Pages

Sunday, October 19, 2014

Destinasi Bajet Versi Sumandak - Sabah

Dengan bajet yang sedikit, anda boleh berjalan-jalan. *kamera one frame muka* anda bersama saya lagi (Qi) Wi dalam Destinasi Bajet versi Sumundak. Dengan bajet RM300 anda dapat tempat penginapan, makan dan bershopping. 

Kali ini, kita ke...*pause dan long shot* Kota Kinabalu dan Kundasang, Sabah~~!

*lagu intro rancangan*

Bajet saya akan bermula apabila saya sampai ke Kota Kinabalu. Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk beli jeans, t-shirt, biskut Oat Krunch, Snikers, supper kat KFC KLIA2, lunch kat Dapur Nusantara, dan dinner di Bobby's Deli takkan dikira. Kalo dikira setakat jadi tangisan berdarah. 

HARI PERTAMA

Penerbangan dari KL ke KK mengambil masa 2 1/2 jam dan saya sampai di Terminal 2, KKIA pada 10 pagi.

Sebaik sahaja sampai, saya telah disambut dengan roommate saya, Lei, the Epic Sabahan yang telah saya paksa rela dengan semahunya kerna daku merinduinya muah muah dan kami kemudian mencari brunch di Kedai Kek Lapis, Sarawak yang terletak di Cyber City Apartment. Saya pesan Sup Ikan & Mee Konlo dan Lei memilih Laksa Sarawak.


Benar sangat bak kata Lei, bila kita dah biasa dengan makanan Siam yang penuh dengan variasi rasa, kita akan rasa makanan di sini agak bland. Yet, it is still nice. 

Kami singgah sebentar di apartment kakak Lei yang berjiran dengan pilot nan hensem untuk saya menyegarkan diri sebelum menjauhkan langkah bersiar-siar ke Kota Kinabalu. 

*korang kena baca dengan gaya Qi Destinasi Bajet tu, hengat!* 

Kami menyambung perjalanan ke Pantai Tanjung Aru dan melihat pantai. Titik. 


Haa, kalo dah kita melancong tu, biasa-biasakan diri melawat ke Muzium Negeri untuk mempelajari dan mengetahui tentang sejarah dan kepelbagaian budaya masyarakat setempat. Memang best la kalau berjalan ke sini, banyak peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah pertembungan budaya antara Sulu dan Indonesia di sini yang menjadikan uniknya Sabah sebagaimana sekarang. 

Aha, kat sini pun ada Kampung Warisan yang menempatkan rumah suku terbesar di Sabah. Meskipun tak terjaga dan ada rumahnya yang roboh, ambillah yang jernih dan lihatlah kekreatifan masyarakat etnik di sini yang menggemari corak berwarna-warni pada barangan harian mereka. 




Kami meneruskan jelajah kami ke Signal Hill Observatory untuk melihat keindahan Kota Kinabalu dari tempat tinggi sikit. Bukit peninjau ini amat popular sebagai tempat lepak-lepak. Kita boleh lihat kepesatan pembangunan Kota Kinabalu dan keseronokan tambakan tanah meluaskan kota. 


Kami melalui Pantai Tanjung Lipat Likas untuk ke Muzium Marin, di UMS tetapi muzium tersebut tutup pada hari Rabu dan kami menghabiskan masa dengan mengagumi keindahan pantai *wohop*. Dalam perjalanan, kami melalui Masjid Terapung. 







Ha... sempat juga kami ke Menara Tun Mustapha dibina pada 1977 yang juga dikenali sebagai Yayasan Sabah. Cantik pemandangan di sini, sambil Lei menerangkan hala tuju politik, ekonomi dan sosial Sabah dan juga bangunan pejabat baharu CM Sabah yang ada helipad. Kagum, kan?

Jalan punya jalan, perut pun dah lapar. Ha, apa lagi, kita pun kena la cari makan nak mengisi perut. *tenung penonton sambil pegang perut* Kami ke Jesselton Point, tempat di mana kebanyakan pelancong membuat trip ke Pulau Manukan dan Pulau Gaya. Jesselton Point juga mempunyai beberapa restoran yang anda boleh pilih. Perut minta nasi, kami singgah di Restoran Nasi Padang untuk makan malam. 

*shot kat depan makanan berlatarbelakangkan matahari terbenam* Kami order Set Nasi dan Ikan Terbang, tambah sedikit Sambal Cili Hijau dan Rendang Daging. 




Malam pun menjelang dan kami belum penat menjelajah KK. Kami ke Pasar Filipina untuk tengok-tengok barangan jualan. Barangan di sini sangat pelbagai dan bolehlah dibeli untuk dijadikan souvenir. Makanan pun ada. Amplang, Kuih Cincin, Kopi Tenom, Belacan Papar... Kat belakang ada Pasar Malam yang menyajikan makanan segar dari laut. 

Kami pun dah penat. Kami mengakhiri malam pertama di Hotel Switz Paradise, Kompleks Asia City, Walaupun bilik airnya pelik, tapi ada free wifi dan parking selamat yang mahal.

HARI KEDUA

Hari kedua kami berpagi-pagi sudah memulakan perjalanan ke Kundasang yang mengambil masa hampir 3 jam. Anda boleh sewa kereta dan dari Kompleks Asia City, anda boleh ambil route Inanam - Tuaran - Tamparuli - Kundasang. 

*nyanyi Jambatan Tamparuli gedik-gedik macam Marsha Milan Londoh sikit* 

Laluannya berbukit, hampir sama dengan laluan Grik. Kabus tebal menemani kami ke altitud lebih tinggi. Puncak Gunung Kinabalu seronok bermain di sebalik kabus-kabus dan klik klik ambil gambar dan simpan dalam hati.  


Kami berhenti di Pekan Nabalu dan membeli sebarang dua souvenirs untuk kawan-kawan. Ha, kat sini, kena lah pandai tawar menawar. Banyak kedai yang menawarkan barangan asli yang hanya dapat kat sini. Ha... *Qi suka sebut haaa*

Mula tu, heran jugak kenapa ramai hangul saram (orang korea) di Sabah ni. Siap boleh berbual mesra dalam toilet, komplen kenapa toilet duduk takde, saya di stall hujung cuma boleh cakap "issoyo, eommonim". Tahukah anda, hobi kebangsaan orang Korea adalah berhiking? Sabah, Gunung Kinabalu in particular, memiliki some of the best hiking trails. rupanya....

Kami klik klik ambil gambar dan simpan dalam hati.  

Kami teruskan perjalanan ke Kinabalu National Park dan berhiking setakat ke Taman Botani. Mengah.



Kami klik klik ambil gambar dan simpan dalam hati.

Seterusnya, kami ke Poring Hot Spring, Ranau. Untuk masuk ke sini, gunakan saja tiket anda di Kinabalu Park tadi. Sengaja kami ke sana dulu, supaya boleh rendam-rendam kaki. Haa.. maklumlah, dah penat berjalan. Lagipun, kalau boleh berlarian macam Von Trapp's family menyanyi-menyanyi The Sound of Music kat ladang lembu pagi-pagi pun best juga.

Sekiranya anda nak enjoy Ladang Teh Sabah, anda boleh pilih untuk pergi ke Poring Hot Spring pada pagi keesokannya melalui Pekan Ranau kemudian ke Poring dan ladang teh dan boleh terus turun ke KK. Dekat ladang teh tu, Lei bitau ada Sungai Moroli yang korang boleh bermesra-mesra dengan ikan-ikan tagal. Ikan-ikan tu nanti gigit-gigit manja kaki korang gittuu.

