Pages

Thursday, December 29, 2011

Movie Review (half and half): Enthiran

Malam tadi, untuk ke 34kalinya gua tengok 3 Idiots - kat TV3. Gua sumpah banyak kali dekat tokey Sistem-Whatever-Berhad tersebut kerana tak ajar anak buah pikir pakai otak.

Korang bayangkan, movie tu dah la diletakkan dalam dua part - itu pun nak potong-potong scene lagi. Abeh? Camna orang nak percaya kat berita-berita korang yang sah-sah dipotong ikut kesukaan korang?

Nevermind that.

Selepas itu kemudian, gua kebetulan terkalih channel ke RTM2. Gua rasa RTM patut bangga, ada juga yang nak buka channel diorang. Maklumlah, orang ohsem (macam gua), atau baru belajar nak ohsem dan/atau sewaktu dengan antara kedua-dua tersebut tak tengok channel free dan ambience tahun 80-an tersebut.

RTM2 tayang Enthiran(Robot) lakonan Rajnikanth dan Aishwarya Rai. Kali kedua. Tahun ini. Kali pertama, time Deepavali hari tu.

Oh, gua tengok masa gua kat kedai makan. Gua takde power atas remote control diorang.

First round gua tengok takat sampai si Chitti Robot tersebut bercakap dengan segerombolan nyamuk. Tersedak gua guling-guling sebab tengah makan then tergelak tidak sopan sehingga mengeluarkan bunyi babi dari hidung sebab gua rasa lawak nak mampus nyamuk boleh cakap Tamil.

Gua juga wonder untuk beberapa bagaimana hero lagenda (untuk watak Vasee) tersebut nampak sungguh tiada sebarang kedutan dan berambut alun cantik walaupun beliau 12 tahun lebih tua dari bapak gua.

Malam tadi, gua tengok round kedua, part Chitti dah jadi jahat. Gua juga dah dapat figure, kemudaan Rajnikanth adalah atas teknologi kosmetik yang kita namakan airbrush makeup. Gila juga seutas robot terhadap seorang wanita sampai sanggup sediakan sebuah mall untuk wanita tersebut. Mana bisa seutas robot mengenali robot lain yang bukan robot tapi menyamar jadi robot dengan hanya scan sisi wajah? Oh....

Dan tanpa gagal juga untuk kesekiankalinya, gua gelak sampai keras perut - Vasee suruh Sana (Aishwarya) delay Chitti untuk 24jam. Kalau 20minit ke, 2jam ke gua rasa amat relevant. But, 24jam?!

Hahahaha hahaha ahahahha ahaa haha

And, what the effin fook is Robot-Sapien? Ahahahaha... Sperm robot... Ahhaha hah ahah ahhahahaha ahahahhahaha ahaha hahha hahaha

Oh.. gua harap sangat Ra-One seseronok untuk diketawakan sebegini...

Tuesday, December 27, 2011

Surat Terbuka kepada Johan Ashaari

12, Lorong Kenangan
05300 Alor Setar, Kedah

Dear Johan Ashaari,

Apa kah khabar ko di sana? Gua sihat-sihat saja. Gua baru saja balik dari court. Ada kes sikit. Ramai tadi dekat court, gua kena parking tepi jalan. Sekarang gua dah dekat ofis, tapi belum start pape lagi. Bak kata Kak M, gua sedang malas tahap gaban yang mana gaban tersebut pun tidak malas sebegini sekali.

Sudah lah pasal gua, banyak lagi gua boleh cerita pasal gua kat blog ni, tapi gua nak cerita tentang ko, bro. Bro, masa sabtu hari tu gua tengok ko kat TV3 dalam Cekeradrama yang ko jatuh cinta kat makcik dagu botox rambut afro tersebut. Gua terus terang tak expect ko nak banyak kali nyanyi lagu hindustan oldies macam tu. Gua juga tak expect si Qie nak berlakon jadi antagonis ko. Sungguh masa ibu dan nenek gua kerugian dek kerna cerita komedi-kambing tersebut. Cerita hampeh begitu gua rasa amat sia-sia dan tak bermakna. Kelakar pun tidak.

Johan Ashaari,

Gua bukan dengki, tapi gua tahu ko pun tahu bahawa mereka-mereka banyaknya mahu perah apa yang ada pada ko sekarang. Populariti ko. Ya, itu. Golongan freemason memang suka menggunakan populariti dan duit untuk tujuan penyebaran fahaman mereka.

Mereka akan perah ko habis-habisan, mereka akan gunakan ko, jadikan ko hero dalam cerita mereka - tidak kiralah cerita sampah, cerita yang mereka kata komedi tapi cam haram atau hero romantik cerita recycle, gosipkan ko di tahap tertinggi dengan pelbagai cerita merapuzuber dan jadikan Jue Aziz gifren ko sebelum tinggalkan ko berhati patah.

Johan Ashaari,

Mak gua suka tengok muka ko. Mak gua kata ko pernah jadi tahfiz sekejap dan belajar di kolej Islam. Gua pun taktau mak gua tengok profil ko kat mana.

Motif surat terbuka ini sebenarnya adalah peringatan khidmat masyarakat yang ingin sekali gua nyatakan pada ko. Tolong jangan jadi Rosyam Noor kedua.

Bila suka ditimang-timang, bila sudah tidak suka ditendang-tendang.

Point gua sebenarnya begini, ko takde la hensem mana, tapi ko ada muka yang tarik orang ke ko. Ye, muka kampung ko yang power itu. Macam la Rosyam Noor. Sekonyong-konyong pelakon pembantu dalam filem Faizal Hussein dulu kemudian jadi hero drama, hero filem.

Semua orang sedut apa yang ada pada Rosyam Noor waktu tu. Semua nak Rosyam. Semua makcik-makcik mahu dadanya diotograph oleh Rosyam.

Ko tengok apa Rosyam Noor buat sekarang since takde sapa nak kat dia lagi? Dia terpaksa terbit sendiri drama untuk dia jadi hero semula. Sebab kalau dia berlakon dalam cerita lain, mungkin dia dah jadi pakcik2, bapak2, atau if sinetron Indon, dia dah jadi kakek.

Kemudian dia terpaksa cari pulak barisan pelakon-pelakon baru melalui rancangan realiti kerana kalau dia amik pelakon glamer yang lain, dia akan tenggelam. Heroin je dia amik yang glamer. Ye la, barulah setaraf dengan beliau.

Ko besok jangan begitu, okay?

Sekian. Harap ko faham concern gua.

Yang benar,
Azwa Rahman

Monday, December 26, 2011

SOSEH: Dari Meja Duta Seronok dan Tempat Makan Alor Setar

Yesterday, I pegi Langkawi. Just a day trip. Ala, dapat tiket feri free. Biasalah...

I do know its not in Alor Setar, duhh.... But, hey, its still in Kedah, kan? *bats eyelashes*

Went to Lubuk Semilang, Pantai Cenang and did some shopping kat Ismail Group. There's an awesome Thai Food Restaurant right at the corner, depan dengan Bayview Hotel. Sedap, I'm telling y'all!

And, by the way, I guess I kena juga juga buat spek mata. I know I will look gorgeous wearing one. I taknak la bila I nampak anak lembu lagi, I panggil dia rusa. Silly me! Awwww...

