Pages

Thursday, December 19, 2013

Orang Pasir Mas

Pada jam 3 pagi di antara jalan Pengkalan Hulu - Gerik, dalam perjalanan pulang dari Machang, kota gear kereta abah gagal berfungsi dan menyebabkan Perdana hitam itu tersadai di tepi jalanraya. Gelap dan lengang. Hampir tiada kenderaan lalu ketika itu. Pilihan yang tinggal hanya menunggu sehingga pagi atau sehingga ada yang berhenti membantu. 

Dan senjata yang  ada di pagi hening hanya doa yang tak putus dan harapan pada Allah. Abah dan mak tidak tahu apa yang bakal berlaku. Mereka serah segalanya pada Yang Esa.  

Kemudian, sebuah lori berhenti, seorang hamba Allah menghampiri dan menghulurkan bantuan. Dia memeriksa kereta abah dan menelefon temannya untuk menunda Perdana abah ke workshop. Dia kemudian menjemput abah dan mak untuk tidur di rumahnya di Kampung Tendong, Pasir Mas, Kelantan.

Sesampai di rumahnya, isteri beliau siap menghidangkan minuman makanan dan menyediakan tempat tidur. Pasangan yang baik hati itu meyakinkan abah dan mak Perdana akan siap dibaiki besoknya.   

Meskipun telah hampir 3 tahun telah berlalu, persahabatan kerana Allah itu masih teguh. Tidak tercukup ucapan terima kasih di dunia buat keluarga yang baik ini. Hanya Allah yang dapat membalas budi pakcik Asri sekeluarga. Dan semoga persahabatan keluarga ini kekal hingga ke akhirat.  

Izdihar Hazim, Kak ngah pun minat The Red Warriors juga.  Gile tak minat. 

Dan aku teringatkan sebuah keluarga lagi yang juga berasal dari Pasir Mas yang sudi memberikan bumbung untuk aku berteduh, menumpang kasih dan bersabar melayan kerenah yang tak berapa nak center ini selama lebih empat belas purnama di Kelana Jaya. Entah bagaimana untuk aku balas kasih sayang mereka, dan sekiranya boleh aku balas, sebenarnya dan sesungguhnya tidak akan pernah mencukupi seumur hidup untuk dibalas. Sampai mati aku bawa budi ini. Sampai mati.

Sesungguhnya Allah telah mempertemukan aku dan keluarga dengan insan-insan yang terbaik dan berhati mulia.

Dalam setiap doa, tiada yang lain hanya kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas keindahan ini dan semoga Allah menambahkan pahala, rahmat, ganjaran dan barokah kepada kedua-dua keluarga ini yang sudi menghulurkan tangan mereka. Ya Allah, semoga mereka ini diberikan kesihatan yang baik, dianugerahkan usia yang berkat dan dimurahkan rezeki yang berlipat kali ganda serta dilindungi rahmat dan kasih sayang Allah dari sini sehingga ke JannahMu.

Dengan ini aku declare "Orang Pasir Mas, paling jjang satu Malaysia!!" *insert tanda heart heart berjuta kali* 

Sunday, December 15, 2013

Berkerjanya Duta Alor Setar: NDA BBQ Steamboat

Lama dah sebenarnya nak mengepost restoran stimbot yang ini. Asal pengetahuan adalah dari budak chambering kat ofis aku ni ha. Jadi, pada suatu hari yang lalu, yang telah lama dulu aku pun p dengan famili. 

Lokasi NDA BBQ Steamboat ini adalah betul2 berdepanan (giteew) dengan Hospital Sultanah Bahiyah, Jalan Langgar. Bila sampai kat traffic light hospital tu, sila take note sebelah kiri, kalo kamu datang dari Alor Setar. Kalo tak tahu jugak, sebangunan dengan Pusat Dialisis. 

Apa yang menarik kat BBQ Steamboat ni sampai aku kena post jugak entri ni walaupun dah gamaknya sebulan pergi selain faktanya aku malas buat research yang bos aku suruh pasal striking out application? 

  • Kira pakai kepala - dewasa RM17, kalo ada matric card macam aku dapat RM15, kanak-kanak RM10. 
  • Makan sampai bersandar - korang boleh makan apa saja yang depa hidang kat situ. Variety dan lautan makanan yang korang boleh pilih. Ada ABC, aiskrem of the day, mee goreng, fries, segala macam seafood, ketam, kerang, lala, ayam marinated into several rasa, pilihan sayur2 untuk steamboat, mushroom aku rasa mau2 10 jenis, mashed potato, semua jenis menatang frozen yang campur-campur kat Giant tu siap ada yang Angry bird tu pun ada.
  • Stimbot or grill - [aku nak buat lawak kukus-panggang-gril tapi cam tak masuk plaks]
  • Tempat dia relaks - aku suka idea restoran yang tak letak tv sebagai tarikan. Kita boleh fokus kepada conversation dengan manusia dan parking mudah. Kat sini aku rasa kalo letak tv, mau tak bergerak manusia.     
  • Membazir amalan syaitan - walaupun korang boleh makan sampai kenyang, tetapi adalah terlarang ambik lebih dari yang korang boleh bawak masuk dalam perut. Kalo korang bazir, amik lebih pastu tak abes, diorang akan timbang belen yang tak makan, pastu diorang charge korang. Bagus tu. Aku rasa patut2 dipraktiskan. Orang kita kan konon - order nasi goreng kampung, tapi kendian kuis-kuis sket je, diet katanya. Pffttt.... rugi. rugi.
  • Tempat lepak baik punya - takde sapa nak pandang korang pelik kalau korang lepak tang tu berjam-jam. takde sapa.  

Setakat tu sajalah. Menatang alah striking out ni nak kena bagi petang satgi.....  

Wednesday, December 11, 2013

Aku Rindu

Pemberitahuan: entri yang ini tak lawak, tak sarki, tak humblebrag, tak show off, tak feeling. sangat. kot. 

Kalo korang pernah tiba-tiba bangun dari tidur dan menangis semahunya, korang akan paham la kot. Korang merindui seseorang. Seseorang yang telah tiada.*worst sekarang di corong radio tatkala aku buat entri ni adalah lagu Kasih Jangan Kau Pergi oleh Pria Band* 

DEM. bawang!

Aku terbangun dari tidur dalam pukul 3 pagi, aku tak sedar aku nangis sampailah time tenyeh mata baru sedar ada extra liquid. Kat mata, hokeh, kat mata. 

Masa tersedar tu, aku tak tahu kenapa aku menangis, secara seriusnya aku boleh nyatakan bahawa aku tak ingat kenapa aku menangis. Mungkin aku mamun atau mungkin aku baru lepas sebut "OH!", "ALAMAK! ALAMAK!" atau "SHIT!" - Ejo tahu la time ni selalunya sebab aku terbangun lewat dari yang aku jangka meskipun alarm henpon aku dah berjuta kali kena snooze. Lagu, bapanya seorang askar dah takde, Ejo. Dah takde. Then aku sambung tidor balik.

Time solat subuh, elok2 angkat takbir baru aku teringat apa yang aku mimpi sampai aku menangis. 

Kakngah Kecik aku. 
Kakngah Kecik aku yang minat DBSK.
Kakngah Kecik aku yang pakai baju kurung kuning.
Kakngah Kecik aku yang comel dan peluk aku semahunya. 

*oii, time kita solat je ada je benda yang kita teringat.....*

Ah, takde nak detail-detail cerita. Takde nak explain apa rasa di dada.

Ketahuilah satu, sesungguhnya aku rindu dia.

Sunday, December 8, 2013

Reviu Movie: The Internship

Aku suruh adik aku download cerita ni sebab aku tahu cerita dia pasal "how to get back up". Lagipun ada masa-masa dalam hidup kita, kita perlukan a kick in the butt. Aku rasa ni movie kedua yang ada Vince dan Owen lepas The Wedding Crasher. Cerita ni lebih kurang sama dengan Dodgeball. But, unlike Dodgeball, cerita ni tak sesuai untuk tontonan umum. Ada scene yang tak perlu. Langsung. Aku rasa sama the gist dalam kedua-dua movie. Aku memang akan overanalyze stuff, so, here goes.. 

The Internship pasal dua orang salesman yang kena berenti kerja, tak berapa reti internet, masing-masing ada masalah kewangan then, Billy (Vince Vaughn) apply internship untuk dia dan Nick (Owen Wilson) kat Google. Dan sebab dua orang ni ja yang dah seasoned, depa tak difavor, outcast oleh group lain - so, tinggallah depa satu group dengan Stuart, Neha, Yoyo dan manager, the awkward Lyle. 

Memandangkan depa buta internet, teknologi dan Bill sebut "online" as "on the line", honestly, takkan sapa rasa depa boleh survive kat situ. Korang pun akan agak Chetty pun rasa depa takkan boleh ada lama kat situ.   

Cerita ni agak lengthy sebab depa banyak bercakap. Almost macam depa berleter to each other even aku rasa depa bermaksud nk bercerita atau memberikan pandangan atau peptalk. Ada banyak awkward moment jugak. The first 10 minutes, aku terus... "boringnyaaaa...."

Cerita ni biasa-biasa ja. Sangat biasa-biasa.

Cerita ni tapi tengok betul-betul, kalau ada benda yang kita boleh amik sket - dua-dua orang ni sangat positive, depa tolong sesama sendiri, depa sweet, depa mahu belajar, depa motivate yang lain, depa tunjukkan kehidupan yang orang muda ketinggalan kehidupan sebab terlalu asyik dengan internet (meskipun contoh yang depa bagi sangat tak bagus), depa nice to everyone and walaupun depa suka berleter, depa well, overall baik.