Kami kembali ke Dataran Kubis, Pekan Kundasang dan melihat-lihat hasil pertanian masyarakat di sini. Wahhhh, banyakkknya sayuran segar yang boleh dibeli. *exclamation mark with excited face macam Qi*  

Perut pun dah minta diisi, kami makan di salah sebuah restoran di situ.

Kebetulan, Pekan Kundasang sedang sibuk membuat persiapan untuk Pesta Kubis. Kami lihat ada banyak khemah dan pondok-pondok dibina untuk pesta tersebut. *pandang kamera muka sedih* tapi, sayanglah besok kita dah nak balik kan.

Kemudian, kami check-in di Kiram's Village dan dapat satu kabin yang siap ada nama sayuran! Kami dapat Tomato Cabin. Bilik air dia? Ada dua! Okey kalo ada ventilation. Bilik tidur boleh la. Kalau anda nak tahu, kat kabin sini boleh masak. Ada dapur, ada meja makan. Siap ada berandah nak lepak-lepak pandang masa hadapan lagi tu.. Best kan? *angkat ibu jari tunjuk best*


*cakap dengan nada perlahan* Malam di Kundasang ni agak sunyi. Maklumlah nak ke satu tempat dari satu tempat jauh, tempat penginapan kita pun jauh kat atas bukit. So, tengok2 tv dan makan2 je la.

HARI KETIGA

Pagi-pagi macam dalam peti sejuk. Haa, begitulah sejuknya pagi kami di Kiram's Village. Kami pun bersiap-siap untuk mengejar matahari. Maklumlah, susah nak tengok matahari pagi di celah-celah bukit. Tentu cantik.

Kami ke Kinabalu Pine Resort dan berpiknik breakfast di situ. Pemandangannya memang terbaik. Sangat cantik. *pandang kamera* kalau ada bajet lebih, boleh lah nak tidur sini, tapi kita pun buat bajet sikit je, jadi cari yang bajet-bajet je la, kan.



Di KPR, kami berada selama 30 minit sambil berborak-borak. Dengan latte dan sandwich dan keindahan, kesegaran pagi... wahhh.... *kamera tunjuk bukit bukau* 

Sekarang kita di...... *longggg pause* NEW ZEALANDDDD!!! Hahaahahaha. Kita di Desa Cattle Dairy Farm untuk melihat lembu2 tenusu. Suasana kat sini macam kat New Zealand katanya. Cantik sangat rumput-rumput hijau di sini. Macam taknak balik pun ada.


Minum-minum susu dulu, makan waffle dulu. Lepas ni kita akan terus balik ke KK.

Di KK, kami singgah makan di Restoran Sempelang dan kemudian check in di Hii-5 Hotel. Hotel ni baru dan terletak di kawasan Kompleks Asia City jugak. Kalau anda pilih hotel di area sini, anda boleh pergi ke Pasar Malam Kg Air, Pasar Malam Sinsuran dan juga Pasar Filipina dengan berjalan kaki sahaja.

Itu pun sekiranya anda larat la. Kalau macam saya yang slipdisc dan asyik mengiring dalam kereta dan tak boleh berjalan banyak ni, mintak maaf lah. Tak jauh la perginya.

Nak shopping-shopping mutiara? Adapilihan2 menarik di Jamilah Jewelleries dan di Pasar Filipina.

Untuk makan malam, kami pilih nak try seafood di Pasar Filipina katanya di sini murah-murah. Banyak juga pilihannya. Anda kena pandai tawar menawar dan yang paling penting, tanya dulu harga. Jangan sampai kena cuci pinggan di situ. *buat lawak hambar tapi act comel* 

Kami juga ke Pasar Malam Sinsuran untuk melihat-lihat t-shirt. Bolehlah angkat satu kan. Bajet pun ada lagi.

HARI KEEMPAT

Hari terakhir kami, kami makan pagi dengan mencuba Mee Soto, boleh lah, harga pun ok. Kami kemudian ke Perkampungan Tanjung Aru dan melihat rumah-rumah yang dibina di atas air dan kemudian mengucapkan selamat tinggal kepada KK di Pantai Tanjung Aru sebelum fly balik ke KL.


JUMLAH KESELURUHAN  = RM 673.45

TIKET FLIGHT AOR-KL-KK-KL-AOR = RM122.00
HOTEL (SWITZ, KIRAM, HI5) = RM107.00
SEWA MINYAK & KERETA = RM141.75
MISC = RM10.00

HARI PERTAMA = RM 73.10

Air Mineral & Brunch = RM18.10
Muzium Sabah & Kg Warisan = RM 2.00 (telah difreekan)
Dinner = RM 44.60 (orang belanje  jyeahh)
Amplang = RM 30.00
Kopi Tenom = RM25.00

HARI KEDUA = RM62.90

Kopi Latte & Breakfast Nasi Lemak = RM5.40
Rantai Manik, Nabalu = RM10.00
T-shirt 2 helai = RM30.00
Kinabalu Park + Poring = RM3.00
Lunch = RM11.00
Dinner + Buah = RM3.50

HARI KETIGA = RM132.10

Desa Cattle Entry = RM4.00
Brunch = RM8.00
Fridge Magnet = RM5.00
Lunch = RM5.60
Mutiara = RM29.50
Souvenirs = RM42.00
T-shirt = RM13.00
Dinner Seafood = RM21.00
Mineral Water & 100plus = RM4.00

HARI KEEMPAT = RM24.60 

Breakfast = RM7.10
Rantai Mutiara = RM17.50

Monday, September 29, 2014

Imran Ajmain @ Le Medina Patisserie

Pada suatu hari yang indah, Suzana ajak aku tengok Imran Ajmain kat Jalan Stadium. Aku dah pikir "apa pasai budak ni...? salah mimpi ka macam mana?"

Aku ikutkan aje, dah orang ajak dating kat tempat romantik kan...

Photo ni aku amik dari FB Imran Ajmain. Credit kepada tuan punya gambar. Tumpang pakai ye. 

Aku tak penah sampai Le Medina, penah dengar tempat tu, sebabnya ofis lama si Baz kat sebelah tu ja. Tempat ok, suasana ok, makanan pun sedap. Suzana ordered kat aku grilled chicken with black pepper sauce dengan pavlova. Kena sawan otak aku manis gila pavlova tu. 

Korang kena paham, aku gemuk sebab carb dan ayam, bukan sebab gula. Lagipun aku dah cukup manis tanpa gula.

Imran Ajmain buka show dengan Getaran Jiwa, perrghh... baru aku tahu, bagus rupanya suara dia ni. Ye lah, manalah kita nak appreciate suara bagus kalau tak dengar live kan. Aku rasa dalam 18 - 19 lagu juga lah dia nyanyi.. lagu Siti, Dayang, Jamal Abdillah, Krisdayanti, P.Ramlee, Saloma dan lagu-lagu dia sendiri termasuk Seribu Tahun. 

Kalau korang perasan, Imran Ajmain ni ada signature sound dia sendiri tau... Betul ka signature sound? Bunyi yang dia buat yang dia sorang ja boleh buat and orang kenal dia dengan sound tu?
  