See you when I see you..

Ciao!

XoXo,
Flutterbyazwa

Thursday, December 22, 2011

Atas Pagar

Gua selama hidup (secara realiti dan globalnya) jarang take side.
Gua tak ke kiri, gua tak ke kanan.
Gua prefer tengah2.
Kadang2 gua kasi bara tambah. Its fun!
Kadang2 ada yang anggap gua belot.
Lantaklah.

Gua suarakan apa yang gua rasa.
Apa yang gua setuju, dan apa yang tidak.
Terus terang, gua tak register mana2 parti pun.
Mungkin gua masalah bila nak cast vote tahun 2012 nanti.
Lantaklah.

Wednesday, December 21, 2011

Alter Ego

"Ko ni, sekejap gua, sekejap aku, sekejap i... ko sapa sebenarnya?"

Diam.

20 minit berlalu

~

~

~

~

Gua scribble-scribble.

Azwa Rahman - blogger, rokes kampung, ganas, macho dan sarkastik, minum kopi, lepak, jarang basuh rambut, pakai jeans rabak.

Flutterby - Duta Seronok dan Tempat Makan, ramah tamah, sopan, ala-ala pageant queen, suka lambai, tinggi 171cm, (sila bayangkan Legally Blonde)

Rgawr Gumpyx - peminat Adam Lambert, kawan baik Neil Lambert, go steady dengan Bo Tye, pengguna Twitter.

Azwa Damia - photographer, enjoying life to the fullest, kaya raya, suka travel, berlagak nak mampus, serbatahunista, experience penuh 18 muka surat, femes kat Facebook.

Nor Azwani - insan sebenar, sengkek, hutang PTPTN, still duduk dengan parents.

Gua yaking betol ini bukan takat alterego, ini dah kira penyakit Multiple Personality Disorder...

Ha, dah jawab... PUAS HATI KO? PUAS? PUAS?

Better Than I Know Myself - Adam Lambert

Cold as ice
And more bitter than a december
Winter night
That's how I treated you
And I know that I I sometimes tend to loose my temper
And I cross the line
Yeah that's the truth
I know it gets hard sometimes
But I could never
Leave your side
No matter what I say
Coz if I wanted to go
I woulda gone by now but I really need you near me
To keep my mind off the edge
If I wanted to leave I woulda left by now
But you're the only one that knows me
Better than I know my self.
All along I tried to pretend it didn't matter
If I was alone
Deep down I know
If you were gone
For even a day
I wouldn't know which way to turn
Coz I'm lost without you.
I know it gets hard sometimes
But I could never
Leave your side
No matter what I say
Coz if I wanted to go
I woulda gone by now but I really need you near me
To keep my mind off the edge
If I wanted to leave I woulda left by now
But you're the only one that knows me
Better than I know my self.
I get kind of dark
Let it go to far I can be obnoxious at times
Trying to save my heart
Cause I need you now
So don't let me down
You are the only thing in this world I would die without

NEWS: Dari Meja Duta Seronok dan Makan2 Alor Setar

1. IMAN KOEYTEOW
Lokasi: Jalan ke Shahab Perdana
Reviu Flutterby: Boleh la, char koeyteow kerang dia boleh tahan. Portion sikit, so, kalau lapar, sila order dua atau tiga. Ada juga nasi ayam, satay dan western food. I rasa okay la tempat ni.

2. RESTORAN MEKAH
Lokasi: Dua pintu dari Amway, Mergong
Reviu Flutterby: Main attraction adalah nasi mandi ayam/kambing. Boleh pilih antara size S atau L. L boleh la makan dua orang. Daging kambingnya adalah imported. Nasi sedap, however, mana2 kali you all pegi pun, nasi dia sejuk. Sayang tau....

3. NASI LEMAK SULTAN
Lokasi: Berdepan dengan Menara Peladang, Jalan Teluk Wanjah
Reviu Flutterby: Nasi lemak mamak. Nuff said.

4. NASI ROYALE
Lokasi: Berdepan Taman Belimbing, menghala ke Alor Mengkudu
Reviu Flutterby: I like it, like it sooo much! The chicken and beef and the gravy. Yomsey!

5. MEE ARIF
Lokasi: Parking Area, depan bangunan kedai Taman Intan
Reviu Flutterby: Selalunya I call je si Arip ask him to bungkus mee kuah dengan mee goreng. Sedap gak. Kuih keropok dia i suka bite it!

6. RESTORAN WONG SOLO AYAM PENYET
Lokasi: Depan Tat Nasi Ayam, Jalan ke Shahab Perdana
Reviu Flutterby: Selalu gak makan sini time lunch. Tapi nasi ayam penyet kat Sunway yang i makan dengan FarrahJoyy paling terbaek ahh! Meleleh air hidung! Mencik!

7. KOPITIAM WAWASAN
Lokasi: Kompleks Alor Setar, Kanchut
Reviu Flutterby: My source of makanan of every day life at the office. Nasi lemak, roti canai, western, roti telur, pek nga, goreng2... last time, there was this akak yang jual nasi kerabu. Sedap, but closed already.

Asal baru sekarang nak update dan buat kerja sebagai Duta Makan2 dan Tempat Seronok? Biasalah, nak dekat mengundi ni kan... Tunggu Anwar masuk belakang je, pilihanraya ON! LOL!

p/s: gambar nanti i letak, okes!

Sunday, December 18, 2011

Eksperimen, Ekshibit dan Masakan

Berbekalkan pisau rongak di tangan, gua bergerak ke rimba itu. Rimba itu menjanjikan pelbagai ekshibit bagi keperluan eksperimen gua.

Gua selak rimba berhampiran, menampakkan batang-batangnya yang sedang membesar. Gua angguk. Gua mahu ini. Gua duduk mencangkung. Membetulkan posisi sebelum memegang erat batangnya. Gua tarik, gua halakan pisau. Gua amik dalam 4-5 batang. Ini ekshibit A.

Setelah berpuas hati, gua lalu bangun, bergerak ke ekshibit seterusnya. Sesampai ke destinasi, gua letak ekshibit A ke sisi. Gua cangkung lagi. Batangnya memerah. Gua pegang erat, gua korek dasarnya. Gua cengkam erat lalu menariknya sepenuh jiwa. Gagal.

Peluh di dahi gua sapu. "Berat ni kalau camni" getus gua. Sendiri.

Gua lurut batangnya perlahan-lahan. Gua memikir strategi baru. Gua korek lagi dasarnya. Gua genggam lagi batangnya dan menarik sekudrat mungkin. Sensasi hebat gua rasakan.

"Ahhh....." gua jerit, kuat.

"Mak, bak 5 ringgit. Pi beli lengkuas kat kedai je la." Ekshibit A, serai gua serah kat mak. "Kensel je la asam pedas hari ni"

Mangkuk hayun mana yang cipta masakan pakai serai, lengkuas, kunyit ni? Stupid mofo!

Wiken Gua

Jumaat
Dina kejut gua gi tengok anak Farhani. Congrats to Farhani and husband dengan hadirnya Fidya Haiba. Korang memang memenuhi penaakulan mantik gua.