Cerita ni pasal challenges of growing old, pasal how to overcome weaknesses, pasal budak2 sekarang tak perlu jadi sinis sgt, pasal tak payah risau sangat pasal dunia lain,... Aku enjoy reference "the welder girl" masa Bill motivate the team. It's kinda nice.   

Cerita ni boleh jadi lebih bagus senanya.... 


Thursday, December 5, 2013

Nak Menjawab Jugak

Agak lama aku tenung menu yang terpampang kat gerai makcik tu. 

"Roti palembang tu ape eh, acik (makcik)?" 

Sorrylah, kalau aku malu nak ngaku orang Kedah sebab tak tahu tradisi atau resipi atau jalan kat Kedah aku jadi KLite jadian. Ada E kat belakang. 

"Makanan diraja ni" jawab makcik tu. 

"Ye ke..." panjang pulak KE aku... 

"Betui lah. Sultan Kedah suka ni... Dah abeh dah, adik mai la awai sket lain kali." makcik tu explain lagi.

"Bukan Tuanku suka popia ke....." panjang jugak KE aku.

Honestly, aku pun tak tahu mana datangnya pengetahuan itu. 

Tuesday, December 3, 2013

fre-dem of ch-ois

"bersangka baiklah, maybe in real life dia tak macam tu...."

*ketawa kecil*

No.

I choose to ignore.

Friday, November 22, 2013

yang penting maju

Hari ni orang Alor Penyengat buat kenduri berkembar yakni tahlil untuk arwah Pak Ndak dan sunat untuk Faris. Sebagai dif kehormat, aku sampai pukul 6.30 petang - yang sebenarnya terlupa, abis satu rumah terlupa.

Lepas makan, aku gi bertenggek tepi Mak Ngah, sambil tengok dia dan Pak Su basuh pinggan. 

"Ni nak tolong basuh sekali ka apa?"
"Dak."
"Abeh tu, buat apa tang ni kalo tak mau tolong?"
"Dulu2, chek dok mai tak pernah pun tolong basuh pinggan, sekarang ni chek tolong tengok mak ngah basuh pinggan. kira ada kemajuan la tu." 

Tazkriah Jumaat: meskipun lama masa yang diambil untuk capai sesuatu, yang penting maju. 


Thursday, November 14, 2013

Hatyai Kedua Kali

Aku sepatutnya buat take home test untuk Legal and Ethical Issues in CSR tapi bila ada internet ni, sekarang jam 1.30 am, aku sepatutnya hantar Jumaat ni dan aku ni senang distracted. Ekceli, kalo takde internet pun aku secara mudahnya distracted. Tetiba nak makan roti letak milo contohnya. Macam tu la. 

So, aku ke Hatyai buat kali kedua. Kali pertama adalah pada tahun 2010. Post tersebut yang  macam kanak-kanak di sini

Pernah tak kadang-kadang kalo korang tengok balik tulisan korang tak kesah la blog entri ke, karangan ke, artikel ke, kerja sekolah ke, dan tulisan tu musnahkan seluruh hari korang sebab post tu ala-ala cap ayam? That's exactly perasaan aku bila aku baca balik Hatyai 2010 itu. 

Kali kedua aku ke Hatyai ni, aku ikut rombongan Kak Shila dari Koperasi Bumiputera Kedah. Perlakuan ini adalah atas desak-rela seorang yang bernama Paan. Tak, aku sendiri yang excited nak pegi. Dah lama tak bervacation. Kami realisasikan vacation ini dengan mengurat Liyana. Dan kami berjaya. 

Ko ingat ko akan boring ikut golongan veteran bercuti, itu adalah salah tanggapan, ye kawan2 - depa lagi mara ke depan dan bertenaga dari orang muda. True story.

Hari Pertama: Satun - Hatyai

Aku rasa dah resmi tour guide kot, mereka adalah golongan BOB (buat orang bersalah), they will talk about places yang ko rasa "ala, kenapa kita tak pegi situ instead kita datang sini eh?". Mereka ini akan cerita pasal tempat-tempat yang tak akan dilawat korang untuk trip itu. Basically dia akan cerita pasal Pulau2 - Phuket, Krabi, Koh Lipe, Koh Samui, James Bond Island, Chiang Mai atau dekat dengan hujung-hujung sana yang namanya Aranyaprathet. See, semua benda ni stuck dalam otak aku secara sendiri. Pastu rasa teringin nak pi, menjadi marketing diorang. 

Kami melalui Wang Kelian dan horror lalu situ adalah jalannya. Bersyukurlah, aku menikmati tidur di kala itu dan destinasi pertama kat Satun adalah Ban Tammalang untuk tengok helang. Aku personally suka helang. Aku tak tahu kenapa, aku suka. Tambah-tambah bila ada sekor yang flip akrobatik depan kitorang sebab nak terjun ke air. Tak payah nak seduce-seduce dah, I'm hooked already. 



Satun adalah daerah yang largely populated by Thai-Muslims and most of them boleh cakap bahasa. Kebanyakan masyarakat di situ adalah nelayan. Kita jugak boleh sampai Satun ikut jalan air, naik kat Kuala Perlis, kata abang bot tu la. Dia ajak pegi Kuala Perlis, alang-alang aku asyik suruh dia laju. 

Then kami bergerak ke tepian pantai untuk berkelah dan di mana Paan dan aku telah membuktikan teori katok telur rebus kat kepala boleh inflict pain and fun menurut kamus Runningman. Lepas bercanda di tepian pantai, kami bergerak ke satu kampung yang penduduknya ada gajah sebagai binatang peliharaan. Sungguh ni. Gajah tu kegunaannya untuk angkat kayu juga and aku perlu mention ini, aku suka architecture rumah-rumah kat area tu. Kat kampung tu ada kolam air panas, celup-celup kaki je la. 

Petang sket baru ke Hatyai dan malam berdondang dendang di Floating Market beli pulut ayam, air dalam mug tanah liat muka Doraemon dan beg tangan dan bila sampai kat Lee Garden Plaza, kami keluar berjalan-jalan kat tengah pekan. Sampai kat sana agak lambat la, sebab aku tak sempat minum air limau best. Yes, pakcik itu masih menjual di situ dan dia tengah kemas barang masuk dalam motor dia. Begitu juga dengan kakak yang kita beli gorengan dulu. Masih ada belaka. 


Kami ada gak lalu-lalu kat lorong-lorong, tujuan aku sebenarnya yang cari pakcik yang menGoHome-kan dulu, ntah, tak jumpa. We end up beli souvenirs, teh ais Nickhun dan aku dapat tahu skill Liyana adalah she can be very persuasive and a good bargainer. (kan, bargainer kan?)

Hari Kedua: Hatyai - Songkhla

Empat tempat wajib yang akan dibawa tour guide di Hatyai adalah kilang kacang gajus, Central Market, Nora Plaza dan kedai madu. Enjoylah shopping semahunya. Nak dijadikan cerita, aku terjumpa Abe and his family kat Nora Plaza. (and yes, i've met the femes Alif yang selama ni aku dok tengok dalam internet je, sekali jumpa depan mata aku rasa macam jumpa retis)


Lepas shopping tak hengat dan konon bajet ciput but last-last habis gak baht, kami bergerak ke Tang Kuan Hill naik menikmati pemandangan kota Songkhla dan aku sepatutnya tangkap mamat hensem sorang dan ajak dia paddle lock cinta bersama kat situ, mana tahu kan..kan... 

 


And then pit stop seterusnya adalah ke Pantai Samila, Songkhla. Part Pantai Samila ni aku kena cerita, sebab Paan memerlukan 3 episod nak cerita pasal Pantai ni. Kat Pantai Samila ni ada dua pulau - Pulau Tikus dan Pulau Kucing. Menurut lagenda yang diceritakan semula oleh Paan yang telah diceritakan kepadanya oleh tour guide, dulu-dulu ada anjing, kucing dan tikus yang amik batu kristal (eh?) dari nakhoda kapal yang diorang tumpang dan berenang nak balik kampung halaman. 

Oleh sebab kucing dan tikus tak reti berenang macam anjing, maka tikus gigit ekor kucing, kucing gigit ekor anjing dan anjing tukang perenang. Anjing kemudian tak larat dan did something yang sebabkan kucing dan tikus mati lemas. Anjing tu sampai ke darat, mati gak rasanya kot dan kristal yang dia gigit tu pecah bertaburan dan menjadi pepasir yang memutih di pantai tu.

The thing is, cerita ni aku sendiri pun tak berapa clear sebab iklan banyak gila, gelak sampai terbatuk-batuk, Paan hampir fed up nak cerita dan at the same time sibuk dok snap gambar.

 

Dah sebab pepasir tu memutih dan bersinar macam kristal, maka tertariklah mermaid dan naga ke kawasan tersebut. Itu je yang aku ingat. Aku tak tahu plak kenapa mermaid dok tang tu menyisir rambut atau kenapa badan naga tu terpecah tiga. Nanti aku check balik dengan Paan. 

Kami balik ikut Dannok yang dikata orang syurga dunia. Syurga dunia la sangat. We had dinner, daging bakar dan tomyam pastu terus naik bas tunggu kat parking sebab baht memasing tinggal sekeping dua ja. 