We had the best seat - satu couch empuk yang selesa yang direct ke arah Imran Ajmain dan gitaris dia. Maybe kat belakang sikit la, tapi aku rasa itu tempat paling selamat kalau nak makan secara buruk perangai pun, jauh dari ke-awkward-an, boleh merapu, boleh menguap (kalau nak la).. maksud aku kitorang kat tempat yang selesa la.. paham? paham?

Sebenarnya, ocassion mendengar dendangan Imran Ajmain ni tak sesuai dengan Su. Dia baru keluar dari satu perhubungan yang agak complicated dan berpintal-pintal - which kalau korang berada di sana, korang boleh nampaklah muka dia dah lain macam. Muka sedih tapi annoyed tapi kenyang tapi enjoy dengar suara Imran Ajmain...gicchheewwww.

Dan aku... sebagai kawan yang dah kenal Su sejak Tingkatan Satu, aku gelakkan dia - comforting her like a best buddy would... 

Imran Ajmain was accompanied oleh sorang je yang main gitar. Aku kan jenis kagum melampau sikit dengan orang yang mampu main instrument ni, naik racau kau punya kagum. bayangkanlah macam mana diorang boleh baca taugeh-taugeh tu dan boleh petik tali-tali pada masa yang sama.

Katanya gitaris tu nama Ucop, ultra JDT eh? Comel. 

Sama konsep la masa Dewangga Sakti datang UIA dulu, aku macam K-pop girl fan berkenan melampau kat pemain biola diorang. Bukannya dia hensem pun, takde langsung rupa cuma dia pandai main biola... Tanya Ayu.  

Tapi taste dah up sikit la, korang ingat kenapa yang aku minat sangat Dikir Zikir kat TV Al-Hijrah tu? Aku tengok ShafiqVAI ok. 

Show habis dalam pukul 11.30mlm macam tu. Tak rasa pun, sekejap sangat. Imran Ajmain was entertaining... He was sweet and funny and suara sedap... Aku mengaku itu. Ye lah, sebelum ini kan kita macam "Imran Ajmain? Sapa? Oh, yang Seribu Tahun tu...?"

Balik tu aku nak amik gambar dengan dia dan Ucop sebenarnya... tapi aku malu.... ihikss.



Tak payah nak gelak kuat sangat, tak kelakar. 
Aku memang segan.  

Sunday, September 7, 2014

Bancian Pembujangan: Satu Laporan

Hari Sabtu yang semalam. Ye, dan hari ini Ahad, kawan-kawan, datang sevan yang berstiker LPPKN bagi salam kat depan rumah aku. dalam loghat ganu salah sorang bagitau rumah aku terpilih untuk satu bancian oleh kementerian. patutkah aku berbangga kerna terpilih? 

since aku sorang je kat umah, aku tak kasi la diorang masuk. buat ayat bajet muslimah mukninah, "saya tak boleh benarkan awak masuk. saya boleh bersembang kat pintu gini ja. saya minta maaf sangat la" sebenarnya aku pun tak mandi lagi time tu and that i thought aku boleh buat diorang blah dalam 3 minit. tapi kemudian, tajuk bancian tersebut buat aku ajak adik tu duduk bersila depan rumah aku. intriguing~ ~ ~

bancian mengenai isi rumah, keluarga, warga emas dan pembujangan. dengan memfokuskan kepada keadaan kenaikan jumlah warga emas dan orang bujang. dengan jumlah warga emas dan orang bujang yang semakin meningkat, apa kami di kementerian boleh laksanakan untuk melihat kepada permasalahan ini. 

panjang tajuknya? tak juga. aku rasa tajuk asal pendek je, tapi dia nak explain bagi aku paham, kan. since aku 'orang kampung', katanya... lagipun rumah aku adalah dari 8 buah rumah yang terpilih dalam LS tu.

brader tu mintak sorang sis datang buat bancian kat aku. since i was alone - my parents pergi berdating kat kubang rotan sepagi, tinggalkan aku dengan dua bungkus nasi lemak. dan mestilah awkward dia membanci aku...

maka ketahuilah kamu keadaan aku masa dibanci, bertshirt purple, berkain batik dan pakai towel je tudung kepala, muka baru lepas berbedak sejuk untuk resdung dan sis tu muka terkejut tak hengat bila aku cakap aku dulu belajar kat UIA. dan dia tanya amik course apa - aku cakap LAW, aku tengok macam nak kena sawan nak cover keterkejutannya.   

what is up with everybody? kenapa tak da manusia percaya aku ni loyer? ye lah, tengok keadaan aku time tu memang la. tapi muka aku tak cukup kerek ke macam mana?

soalan-soalan asas aku jawab dengan cemerlang. bila dia tanya berapakah umur yang dikira lewat untuk bujang berkahwin, aku letak 50 tahun untuk lelaki sebab aku terpikir Johnny Depp time tu jangan tanya kenapa dan 35 tahun untuk perempuan supaya sempat dapat at least 2 orang anak atau kembar. For reproduction purposes dan supaya tak penah sangat melayan budak kecik. See, bijak kan kepala hotak aku.

dan bila dibanci kenapa masih belum berkahwin, aku nak jawab cliche "Allah belum nampakkan jodoh akak" aku rasa takde sapa nak layan. 

nak jawab "masih belum laku" kang aku yang mencecer air mata kat situ, 

then aku aku rasa jawapan yang paling bernas tapi cheesy melampau adalah "akak belum berani tanggung tanggungjawab sebagai seorang isteri solehah dan ibu yang melahirkan mujahid mujahidah dan bersama berpimpin tangan menuju ke syurga"  

pastu aku jeling kat pilihan bancian kat tangan sis tu "selesa dengan kehidupan bujang".... oh, tandakan kat akak yang last tu, dik.

soalan selanjutnya adalah  adakah anda ingin berkahwin di masa hadapan? aku jawab TIDAK. then, sis tu skip 3 muka surat, bila aku tanya kenapa, dia kata itu muka surat untuk pilihan orang yang jawap YA.

Teringin pulak nak jawab. Macam menyeronokkan. Bancian je kan. Apalah sangat bancian sorang bujang di Zon Utara kalo nak dicampurkan kepada bancian satu Malaysia. Let's have fun with it. 

Dik, jom kita tukar jawapan dari TIDAK ke YA. 

Sayugia, selepas aku tukar, soalan-soalan selanjutnya macam fairy tales.. macam tanya a little girl, you nak prince charming you macam mana, you nak wedding macam mana, you nak hantaran berapa... 

apakah yang kamu mahu dalam mencari pasangan? pilihan jawapan tersebut termasuk berwajah kacak, berharta, mempunyai senyuman manis, bertanggungjawab, baik hati, rajin, berperwatakan, tinggi, beragama.... 

S: akak bagitau akak nak yang macam mana, nanti saya tandakan dalam ni. tengok yang mana sesuai.
A: letak je kat lain-lain tu dik - beriman (sebab semua orang beragama), berakhlak (sebab skop dia lebih besar dari setakat apa yang ada dalam list tu.) dan mempunyai ekonomi stabil. 

then dia tanya, mana boleh orang bujang sekarang pergi untuk mendapatkan jodoh. aku cuma boleh jawab "kat korea." diam. "maksud akak, kat majlis sosial"

ada soalan lagi ye kak...

S: Kahwin dengan berlainan agama? 
A: Ok ja... tapi tukar tu skema jawapan tu, letak la dalam kurungan (sebelumnya) berlainan agama.