Sorilah, gua tak boleh buat janji hindustan kahwin-kahwin anak kita since gua sendiri pun ikut angin berhembus (literally), tak terlekat kat batang pokok mana-mana lagi..

Sabtu
Kenapa takda sapa yang tanya apa Jeet mahu?! Family dia masa dia ada dulu, asyik minta nak soh pi mati. Family Gujrati tu plak soh dia janji dok kat rumah tu sampai mati.

Kenapa takda sapa yang tanya apa Jeet mahu?!!

Kenapa gua habiskan tiga jam tengok movie hindustan yang camharom tu? Kenapa?

Thursday, December 15, 2011

Umar, Umar...



gua jumpa ini kat facebook. gua rasa Si Umar ni adalah lelaki islamik terhebat di Malaysia. gua agak dia hensem, tinggi, segak, tegap, bergaya, macho, muka masjid - dan dalam erti kata perfect dari segala segi.

gua cuma bleh cakap gini je la.

(1) Gua berkulit sawo matang. Gua expect Umar berkulit cerah dan mulus memandangkan ini penting untuk anak-anak.

(2) Ada lesung pipit sebelah kanan tapi kurang visible. Gua pun nak Umar ni berlesung pipit. Gua rasa agak K-pop untuk lelaki berlesung pipit.

(3) Gua tak pakai tudung labuh, tapi gua tutup aurat, gua tutup dada dan bontot.

(4) Gua tak pakai spek, even gua patut pakai. Gua rasa pakai spek buat gua nampak bijak. Gua tak rasa Umar nak terima bini yang lagi bijak dari dia luar dalam, kan?

(5) Gua dari Kedah tapi gua suka makan budu. In fact, gua suka makan.

(6) Gua tak sure gua melayu setakat mana. Sebab gua ada keturunan Arab/Siam. Yang gua tahu, original orang Melayu adalah dari Indonesia atau orang asli.

(7) Umar ni berapa umur, tapi gua - dulu, kini, selamanya 25 tahun.

(8) Boleh masak, tapi gua takkan tipu pengalaman gua macam Chef Riz.

(9) Gua lemah lembut bila dengan orang hensem dan orang bagi gua duit je.

(10) Gua suka budak-budak, unless diorang buat perangai lah. Gua harap time diorang buat perangai, ko boleh take over, Umar. Especially bila malam2 kena bangun buat susu tu.

(11) Gua cukup peramah dengan makcik2. Tambah time bergosip.

(12) Gua hafaz time sekolah menengah dulu, satu Muqaddam - gua juga expect Umar ni hafal the whole Quran, penting husband lagi terer dari isteri.

(13) Gua tak reti bercakap sampai semput macam Ustazah Bahiyah tapi seingat aku dakwah boleh banyak cara. Salah satunya adalah menjadi tulang belakang seorang pendakwah. Yes, you Umar!

(14) Gua rasa paling elok gua bertahajjud dengan suami. Lagi afdal.

(15) Tinggi ko 1.63cm? Gila tinggi ko besar zarah. Ke ko gagal Matematik, Umar? Dalam passport gua 171cm. Amacam? Takkan taknak yang tinggi macam model? (dan, please... gua nak husband yang pandai Matematik)

(16) Gua gomuk, gua okay. Tapi gua boleh kurus. Ko Umar, kalau tak hensem ikut kamus gua, gua tak boleh terima. Unless ko pergi buat surgery.

(17) Gua aktif main games. Dalam internet.

(18) Gua suka bercakap. Itu dah dikira ramah tamah. Gua expect Umar juga ramah tamah, scratch backs with pak-pak Menteri. Senang nak dapat projek.

(19) Penghalang gua dari jadi NASCAR racer, mak gua je.

(20) Gua anak nombor dua. Gua expect Umar anak tunggal. Harta boleh semua dapat kat gua, eh, Umar.

(21) Hari raya haji hari pertama di Kelantan. Hari raya puasa hari pertama rumah mak bapak gua. Sanggup?

(22) Gua takde penyakit kronik selain penyakit malas. Itu bukan penyakit kulit.

(23) Gua taknak mengadap tv hari-hari, baik gua kat ofis main Sims ke, Facebook ke, makan ke...

(24) Kalau Tuhan tak izinkan, ko nak kata apa Umar?

(25) Satu je syarat gua Umar. Gua nak ko kaya. Kaya berharta. Harta billion air - billion air.. Semua syarat lain ko tu akan termakbul.

..


..


..


..


Amacam, sanggup?

p/s: Umar ni banyak sangat makan budu. BUDUS.


inspired from: Sarkasis

Bapak Gua dan Arnab

Petang semalam, bapak, mak dan gua pegi beli barang dapur kat Pasar Awam Simpang Kuala. Bapak gua YB kawasan gamaknya, ramai yang datang bersalam dengan beliau.

Sampai dekat satu pakcik Cina Muslim yang jual ikan, yang isteri dia garang nak mampus tu, gua nampak ada sangkar siap ada dua ekor arnab putih yang comel. Gua tak tau sapa pun. Tapi, serokes gua, gua pun teringin nak bela arnab juga.

"Bapak, angah nak bela arnab"
"Bapak, nak arnab"
"Bapak, arnab" tiga kali gua mintak kat bapak.

"Nanti kita pegi kat Gurun kalau nak arnab. Kawan bapak ada banyak arnab kat sana."

Gua kerut dahi. Bapak nak bagi gua bela arnab?!!! Seriyus~?! Hati gua berbunga.

"Bapak ingat daging dia takde la mahal mana. Ladang ternak dia besar, ngah!" Hampir menitis air mata gua. Gua tak cakap gua nak makan...

Bapak bergerak ke kedai kakak jual buah. Trend sekarang makan buah delima kot. Bapak tepuk-tepuk bahu gua.

"Sorilah, bapak tak reti urat mareh arnab kat mana. Arnab bukan ada tengkuk"

Baik juga kalau gua sawan babi kat situ.

Tuesday, December 13, 2011

OWNED!

Gua demand bayaran perkhidmatan untuk tukar password Facebook anak perempuan bos gua yang berumur 9 tahun. Adik dia mintak password baru tu, dan gua cakap gua boleh dibeli.

"Kak Ajijah (bukan nama sebenar gua) ni mata duitan la..." masam muka beliau.

Duit belanja sekolah pun mintak kat parents, tambah nak bayar servis gua. Alasan taknak bayar. Tadi kemain kata kata boleh. Tu baru gua mintak RM5. Kalau gua mintak Bugatti Veyron sebijik camno?

"Memang la Kak Ajijah mata duitan. Kalau setakat Kak Ajijah terer tapi tak kaya tak guna juga..."

"Islam tak cukup ka buat Kak Ajijah?"

OWNED!

Tak Payah Takut...

Bila datang rumah gua, korang rasa cam nak lepak semalam dua, silakanlah. Gua okay je. Tapi, bila time memalam, if korang rasa cam tetibe nak bangun minum Coke dalam peti sejuk ke, nak ke toilet ke, tak payah takut kalau nampak sesusuk tubuh kecil di bawah meja makan, di depan toilet tengah atau di depan tangga.

Itu anak buah gua, Amjad. Dia tidur berjalan.

Bapak Gua

Pagi tu gua tersedar gua tidur kat tengah laman rumah. Betul-betul terbongkang bawah kipas angin, depan tv.