I've decided on my project paper...finally

After a brief consultation (the sangatlah brief, just to decide on which topic to focus) with my friend, a marine biologist and environmental activist - Foon (bukan nama penuh), I've decided to do my project paper on marine pollution and environmental law. tepuk-tepuk

No, I'm not gonna spill everything here, tak suspen dan takde yang heran, but if anybody ask me (again) why i picked environmental issue instead of "gender equality, equal employment opportunity" (sebab dulu subjek elektif aku ini juga) or "merger, acquisition and Islamic banks" (sebab topik ni femes), or human rights education (memandangkan aku dulu berada di dalam arena tersebut), maka i'm gonna answer it with this:

"because Loki rocks the color green"

.... or that I can use it as an excuse to try scuba dive.

.... or aku fabrikkan saja dengan jawapan annoying yang lain yang terpikirkan. 

Thursday, October 31, 2013

Life Lessons : A Short Course

Aku belajar beberapa life lessons lepas aku pegi Seputeh-Putrajaya. Aku tak nak cerita kebaikan Yang Arif atau kekerekan certain lawyers kat sana. Itu akan buat entri ni panjang.

Waima hanya 2 hari, ianya valuable ones indeed. Mungkin kerana aku terkekang dari kehidupan sosial dan terjumud depan komputer dan internet, maka aku tak nampak dunia yang luas dan perkara-perkara indah sebanyak mana orang yang menikmati. 

oh... that's explain alot (!!!) orang2 yg kita panggil keyboard warriors ni. it's not that they just don't really have a life, they're terkekang dalam minda cetek mereka sendiri... kesiannnn

Dan by the way, aku juga kadang-kadang kagum dengan kebolehan aku bagi tajuk best tapi content cam budak kolej jiwang. 

1. Kesungguhan, berhati waja (strong will) dan komitmen - Fana 

2. Berfikiran positiflah, mungkin kebahagiaan yang dikecapi masing2 berbeza. Setiap manusia takkan pernah sama kebahagiaan padanya - Aya

3. You can even enjoy little things in life. Iklan syampu Dove, misalannya atau variarasa Sunquick - Atun 

4. Bangun awal - Kak Wiznie

5. "Blessed is one . . . who adds to the happiness of another" - Ejoe & Fit

6. Cakap banyak tak mau, pencapaian kena tinggi. Usaha kena selalu - Adleena
Korang patut tengok usaha Adleena berdiri kat sofa. Dia paku kepala je, tangan dua2 lepas. Perrghhhh... *standing ovation*

Entahlah, kadang-kadang aku rasa kehidupan kat Alor Setar ni agak statik. Dan bila aku jumpa kawan2, rasa nostalgik.. ah, bawang mata. bawang. Terima kasih, kawan2. Terima kasih. 

So, aku sekarang adalah sangat excited nak pegi Satun - Hatyai dengan rombongan cikgu-cikgu pencen sekolah besok~!!! Aku rasa koperasi cikgu, tapi, kawan aku cakap banyaknya cikgu yang senior atau dah bersara, so, yeay... Aku harap takda budak2 atas bas. Aku harap takda budak2 atas bas. Walaupun aku tak tahu ada apa kat Satun tu, but well,  WWooohooo~!!!. Itu ja yang paling dekat ada, sekarang. bahahahaha. 

Friday, October 11, 2013

Movie Review: Pontianak vs Orang Minyak

Satu pengesahan, aku memang layan cerita Afdlin Shauki. Movies dia click dgn aku. Antara paling awal dulu Buli, Baik Punya Cilok... Yang citer spy AC Mizal tu pun aku layan. Eh, Setem sapa buat? Dan bila geng yang sama buat Cuci pun, aku layan. Bunga-bunga ayat dan penceritaan depa hampir serupa. 

Aku honestly enjoy bila Nabil jadi pontianak dan Johan jadi orang minyak. Takde sarkasma di sini. Aku betul suka. Slang Nabil, lawak "double meaning", sarkasma yang wujud.

Of course la, aku tetap tak setuju tang berkemban2, setan terbakar bila sebut ayat quran sebagai satu lawak, (oh, bagi salam tak buat setan terbakar, rasa aku), Noh Hujan pakai contact lens dan rogol sebagai satu benda lepak2.
Benda aku suka dalam movie ini.
1. Sharifah Amani jadi pontianak bernama Maria. Sungguh cool beans betul minah ni. Osem! (gambar ni aku amik dari budiey)
2. Idea mantera jampi serapah yang tak perlu merapu-merapu - yang pakai ayat2 melampau ataupun misuse of ayat quran. 
3. Cameo dan/atau penampilan khas pelakon2. Bagi aku, feature ini adalah sesuatu yang fun. Dah jadi macam pop kuiz kat aku.
4. Walaupun ko OKU, jangan rasa rendah diri. Ada kelebihan masing-masing. Boleh memanah, boleh cari ulam sendiri, boleh basuh baju sendiri. 
5. Dlm mana-mana movie pun, yang penting moral dan nilai-nilai murni yang penting sebenanya. kan? kan?

Ini betul-betul, bukan cobaan.. (title mungkin kurang sesuai dengan isu)

Senanya benda ni tak jadi isu pada aku. Tapi dah masuk banyak kali, aku pun jadi terpikir. Persoalannya di sini adalah "kena nampak hebat ke kalo ko lawyer?"

Recently, actually 2 malam lepas, aku ikut mak abah aku pegi Mydin beli barang dapur. Tambah nak raya-raya haji ni, kan. Dan tambah pulak gula dan tepung nak naik demi kesejahteraan aku dan keluarga, kan.. Mak aku terserempak dengan jiran lama. Dah pindah jiran tu dari kejiranan kami. Aku pun tak kenal jiran lama tu senanya.  

Maklumlah, most of the time bila aku kat rumah je, aku KAT rumah. Other time, sama ada aku kat sekolah atau asrama atau UIA. Motto aku ketika itu, jika membuat onar, silalah buat di luar.

So, jiran lama tu ada bawak dua orang anak perempuan dan biasalah kalo parents bersembang ni, tak lain soalan cepu adalah "anak kerja apa?". So, my mom bagitau "oh, yang ini keja lawyer dan yang ini" referring to my sister.."dok buat praktikal kat syarikat IT"

Then, dua-dua anak perempuan jiran lama tu tanya "yang ini lawyer?" soalan tu normal pada mulanya, but then, somehow mana-mana soalan boleh jadi annoying bila ditanya kali kedua. dua-dua anak perempuan jiran lama tanya buat kali kedua "lawyer ni?"  sambil jari tunjuk kat aku.

Aku pandang sekeliling. Aku pandang atas bawah. Well, actually position aku adalah legal assistant kat pejabat lawyer, but, well, lawyer la, kan? err, yeah? Saya lawyer. Ada masalah ke aku lawyer? Ke camna ni?

Of course, i mean position dan nama position aku tu mmg la a bit sounds like gempak. But, jadi lawyer ni mcm pekerjaan lain gak. Sungguh macam korang yang lain jugak. Buat kerja, fotostet, kena marah dengan bos, bergosip2, dapat gaji, layan client yang datang, telefon orang... Dah kalo ko keja dgn org tu, ko kuli, hebat mana pun nama jawatan ko. Mcm executive la, perkataan tu saja pun dh gempak.  

Korang pernah tengok tak meme Futurama yg diorang bagi title executive delivery boy kat Fry and then Hermes describe title tu senanya meaningless nak bagi org yg insecure rasa bagus then naik Executive Producers- Matt Groening... ah, nevermind. No one gets me.

Tapi, jadi executive pun takde la hebat mana pun. I should know, sebab dulu aku adalah seorang legal executive. Kerja rencam aku buat jugak. Ko ingat jadi executive ni dok asyik tengok proposal je ke macam dalam tv tu? Takyah buat fotostet-fotostet? Takyah buat surat iringin? Takyah masuk stor buat inventori sendiri?

Dah tu kalo lawyer aku nak kena macam Harvey Specter dalam Suits? Atau kalo ikut saiz aku, kena jadi cam Jane Bingum? Ke nak aku gi tangkap sendiri orang buat salah macam My Sassy Girl Chunhyang tu? Atau cool macam Choi Yoon dalam A Gentleman's Dignity tu? Korang tengok citer tv banyak ni.... Eh, ke aku yang tengok citer tv banyak?

Pada pandangan orang yang takde member-member with legal background, apa pandangan korang pasal lawyer ni, hah? Aku curious gila. Sungguh, enlighten me, please.

Adakah aku akan tunduk pada kehendak masyarakat yang mendefinisikan lawyer itu bagaimana selepas ini? Probably not. Aku cuma nak guna untuk rebuttal. In a good way la. Kalo dapat hidayah untuk berubah, siapa tahu kan?

Ini soalan serius, aku asyik dok pikir ni: "macam mana senanya rupa seorang lawyer pada pandangan korang? Ke aku yang terlalu zuhud (dalam erti kata lain selekeh) utk bergelar title lawyer tu?"

Sungguh befuddled aku pada ketika ini.

Tuesday, September 17, 2013

Selamat Hari Malaysia

asal ilhamnya aku nak buat kek bendera Malaysia sambil nyanyi

merahmu bara semangat waja,
putihmu bersih ibu pertiwi, (or budi pekerti?)
kuning berdaulat, payung negara, 
biru perpaduan kami semua. 

pastu aku tak jumpa loyang kek aku. ceh.
kendian, aku try buat sesuatu yang di luar kebiasaan. cinnamon roll.

tada.

(gambar letak sini)

no, kak mah. aku tak nak buat croissant.

Selamat Hari Malaysia.
Kuching, tunggu daku April ini. Akan ku jelajahi Malaysia yang di sana itu.