S: Kahwin dengan berlainan bangsa?
A: Ok ja. Boleh ja. Yang mata biru, yang macam Gong Yoo...

S: Kahwin dengan berlainan warganegara?
A: Korean, Australian, Brits, Spanish, Syrian, akak ok je. 

S: Kahwin dengan yang lebih muda?
A: 25 tahun pun ok....

S: Akak, jawab YA atau TIDAK ya... (preett preettt, kad kuning kad kuning) 

S: Kahwin dengan yang mempunyai tingkat persekolahan lebih rendah dari akak.. macam akak kan ada degree, dia ada diploma ja ka. 
A: Master yang sekarang, akak amik nak isi ilmu snediri ja... (lain muka budak tu) i mean, takda. tak pa ja. ok ja.. 

S: Kahwin dengan yang mempunyai gaji lebih rendah dari akak?
Gelak sakan aku... Gelak sakan. "Tinggi sangat" gaji aku tu. 

Tiba-tiba, sis tu serahkan booklet bancian kat aku. Saya nak minta akak tolong jawab yang bahagian ini sendiri... Soalan pasal pendidikan seks, pengguguran bayi dan skala kepuasan hidup.

APADIA NI? APA KENA MENGENA DENGAN SO CALLED ISU PEMBUJANGAN?

Kenapa tak tanya lagi soalan-soalan macam berada di awangan? Mana soalan honeymoon kat mana? Mana soalan anak nak berapa orang? Rumah nak apartment ke rumah banglo ke rumah taman? Anak-anak nak namakan apa? Sekolahkan kat mana? Kat mana yang rasa sesuai untuk besarkan anak-anak? Cameron Highlands? New Zealand? Nak balik raya balik raya rumah sapa dulu? Nak letak ke tak 10 rules of the house? Soalan nak ada movie night ke tak de ke? Kenapa tak tanya keja apa yang boleh buat beli Bugatti? 

Tanyalah soalan macam tu. Soalan-soalan yang tak praktikal. Kan "bagus" untuk bancian tu. 

Friday, September 5, 2014

Movie Review: Lucy

punya bersungguh aku nk cerita pasal movie ni sampai berkobar mcm escobar download apps Blogger kat henpon.
aku keciwa dgn Lucy. titik.

cerita bagus, first time villain aku tgk mobsters korea. they're funny, actually.

berguna juga la dok tgk cerita korea rupanya, boleh gak aku paham depa.. they use simple banmal/hangul... so, yeah. takda subtitle pun, aku boleh paham. gicchewww..

scarlett johansson sgt-sgt hebat. jiwa sekali aku bila dia jadi some sorta autisme/ocd/add/the kind of disease yg wentworth miller ada masa dalam cerita prison break tu. pastu dia jadi xmen pulak. kombinasi mind power, boleh control elements, able to teleport herself - mcm charles xavier dan magneto.

dia boleh buat keja dgn dua laptop baq hang! korang mampu?

and then there's morgan freeman giving lectures about cerebral capacity theory sort of thing.

oh, kalo ko selalu layan the big bang theory, korang akan bajet memahami lecture tu and all the scientific terms used..

it's like ko tetibe paham sangat semua yang diusahakan oleh The Manhattan Project - nyata atau sebaliknya... it's like la. tak sesia la ko susah2 frown atas bawah sebab dok memaham Sheldon Cooper dok kata apa...

and by the way, it's morgan freeman, people. kalo suara dia la suara latar rancangan sains kt tv pendidikan dulu, aku rasa aku dah jadi ahli fizik. or suara robert redford. aku boleh ja keduanya.

and the ending? Lucy tu mati jadi pendrive... the eff?!!


Manusia mati meninggalkan nama,
Harimau mati meninggalkan belang,
Lucy mati meninggalkan pendrive.

Thursday, August 21, 2014

Movie Review: The Guardian of the Galaxy

I am Groot. I am Groot. I am Groot. I am Groot. I am Groot. I am Groot. I am Groot. I am Groot. I am Groot. I am Groot. I am Groot. 

paham kan? paham? 

Aku pergi menonton 2 minggu lepas dan masih merasa keawesomeannya. The thing about this movie is that ko tak expect much, ko rasa benda standard nerd yang suka komik, layan je sebab well, kadang-kadang nak tengok movie kat panggung, but then... peh! boleh layan tengok sekuel ni! gitteewww.  

Tak best sebenarnya tengok movie yang ko paham lawak dan ko boleh sing a long dengan lagu-lagu dalam awesome mix tape vol.1 si so-called Starlord tu. Satu panggung tak paham lawak Kevin Bacon and Footloose dan ada beberapa lain lagi yang aku sorang je tergelak sorang2... demm. It was embarassing, macam aku sorang nerd yang over.  

Honestly, aku agak banyak kali mengekek dan snort macam a retarded seal sebab kelakar, ok. cerita ni kelakar.

Cerita dia mudah je sebenarnya, tapi tak sangka la, tak sangka ko boleh terjebak. Cerita ni tak dewa tahap The Avengers.... sebab Thor and Loki are gods.. geddit, geddit?

Ko tak sangka Chris Pratt yang begitu boleh jadi begitu.. Is Zoe Saldana tu memang alien ke hape? Tiap kali cerita ada alien pompuan, dia la pilihan utama. Tapi, dia memang best pun, so aku takde la nak kata apa... Oh, Drax tu adalah David Bautista dalam WWE - badan dia sahaja sudah mencukupi, Rocket Raccoon yang aku rasa represent most of youngsters hari ni - bukan the genius part, the grumpy, bad- mouth part... and then there's Groot. The innocent looking Groot yang vocab dia cuma "I am Groot". Cute, bongok!

Last but not least. I am Groot. I am Groot. I am Groot. We are Groot. 


Jangan Jadi Begini

Sepanjang aku terjebak dalam acara menjadi dewasa dengan mendapatkan gaji sendiri yang mana termaktub perlu bekerja, aku sebenarnya agak bernasib baik sebab bos-bos (yang dulu dan yang sekarang) adalah cool, protective, concern dan a little bit snarky but bearable...

Jadi ceritanya, hari ni ada dua jemputan hari raya - satu kat mahkamah syariah anjuran kumpulan peguam syarie negeri dan satu lagi anjuran komiti peguam sivil. Sedap weh, bedal je la. Makan free, maka wajiblah sepasukan pergi.

Kalau dah konsep makan free, lepas makan terus bergerak ke kereta. Dah bos takda boleh la berjimba lama. Sekali nampak bos tengah rilek-rilek hisap rokok kat tepi bangunan... (entahlah, aku pun tak paham) 

Bos: "Satgi balik ofis terus"

Macam satu arahan. Kalau staf pejabat lain dah angguk dan mengikut arahan. Tidak bagi staf kat sini.  

Staf: "Ada satu lagi jemputan. Dah orang jemput, kena la p"

Bos: "Pulak. Balik ofis jangan lambat"

Staf: "Takut tak sempat....."

Bos: "Ah, takda-takda. Dah la keluar ofis awal" 

Staf: "Bos yang bagi keluar awal" 

Moralnya di sini adalah jangan jadi begini. Jangan membantah bos macam aku. Perbuatan tak patut.

Sekian.