Time brekfes, gua tanya bapak apsal tak kejutkan gua suruh pegi tidur kat bilik ke hape ke.

"Angah tidur mati, nak kejut hape"

Gua tak puas hati. "Bapak (bukan panggilan sebenar) boleh ja angkat ke.." Gua bajet gua anak faveret bapak.

"Nak angkat apa, heret pun bapak tak larat"

Bapak hirup teh sampai habis. Bapak bangun. Start motor. Nak pegi kerja.

Cubaan Cerita Merapu Part IV: Minah Takpe, The Finale

Maria ketawa berguling. Mana mungkin Remy Ishak nak kat Minah yang tak berapa setting ni.

"Remy ni pandai betul bergurau la." Maria menampar-nampar lengan Remy. Remy cuma lihat Maria. "Remy kan dengan Tiz Zaqyah..." kata Maria dengan berbaki ketawa.

"Saya memang dengan Tiz Zaqyah. Tapi dia pun okay kalau jadi bini nombor dua"

Maria ternganga. Dua ekor lalat sempat hinggap. Biar betul. Maria seakan tak percaya. Maria lihat Redza Minhat yang bermuka kelat.

"Don't tell me, yang Redza pun nak kat Minah?" soalan Maria beralih kepada Redza yang melentok di bahu Minah. "Kenapa? Kenapa tak saya?" Maria tutup mulut. Dia sendiri tak sangka akan kata macam tu.

Redza berdehem.

"Sebab Mina tak peduli. Sebab apa pun yang orang buat, Mina terima. Mina tak kutuk orang. Mina juga selalu kena buli, tapi Mina tak balas. Mina selalu cakap, Tuhan ada dengan dia. Apa pun orang buat kat dia, Mina selalu kata takpe. Sakit hati macam mana pun, Mina kata takpe. Mina sabar."

Redza terhenti seketika. Mengumpul tenaga. Kerana bercerita tentang Minah, buat dia terharu.

"Mina ada banyak kelebihan, Mina pun boleh dikatakan berada, and of course, Mina pandai, berpengetahuan. Mina tak menunjuk. Mina humble. Mina pun tak kisah sangat fesyen latest. Mina cool"

"Awak, boleh buat macam tu?"

Maria diam.

*Kredit naik*

(okay, gua malas sambung cerita ni sebenarnya... hahahahaha)




Gua Takpe, Gua Okay

Gua takpe.
Ada yang umur bangka tapi perangai cam terencat akal, gua terima.
Gua try tune untuk terima.
Dah macam tu perangai dia.

Nak cakap camharom pun, takde maknanya.
Bergembiralah.
Ada orang yang perangai buruk yang korang boleh nampak depan mata.
Kurang-kurang korang tak payah berperangai terencat macam tu.

To tell you the truth, terencat di alam nyata atau di laman sosial tak cool. Sangat tak cool.
Be yourself.
Itu yang paling cool.
Macam gua. Hahahaha.

Gua takpe. Gua apa pun takpe.

Sunday, December 11, 2011

Melaka/Putrajaya Kita Kali Kedua (Post Review Kedua)

1. Kali ni gua sampai kat Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Rama-Rama, Planetarium. Buaya masih ramai yang terdiri dari kalangan pencen, gua cucuk hidung Sheikh Muszaphar (lagi) dan gua dah inform kat peacock Taman Rama-Rama yang Adam suka kat dia, dia terharu...(agaknya)

2. Gua kembali ke Jonker Walk, Kota A Famosa dan Stadhuys. Tapi Pakcik Cendol dah tutup kedai. Gua is sad.

3. Gua naik Menara Taming Sari. Akhirnya!

4. Gua standby hidung kot-kot bau air longkang Sungai Melaka lagi. Surprisingly, dah kurang longkang baunya.

5. Gua jumpa Hero Mahal Malaya. Tapi gua kena tunggu 20 tahun lagi. *sigh*

6. Gua merasa Asam Pedas Hajah Mona dengan Halia dan kemarau 8 bulan tidak berkaraoke akhirnya hujan. Ohsem!

7. Baru gua faham kenapa ada aweks yang jatuh chenta kat Pengayuh Beca... *urut janggut*

Melaka/Putrajaya Kita Kali Kedua (Post Review Pertama)

Gua jumpa ini kat Putrajaya. Selain gua jumpa ex-roommate gua time UIA yang tahan dengan alarm pepagi gua "bapak seorang askar"dan rajin goreng nasi dan maggi kat gua. Buat kesebanyaksekian kalinya, gua paling super sure Tuhan sayang gua!

Wednesday, December 7, 2011

Ke Melaka Kita Kali Kedua

Gua dah janji gua akan kembali ke Melaka.
Kali ni, dengan ramai orang.
Gua tak pernah pergi jalan-jalan secara berjemaah.
Gua risau gua buat perangai Firaun.
Gua jugak dah janji gua nak bawak DSLR.
Gua pinjam adik gua punya. Kira jadik lah!

Gua Tuju Khas


"Tokoh, ada banyak tokoh. Jambatan ada banyak jambatan" - Kembar Hensem dalam RM1Juta MoneyDrop.

*geleng kepala*

Adaptasi Cerita Merapu: Kira Setuju La Ye

"Kira setuju la ni.." Suara Mak Kiah memecah konsentrasi Tipah, Mat Mut aka Mahmud dan Rabiatul Adawiyah. Masing-masing yang mata melekat kat tv sedang layan Masterchef menoleh ke arah emak kesayangan yang sedang melipat kain.

Mak Kiah atau nama sebenarnya Embun binti Abdullah Sani berwajah serius.

"Mak dah penat tunggu kamu. Asyik taknak. Mak dah confirm dengan Makcik Saodah kamu. Setuju atau tidak, kira setuju aje lah, Tipah"

Tipah, berumur 34 tahun, masih single, anak keempat dari enam adik beradik. Tipah tak gemuk, cuma tak cantik. Tipah hanya mempunyai muka common dengan jerawat dan bekas-bekas jerawat. Salah Tipah yang selalu korek jerawat masa sekolah. Kacamata Tipah tebal. Tipah suka baca novel cinta, sebab tu Tipah kerja kedai buku.

Anak Makcik Saodah yang belum kahwin hanyalah Mohd Al-Hafiz Hakimi, jurutera yang bekerja di Johor. Hensem orangnya, tinggi, cerah dan muka masjid. Jalannya segak, dadanya bidang, postur badannya bak bangsawan.

Hati Tipah berdebar. Wajahnya memerah.

"Jadi apa, mak? Setuju apa ni, mak?" soal Rabiatul Adawiyah.

"Setuju bawak mak hari Jumaat ni pegi beli sofa baru. Makcik Saodah kata dia nak pinjamkan mak RM2000. Nanti bila mak dah dapat duit kutu, mak bayar la balik. "

Tipah lari masuk bilik. Hatinya remuk redam. Mat Mut sambung tengok Masterchef. Mat Mut teringin nak makan ikan jenahak dengan Friskies. Sekali sekali Mat Mut jilat tangannya.


Adaptasi dari cerita Kak M.