Friday, September 13, 2013

Moview Review Bulan September

so, aku ada tengok beberapa movie tapi takde feeling sangat nak tulis entri mengenainya. nak kata sibuk dengan kerja, hey, aku tengah type kat ofis pada hari jumaat kot. 

KIL 
movie ni aku puji sebab tak sama langsung dengan typical movie melayu lawak bodoh yg ada mat rempit-scene lucah-hantu yang cuma nak bagi orang datang panggung.

redza minhat dengan cristina suzanne tu sangat rilek la berlakon. aku agak semua org tahu cerita dia camna. cuma aku nak point out kan bahawa, aku rasa mcm aku adalah bartender yang tunggu depa minum-minum lepas tengok movie tu. so real. 

cantik lak tu cinematography ja. simple tapi makan dalam. dan satu lagi - rasanya sapa yang tengok akan terteka yang  si zara tu ada kena mengena dengan organisasi yang bunuh orang tu. ye lah, tetibe je muncul lepas si Akil gi kontrakkan suruh orang bunuh dia since dia tak dapat bunuh diri.  

no, depa tak bunuh si Akil. 

THE HEAT
cerita ni pasal aku nak tengok Sandra Bullock dan Melissa McCarthy. Aku rasa typical cerita Bullock la. Dia akan jadi skema gitu, menyakitkan hati mula2 pastu jumpa seseorang yang ubah hidup dia then bleh plak jadi hero. Miss Congeniality camtu, The Proposal camtu.. Movie ni tak boleh masuk tv Malaysia. Perkataan "f**k" is too f**king many. 

THE CONJURING
Skeri la jugak. Maybe sebab kita dah biasa dengan cerita hantu kot. Bayangkan lah, apa aja yang kita tak tengok. Dari Jun On, Dark Water, The Exorcism of Emily Rose, The Ring membawak ke cerita hantu merapu keluaran Malaysia. Tu tak masuk cerita hantu Thai dengan Indonesia lagi.

Ada twist sket la kat hujung-hujung tu. Itu yang horrornya. 

KL GANGSTER 2
Nak aku buat review ke? Ye, aku tengok yang leak version. Takpelah, aku g tengok kat panggung la pulak. Sebab ada part yang aku rasa worth tengok kat panggung dan aku tahu dah part mana yang aku nak tutup mata sebab aku malu betapa teruknya satu scene tu. It's embarrassing.

Spoiler alert = Ajib lagi lawak dari Padil dan Jai lagi asmaradana dari Malik. 

ADNAN SEMPIT 3
Aku just tak paham kenapa cerita ni boleh jadi movie. Aku tak boleh nak otakkan. Cerita dia cuma pasal promote mamee dan kehidupan lame dua pasang couple yang berumah tangga. 

Tuesday, September 10, 2013

sila pegi cari kehidupan

aku tak tahu mana nak start mukadimah pada orang yang perasan hensem dan rasa semua orang suka kat dia. 

even begitu, kalau pun aku ada daya nak kata, maybe orang tu takkan paham sampai bila-bila sebab ada saraf dalam otak dia tak dapat terima fakta dan kenyataan dan bahawa kehidupan dia jumud, terkekang, takde warna dan bahawa sebenarnya dia tak hensem pun.  best part, boleh pulak kata kita jelly kat dia. 

tu aku belum cerita pasal nak ceramah "the wannabez".  ala, golongan yang mengaku lebih glambert dari ko padahal golongan tu baru je kenal Adam Lambert tu sapa.

atau yang hidupnya asyik perati orang.

oy.

aku kena belajar ignore mereka2 ni. hapuskan dari kepala otak. they're everywhere.

fokuslah kepada perkara-perkara penting. fokuslah kepada perkara-perkara positif.

takkan berhenti rasa seronok dengan diri sendiri seseorang itu kecuali kita hentak kepala dia dengan kayu. *tolong jangan*

aku agak mereka ini tidak begitu gembira dengan kehidupan sendiri, maka misi mencari mereka masih belum menemui kejayaan.

aku cuma tahu endingnya yang aku nak kata adalah "sila pergi cari kehidupan".
kerna, honestly, aku juga perlu itu.

Wednesday, September 4, 2013

jangan sampai hilang kawan kerana pendirian

agak menjadi persoalan, kenapa kalau ada kawan uolls yang tidak mempunyai pendirian yang sama dengan uolls terus uolls padam dia dari kehidupan uolls?

bukankah perbezaan pendapat dan pandangan itu bagus? as long as uolls tak tunding jari directly to a person atau maki hamun pakai kata-kata kesat dan/atau as long as kawan uolls tak bawa pendirian songsang yang menjahanamkan masa depan, menjerumuskan uolls kepada kesesatan, kedurjanaan even menempah tiket ke neraka. 

bagi iolls, seorang kawan dengan pendirian berbeza boleh bagi iolls pandangan/idea/cadangan yang iolls tak nampak in which ada pandangan tersebut bisa menghilangkan kabus-kabus kebluran yang wujud.

itulah keindahan intelek untuk weolls yang boleh berfikir. 

so, uolls tak seberpendirian dengan kawan uolls  adakah perlu terus uolls maki? perlu terus uolls bagi komen yang menghiris perasaan? terus uolls unfriend kat facebook dan kehidupan nyata?

tunggu dulu, adakah pendirian uolls pendirian yang benar dan tiada yang benar selain yang benar? adakah pendirian uolls lebih mulia? adakah pendirian uolls menjanjikan syurga?

jangan sampai hilang kawan, uolls.  

iolls rasa yang tak rugi adalah kawan uolls tu.

untuk kawan-kawan iolls, iolls sayang semuanya. uolls semua adalah pembentuk jaringan kehidupan dunia sebenar iolls kini (apakah ayat senget ini?). terima kasih untuk warna-warni ini. 

cewah.     

Thursday, August 1, 2013

BERBUK @ Kenny Roger's

Bosan aku dok asyik pakai iftar iftor ja. kita pakai berbuk pulaks. ertinya berbuka puasa.

Kononnya lepas order memasing nak gi main boling, nak shopping, nak jejalan. Kemain. Kami ja yang duduk kat Kenny Roger's tu dari kul 5.30 ptg sampai 8 lebih. Worst part is, matematik tak pandai sampai kira bil atas kereta kuning. *geleng kepala*


ihsan foto: nur

Deskripsi mengikut foto.

Atas kiri - Paan dengkikan makanan kat Intan, hence "the look". Dalam perkara yg berkaitan, beliau adalah pencadang tegar mencari keseronokan dan bagi Paan wave~!! Langkawi adalah destinasi seterusnya.

Atas tengah - Love selfies duo. K.Firah dok Kuala Nerang (aku baru tau ni) dan Liyana medium penyampai dan tempat dirujuk yang baik. 
    
Atas kanan - Budak gigi besar dan saiz besar. Pada masa yang sama, otak bergeliga dan berbudi pekerti luhur. bahahahahaha hokhok bahahahaha 

Bawah kiri - Peminat No.1 Menteri Besar Kedah. Dia mungkin tak tahu jalan2 di Kedah, don't worry, dia skrg dah ada GPS

Bawah tengah - Ini adalah contoh perempuan melayu idaman. Sila beratur dan ambil no. Calon yang paling sesuai adalah engineer, doktor, entreprenuer dan/atau seangkatan. Paling pandai matematik dalam banyak2. 

Bawah kanan - Intan kata dia memang teringin nak makan ayam Kenny's. Jauh datangnya, dari Sungai Petani.  

Thursday, July 25, 2013

Movie Review: The Lone Ranger

nak review hat ni dalam satu ayat - "Pirates of the Carribeans dalam versi cowboy with a pinch of Tim Burton."

Movie ni boleh tengok la. Kalo dah abang Johnny Depp, aku tengok. Korang conteng muka dia cam zebra pun, aku tengok. Bila aku kata pinch of Tim Burton tu, takde lain la, Johnyy Depp dengan Helena Bonham Carter. Kan, Sweeney Todd, Alice in Wonderland, Dark Shadow..

dalam perkara lain yang tidak berkaitan - aku suka Helena dalam Harry Porter. 

Ko sangat boleh relate dengan Pirates. 

Tonto/Jack Sparrow tolong John Reid/Will Turner nak selamatkan Rebecca/Elizabeth Swann sebab dia syok kat pompuan yang dia tak boleh nak dapat. Dalam pirates, Elizabeth anak orang kaya, dalam ni, Rebecca tu kakak ipar dia. 

John Reid/Will Turner agak skema dan loser pada awal-awal. Baru keluar melihat dunia, sehinggalah ditunjukkan dunia sebenar.

Tonto/Jack Sparrow hidup awesome sendiri-sendiri, suka hati, takde peduli. Pastu back up plan dia menjadi. 

Orang yang dipercaya masyarakat adalah orang yang korup. Orang jahat tak mungkin sorang ja - kena ada at least dua. Dalam ni, Cole dan Cavendish. Cavendish memang watak villain yang membencikan - selamba je dia gi korek jantung orang.. peh!  


Part ni best. Part lawan2 atas keretapi tu best. Ada sekali tu Tonto jalan atas tangga seberang ke keretapi kedua....  
  
Lebih kurang Pirates. 
Pirates versi cowboy. 

Movie Review: Pee Mak

Cerita ni kalo ingat asalnya dari Nang Nak yang originalnya katanya, by legend wujud hantu sang isteri yang tunggu suami pulang dari perang. Isteri ni mati masa melahirkan anak. Ala, dulu mesti korang penah tengok punya time study, pastu takut gi bilik air, kan? kan?   