Monday, June 2, 2014

Movie Review: Maleficent

Aku pilih Maleficent over X-men dan Abang Long Padil. Sebabnya X-men masih berwolverinekan Hugh Jackman, I mean, I love Hugh but him as the Wolverine over and over again, aku rasa enough la kot dan aku boleh tunggu DVD pasar malam untuk Abang Long Padil.

Honestly, aku rindu lakonan Angelina Jolie, kakak aku tu. Bahahahaha. 

Maleficent slow di awal 10-15 minit cerita. Aku rasa cerita ni nak bina rasa marah dan dendam Maleficent pada Stefan yang tetak sayapnya untuk dipersembahkan kepada King Jason (aku pakai belasah je ni) sebab nak jadi ketamakannya nak jadi raja. Cuma, rasa marah tu tak jadi. Maksud aku, kita paham kenapa dia nak berdendam, cuma kemarahan tu tak dibina sebaiknya. Then again, ini cerita Disney. Untuk kanak-kanak. 

Asal Maleficent ni dari queen yang jahat dalam cerita Sleeping Beauty, tapi aku tengok Disney sekarang lebih meng-arahkan jalan cerita mereka kepada cinta sejati tidak datang dari seorang putera raja dan Maleficent ditunjukkan sebagai seorang yang mempunyai perasaan belas kasihan dalam movie ni. Tak seperti dalam versi Sleeping Beauty yang kita ingat. Dia jaga budak Aurora tu kot dari kecik sampai besar, macam sampai takde keja lain la.

It's like bagitau kat kanak-kanak bahawa tak semua orang jahat buat jahat dan tak boleh buat baik balik dan kasih sayang boleh mengatasi segalanya. Eh, paham tak?

Sesungguhnya movie ni tak melepasi expectation aku yang diletak secara sederhana. Dah la 3 pixies yang jaga Aurora tu tak kelakar, tapi annoying dan talam dua muka, Maleficent pulak tak ditunjukkan se-evil mana pun... Macam tak balance pun ada. Then again, ini cerita Disney. Untuk kanak-kanak. 

Aku setuju dengan review depa yang kata Maleficent ni "more well-intentioned than accomplished".




Thursday, May 22, 2014

twisted plot or just twisted.

rumah produksi di Malaysia patut berhenti buat cerita dengan banyak twisted plot macam Separuh Jiwaku (baru tengok malam tadi satu episod). Sapa nama budak laki yang jadi drebar tu? malam tadi tetiba terbuka hati cerita habis kejahatan Datin Jasmin Hamid tu. Dah la heroin eksiden, anak kena amik, madu jeles, laki mati.... pehh! tak boleh nak digest semula sekali. 

I mean, sebab apa aku kata camtu, bila banyak sangat rahsia dalam rahsia dalam drama, nanti orang kampung akan start pandai berfikir di luar kotak. 

tak risau ke nanti orang kampung akan buat penaakulan mantik bahawa yang dok banyak sangat masuk berita pasal subsidi minyak diesel bergelen2 masuk Siam ni bukan akan menyebabkan harga minyak diesel perlu dinaikkan, tapi sebenarnya disebabkan sempadan penuh dengan pegawai-pegawai yang tak amanah? 

tak risau ke?

stick je la dengan cerita tahyul, bohsia, cerita dua darjat tu.... 

Sunday, May 18, 2014

Pasal Panggilan Panjang

Aku baru balik dari court ni, cewah, nak kena maklumkan pulak. Sebentar tadi aku baru sahaja memberikan khidmat nasihat masyarakat kepada mereka yang tidak tahu. Kita yang tahu ni, meskipun sedikit, memberitahulah kepada mereka yang tidak tahu, sekurang-kurangnya mereka boleh tahu. 

Cara memberitahu itu kena la betul jugak, jangan sampai memperkecilkan mereka yang tidak tahu. Maklumkanlah dengan cara baik, dengan sopan, kemudian terpulanglah kepada mereka yang tidak tahu itu. Cara memberitahu itu juga kena berhemat. Kalau orang yang tidak tahu itu adalah orang yang berego, besar kemungkinan dia tak mau terima kebenaran dan enggan mendengar apa pun. Hati manusia ni mudah berbolak-balik. Allah juga yang berkehendak ke atasnya. 

Bercerita pasal panggilan panjang atau long call ni - aku definisikan dulu ya, long call secara rilek-rileknya boleh difahami sebagai convocation menjadi seorang peguam. Macam Padawan nak jadi Jedi, macam Bender nak jadi Avatar, macam kepompong nak jadi rama-rama, macam hujan nak datangnya pelangi... wait, what?? 

Ini cuma berlaku sekali sahaja seumur hidup. Aku ulang, sekali sahaja seumur hidup. Berkahwin boleh jadi dua kali, convocation amik skroll boleh jadi dua tiga kali, terima anugerah darjah kebesaran sebab jadi AJK masjid mungkin sekali ka pastu orang persoal... pastu kena lobi untuk dapat lagi pulak so orang tak pertikai, mungkin...

Point aku adalah, aku tak nampak masalahnya kalau si chambering student yang nak long call itu menjemput satu keluarga atau satu kampung sekali pun hadir ke long call dia. 

Bukan asalnya begitu? Buat makan untuk lunch nasi macam2 kaler dengan dua tiga jenis lauk pun bukan asalnya begitu. Bagi souvenir pun bukan asalnya begitu. Kena tapau khas pun bukan asalnya begitu. 

Mesti ramai yang berbangga dengan si chambering student tersebut - ibu bapa, adik abang kakak, mak pak saudara, sepupu, kawan2... mesti semuanya mahu hadir untuk meraikan dan apatah lagi tak pernah tengok convocation seorang peguam. It was a proud moment. Bayangkan belajar susah payah selama 5 tahun, pastu kena latu pulak 9 bulan.... Apalah guna budak chambering buat speech panjang-panjang, penuh perasaan dan angkat bakul sendiri kalau takda sapa yang tahu dan kenal nak dengar semuanya itu? 

Pastu aku teringat cerita Mdm Nik Haizam masa kelas PP dulu, part paling aku ingat adalah bila Mdm cakap poket yang kecik kat jubah hitam lawyer tu dulu-dulu, adalah poket untuk senior-senior lawyer masukkan duit dalam erti meraikan dan menyokong karier si Jedi baru tadi. Kenapa yang asalnya begitu dulu tak buat dah sekarang? Kenapa tak? oi

Ni, kalau aku cerita pasal long call aku ni kang panjang lagi entri ni.... nantilah aku entrikan dengan penuh perasaan. 

Sebagai kesimpulannya, aku sokong kalau ramai2 datang Mahkamah untuk long call dan meraikan si chambering tadi, aku rasa itu satu kebanggaan, betapa si chambering tu akan lebih menghargai dan mengetahui betapa dia disayangi dan betapa dia perlu bertekad untuk menjadi peguam yang baik dan berjaya. *terharu sendiri* 

Sunday, April 20, 2014

Laporan Aktiviti: Ke Kuching Kamek

Tarikh: 12 April - 15 April
Hari: Sabtu- Selasa
Tempat: Kuching, Sarawak
Peserta: Cik Linda, Jas, Dira, Syukri, Fadhli, Azwa

Seramai 5 peserta dan seorang chief telah menyertai rombongan perdana 2014 ke Kuching, Sarawak yang diadakan pada 12 April - 15 April 2014 yang lalu. Rombongan ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan flight journey kepada Liey Oppa, mencari GB12 bagi Cik Linda, membina daya tahan shopping Azwa, melihat alam dengan rileks kepada Syukri dan mini honeymoon kepada Jas dan Dira. Selain itu, para peserta dapat meningkatkan tahap kecergasan diri mereka dengan berjalan secara banyak di sekitar Kuching dan daerah berhampiran, menipiskan poket masing-masing, mensyukuri flora dan fauna ciptaan Tuhan dan menikmati makanan-makanan rare yang nan hado di Semenanjung. 

