebut. Tetiba dia buat sushi telur je time pertandingan. Gua distracted gile dengan perut bergoyang belakang nenek tu! Gua rasa cam nak rodok dengan kacip!

Cerita ni pasal apa sebenarnya? Pernah tengok God of Cookery? Ala, cerita lawak Hong Kong pasal sorang mamat (gua rasa Stephen Chow) yang turun/naik mau jadi Tuhan Masakan. Nasi Lemak 2.0 ini adalah cerita itu yang telah dilocalizekan.

Wednesday, October 12, 2011

Cubaan Cerita Merapu Part II: Minah Takpe

Maria melirik jam di tangan. Minah belum sampai. Mungkin keretanya kabut lagi, barangkali. Fikir Maria. Maria menyedut milo ais di gelasnya hingga titisan terakhir. Sayang woh, RM1.60 harganya. Kemain betul. 

Dari kejauhan, Maria terlihat susuk Minah, melambai-lambai ke arahnya. Minah cuma memakai t-shirt, traksuit berwarna hitam dan selipar croc. Maria mencebik. Kalo camni la dressing ko, wahai teman. Forever alone la ko. Maria melambai semula. Dia sempat menunduk melihat dressingnya. Kalah Hana Tajima. you.

"Sorry la, lambat. Aku tadi hantarkan gi hantar adik aku sekolah. Ada program katanya"
"Abang ko takde ke? Itu pun soh ko" Maria duduk semula.Minah turut melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Ala, takpe. Dah aku nak keluar. Aku hantarkan je"

Mereka berborak mesra. Sesekali saling menampar dek kerana ketawa melampau sampai semput. Kemudian ,diam. Sudah tidak larat mengilai. Masing-masing memandang keluar restoran. Melihat kereta lalu-lalang. Maria memandang Minah atas bawah.

"Ko ni, agak2 la nak keluar weh. Cam ni je ker?"
"Ala, takpe. Okay la ni. Aku pun takde keluar dengan orang lain. Dengan ko jugak."
"Ye la, penampilan kena lah jaga. Camne nak dapat boyfriend kalo camni?"
Minah cuma tersenyum.  "Nak gi tengok wayang tak?" 
"Saja la tu, nak tukar topik. Aku nak cerita action yang trailer best tu. Nak tak?"
Minah angguk. "Takpe, aku okay je"

Selesai menonton, Minah dan Maria makan di Nando's. Sedap sehingga menjilat jari. Tiba-tiba lagu Who Says oleh Selena Gomez kedengaran. Handphone Maria, handphone terkini yang berada di pasaran. Maria lirik ke skrin handphone. Maria buat bodoh.

"Apsal tak angkat?"
"Malas. Tu kad kredit punya orang la tu."
"Nape?"
"Aku terlupa nak bayar bulan lepas. Aku buat maybank2u, tapi error. Pastu aku lupa."
"Oh.. bayarlah bila ko balik lagi." 
"Bayar mende. Aku takde duit"
"Takpe, pakailah duit aku dulu. Aku pinjamkan"

Maria tersengih. Dalam hatinya, menjerit: Bapak kaya ko, Minah. Belum sempat Maria nak sebut di alam nyata "Bapak kaya, ko Minah" lantas ada yang menegur.

"Mina!"
Maria menoleh. Remy Ishak!  Dan di sebelahnya, Redza Minhat! Mulut Maria lebih besar dari pinggan di hadapannya.

bersambung...

Tuesday, October 11, 2011

Movie Review: Bini-Biniku Gengster

Betullah kata sorang blogger bila dia cakap selepas KL Gangster, maka akan ramailah movie kat Mesia berpaksikan kepada persekitaran gangster untuk beberapa masa akan datang. Walaupun cerita tersebut tak logik, bodoh dan akal tak bleh terima.

Abang gua purchased Bini-biniku Gangster kat AstroFirst tadi malam. Gua object, gua kata baik amik Nasi Lemak 2.0 - gua tak sakit hati kot. Mana taknya, Intan Ladyana tu kayu. Gua rasa dah berpuluh movie berlakon, tahap ekspresi muka camtoh jugak.  Nak tau macam mana?

Sedih (*_____*) 
Gembira (*____*)
Marah (*_____*)
Menyampah (*____*)

(Gua type ** tu, itu indikasi bulu mata palsu yang dia pakai tu) 

Pastu Shaheizy Sam jadi cam bongok, which gua rasa mesti ada yang tak kena. Takkan dia nak berlakon jadi bodoh alang sampai habis?