Pee Mak ni pun jalan ceritanya kat awal tu sama la jugak. Isteri tunggu kat rumah by the river (by the way, cantiks giler rumah tu!!!), tengah pregnant, mati sesorang kat umah, tunggu suami balik dari medan perang. Once suami tu balik, dia tak tahu pun isterinya dah jadi hantu. 

Dalam movie ni, first sekali orang akan heran kenapa Mario Maurer, yang takde rupa klasik siam jadi Mak. Dia explain siap2, nama asal dia Mark, with K. Anak missionary dari USA. Dia kahwin dengan Nak dan stay kat Siam. 

Pee tu seingat aku, abang/kakak kan? Pom (saya) untuk lelaki, chan (saya) untuk pompuan...   

Dalam movie ni ada tambahan ganda 4 yang aku yakin sumber lawak dalam movie ni. Movie ni memang buat korang gelak berdekah-dekah tak bleh cover. Atau aku yang jenis tak reti gelak normal. Mak ada 4 sahabat yang dia bawak balik sekali dan diorang ni yg mula-mula tahu pasal Nak dah jadi hantu. 

Kalo korang tengok cerita hantu Thai dalam 4bia dan 4bia (2), korang kenallah 4 saudara ni. Lawak sungguh tanpa sempadan lerr deme ni.


Puak, si bodoh yang berani.
Ter, si pandai menganalisa. 
Shin, selalu kena buli. 
Aey, selalu disalaherti. 

Kalo dalam komik Shin Chan, kita boleh relate-kan Puak tu Shin Chan, Ter tu Kazama, Shin tu Masao dan Aey to Bo... hahhh, gitteewww. 

Aku tak reti nak explain lawak slapstik diorang. Termasuk dialognya, atau sebenarnya bahasa siam ni best didengar.

Masa Ter gi tengok bawah kangkang Nak nak confirm Nak tu hantu padahal dia patut tengok dari kangkang dia sendiri, masa deme lari dari Nak lepas main game, masa kat rumah hantu, masa atas bot.

Aku bleh cerita part yang buat terkejut sket la.. *spoiler alert* Mak tu tahu Nak hantu lepas diorang main charade but still terus tinggal dengan Nak, makan daun ulat, main dengan baby. 

Dan endingnya, deme hidup dengan Nak dan buka rumah hantu.

p/s: aku cadangkan korang tengok 4bia (download saja dari youtube) compilation of 4 cerita hantu dalam satu movie. Ada satu cerita tu, pelakon dia takyah banyak dialog mengeksplen dan runut bunyi pun, takut gak. Part deme 4 orang tu sumpah lawak!   

Wednesday, July 24, 2013

cer try jangan kesah

okay. okay.
aku tak paham kenapa ko perlu peduli kata orang.
tambah2 orang yang tak penting dalam hidup ko.

bayangkan, kalo kita hidup atas apa orang kata, tak gila jadinya?
manusia ni tak pernah puas.
tambah kalo yang jenis loser, paranoid dan seangkatannya.

cer try rilek, brader. brader, rilek la.
cer try jangan kesah.
cer try gini.

Thursday, June 13, 2013

Duta Alor Setar Cari Makan: Takoboy

Rabu semalam aku decided untuk puasa Syaaban (bukan puasa ganti okay!) dan feeling-feeling tu nak try buka puasa dengan japanese food. Oh, mantopp sangat buka posa gitu~! Jadinya, aku pun pergi lah Tesco Mergong untuk cari sushi empat lima ketul dan Nestle Bliss. Aku nak Yakult sebenarnya, baru King sushinya, tapi botol Yakult kecik sangat, tak sesuai buat peneman di kala berbuka puasa. Aku perlu amik masa nak isikan dalam satu bekas then nak campur dengan Sunquick, tak rajin, tak rajin.

Pastu, aku teringat Pa'an cakap pasal satu stall Takoboy dekat dengan trafik light Kolej Insaniah kat Lebuhraya Sultanah Bahiyah, stall dia kecik ja, betul-betul tepi jalan,  kalo nak landmark depan 7 Eleven area tu. Depa ni jual takoyaki, benda bulat-bulat yang dibuat dari tepung, dalam tu letak inti seafood, shredded cabbage dan carrot. Yang paling membuatkan extra sedap adalah kombinasi sos, mayonis dan bonito flakes tu. Mana nak cari bonito flakes tuu...

Tahu tak, dulu aku tak tahu pun 7 Eleven ni menatang apa, sampai la kat matrik, Maiza Latfi explain.

Aku beli dua set - satu set perisa sotong dan satu lagi perasa baru kata adik tu, fakura. Entahlah betul ke tidak, tapi itulah yang dia tulis kat atas styrofoam tu. Masa dia cakap tu, aku bukannya dengar sangat. Nak tanya banyak kali, adik tu cam gabra ja.

Yang tukang buat pun sopan bebenor, cuma aku sarankan lah, adik yang tukang buat tu cari kotak, berdiri atas kotak tu, awak tu sepatutnya selesa memasak dan dapur takoyaki tak sepatutnya sama tinggi dengan dada awak, kalo awak teruskan begitu, tangan awak boleh lenguh, dik non oi! Tetiba bagi nasihat kesihatan perniagaan pulops...

It's just nice la. Aku tak boleh la nak compare dengan takoyaki dekat Jusco Wangsa Maju tu, sebab itu cinta pertama takoyaki aku. Harga satu set RM4.00 - RM4.50. Yo, orang Alor Setar, cuba-cuba la rasa.

(gambar ada dalam kamera, nantilah aku upload)

Tuesday, June 11, 2013

Delayed Honesty

pernah tak bila berjumpa dengan teman lama and bila dia tanya korang;
"apa khabar? so, sekarang buat apa?"

adakah korang akan terus cerita dari A sampai Z apa yang korang buat lepas korang lama tak jumpa teman itu? tak kan? selalunya korang akan jawab "sihat. biasa ja. okay, okay. tak de apa pun" 

korang takkan cerita (kalau ini kebenaran korang la. aku reka ni): 
"oh, my god, last year I masuk wad and doctor said I was too stress and needed rest then my boyfriend was cheating on me, kereta  I kena tarik pastu in May I had to quit my job because that place filled with stupid people and then I kenal this guy at the gym and he was so hot, later baru I tahu, dia gay. I dah jatuh cinta kat dia... " 

jadi, aku nak mengajar satu fahaman baru. Delayed Honesty. 

Delayed honesty ni adalah kebenaran yang tertunda - definisinya ada dalam dua limb yakni "benda tu jadi and/or ko buat dulu, baru ko mengaku" atau "orang tu kena tanya soalan yang betul in order ko akan jawab perkara yang benar" 

Limb Pertama: buat sesuatu dulu kendian baru bagitau. 

"Dulu masa angah pi tengok konsert Adam Lambert tu kan, mak. Ada geng2 yang pakai kopiah masuk stadium check. Pastu, ada sorang makcik ni, dia pakai baju kaler silver satu badan pastu menari-nari"

Ko ingat kalo aku bagitau mak aku masa aku nak beli tiket konsert Adam Lambert tu, mak aku nak bagi?

At least mak aku dah tahu, kan? kan? 

Limb Kedua: bagi correct question, baru dapat the right answer.

"kamu tipu saya. tak cakap pun kat saya!"
"mana ada saya tipu, dah tak tanya. saya pun tak kata apa pun la."

Kalo ko tanya soalan yang betul, ko akan dapat jawapannya. Correct?

The truth is the most valuable thing we have, so I try to conserve it ~ Mark Twain
Cakap tu biar cakap yang betui, kalau pun kita yang buat salah, kalau pun orang nak marah ~ Kak Ina 


FOMCA 40th Dinner, Dataran Balai Besar

FOMCA telah ditubuhkan pada tahun 1973 di Balai Besar, Kedah dan telah menyambut ulangtahunnya yang ke 40, di tempat bersejerah ianya dimulakan. Just think like this la, few consumers association big guys meet up in front of Balai Besar and thought what a great idea it is if we could make a better "pertalian" among the consumers association in Malaysia. 

Aku sebagai Duta Cari-Cari Makan dan Tempat-Tempat Seronok Alor Setar (singkatkan jadi Duta Alor Setar) telah diundang sebagai salah seorang tetamu di Majlis Ulangtahun FOMCA ke-40 di Dataran Balai Besar and/or famously known as Dataran I-city, Alor Setar.

I used to work with FOMCA, so masa multimedia presentation, I was overwhelmed and glad "hey, I was a part of that!". ERA Consumer Malaysia is one of the key partners of FOMCA. ERA (during my time la) promotes human rights education and one of the rights is the consumers rights, of course.. 

 Congratulation, FOMCA!

FOMCA antara lain promotes kepada kesedaraan kepentingan hak pengguna di kalangan pengguna-pengguna. Macam-macam program yang diorang buat based on four principles - advocacy, publication..  okay, aku lupa. Acara tahunan adalah Hari Pengguna Malaysia, itu ja yang aku ingat...hahaha. I mean, kita semua ni pengguna, bak kata Datuk Paduka in his speech "we are all consumers, from womb to tomb".  


 Lepas Dato' Paduka potong kek, aku sebenarnya nak tanya pasal "Boleh bagi Lorong Seri Youth Center satu, Dato'? Saya sejak tengok Power Rangers masa sekolah dulu teringin nak buka satu, kalau tak buka sendiri pun, manage satu ka...boleh dak? boleh dak?"