Berikut adalah laporan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang lawatan ini berlangsung. 

12 April 2014, Sabtu - para peserta tiba di Kuching International Airport pada jam 9.00 malam selepas pesawat mundur hampir sejam tapi ada flight attendant yang hensem sebagai pengubat kedukaan dengan perasaan bercampur baur dan kelaparan. Oh, rupa-rupanya pakcik van sewa sudah lama menunggu. Keramahan wakil rakyat satu penggal Jas dan kesportingan Pakcik Rahim, para peserta amat yakin bahawa trip ini akan membawa seribu satu makna. peh, uwek, ayat tak tahan, bro. Para peserta kemudian telah ditempatkan di Abell Residence dan selepas menyegarkan diri, para peserta kemudiannya makan makan di Restoran RJ Ayam Bakar. Sedap ayam bakarnya, sejuk nasinya. 

Empat daripada peserta kemudian berjalan-jalan dan berposing sakan di Tugu Kucing dan kemudian ke Waterfront. 


13 April 2014, Ahad - Pada pukul 8.00 pagi, para peserta kemudian telah dibawa ke Kedai Kopi O' Corner, Jalan Satok yang menyediakan pelbagai makanan menarik. Makan pagi yang telah dicuba pada hari itu adalah mee kolok dan roti daging. Selepas itu, para peserta bergerak ke Pasar Serikin, Bau untuk shoppingan kali pertama. Selepas bermandi peluh, we literally boleh perah peluh, people, peserta kemudiannya dibawa ke Gua Angin. Kerana telah hampir waktu makan tengahari, maka peserta telah berhenti untuk makan di sebuah food court di Pekan Bau untuk menikmati sup ayam pansuh, masak lemak umbut kelapa dan botok ikan tenggiri. Kemudian singgah di Tasik Biru dan ustazah posing ayu di situ seterusnya bergerak ke kedai-kedai shoppingan selanjutnya untuk shoppingan lagi yang mana termasuk Kedai Menjual Kristal, Kedai Ada Sarang Burung dan Kedai Pasu Sarawak

Pada sebelah petangnya, peserta ke Muzium Islam Sarawak dan akhirnya merileks-rileks di Waterfront sambil makan cucur ikan bilis sebelum bergerak pulang ke hotel. Dan pada sebelah malamnya, peserta telah menikmati linut, laksa Sarawak dan set ayam bakar lagi di Planet Sambal yang lambat servicenya, sejuk nasinya tapi cantik interior designnya. Seriously, kenapa tak suka dengan nasi panas, orang Kuching? 

14 April 2014, Isnin - Di hari ketiga rombongan, makan pagi dihiasi dengan mee kampua, mee jawa, nasi lemak rendang dan roti robinhood. Peserta-peserta kemudian telah dibawa untuk menyertai RunningMan versi Sarawak di Kampung Budaya, Sarawak. Liey oppa telah muncul sebagai juara pertandingan kerana dia sahaja yang bersungguh pergi ketujuh-tujuh rumah budaya yang terdapat di situ untuk mendapatkan cop. Peserta Azwa walaubagaimanapun tidak dapat menyertai kerana tidak mempunyai passport kerana telah membeli tiket harga pelajar sambil rilek-rilek makan penkek sago dan cucur ubi. Para peserta kemudian dihidangkan dengan persembahan kebudayaan sebelum makan tengahari dan berWIFI selepas minta banyak kali di situ.

Sebelum ke Muzium Kucing di Majlis Bandaraya Kuching Utara, para peserta berehat dan menikmati keindahan pantai *wohop* di Pantai Damai, Santubong.


Sebagai shopppingan kali kebanyak kali, van Pakcik Rahim singgah di Kedai Kek Lapis Mira dan Kedai Kek Lapis Dayang Salhah untuk membeli borong kek lapis, rempah bubur pedas dan ikan terubuk yang dijual berhampiran. Akhir sekali chief peserta, Cik Linda dan Liey Oppa mencuba bot penambang 50 sen untuk menyeberang Sungai Sarawak yang mana sebelumnya itu yang demikian, peserta dibawa ke Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Astana untuk spy Rolls Royce milik YDP Taib Mahmud. Para peserta kemudian masing-masing pengsan kepenatan dan sebahagian daripadanya memilih KFC sebagai makan lewat malam. Like really really lewat malam. 

15 April 2014, Selasa - Para peserta telah dinasihatkan untuk bersedia lebih awal memandangkan perjalanan hari terakhir melibatkan fauna yang sinonim dengan Borneo. Selepas menikmati burasak (ala-ala ketupat nasi versi stim dengan rendang), mee kolok, rojak, mee jawa lagi, para peserta bergerak ke Semenggoh Wildlife Center. Peserta Azwa menyatakan keterkesimaan dan teruja melihat orang-orang yang melihat orangutan di situ. Seolah-olah orangutan itu sahaja yang tinggal di alam maya ini. Perjalanan diteruskan ke Jong's Crocodiles Farm untuk melibat buaya-buaya melompat mendapatkan bacon. Sorry, kancil takde, tapi anak kambing buat santapan adalah. 



Makan tengahari di Serapi Corner meliputi nasi, umai udang, ikan masak lemak dan stroberi lemon. Peserta telah dibawa berjalan-jalan di Muzium Sarawak. Sayangnya, para peserta tidak dapat melawat ke Muzium yang mempunyai pameran Dinosaur kerana tiketnya berbayar. 

Di akhir lawatan, peserta-peserta telah mendapatkan memori-memori yang indah dan pengetahuan yang luas dan dapat menikmati keindahan Borneo. Sepertinya berada di negara yang lain. Selanjutnya, lawatan tersebut juga telah menyemai silaturahim dan ukhuwah yang tinggi antara para peserta. Diharapkan bahawa akan banyak lagi lawatan-lawatan begini diadakan di masa hadapan.

Dan berikut adalah perbelanjaan perseorangan yakni setiausaha yang menulis laporan ini bagi lawatan/rombongan tersebut:

Perbelanjaan keseluruhan tersebut adalah tidak termasuk dengan souvenirs, walaubagaimanapun syukurlah tak jauh dari bajet awal. jyeaahhh!







20/4/2014

Laporan disediakan oleh

......................................
AZWA DAMIA
Setiausaha Lawatan (Lantikan Sendiri)

Thursday, April 17, 2014

#RIPKarpalSingh

Aku baru masuk ofis pagi ni dan dibriefkan dengan apa yang berlaku sepanjang minggu. Pasal kes bicara, pasal law firm satu bangunan terbakar dan pasal kemalangan Karpal Singh. Semuanya dalam satu pagi dan aku masih perlu digest. 

Bila aku dimaklum Karpal terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian, perlahan aku ucapkan "innalillahi wa inna ilaihi raji"un". 