Dan sangkaan gua tepat. Intan Ladyana live up to my expectation - kayu, gaduh pun ala-ala menari cakpong. Kudos buat Yana Shamsuddin by the way, walaupun gua cheesy gila dengan scene dia and Sam bergurau senda as spouses (Ye, korang akan kata gua dengki, fine. lantak la korang) personally, gua rasa scene dia lawan ada sket convincing. 

~gambar mesra google~

Banyak scene "tangkap muat, camharom" je. Korang bayangkan, nama kumpulan kepala kucing, badan sasa ada tatu naga kepala kucing tak sampai 4 saat dah kena tetak dengan sorang awek, then sorang gangster boleh tak bayar installment kereta enam bulan, pastu nak tarik kereta pun kena panggil Kak Yong? Pehh! Bengap. DAN rosak ingatan zaman muda gua dengan Kak Yong RTM yang ajar gua English, kraftangan,  dan nilai-nilai murni. 

Gua dah cakap, gua boleh baca cerita melayu ni. Last sekali tu, si Herry (Shaheizy Sam) tu sebenarnya ada kena mengena dengan gangster jugak. Entrance gaya mamat siam dalam Kongsi - dia  dan ayahanda2 yang plan kahwin dengan Manja dan Reanna untuk satukan puak. WAT-TE-EF-HEL?

Ada yang explain kat gua, "takde, yang gaduh tu, dua group tu saja." Meh gua counter-argue "Pastu yang at the end, boleh pulak Min Siam tu lepak sekali minum beer tarik dengan Pak Hashim yang takut bini tu" Ha... jawab gua. CEPAT!

Gua cuba mencari moral dari movie ni, dan apa yang gua dapat adalah Gangster Sebenarnya Takut Bini. Gua juga question adakah ini satu moral.

Dengan keazaman yang menggunung, gua akan cuba amik handphone abang gua nanti malam dan purchase Nasi Lemak 2.0. Doakan kejayaan gua.

Sunday, October 9, 2011

Makan Pagi di Pagi Ini

Pagi tadi gua keluar gi beli makan. Dalam otak, gua dok list down apa menatang gua nak makan. Kalo time lunch, gua tahu dah, makanan paling mudah dapat adalah nasi goreng kampung. Duduk, order, 2 minit setengah kemudian, order datang.

Di Wawasan Kopitiam, ada pakcik/makcik roti canai power couple jual, of course, roti canai. Ramai penjawat awam time pukul 10 tu lepak situ, sambil baca sukabo dan borak-borak. Dalam hati, gua pun  berkobar nak join gomen, boleh keluar makan sesuka hati.

Pakcik/makcik roti canai tu, gua tengok tak menang tangan dibuatnya. Laku betol roti canai mereka.Oh... Sila amik nota, gua penggemar roti canai. Dalam seminggu, kalo gua tak pekena roti canai, gua rasa cam nak gi shopping. 

So, gua pun sampai ke kopitiam tersebut. Gua jalan terus, berdiri betul-betul depan pakcik/makcik roti  canai, gua senyum, gua toleh kanan. 

"Bang, breakfast set satu. Bungkus. Oh, saya nak tambah omelet dengan cheese" 

Nak kensel, malu. Bangang!

Wednesday, October 5, 2011

Cubaan Cerita Merapu Part 1 - Tech Sana Sini

Situasi di sebuah Megamall.

Tiga sahabat telah berjanji untuk menonton wayang bersama. Setelah membeli tiket wayang cerita yang review di internetnya agak bagus, tiga sahabat duduk bersidai di tepi-tepi dinding berdekatan pintu masuk ke panggung. Suasana diam. Tiga sahabat terkadang melihat jam di handphone android terkini yang boleh didapati di pasaran dengan harga empat kali gaji seorang N17, terkadang membalas SMS boyfriend sambil gelak sendiri, terkadang melihat orang yang lalu lalang dan memberikan tips fesyen sesama sendiri.

"Korang.." seorang dari tiga sahabat tersebut bersuara memecah kesunyian. "korang dah tengok youtube sensation yang kita suka tu?"

Pantas dua sahabat lagi mengangguk. "Dah tengok. Tapi vid dia yang kali ni cam hampeh sket. Tengok tak part yang dia buat- buat terpregnant tu? Oh mai gawd, lawak giler" Sahabat kedua ketawa terbahak-bahak.

Sahabat ketiga pun menyampuk "Itulah saya dah link kat Facebook hari tu. Korang nak tau, ada sorang minah ni dok kutuk-kutuk, apahal ntahnya.."

"Ala, takpe. Kita kan boleh buat twitter party...oh yeah.."