Depan Balai Besar bersama entourage Duta Alor Setar.. hahahaha. thanks guys! 

Apa yang penting pada aku adalah aku dapat jumpa semula kawan-kawan dari ERA dulu. It's really nice to see them and to know that they're healthy and happy. Aku dapat chocolate dari Nanthini and Sara and still belum makan sebab aku dah jadi macam gollum dalam Lords of the Rings tu... "my precccioouuusss"

Got to meet Datuk M and Dato' Indrani (she remembered my text from 2 years ago!) Mohana, Sara Kecik, Foon, Tan Han Yee, Manivanan, Vicky, Kak Norli, and of course Ginee Ah So.  

Thanks for the invite! I still remember Datuk said "If got function with makan2, make Azwa go". Oh, I went Datuk, I went.

Keep on fighting for consumers rights, peeps!   

Wednesday, June 5, 2013

ini serius

aku takde nak post2 benda merapu kali ni. 

bos cerita pasal syiah tadi. pasal kawan dia sekarang syiah dan dia baru tahu. dia cerita macam mana golongan syiah ni mula2 sekali infiltrate fahaman mereka melalui simpati kita.  

aku nak cerita panjang dan berikan pandangan yang jitu dan bernas, aku tak reti. so aku dengar je la. 

pastu dia cerita pasal bertunang ni cuma satu episod untuk berkenalan. gantirugi2 tak payah bayar. kalo tak berkenan boleh batalkan. kalo beli hantaran ke, sewa fotografi ke, tak payah bayar gantirugi.  

aku tak setuju. aku tak setuju. aku nak bangkang lebih-lebih aku tak cukup ilmu. 

aku rasa macam kena sawan kalau benda yang aku tak setuju atau aku tak well-versed, aku tak tahu nak jawab. 

tunggu sat. 
saya balik baca dan kaji dulu. 

tunggu sat.
pasni kita sembang balik. 

Friday, May 24, 2013

Ayam Rendang Daun Maman

bila aku lalu KL, aku selalu buat sms-announcement, bajet glamer. number yg slalu aku dail adalah mereka2 ini -sorang (dari 2 orang dan gerombolannya) yang sentiasa ada bila ko perlukan kawan, sorang dah habis pantang, sorang tak balik kampung kat Rembau, sorang osem kat Melaka dan sorang tengah kursus kawin. 
"apa plan? apa-apa ko gtau."
"ko azwa, bila nak berenti buat keja gila?"
"abih tu, bos ko tak marah?"
"ada ape kat n9? singgah melaka"
"u go hit wall la. tamak."
feeling aku cam tai kar-che (kakak besar) turun kawasan.
******

"acik, angah dah pegi dah pejabat pagi tadi, dah masuk dah. pastu gi kat bos mintak cuti hari ni. kata nak datang sini. tak nak biar abah drive sorang2" statement ni aku buat dengan harapan bahawa acik puji aku adalah  tanpa nafi seorang anak solehah yang berbakti kepada ibu bapa. Acik tak layan. 
*****

"omak ko 55 tahun jo. makcik dah 58, anak ada 7 orang, cucu pulak dah 10 orang. bapak ko pun takdo la tua, suami makcik dah 6o lobih dah...  ko belajar lagi ke, kakak?"
"taklah, dah keja. dah lama dah keja. kenapa? nampak saya muda ke, acik?"
"ye lah, makcik tanyo la. kau kojo ko belajar laie? ko anak bongsu ko, kakak?" 
meskipun makcik tak jawab, aku tahu by heart and soul, makcik tu ingat aku muda belia. muda remaja. muda jelita. semuda-mudanya. muda cam anak-anak dia yang ikut dia gi kenduri tu. muda sungguh la. unexpectedly muda. 
*****

"you speak very good english" 
"oh, i have this american accent, american slang, right?"
"yes, you do."
"yeah, i watched too much tv"
aku rasa cam rock star malam tu masa borak dengan cikgu-cikgu bahasa inggeris dari Holland dan England tu. rokers bersatu to the star.  
*****

paling epic sekali adalah, pertama kali dalam sejarah kehadiran ke majlis kenduri orang kawin aku pakai t-shirt pinjam, cardigan dan kain batik. 

p/s: aku rasa pasni aku kena cari keja baru. oh, dan aku perlu bawak ayam rendang daun maman dari Jalan Tenai ni ke pejabat hari Isnin nanti. pastu aku cari keja baru. 

Monday, May 20, 2013

"muka gini kalo buat ajaran sesat pun orang ikut"

baru-baru ni, aku p mention kat court pasal kes tuntut hutang. so, bila sampai turn aku and the other party,  si comel tu senyum kat aku dan kenalkan diri dia. peh, ni kalo aku lelaki sejati, maybe aku takkan segan silu  atau pakai member mcm kebanyakan lelaki melayu nak mintak nombor henpon dia. dah la ayu wajahnya, bulat matanya, comel senyumannya, cerah kulitnya, bertudung litup, bernada santun. 

dan aku nyatakan di sini dengan tegasnya, kalo si comel ni buat ajaran sesat pun, aku rasa berpusu-pusu yang ikut dia. sungguh dengan tegas sekali.

lepas dia kenalkan diri dia, dengan sopan dia tanya aku nk buat mcm mana skrg, pihaknya ada forwardkan cadangan untuk mediation, sama ada pihak aku setuju atau tidak. aku cakap dalam bahasa kebangsaan - "kami dah inform klien tapi kami tak terima respon dia pun, so saya tak boleh jawab sekarang. sepatutnya hari ni mention untuk filekan bundle. hmmm, takpa la, kita minta next date and we'll see how, okay?" dia angguk. wajahnya sedikit risau. aku senyum kat dia, to assure her, it's gonna be okay. 

bila masuk appear kat tuan, mata tuan pun bertumpu je pada si comel. well, who doesn't.

selepas beramah mesra dan bermukadimah adanya, si comel pun mula berkata-kata "tuan, pihak-pihak telah bersetuju untuk proceed dengan mediation. oleh itu, kami mohon untuk tetapkan tarikh untuk mediation

oh, racun rupanya. racun ini. racun sungguh. 
si comel ni kalo buat ajaran sesat ni memang berjaya ini. 

Thursday, May 16, 2013

Sambutan Hari Guru 1994

Time tu umur aku 9 tahun dan sekolah kata akan buat sambutan Hari Guru. Untuk budak sekolah rendah dan yang masih dengar cakap cikgu, semua orang excited dan tak de lagi masa tu perasaan "sambutan kat sekolah, yeay! boleh ponteng!"

So, berpusu-pusu idea masuk ke dalam benak budak-budak sekelas aku nak bagi apa kat cikgu. Aku dengarkan aje memula. Tapi, bila aku teringatkan kebaikan cikgu bahasa malaysia aku tu, aku rasa aku perlu  hadiahkan dia sesuatu. Sebagai tanda terima kasih kat dia. Cikgu aku yang sorang ini sangat lembut suaranya, tulisan dia kat papan hitam tu macam font dlm komputer, apa yang ada dalam kepala aku dia macam boleh baca. Dia aje cikgu yang boleh kawal aku.  

Masa sekolah rendah dulu, sebab malas pegi mengaji (berlagak la time tu, sebab aku dah khatam al-quran masa darjah tiga tu), aku dulu suka lepak kat sekolah ngan kawan-kawan lepas habis sekolah. (antara hobi aku selain buat-buat sakit perut dan tidur kat Bilik Sakit atau lari dari Pendidikan Jasmani dan lepak kat Stor Sukan). Aku gi pagi, bawak baju sukan dan tunggu sampai sekolah petang habis then naik bas sekolah dengan diorang. Bas sekolah aku yang tokey dia Pak Long Fauzi yang muka macam Zarul Umbrella tu.     

Aku penah tipu cikgu kata aku ada penat sebab tu aku tak boleh dilistkan dalam Jadual Bertugas Kelas dan aku penah kena tampar bahu dengan dia sebab aku usik Wan Zetty Rafina dengan ular plastik. Menangis teresak beliau. Zetty, bukan cikgu.  

Bila aku stay back dan bila lapar, selalu gak aku dan kawan-kawan pegi berjalan kaki sampai kat rumah cikgu kat Taman Uda untuk makan nasi dan tengok power rangers kat rumah dia. heh. Sekolah kat depan Giant, Souq Albukhary tu, rumah cikgu kat Taman Uda, mantop tak? mantop tak? Sebab tu aku kurus dulu. hahahaha.   

Dek kerana aku takde pendapatan time tu, (d'uh) aku menangis berguling-guling depan mak abah aku. Mintak tolong beli hadiah kat cikgu. Tak penah-penah aku mintak actually. Bukan aku takde berahi nak beli hadiah kat cikgu2, cuma, yelah, aku tak diajar untuk memberi dan menerima hadiah. 

Sehari sebelum sambutan Hari Guru kat sekolah, macam biasa petang-petang aku akan bawak basikal pergi rumah Tok Wan aku nak main badminton. 

You see, kalau aku keep up that active lifestyle, main badminton, berbasikal, berjalan kaki ke merata tempat, aku adalah superbly indestructible, awesome and sexy. but, hey, i cant have everything, right? 

Dari kejauhan aku nampak adik abah aku, Mak Njang Rose bawak sejambak bunga chrysanthemum besar gabak dalam raga basikal dia. Dalam hati aku, "eleh, ada orang ngorat dia la tu". 