Dia adalah salah seorang peguam yang hebat. Karakternya, sikapnya, professionalismanya, etikanya. Letak tepi sekejap dia sebagai ahli politik. Lihat dia sebagai seorang peguam. Sebagai seorang peguam. 

Terus-terang aku nak bagitau, salah satu sebab aku ambil keputusan untuk praktis sebagai lawyer ada kena mengena dengan Karpal Singh. Walaupun dulu mati-mati aku tetak bahawa aku takkan pernah jadi lawyer, biarlah kerja apa pun, bukan lawyer. 

Ada sahabat cakap pada aku bila aku rasa was-was untuk praktis disebabkan CGPA yang biasa-biasa aje:

"Ko tengok la Karpal Singh grad third class je, tapi tengoklah dia kat mana sekarang. Yang penting kemahuan, semangat, jangan reti mengalah, mahu belajar, hati mau cekal" 

Aku masih pegang itu.

You will be missed, Tiger of Jelutong.

Wednesday, March 26, 2014

Kasih Sayang Allah

Dalam dua minggu lepas, sahabat baik aku dari sekolah whatsapp dan maklum dia sakit. terpana sekejap aku. 

Syukur, sahabat aku ni seorang yang kuat dan awal-awal dia bagitau - sebelum sempat aku start ceramah - "takpa, ini ujian Allah untuk aku". 

Good for her. Aku tak tahu sama ada bila aku sakit, aku adalah orang sakit yang boleh ditangani. Oleh orang normal yang lain.

Lepas dia buat operation, aku sepatutnya pegi menziarah. Itu tanggungjawab seorang kawan. Aku plan nak pegi hujung minggu. Tapi dek kekangan masa, kesibukan tanggungjawab kepada ibu bapa, kerja dan study, aku asyik tunda untuk menziarah sahabat aku yang sorang ni. Menambah masalah bila aku pun tak berapa "sesuai" drive malam. 

I honestly felt terrible and asyik bagitau diri, aku adalah sahabat paling teruk sekali di dunia. 

Tak pernah tinggal doa aku panjat kepada Allah supaya dipermudahkan urusan, semoga sahabat aku dikurniakan kekuatan menghadapi ujian dan kesihatan seperti dahulu dan semoga aku dapat jumpa sahabat aku.  

You know what Allah did? Aku bertemu dengan sahabat aku dan keluarganya di sebuah restoran dan dia nampak sihat dan ceria.  

Allah bawa Pokok Sena ke Alor Setar. 

Allah Maha Mendengar. Allah Maha Berkuasa. 

p/s: Sue, sila jeles dengan aku.   

Wednesday, March 5, 2014

Movie Review: Kami Histeria

gambar kutip dari google
Aku berkenan kalo Rafidah 3R tu buat movie. Movie dia ala-ala remaja, chick-flick versi Malaysia atau lebih tepat, versi KL. Faveret aku sehingga sekarang masih Pisau Cukur.

Dalam Kami Histeria ni, walaupun masih pegang asasnya cerita hantu, aku (honestly) suka lagu-lagu band KH. Lambat keluar time panggung Malaysia asyik dok hidang cerita hantu sebab buat lagu best kot, kan? 

Aku sangat salute all 5 characters dalam band tu. Fazura ko jangan kira, dia tu dah ternyata cantik dan best, itu tanpa sangkal. Dah la cakap utara macam Che Ta, cute gila. Semua orang boleh differentiate dan klasifikasikan Laila, Bad, Peanuts, Princess Airin dan Jojo. Sara Ali mmg sangat real. Even rambut macam Dora the Explorer kaler merah dia agak distract bagi aku, dia memang sangat bagus. Ahkak gemar norr! 

Watak Jojo tu pun bagus, tak kenal langsung aku budak tu, tapi real. Cuma, bagi aku Mila Jirin tu macam over sket, mmg watak dia gedik, bajet playgirl tapi takde rupa. Entah. Tak kuasa aku nak cerita. Peanut comel, bercakap cuma sepatah.... Aku agak mana2 mamat yang tengok cerita ni akan kata "Kenapalah Diana Danielle tu dah kawinnn???"

Cerita Kami Histeria ni mudah ja. Sebuah band yang nak glamer sampai sanggup pegi cari langsuir yang pada asalnya tereksiden masuk dalam recording lagu depa. And in return, Cik Lang tu nak satu benda ja, or orang. Yakni Afdlin Shauki. 

Mula-mula aku question gak, dah kenapa pakai TouchnGo surah yasin kat badan Cik Lang tu? What is this? Mempermain-mainkan agama ke camna? Tapi, aku sedar, tak ramai remaja sekarang yang reti baca atau rajin baca surah Yasin, apatah lagi al-Quran. So, bila dah susah tu, memang betullah, baru nak cari Tuhan, kan? Guna je la mana yang sempat. Nak cari bomoh satgi jadi syirik, dok? Tak solat tak pe, tak puasa tak pe, tapi syirik tak boleh main2, babi tak boleh makan... opps oppss.. tekan brek. tekan brek.

Aku harap lepas ni Rafidah tu buat cerita best lagi. Aku dah lama boring dengan cerita Ahmad Idham. 

Tuesday, March 4, 2014

Senjata Kita

Selalu orang kita lupa senjata paling kuat adalah DOA.
Selalu orang kita lupa kelebihan yang paling hebat adalah SABAR. 

Berdoalah. Itu saja yang ada untuk aku dan kau. 

Berdoa bukan untuk menjatuhkan orang lain yang hina, yang buat jahat, yang inflict kezaliman ke atas kita. Bukan berdoa untuk kemusnahan mereka itu, tapi untuk kelapangan dada kita, kesabaran kita, kelebihan bukti dan saham kita di depan Rabbul Jalil.

Ada satu doa yang Ustaz Mohd Amin ajar dalam ikim.fm pasal bila kita ni teraniaya. Hebat doa tu. 

Sesungguhnya doa orang-orang yang teraniaya ni dimakbulkan Allah. Mungkin terlewat kerna belum masanya, mungkin tersekat kerna kita sendiri ada dosa yang menghalang doa kita tu dari dimakbulkan. Jangan pernah berhenti berharap. Jangan pernah persoal.  

Personal experience la ye, semasa aku rasa aku dizalimi, aku pernah berdoa supaya kesusahan dijatuhkan ke atas seseorang ni. 3 hari tanpa henti dengan bergenang air mata aku minta kat Allah. Doa tu makbul, tapi aku pulak yang rasa diri terhina dengan perangai sendiri. 

Bayangkan, punya doa aku tadi dimakbulkan padahal aku boleh mintak lagi best daripada tu. Mintak husband bermata biru, hensem ke kan... mana nak tahu.  

Berhati-hatilah dengan doa. Sesungguhnya setiap doa kita itu makbul. Allah tunggu masa yang sesuai sahaja untuk diberikan atau Allah suruh malaikat simpan dulu doa-doa kita untuk guna di depannya nanti. Siapa yang tahu, Allah Maha Berkehendak. 

Buatlah kamu nak buat apa pun. Aku punya Allah. Cukuplah Allah bagi aku. 

Kamu punya apa? 