"Twitter susah la sekarang. I taknak lock tweet tapi I taknak certain orang tu baca nanti. Kalau Google+ ada feature yang I tak perlu nak share dengan orang tak? Kan macam FB ada PM tu kan.."

"Entah"

Tiga sahabat terdiam di situ. Tiada lagi isu. Tidak lagi ketawa.

(Pling) Pintu masuk panggung 4 telah menyala. Tiga sahabat melangkah masuk ke dalam.


Nota: Sila bagi idea untuk tajuk. Gua rasa durjana tak reti letak gapodio

(UntukMu PMR: Kertas BM) Gua Mahu Berleter

Kertas I - Pilihan Jawapan
Mari kita bersemuka (Lets face it) gua dan korang buka akaun Facebook, Twitter, Google Tambah, tulis blog, buat Tumblr - untuk apa?
I. untuk berkongsi cerita dan gosip
II. untuk layurkan di hidung kawan aktiviti snorkeling, bersauna dan berjoging anda
III.  untuk dapat kawan baru
IV. untuk ngendap orang
V. untuk kaut perasaan seseorang narcisst sekali sekala
VI. untuk setanding dengan kawan-kawan lain kerna tak sanggup lagi dikutuk oleh mereka bahawa jika tiada twitter dan seumpama, korang tak hip
VII. untuk menunjukkan kehidupan anda tidaklah sebosan mana.

A. I, II, IV dan VI
B. II, III, dan IV
C. II, III, V, dan VI
D. Semua di atas

Jawablah apa pun. Ini soalan multiple choice. Korang nak bulatkan semua dengan memilih D - takpe. Gua ok. Gua apa pun ok. Cuma, kalau ada yang pilih jawapan VII, gua rasa korang memerlukan kehidupan sebenar dengan orang sebenar. Kat luar rumah.

Habis, kenapa gua pun ada semua tu? Sebab gua nak rasa glamer? Mungkin. Meh gua karangkan 180 perkataan untuk korang.

Kertas II - Karangan

...........

10 minit kemudian * tchh.... nak karang apa ni?*


NOTALUTUT
Gua dah jawab kertas ni tahun 2000 dulu. Dengan warna yang berterbangan (with flying colors). Masa tu gua tak tahu kewujudan internet lagi. Gua cuma tahu buku dan perpustakaan. Gua tak reti apa itu Google dan Wikipedia. Gua pernah lebih kreatif .Gua juga pernah terkenal sebagai ensiklopedia bergerak kerana ketereran luar jangkauan gua mengetahui dan menerangkan perkara-perkara remeh. 

Motif entri ini tanpa hala tuju ini? Gua cuma mau korang baca. Buang masa barang 10minit dari hidup korang. Sebab gua dah gunakan dalam 20minit tulis entri ini (termasuk edit) memandangkan gua tak tahu apa jadahnya bentuk Writ Saman. Berguna atau tidak entri ini, korang tentukan sendiri.   

SELAMAT MENEMPUH BAHTERA PEPERIKSAAN, ADIK-ADIKKU.

Pengakuan: Gua tipu pasal perpustakaan. Gua jarang masuk perpustakaan selain untuk tidur atau disuruh cikgu. Gua selalu masuk bilik sebelah perpustakaan. Itu sebab kitorang diwajibkan mengadakan pembelajaran di situ atas permintaan Ustazah Majdah.

Sunday, October 2, 2011

Bila Yang Arif Tanya Soklan...

Lupa nak cerita *tepuk dahi* gua dah short call. Mekasih la kat LA gua yang susah payah ingatkan gua itu ini sebelum time. Kalo tak, memang gua pegi sengih depan hakim. 

By the way, gua dah janji sama hakim gua akan semak 2 dari 3 soalan beliau yang ketiga-tiganya gua gagal dengan jayanya sambil terliuk-liuk sebelah SHA. 

"Kamu dulu Sekolah kat SMKDSO, betul? Tinggal kat Lorong Seri, dekat dengan roundabout Teluk Wanjah tu, kan? BAIK! Soalan saya ....."

(lap peluh dengan penuh budiman di wajahku nan jelita pakai SK II hari pertama)

1. Beritahu saya siapakah Dato' Syed Omar?
Beliau adalah Menteri Besar Kedah dari tahun 1959 - 1967. Selanjutnya, boleh baca kat sini. (gua even malas nak kopipes. Dasar Generasi Google)

2. Siapakah Wan Jah?
Sumpah saya tak jumpa, Yang Arif! Dah google. Jumpa Wan Jah Market , Teluk Wan Jah , bulatan Wan Jah dengan Wan Jah Maktab je. Saya mintak izin pegi Muzium Negeri dulu, boleh?