Sesampai dia depan rumah, dia bagi kat aku. Katanya, Tok Wan suruh belikan. Katanya lagi, Tok Wan kata  "Dekwa nak bagi hadiah kat cikgu dia". Dan dengan kembang hidung, di pagi Sambutan Hari Guru 1994 tu, aku serahkan pada cikgu, tanda terima kasih aku, tanda kekaguman aku pada seorang guru and she cried. We both cried. In fact, Zetty pun menangis.  

Terima kasih Tok Wan, terima kasih, Mak Njang. 
Dan istimewa hari ini, Terima Kasih Cikgu Siti Zaharah. 
Dan kepada semua cikgu, ustaz, ustazah, sir, madam, prof sejak aku tadika, sekolah sampailah ke Taman Ilmu dan Budi... 

1. Tadika, Sekolah Rendah & Sekolah Menengah
Cikgu Siti Aishah, Cikgu Chah, Cikgu Hajar, Cikgu Khabtiah, Cikgu Azlan, Ustazah Sharifah, Cikgu Arni, Mrs Thiagarajoo, Sir Fong, Cikgu Alwi, Ustazah Majdah, Teacher English masa tingkatan 3,4,5, Sir Mahmud (Al-Melele), Ustaz Ustazah masa kat Melele istimewa ustaz yang tibai aku dengan hanger), Ustaz Jamilah, Ustaz Shahabudin (cikgu disiplin), Ustaz Bad, Cikgu Add Math (sorry saya dapat 8E), Cikgu Rahmah, Cikgu Ramlah, Cikgu Ahmad (PKP paling cool Syed Omar). 

2. Matrik & UIA
Mdm Halyani, Ustaz Bob, Mdm Puteri Nemie, Sir Nik, Sir Muzafar, Md Duryana (sori saya selalu tidur dalam kelas CP dulu) Ustaz Aznan, Sir Aziz Bari, Mdm Mushera, Sir Iqbal (ye, saya tak amik kelas sir..huu) Mdm Zuhairah, Kak Sham, Ustaz Nushi, Mdm Shazu, Mdm Afridah, Ustaz Mohd Deen, Ustazah Zakiyah, Mdm Nik, Mdm Mahanoon (betul, bukan saya yang dengar mp3 dalam kelas madam tu), Sir Baha, Sir Salim, Sir Syed Tarique, Ustaz Zulkifly (ustaz menari M.Daud Kilau memang terbaik ah~) and tutors too! Bro Shahrul Mizan, J.Lee, Abg Shukor... ah, banyak lagi sebenarnya...   

3. UUM
Mdm Azlin, Prof Asmah Laili

(dan yang mana saya tak ingat, maaf. muka tu ingat, nama lupa... huuuu)

Juga untuk ibu bapa, kawan-kawan, keluarga, sahabat2 yang mengajar aku erti berhidup. 

Terima kasih untuk pelajaran kehidupan ini dan Selamat Hari Guru. 

Tuesday, May 7, 2013

Entri Selepas Pilihanraya

Hari Isnin, timeline Facebook aku berwarna-warni. Ada yang bergembira, masih kekal dengan pimpinan yang sama, ada juga yang bersedih kerna negeri tercinta ditakluki semula. Ada juga yang gembira, kerana telah nampak BR1M bernilai RM1000 seperti dijanjikan. 

Alor Setar muram. Di mana-mana kedai ditutup, kerana menjangkakan pimpinan akan kekal sama, kerana telah dijanjikan cuti umum. 

Aku bertemu sahabat. 

"hey"
"hey"

diam. 

"kedai makan tak buka hari ni"
"hmm? hmmm..." 

diam. 

"nak pegi tengok kat stadium?"
"ok" 

Sabarlah wahai teman. Sabarlah. Ingatlah kebaikan Allah. Ingatlah kasih sayang Allah. Allah mahukan yang baik-baik saja untuk kita. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. 

Tuesday, April 16, 2013

Terlajak type boleh delete

Terlajak type boleh delete. 
Terlajak kereta boleh reverse. 
Terlajak rakaat boleh sujud sahwi. 
Terlajak fotostet boleh buat jadi rough paper.

Terlajak kata? terlajak kata? Nasib kau la... 

Worst kalau ko kata plak time orang tu tak letak telefon lagi, telefon ofis ko plak masalah loud speaker. Pastu ko boleh gi tanya pulak "kat firm tu lawyer mana satu yang berlagak?"

Mampus! *hantuk kepala kat dinding*

Itulah, mulut jangan lekas sangat. Laju, menderu, melabel. Muka sendiri tak hengat.

Padan muka.
Padan muka.

Sunday, April 14, 2013

Buka Kitab depan Guru

Baru-baru ini (first time entri pakai terma ini, rasa regal sungguh), aku gi kelas Mdm Azlin, Banking Law. 

It seems that semua orang yang lain masih dalam vacation (sebab diorang full time students. gi vacation kat Australia, ko! super jeles), maka yang datang kelas cuma tiga orang 1 Malaysia je...

Pemalas-blur tapi osem-minum kopi pagi2 sorang dan rajin-gla-siap-sudah-assignment-mereka dua orang. 

Aku senanya nak buat gak statement "hey, look at us. do we really represent 1 Malaysia or what?" tapi aku tak tahu political preference mereka dan tahap humor, so, aku buat statement tu dalam otak je pastu aku senyum sorang-sorang, aku tersedar satu kenyataan - kelakar rupanya aku ni. 

Mdm suggest kami gi belajar dalam bilik dia aje, since 3 orang je dan hardisk komputer dlm kelas tu tak boleh didetect.

The topic was "e-banking".

Aku rasa, inilah topik yang paling aku paham sekali... bahahaha. 

Patutlah, tok-tok guru dulu suka ajar anak murid one on one je. Memang masuk ke dalam otak. Memang paham. 

Term yang orang dok pakai adalah "buka kitab depan guru"

Macam la kita belajar mengaji muqaddam dulu-dulu, susun muqaddam memanjang kat tepi ustazah pastu bila ko orang the next baca, ko pegi dan baca dengan ustazah yang pegang rotan. Selagi tak sampai turn ko, boleh lah nak duduk kat belakang - bersembang ke, nak buat keja sekolah ke, nak main batu seremban ke...   

Walaupun kitorang 3 orang, point aku adalah the more kecik satu2 kumpulan belajar dengan guru, the better.  

Kalo ko salah paham, time tu juga ko boleh tanya dan diperbetulkan. Sebab honestly, ko takkan rasa  cam dijudged bodoh oleh orang2 bila tanya soalan bodoh, macam aku ingatkan store-valued card tu contohnya cam bonuslink card, padahal yang betulnya adalah kad Touch N Go tu... 

Eleh, korang pun baru tahu bila aku bgtau ni kan? kan?

Dan pandangan peribadi aku, sepatutnya masters degree diambil selepas korang kerja sat. At least familiarize diri dengan benda sebenar, benda praktikal. Betul, so, ko dah biasa dengan the real-deal and bila ko belajar sket, ko boleh relate banyak perkara dan kagum dengan diri sendiri "oh, aku tahu ini" 

Saturday, April 13, 2013

Ini penting

"dia kata kat ko camtu, wa?"
"ye. atau yg aku paham camtu la.. Kot dia maksudkan cam lain. Tapi, itulah..."
"kenapa dia rasa dia penting gila dalam hidup ko, wa?"
No wonder kita bersahabat.

Friday, April 12, 2013

Kenapa kita gagal jadi masyarakat yang "practice what you preach"?

Aku nak sentuh isu satu video yang tengah viral. Oh, bukan video parodi terbaru Bobo Lentuk Leher, aku nak cerita pasal video buli ketua kelas, SMK Tun Hussein Onn. 

Aku tengok video tu yg kawan2 share kt fb, aku kagum sebenarnya dgn semangat jitu ketua kelas tu, korang bayangkan hampir 3 orang belasah dia, tak jatuh pun. Kira pembuli tu tak cukup Shark, tak cukup Lan Todak jadi pembuli.

Yang aku tak paham, walaupun ramai2 asyik nyatakan bahawa "Say No to Bullying" and stuff, kenapa kita plak gi cari identiti 3 Pembuli tu dan siarkan dan share kat seluruh internet, sealam maya? Maksudnya, kita sama je lah level dengan diorang tu, buli orang. 

Dude, its cyber-bullying. Ko cari identiti, ko hack facebook diorang, ko tayangkan gambar diorang, siap yang bergari lagi. Siap ada blog and invite reramai kutuk diorang. Padahal, diorang tu teenagers jugak. Sama je dgn ketua kelas tadi. Kalo ikut undang2, mahkamah kanak2, kanak2 tu tak boleh ditunjukkan muka diorang, kan? It will tarnish their future. 

Nak bantu polis takde masalah, ko serahkan jelah informasi tu kat polis. Kenapa perlu tunjuk seantero dunia? Nak apakah kamu? Recognition?

Tahu kan masalah teenagers? Kamonlah... we're were once teenagers jugak. Kita dulu jugak tercari2 identiti dan yang sebenarnya sebagai remaja, kita laparkan makanan jiwa. Sebab tu kita dulu jiwa kacau. Emo je manjang. Bila kena leter kalo buat benda salah, selalu ayat jawab adalah "mak tak paham perasaan, Melissa!"  kan? kan? Amboi, nama remaja Melissa, ngko!

Lapar perut boleh bagi makan, kalau lapar jiwa? lapar nurani? Makanannye apa? Didikan agama ler. Didikan moral. Tgk, aku pun dah jadi ustazah dah...