Sunday, December 4, 2011

Happy Belated Birthday, Dina


3 Disember gua ajak Dina makan kek
Sebab gua ada duit
Sekarang gua dah sengkek
Nak ajak berjimba pun dah lembik.

Alles Gute zum Geburtstag!

(thats Happy Birthday in German. gua tak tahu "belated" menatang apa)

Kempen Belia Cool Benci Adaptasi Novel Cinta Melayu

Gua tak teringin pun nak tengok Ombak Rindu kat wayang. (Gua tak kata gua takkan tengok langsung) Gua rasa tak penting tengok adaptasi dari novel cinta zaman 90-an. Gua ulang, adaptasi cerita cheesy wedges macam tu sia-sia.

Tengok sajalah Lagenda Budak Setan - kat universiti level, korang ada ke main2 prank cam budak sekolah rendah gitu, hah? Ada ke orang pergi masuk hutan tak bawak handphone at least, hah? Kan orang kuning DiGi ikut ke mana saja? Kan Borneo wilayah Celcom?

Yes, gua is too quick to judge. Malangnya, yang tu la sedap di mata orang melayu. Cerita cinta tangkap leleh, rempit2, seks, dan hantu.

Kat Malaysia ni, takde ke novel bagus yang korang nak highlightkan? Asyik-asyik novel cinta yang tak masuk akal. Cerita pasal heroin kena tipu, kena jual, kena rogol lepas tu ada la hero yang macho, hensem dan kaya nak mampus datang selamatkan dan terima segalanya pasal heroin tu.

Movie Ayat-Ayat Cinta pun gua migrain. Macam hensem sangat si Fahri tu. Bersungguh Kak Narz yang dah baca novel tu explain kat gua, dalam novel Habiburrahman El-Shirazy tu, banyak lagi cerita penting. Saja gua bagi dia panas (kekadang...)

"Akak, cerita dia still corenya cinta kan?"

Ada pulak satu tahun tu, asyik cerita heroin kena paksa kahwin dengan hero, dan last-last jatuh cinta kat hero tu even hero tu ada perempuan lain, and/or asyik buat heroin punching bag. Wattehel la. Wattehel kepada gua sebenarnya jugak, sebab gua baca. Gua pinjam dari makcik sepupu gua.

Takde kat Malaysia ni cerita macam Harry Porter, Lords of the Rings? Eh, 1511 (H) Kombat by Faisal Tehrani, korang tak pernah consider? Hah? Hah?

Gua takde hal korang layan novel, korang punya selera, korang punya duit. Gua cuma hal dengan adaptasi novel ke filem yang suck to the core of the earth. Gua nak kempen "Belia Cool Benci Adaptasi Novel Cinta Melayu". Sapa2 nak bagi sponsor, sila email ke gua.


Gua tak tahu ni novel betul atau tidak. Sekiranya best, sila enlighten gua.

Kenapa TV Malaysia lebih suka Pertandingan Nyanyian

Dulu gua kutuk kaw-kaw stesen TV Malaysia yang asyik dok buat rancangan pertandingan realiti pasal nyanyian. Pagi petang siang malam, tidur bangun bali gua tak habis kutuk lagi. Rakyat Malaysia yang gila glamer pun beratur bawah matahari sampai berpeluh ketiak.

Baru gua tau kenapa. Sebab ramai rakyat Malaysia bongok pengetahuan am rupa-rupanya. Diorang jawab Dongdang Sayang kat Johor dan Masak Cili Padi kat Sabah.

Movie Review: Twilight - Breaking Dawn Part 1

Gua rasa sangat cool pegi tengok wayang pakai jubah buruk. By the way, petang Sabtu pegi tengok Twilight: Breaking Dawn dengan Liza. Its better than dia nak tengok Ombak Rindu.

Apa boleh gua cakap adalah, Twilight ni 30% cerita pasal wedding, 30% cerita pasal honeymoon, 15% pasal Bella pregnant, 3% mengintro Renesmee dan balance pasal fight dalam wolf-pack/wolf vs. vampires.

By the way, mata Renesmee time Jacob tengok dia tu tak balance langsung dengan baby tu. Macam kena tempek kat situ. Komputerisasi yang fail.

Cerita ni still lagi pasal Edward obsess dengan Bella. Dan juga Jacob. Jacob juga obsess dengan Bella. Gua sekarang bukan #TeamJacob lagi, gua sekarang #TeamPaul.

Dan sebagai info tambahan, gua obsess dengan belakang Jasper. Gua rasa gua boleh melekat macam parasit dekat belakang dia. Ohhh.... nyum nyum.

Tuesday, November 29, 2011

Korang Takkan Faham Perasaan Gua Bila...

.. Neil memang kenal gua. Gua tak tipu!

(berdasarkan gambar poyo gua zaman aikol dulu ini)

Gua Orang Kampung, Gua Okay

Semalam gua tak makan dari pagi, gua laparkan diri, gua pujuk perut suruh sabar sebab gua nak balik lunch kat rumah. Gua sebenarnya nampak ikan sembilang bapak gua bawak balik dari bendang. Perghhh! Kalo mak gua buat masak belanda ikan sembilang tu, lapan kali nasi gua boleh tambah!

Tu belum tambah ikan sepat goreng garing dengan bawang. Asmaradana~!

Ye, kawan-kawan, walaupun gua cool dan sangat awesome, hakikatnya gua orang kampung. Pernah gak gua sound Siti Nurhaliza yang dok cerita pasal tayar dia pancit kat kampung, gua cakap dia ngada2. dok bagitau tayar dia mahal. Seriyus, tanya la Kak Iti. Gua dengan dia kamceng gila. Dalam twitter.

Hampa, mak gua buat gulai je. Sebab ikan sembilang tu kecik. Gua akur. Tapi, gua orang kampung, hati gua waja. Gua tak nangis.

Cubaan Cerita Merapu Part III: Minah Takpe Lagi

sambungan...

Remy Ishak tersenyum. Gembira kepalang wajahnya.

Minah ada hutang dengan Remy Ishak ke? Detik Maria sendiri. Maria memang suka fikir banyak. Tak kira tempat, tak kira waktu. Asyik memikir je kerjanya. Kritis sungguh beliau.

Redza Minhat pantas menarik kerusi plastik dan duduk di sebelah kiri Minah. Jari-jemarinya pantas menguis-nguis jemari Minah yang berada di atas meja. Remy Ishak pun melabuhkan punggung di antara Maria dan Minah. Berhimpit di tengah. Remy meletakkan Blackberrynya di atas meja.

“Baru beli ni..” kata Remy, pendek. Maria mengangguk faham. Kagum pun ada. Dengki tak sangat. Maria sendiri punya Iphone4S. Yang dia hutang duit dari emaknya.

Atau sebenarnya dia tipu emaknya, dia kata loan PTPTNnya tertunggak, memang la tertunggak, tapi dia taknak bayar, but then dia cakap kat mak dia, dia kena bayar. So, bila mak dia bagi duit, dia pegi beli Iphone.

“Em… nape Abang Remy…”
“Eh, taknak la abang-abang. Panggil I… Remy je” potong Remy sambil menghulurkan salam lalu disambut Maria.

“Mana kenal Minah?” Maria senyum manja, sambil mengendeng ke bahu Remy. “Remy….”