Monday, February 10, 2014

Nasihat Kepada Adik2


Adik-adik, jangan jadi dramaqueen, jangan mengada, jangan manja. Cikgu kalo mengajar tu, biasa lah kalo denda2. Biasalah kalo marah2.  Cer tengok akak pegawai ni, akak pegawai dulu ~ 

kena lempang tak siap keja sekolah PAI dok busy main volleyball, 
berdiri kat luar sebab lupa bawak buku/teks,
kena cubit sebab lupa bawak tudung masa PAI, 
berdiri atas kerusi sebab keja matematik tiru orang, 
kena marah sebab jadi pengawas tapi tinggalkan adik2 darjah satu beratur, 
kena jadi kepala keretapi sebab satu dorm bising, 
kena rotan sebab main hujan kat belakang dorm sekali kantoi dengan warden, 
kena minum air kolam sebab kawad tak betul, 
kena basuh bilik air dua minggu sebab main bola dalam hujan, 
kena cubit kat paha sebab nota sejarah tak siap,
kena rotan dengan hanger sebab tak sempat lari bila ustaz panggil, 
kena tampar sebab ponteng kelas tambahan, 
kena halau keluar kelas oleh lecturer padahal akak tak cakap apa2 pun, 
tu tak campur berapa ratus kali kena ketuk ketampi sebab tak hafal quran... 

tak pernah akak pegawai bagitau mak bapak
gila kalo bagitau, mau kena pelangkung tambah
tak pernah akak pegawai merajuk sampai tak mahu pergi sekolah
kalo fefeeling malas pun, hari ahad je akak pegawai tak pergi.

dik, jadi osem macam akak pegawai ni perlukan pengalaman, kesabaran dan pengorbanan.

Thursday, January 2, 2014

Trip Bajet Berduet: Langkawi Island

Bila football fanatic besar Melaka, Cik Linda tanya pasal Langkawi, aku jadi blur. Maklumlah duta Alor Setar. Tak berapa arif tentang jejajahan Kedah yang lain. Aku pun google. 5 minit kemudian, malas. 

Sebagai duta yang takde portfolio, aku tak pasti sama ada aku kena bersama promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 atau tidak. Tapi, entri kali ni, aku sediakan sekali jumlah bajet aku.  

Hari Pertama - 30hb Disember

Aku dan Cik Linda naik feri dari Kuala Kedah pukul 10.45 pagi dan tiba di Langkawi pukul 12.40 tengahari. Aku tak tahu pun feri main cerita apa, lepas tengok ad feri yang agak propa, aku terus tidur. Entah apa yang berlaku, rasanya ombak tak besar, maklumlah, aku tidur tahap kebal. 

Sesampai di jeti, kami amik kereta sewa. Viva putih auto dengan takde power stereng. Aku rasa, by the time Cik Linda sampai rumah dia, ada dah sket muscle2 kat lengan tu ha. Perkara pertama yang aku nak buat adalah shopping coklat, manakala Cik Linda pilih check-in kat Facebook. eheh.

Cik Linda sangat menghormati tanda lalu lintas, penunggang motorsikal, lampu isyarat dan tahap kelajuan yang dibenarkan.  

Destinasi pertama adalah Kompleks HIG, Jalan Penarak, makan lunch sket dan *jeng jeng* agak jugak la melampau bila dah start pinau mata tengok coklat. Masya Allah, aku berterima kasih Allah atas ciptaanMu yang lazat ini. Kawan-kawan, sebelum melangkah masuk, aku cadangkan berdoalah minta disabarkan dan ditenangkan jiwa supaya tidak melampau-lampau bershoppingnya.

Kemudian kami check in di Ten Street Motel, Jalan Pandak Mayah 6. Sangat simple, bersih, toilet okay dan berpatutan. Lepas berguling dan melompat atas katil, kami teruskan perjalanan ke Pantai Cenang.

Dulu, aku dah pergi Langkawi dan sebab teringin nak pegi Underwater World, aku ajak abang aku ke sana. Ye, beliau ke sana. Ke parking sahaja dan kata "Ha, nin dia Underwater World" and then he drove away. Kali ni, naik taraf sket la, aku masuk kat lobi Underwater World tu, pastu keluar. Maybe tahun kemudian plak aku masuk dan bayar. 

Perlu diingatkan, Cik Linda sangat menghormati tanda lalu lintas, penunggang motorsikal, lampu isyarat dan tahap kelajuan yang dibenarkan. 

Kat Pantai Cenang, nak mandi takde baju. Nak bercanda di tepian pantai, nak memadu asmara macam lagu Anita Sarawak tu rasanya sangat tak kena. At the end of the day, aku cuma menghampakan seorang mamat yang minta aku sepak balik bola kat dia.


Then, kita makan sket kat Jalan Hujung Airport. Lokching yang rupanya lebih kepada yong tau fu dan coconut shake. Lepak dan bersila sekejap sebelum terus di malamnya, kami bergerak ke Pasar Malam, Jalan Mahsuri. Takde mende. Pasar malam.

Dan kemudian, ke konsert Pesta Magikal, Dataran Lang. Kalo poster cakap kat Pantai/Taman Lagenda, itu propa je. Saja je diorang nak korang jalan jauh. Ye la, rakyat Malaysia kan kurang berexercise. Ada tempat makan, ada gerai baju dan beberapa anak dara pakai sayap serta Lokman Aslam dan Asmidar. Oh, bunga api tu yang best.


Sehingga berakhirnya hari pertama, Cik Linda masih sesungguhnya menghormati tanda lalu lintas, penunggang motorsikal, lampu isyarat dan tahap kelajuan yang dibenarkan. 


Hari Kedua - 31hb Disember

Di awal pagi, Cik Linda berterusan menghormati tanda lalu lintas, penunggang motorsikal, lampu isyarat dan tahap kelajuan yang dibenarkan. 

Misi hari kedua adalah naik Kereta Kabel Gunung Mat Chincang. Tapi sekarang dah tak eja Mat Cincang, jadi Machincang. Baru macho, gitew. Padahal Mat ni gaduh dengan Mat sorang lagi pasal kenduri. Bila kita gabra, cuba la berborak dengan penumpang kereta kabel yang lain. Contohnya, yakinkan mereka anda boleh sound macam orang british, walaupun cubaan gagal.


Walaupun Cik Linda tiada aliran darah di wajahnya tatkala berada di atas look point seperti di dalam gambar, beliau masih menghormati tanda lalu lintas, penunggang motorsikal, lampu isyarat dan  mengikuti betul-betul tahap kelajuan yang dibenarkan.

penting letak gambar sendiri di blog sendiri, sapa lagi yang nak letak, tak gitew?
Lepas makan sengkuang calit, kami meneruskan perjalanan mencari Kampung Buku. Rupanya dah tutup. Sayangnya, dengan penutupan kampung buku menujukkan realiti, rakyat Malaysia yang memang tak berapa nak minat buku. So, lepak kat Lubuk Semilang versi Umum je la.


Aku ada sebutkan pada Cik Linda yang Cik Linda menghormati tanda lalu lintas, penunggang motorsikal, lampu isyarat dan tahap kelajuan yang dibenarkan ke belum?

Kami kemudian ke Beras Terbakar yang sekangkang kera itu, yang tiada lagi beras terbakar itu, tapi cantik rumah tuan tanah beras terbakar itu.

Dan akhir sekali sebelum naik feri pukul 6 petang dan buat comel kat pakcik kastam supaya tak check bag pack aku yang ada kain batik, kami singgah dulu la kat Idaman Suri dan beli barang bakal rumah aku. Ye la, duit nak beli rumah belum ada, aku beli la perkakas rumah dulu.