As teenagers, ingat tak? kita akan ikut buta mana2 aksi yg kita rasa hebat. Yang kita rasa "best ni kalo aku a part of it" Kalo tak remaja rasa hebat jadi rockers, takde la dulu berjemaah remaja simpan rambut panjang, pakai seluar skinny koyak, emo tak tentu pasal. 

Hoi, ni bukan zaman remaja aku HOI! 

Zaman aku dulu Nsync, Backstreet Boys, pastu dah naik habis sekolah menengah sket, start cerita tangkap leleh korea, Winter Sonata. Then, DBSK, Big Bang, Gackt.. eheh.

Tolonglah janganlah kita jadi masyarakat yang asyik nak tunding jari, tapi buatnya tidak. Aku tak mahu kita jadi masyarakat yg kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. Marilah kita berganding bahu menyediakan masa depan dan masyarakat yang lebih baik... (aku try bertanding jadi ADUN la)

Please, SAY NO TO ANY KIND OF BULLYING. 

Wednesday, April 10, 2013

Kelaparan Itu

Sejak Amjad jauh ni, mak aku malas nak masak untuk makan malam. besides, abah aku pun tak berkenan sangat makan nasi malam2. Tapi, itu pun ikut time la. 

So, malam tadi, disebabkan kelaparan yang amat, aku pun masuk dapur. Dan aku nampak kentang tergolek di situ. Dah macam cerita Rock Oo, kentang tergolek depan mata pastu gi rebus. 

Kebetulan, aku baru lepas ulang episod Family Outing masa Cha Tae Hyun jadi guest. So, aku pun try la buat the so-called Gamja Jolin. Basically, kentang goreng ko letak kicap, madu and aku improvised letak asam tamarind tu. 

Kelaparan tersebut buat aku bekerja dalam keadaan yang super laju dan terer. Chef Ramsay dengan Chef Wan sekali aku rasa akan kagum. 

chop chop (insert aksi memotong), 
chewww (insert aksi goreng) 
chreett chreett (insert aksi tengah perah asam) 
pssshhh (insert aksi masukkan air asam dalam kuali)
cheeww chewww

Mak aku then, macam inspektor makanan datang buat lawatan, "hang masak apa ni, Dekwa?"
"Gamja Jolin" (translate - boiled potatoes)
*hambar dan tak layan* 
"Satgi jangan dok buat2 lupa kemas dapoq. Esok2 mak juga yang nak kena basuh"
Ommaa~~ (insert aksi manja)

Tuesday, April 9, 2013

Mari Offer Penampar: Epi 2

"Amboi, wa. Tak nampak langsung kita kat sini. Jalan menonong je. Sombong"

Aku nak offer penampar, boleh?

Cuba kita ubah cara kita menegur orang bila kita nampak orang kat tempat awam, tapi orang tak perasan kita. Tah ke orang tu rabun ke, memang tak ingat ko sapa ke, memang tak nampak langsung ke, alih-alih kena cop sombong. 

Untuk pengetahuan semua ya, aku bukan YB kawasan. Aku tak perlu berpura-pura peduli untuk raih undi. Kena ramah, salam semua orang, tanya khabar setiap sorang, hulur wang, pastu mention pulak, "meskipun orang yang ditolong tu adalah pembangkang, sebagai menteri besar, YB tidak pilih bulu." Apa ke? Bukan memang keja ko jaga rakyat ke? ke? tetibe ke politik pulops.

Kalo aku nampak aku tegur, kalo aku kenal aku hi, kalo orang senyum, aku balas. Unless kalo hubungan kita awkward, aku definitely, definitely akan try avoid keawkwardan kita. Itu akan menyelamatkan both of us. Bahaha ahaha. *krik krik krik* 

Kalo aku tak dengar, tak nampak bila korang panggil.. kalo sudi tu datang la, peluklah daku. Janganlah terus label aku sombong. Kesian aku. Meskipun, aku tak penting dlm kehidupan ramai manusia....(sambung ayat sendiri la). Adalah benar aku cuma comel sahaja, muka time pagi-pagi memang tak boleh blah, atau time aku mengantuk pun tak boleh blah - comel tu cam surut kejap time2 kritikal camtu. Nanti comel tu datang balik la. 

Bila peluk, jangan kat pinggang la weh, aku geli. 

Sunday, April 7, 2013

Manusia Paling Bodoh dalam Kelompok Orang Bodoh

in before, aku minta maaf kalo terasa tapi aku kena highlightkan benda ni.... sebab bak kata Dr Sheldon Cooper tanya kenapa Penny menangis then she said: Because I'm stupid! Pastu Sheldon kata: That's no reason to cry. One cries because one is sad. For example, I cry because others are stupid, and that makes me sad.

Kategori yang aku maksudkan di atas adalah golongan2 yang pegang statement ini:

1. "kita jangan persoal hukum halal dan haram, dosa ke pahala, itu Allah yang tentukan"

Bentuk kebodohan nyata di sini adalah, terang-terangan Allah dah tunjuk apa yang halal, apa yang haram. Mana yang boleh pahala, mana yang bikin dosa. Ada pulak pembahagian, yang mana dosa kecik, dosa besar. Nabi sendiri pun bagitau, tunjuk, ingatkan... Semua dah tulis dalam Al-Quran, dalam hadith, pegangan para sahabat... haisyh!  

Jangan tunjuk yang kita tu sangat tidak cerdik, tak reti agama, hanya mahu approval manusia dan sangatlah obvious tidak baca & paham Al-Quran. jangan~

Thursday, April 4, 2013

(tak jumpa title yang sesuai)

aku ada benda nak cerita. lepas aku bengkek pagi tadi dengan kejadian di Kangar, aku rasa malas nak buat kerja berfaedah. so, aku nak bercerita.

manusia ni, mana-mana manusia pun mahukan recognition dan approval. perasan tak? perasan tak? dua benda berbeza tu.. (kalo ko tak tahu makna recognition, approval, ko cari kamus la woi)

untuk lebih terperinci lelaki mahukan acknowledgment sementara pompuan mahukan appreciation

menatang ni aku belajar kat kem yang tempat keja aku organize dulu. Bos aku risau kot, time tu, anak buah asyik gaduh opinion je, maka, dia arahkan kitorang masuk kem bawah Leonard Personality Test apa bala tu. Surprise, surprise, kem tu bagus. Aku pun dapat tahu kelebihan aku sewaktu kerja. Tapi aku tak praktis pun la sekarang. Aku praktis time aku kerja dgn tempat lama je. Dah time tu je berkobar. Haha. 

Korang bukan paham pun, kan? Aku kan jenis berleter tak explain. My bad. Aku bagi contoh la.

Situasi 1: Seorang brader cuba menjadi cute dan memasak untuk isteri. Isteri kalo kata "abang masak?" itu pun dah cukup sebenarnya. Ko tak payah nak cuit hidung, nak beli belon. Cukup. 

(itulah contoh mudah acknowledgement aku, paham? paham?)

Itu tak berlaku kalo pompuan plak yang masak. Katalah dia masak menu yang luarbiasa, penuh meja ni, masak dari pagi untuk makan malam. Ko, kalo jadi hasbennya pakai ngap saja, tentulah tak kena or cakap "ayang masak ke? wah~~". TAK CUKUP, BRO. Ko better cakap "terima kasih sebab masakkan kat abang" oh, sedap ke tak sedap ke, itu belakang kira. yang penting, ko appreciate.

Nampak tak? Nampak tak? Paham? Kalo tak paham, click je pangkah kt atas tu. Yg kaler merah tu. Ko klik sekarang. Klik sekarang.  

Aku tak berapa sure pasal approval dan contoh yang patut aku bagi kat korang. Tapi, aku try je la. 

Situasi 2: Katalah ko menang dalam satu Saman yang mana disebut dalam kamar Yang Arif, kemudian yang lawyer pihak sana dah blah dah, lalu kat dalam mahkamah yang ada ramai lawyer lain dok tunggu nak bicara, cara ko nakkan approval mereka, dan bahawa dan bagitau mereka ko menang kes tu, jangan lupa memperbodohkan peguam tadi dengan berkata

"Awin, nanti Encik Mansor mesti nak appeal lepas ni, nanti lepas buat draf order tu, tunjuklah kat saya" dengan kuat. Kena cakap dengan kuat tau, so, orang tahu ko menang. So orang approve ngko.

Hummm... camne nak buat recognition eh? eh? Aku ada contoh. Maybe dengan masuk persatuan yang takde hala tujuan, itu pun satu jenis recognition senanye. Tak kesah la kalo yang objektifnya nak memartabatkan bangsa ke, agama ke, tapi tak anjur pun program2 yang mengisi, yang ilmiah. Itu tak penting. Yang penting, ada orang recognized ko dalam sesuatu kelompok. Ye lah, nak jadi usahawan, malas. Nak jadi pemimpin, nak cakap tak eloquent, dgn orang seofis pun berat mulut...  

Seriusli, yang aku dok tengok, duduk ramai2 minum air kat kedai mamak, ada buah gaduh la, pakai baju hitam macam metal la, yang paling aku tak tahan sekali, nama je persatuan, takde fungsi pun, membantu time2 geng gaduh pasal pompuan je, time kereta ke tarik...     

OH! senang je, ko tengok Lady Gaga. Punya la nak perhatian orang, pakai baju macam kereta berhias. Bila dah yang lain rasa idea jadi kereta berhias tu idea yang genius dan fantastic, maka ramai tak pengikutnya? Ramai kan? Kenapa jadi pengikut? Sebab nampak si gaga tadi tu direcognized. kan? kan? 

*hambar*