“Mina ni?” Remy pandang Minah sekilas. Minah sedang leka main Angry Bird di handphone Redza Minhat. Langsung tak amik port pada mereka-mereka yang ada semeja dengannya.

Redza Minhat tanpa perlantikan rasmi menjadi cheerleadernya, yang asyik menjerit “situ, situ, bawah sket awak. Bawah sket.” Dan sekali sekali mengurut-ngurut bahu Minah.

“Saya maybe akan kahwin dengan Mina...” Remy menoleh ke Minah, lalu pantas dia menampar tangan Redza Minhat.

"Ko berenti pegang-pegang bakal bini aku, boleh tak?"

bersambung la pulak...

101 Reasons to Stay Single

(Ini dilinkkan oleh Farrah. Walaupun agak foreveralone.jpeg it seems, it does make sense)


1. Everything in your house is yours.

2. You don't have to hide gifts, receipts, and other purchase records in ridiculous places.

3. If you buy something "yummy", you don't have to buy twice as much.

4. The only person you have to dress up for is your boss.

5. Your late nights are all yours.

6. Less stuff to move when you do move

7. One bedroom apartments feel more spacious with only one person

8. You never have to ask for permission to orgasm.

9. Only the doctor can tell you what to eat

10. You decide what to shave and when

11. Valentines day costs less

12. No anniversaries to remember

13. No extra birthdays to remember

14. No extra family to shop for during the holidays

15. No irritating in-laws to deal with

16. You can walk around naked whenever you want.

17. Only your sense of decency has any say about where you leave your dirty clothes.

18. You don't have to share

19. You don't have to change your life because someone else has jealousy issues.

20. The only insecurities you have to deal with are your own.

21. Getting that out-of-state job doesn't hinge on what someone else wants or thinks.

22. The only people complaining about music volume are the neighbors.

23. You can fall asleep anywhere without getting any guff for it in the morning.

24. You don't have to use the "headache" excuse anymore.

25. You don't have to worry as much about the "oops, I'm pregnant" factor.

26. The only person who goes through your stuff is you.

27. The only person who sees your inbox is you.

28. More time to spend with friends.

29. You don't have to live with someone who can't stand your parents.

30. If you want to go for pizza at 3am, no one stops you or asks you why.

31. You can date more freely.

32. The cute secretary is fair game.

33. The whole wedding mess? Yeah, none of that to deal with.

34. You don't have to share your closet with anyone else.

35. You always get to watch what you want.

36. You always get to read what you want.

37. You decide when to crawl into bed.

38. You can throw yourself into bed and snore without dire consequences.

39. No one else's annoying (or disgusting) habits to deal with at home.

40. The only fetishes you have to deal with are your own.

41. You can talk to yourself without people saying "what?" or worrying about your sanity.

42. There are religious benefits, if you're into that kind of thing.

43. Single people can still adopt, if you're into that kind of thing.

44. The only annoying friends you have to deal with are your own.

45. You don't ever have to wonder if you really love the person you live with.

46. There's only one way to do things- your way.

47. You are the master of the thermostat.

48. The only messes you have to clean up are your own.

49. The only disasters you have to fix are your own.

50. If an argument starts, you can walk away... forever.

51. You don't have to make excuses for yourself.

52. The whole "old maid" thing is so last century.

53. Dinner can be as simple as a frozen burrito.

54. When you eat, you buy and cook for one.

55. No one else is going to eat your leftovers.

56. No one else is going to raid your stash of sweets (you don't even have to hide it!)

57. You don't have to share your bed with anyone.

58. You can even eat in bed if you want to.

59. You can decorate the entire house according to your taste.

60. The only person spending your money is you.

61. Three words: Marriage Tax Penalty.

62. The only debts you have to pay off are your own.

63. Kids with single parents can get more financial aid.

64. Bickering couples are at best a relieving reminder and at worst hilarious.

65. Less pressure about body weight.

66. Married people are fatter on average anyway.

67. Suddenly, it's okay to look (and flirt).

68. It's easier to focus on your career and your dreams.

69. You're the only person who gets to decide if you "need to make more money."

70. The only mood swings you have to deal with are your own.

71. There are a lot of lonely and violently psychopathic people out there.

72. You don't have to change your religious beliefs one bit.

73. There are 6.5 Billion other fish in the sea. That's 6,500 x 1 million. Yeah.

74. Porn is cheaper, easier, and comes in more varieties.

75. The toilet seat only moves when you move it.

76. Cohabitation is legal, fun, and less of a hassle than marriage.

77. You don't have to deal with someone else's kids all the time.

78. Divorce is pricey.

79. You don't have to deal with "compliment fishing."

80. Fewer minutes spent with a phone attached to your ear.

81. No endless nagging.

82. You never have to answer the phone "right now!"

83. You can drink what you want, where you want, and as much as you want.

84. No doubts or worries about someone sleeping around.

85. Things stay where you put them.

86. You can meditate and have your quiet time when you need it.

87. The only thing whining about not being fed is your cat.

88. You can take out the trash when you feel like it.

89. You can shower or bathe when you want, as often as you want, for as long as you want.

90. You can even leave the door open when you shower.

91. The longer you wait, the better you know yourself, instead of someone else.

92. Children learn how to treat themselves by watching how you treat yourself.

93. A bad relationship is like a lingering knife wound- it continues to ruin your whole day.

94. You can be as eccentric as you want.

95. Your car can be as dirty or unusual or artistic as you want.

96. You decide how long it takes to get ready.

97. Say goodbye to heartache, dumping, and being dumped.

98. You get your weekends for you and your projects.

99. You can be the wild friend with all the really juicy stories.

100. You can still get laid. Maybe even more often. Certainly with more variety.

101. Being single and staying single isn't selfish. It should be seen as putting your happiness first (Where it should be.)

Original Link

Sunday, November 20, 2011

Pak Lang kan Penyelamat!

Pak Lang jemput gua dari Penang Sentral. Gua turun dari feri Georgetown lepas habis Ethics Course Lecture kat Bayview Hotel. Excited, dik non! Its been 17 years since I last naik feri Penang! Auwww...

Gua rasa fenomena hujan akan dikaitkan dengan traffic jam dan itu menambahkan masa untuk Pak Lang gua bercerita. That genes runs in the family.

Tetibe kereta-kereta atas highway tersebut sangat slow. Slow sampai kura-kura dislow-motionkan.

"Ada accident ni kat depan.." gua bagi inferens berdasarkan pengalaman.

Terus Pak Lang bagi signal ke kiri. Pak Lang masuk lane hujung sekali. Dia drive laju. Macam dia kat lane paling kanan.

"Apsal Pak Lang masuk lane kecemasan?"
"Pak Lang kan penyelamat"

Sesampai berdekatan kawasan kejadian kemalangan, Pak Lang tanya gua apa jadi. Tapi tak perlahankan kereta pun. Gua sebagai peninjau merepot "Kereta hujung belakang mai hentam. Habih lima kereta. Orang okay. Nak berenti tak?"

"Pak Lang kan penyelamat."

Notakaki: Pak Lang gua bukan bomba, superman atau tow-truck driver.

Asal Usul Arnab

Kalau korang nak tahu arnab ni asalnya dari datuk nenek kucing yang duduk kat Mesir dulu - long long long time ago.

Alkisah, orang Mesir sangat sayang kat kucing mereka tersebut. Oleh disebabkan di Mesir takda ikan, friskies dan nasi; maka orang Mesir jadikan kucing mereka vegetarian - memakan carrot, buah-buahan, kismis (nak bagi bijak), daun pandan, ulam raja, tomato dan jugak kangkung.

Walaupun begitu, atas lumrah seekor kucing sebagai pemakan daging, maka ada seekor kucing berwarna putih setelah dihasut syaitan, telah makan ayam golek seorang Member of Parlimen Firaun Mesir.

Punyalah marah si Pembesar Mesir yang besar ini, maka telah dijatuhi hukuman kucing tersebut dengan hukum hudud. Potong dua-dua belah kaki hadapan kucing.

Terhenjut-terhenjut dengan kesedihan yang amat sangat, kucing tersebut merantau jauh. Kecik hati beliau diperlakukan begitu, beliau tidak sempat mendapatkan peguambela sekalipun.

Lalu, si kucing tadi terjumpa dengan seorang miskin Badwi. Oleh kerana tidak balance body depan dan body belakang kucing tersebut, si miskin Badwi tadi bertindak memotong dua kaki kaki belakang.

Malangnya, disebabkan pisau si Miskin Badwi tadi amat tajam, terpotong jugalah ekor kucing tersebut. Si miskin Badwi meminta maaf lalu mengoffer seekor anak kambing biri-biri putih sebagai santapan kucing kudung penuh tadi.

Kucing kudung tersebut amatlah foreveralone.jpeg dan fobia makan daging lagi. Maka hiduplah mereka berdua. Bersama. Together dengan si Miskin Badwi dan khemah, bini-bini, anak-anak , biri-biri dan unta-untanya.

Setelah kucing kudung tersebut pregnant dan melahirkan, dah disebabkan si miskin Badwi tadi selalu berpindah randah, maka kucing tersebut terpaksa membawa anaknya dengan mulutnya.

Oleh sebab selalu mengembara dan membawa anaknya di mulut, terkadang kucing kudung tersebut penat dan menggigit di telinga dan mengheret sahaja anaknya itu. Tu nasib anak ada seekor. Sampai panjang telinga anaknya itu.

Satu hari, bila Si Miskin Badwi bertemu orang ramai di kota, dan apabila ditanya apakah menatang tersebut yang pelik itu, Si Miskin Badwi tergagap nak menjawab sebab malu "Arrr... Arr....Er... Humm... Nab...Nab...."

"Ahah! "ARNAB!"


Sumber cerita: Pak Lang Gua
Olahan semula bagi sedap sikit: Gua
Peratusan kebenaran cerita: Tiada

Wednesday, November 16, 2011

Soalan (Sengal or Brilliant) Kat Bos Sambil Stress Baca Untuk Ethic Course

Gua rasa setakat ni, inilah tajuk entri yang paling panjang gua tulis.

Gua tanya bos gua:

"Bos, apakah motivasi bos sepanjang menjadi lawyer selama 10 tahun selain dari paying the bills dan menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk keluarga? Bincangkan. 15 markah"

"Kepuasan"

Gila deep.

Monday, November 14, 2011

Cacat

Gua baru balik dari Pacific Alor Setar lepas ambik gambar size passport untuk dihantar ke Bar Council. Dah pat lima bulan jugak surat tu sampai.

Sampai kat office gua belek-belek gambar gua. Gua heran apsal gambar gua tak sama dengan wajah gua yang gua tengok tiap-tiap hari kat cermin. Gua rasa dah habis comel dah gua senyum tadi. Korang kena faham, gua kena dapatkan first impression yang baik sebelum gua lebih kurang. Lantas, gua terus jerit;

"Aahh! Muka aku cacat giler!"

Budak se-office yang pegang kad OKU dua meja dari gua pandang. *pling*

Demmit! #EpicFail

Sunday, November 13, 2011

Kalau gua ada Doraemon - Epi 1


Gua: Doraemon....

Doraemon: Ye, Rgawr?

Gua: Kenapa lu lari dari Nobita dan datang kat gua?

Doraemon: Sebab orang ingat kami gay. Ramai yang komen gambar kami kat FB dan kata kami bromance. Polisi syarikat di masa hadapan tidak suka perhubungan antara majikan dan robot kucen.

Gua: Doraemon....

Doraemon: Ye, Rgawr? Nak pakai gadget saya ke?

Gua: Boleh ke?

Doraemon: Saya kan robot kucen, Rgawr.

Gua: Takpe ke kucen kerja dengan beruang? Gua takkan deny animal rights lu kalau lu tak deny animal rights gua...

Doraemon: Apa awak nak? Pintu Ke Mana Saja? Printer 3D? Pil Perancang? Nasi Kerabu? Mesin Masa? Kain Pengubah? Kertas Pendua? RM5?

Gua: Gua nak Takecopter. Gua nak round-round Alor Setar.

Doraemon: Tak boleh! Awak gomuk sangat! Takecopter tak boleh angkat awak!

Gua: Babi kucen ni!

Hobi

Gua selalu layan Astro Bio memandangkan gua suka perkara-perkara boring seperti rancangan dokumentari dan realiti. Paling gua suka Hoarders dan Bio Retis2.

Bayangkan gua boleh bergenang air mata bila tengok dokumentari tentang P.Ramlee dan selepas seminggu gua atur plan camne nak saman industri perfileman tanah air.

Then gua sedar, sumpah kat diorang dah lama terlaksana. Cuba korang tengok, filem Melayu mana yang best selain pelakon memperbodohkan diri dan diperbodohkan penulis skrip yang dengki kat pelakon sebab pelakon ada rupa?

Filem2 best dari Yasmin Ahmad pun agak lengthy dan lambat. Itu pun dengan kesabaran menonton dan analyzed dengan mendalam, baru gua boleh puji.

Oi! gua nak cerita hobi gua sebenarnya...

Masa sekolah rendah, gua adalah pengumpul. Gua kumpul setem, kad raya dan gambar artis. Masa tu, gua rasa kumpul setem sangat kool. Cikgu gua selalu provide gua setem-setem yang ada gambar buah koko, lada hitam dan bunga raya.

Kad raya tu, gua kena la hantar kat orang, pastu baru orang nak hantar kat gua, ye dak? Takkanlah gua foreveralone.jpg nak hantar kat diri sendiri. Apa ke gile..

Masuk sekolah menengah, gua takde hobi spesifik. Gua cuma ada beberapa belas teddy bear yang banyaknya gua beli sendiri. Gua agak busy dengan "acara-acara sekolah". Hahaha. Dan waktu tu gua baru berjinak-jinak dengan najis internet.

Naik matrikulasi, gua kumpul pulak majalah Ujang.

Mak gua cakap gua selalu buat sampah. Bilik gua penuh dengan macam-macam benda tak pakai. Gua reda.

Sampai kat universiti, gua excited kumpul keychain dan badges. Ramai kawan-kawan pergi melancong dan bawak balik keychain kat gua. Abeh, dah gua pesan kat diorang.

Kalo gua kurus, dah tentu-tentu gua kumpul baju, beg dan kasut2. Nak-nak penuh dalam bilik gua sampai tak bleh masuk macam dalam Hoarders tu kan? Tentulah ada hikmahnye gua berterusan gemuk camni, kan?

Cita-Cita

Sekolah Rendah
Darjah 1: Baru belajar perkataan "cita-cita"
Darjah 2: Cikgu
Darjah 3: Cikgu
Darjah 4: Orang Kaya (gua cuma nak ada duit. be it, jadi James Bond pun gua tak kisah)
Darjah 5: Saintis ( contemplate antara sains dan kajian tempatan yang gua sangat terer)
Darjah 6: Ahli Arkeologi


Sekolah Menengah
Tingkatan 1 - 2: Tak fikir langsung memandangkan gua sedang bizi mencari identiti sendiri. Sama ada gua patut jadi gothic atau muslimah mukminah.
Tingkatan 3: Peguam (time tu gua nak saman Cikgu Harison yang cubit peha gua) & Tukang Kebun (gua sayang cikgu kelas gua..ihiks)
Tingkatan 4-5: Peguam Syarie (gua rasa gua je yang sesuai dalam kelas tu memandangkan gua dah agak, geng depan jadi saintis, doktor, kerja petronas, engineer manakala geng belakang jadi ibu mithali, suri rumah sakinah, cikgu, penjawat am. sapa lagi yang ada untuk memperjuangkan hak mereka-mereka ini?)


Universiti
Matrikulasi: Peguam Syarie (gua dok kat Petaling Jaya setahun setengah memandangkan gua tunggu kawan gua sebab nak amik kelas Syariah sesama)
Main Campus: Peguam kot. Rasanya. Dah amik law, kan? Kabur.. Makin kabur

Sekarang
Hilang arah. Asalkan kerja, dapat duit, boleh bayar bil, boleh bayar hutang PTPTN, boleh makan.

Tuesday, November 8, 2011

Review Movie Separuh: Libas

Gua on the boat ke Langkawi masa filem ini ditayangkan di LCD TV boat tersebut. Masa first scene keluar yang dia main sorang2 kat pokok-pokok kelapa tu, gua mengekek sengsorang. Baju merah dia pecah. Banyak letak klorok barangkali. CGI sangat gagal. Lebih gagal dari time Laksamana Do Re Mi naik carpet terbang zamzam ala kazam.

Tapi gua puji time flashback Adnan Saladin last match Malaysia-Thailand tersebut, di mana team nasional kita di kala itu berpakaian seperti pemegang-pemegang tombak istana dalam filem P.Ramlee. Gua rasa cara dia flashback tu menarik.


Eh, ingat tak cerita Nujum Pak Belalang yang Sultan kena merangkak masuk dalam gunung cari mahkota tu? Ahah! Bagus! Sambung balik...

Gua dengar CGI filem ni berdegar-degar, but every time ada CGI it just lasted dalam 1-4 saat. Korang tak percaya? Gua pointed out 5 scene CGI moment secara rawak.

1. Scha Al-Yahya marah dua beruk uraikan rambut dia pastu dia sepak tin. CGI moment: 1.5 saat. Sedar2 dua beruk dah terlekat atas tembok.

By the way, Scha, please dont be skema "Aku paling pantang orang uraikan rambut aku" Just say "pantang sentuh rambut" sudahlah.. its not, sepanjang filem tu ko sanggul rambut pun. Tak relevan jeritan ko tersebut.

2. Scha Al-Yahya dan Rosyam Noor main tendang-tendang bola bawah meja. CGI moment: 2 saat. Pastu mamak terus sakit mata kena tendang.

3. Rosyam Noor tendang bola ke dinding carved I Love You. CGI moment: 1 saat. Dia tendang, dia tendang.. SIAP! I Love You.

(sudah-sudah la Rosyam Noor jadi hero romantik kepada budak2 weh. Macam pedophile dah aku tengok)

4. Johan tendang bola kat mamat2 skaters. CGI moment: 2.5 saat. Mamat2 semua jatuh ditiup angin kot.

5. Budak gemuk tu main bola dengan perut. Budak gemuk selamatkan telur2 dari pecah. CGI moment: 4 saat (paling lama)

Gua sempat tengok sampai Mat Gemuk dan Johan berlatih then kena kat sorang apek. Sebab tu gua cuma cerita separuh je. Gua pun tak rasa nak sambung tengok lepas gua tengok satu2 awek dalam filem ni stalk orang sampai boleh stopkan kereta orang dengan motor kat tengah jalan. Gila scary!

Thursday, October 27, 2011

Siri Kedua = Umur: 25 tahun, Status: Bujang

Fani dah selamat. Dah mengandung. Tunggu masa melahirkan sahaja.

Nadia dah hantar kad kahwin. Tunggu masa diijabkabul sahaja.

Liza dah bertunang. Tunggu masa nak tetap tarikh sahaja.

Dina dah berboifren. Tunggu masa nak dirisik sahaja.

Gua dah send email kat Neil, ajak bersekedudukan. Tunggu dia reply sahaja.

XD

Tuesday, October 25, 2011

Entri Panjang Bulan Oktober: Gua Gomuk, Gua Okay

Bersungguh Mak Anne mengunyah biskut empat segi cap pingpong dicicah air teh O. Gua rasa cam best gak kalo letak reben kat atas sebungkus dua Biskut Hup Seng itu - hadiahkan kat dia bersempena Aidil Adha mendatang ni.

Mak Anne bertandang atas dua sebab, katanya. SATU nak tanya santan ada ke tak lagi dan DUA nak merisik sepupu gua yang jadi ustazah dekat Jitra. Ustazah ajar subjek Pendidikan Islam sekolah rendah dan pengusaha tegar Amway tu sangat tinggi nilai marketnya. Belajar kat Mesir, ngko!

Bila gua tanya market gua, mengilai Mak Anne dengan Mak gua. Mak Anne cakap gua dari kecik sampai sekarang pandai buat lawak. Muka gua straight. Bila gua buat lawak?

Tetiba Mak Anne diam pastu dia tengok gua. Dia start buka cerita anak bongsu, Si Imah yang bersekolah di SM Darulaman. Si Imah dah tak pegi sekolah dah berminggu sebab sakit kepala. Dibawa ke doktor, doktor kata dia stress. Bila Mak Anne buat cerita sedih, baru Si Imah cerita dia kena ejek kat sekolah sebab dia gomuk.

Nota Menghadapi Perempuan: Kalau sesiapa antara dua pihak start nangis dulu, dia menang. Pastikan yang nangis dulu adalah anda.

Tengok gua sebab nak tanya gua camna gua cope dengan pembulian di sekolah dahulu kah, Mak Anne?

Masa sekolah rendah, gua okay. Masuk SM Dato Syed Omar, bulian tu ada la sket2. Gua tak amik port. Gua amik sebagai kawan-kawan tingkatan 3 yang kata gua tu terencat akal. Sebab kelas Tingkatan 3 gua tu majoriti terencat. Kadang-kadang gua summersault join sekali ejek budak2 lain dengan kawan-kawan terencat gua terbabit.

Bila naik Tingkatan 4, gua diletakkan di bawah kelas lindungan musolla sekolah. Kelas harapan dengan golongan khalifah. Padahal sekolah tak sedar, pelabelan begitu membuatkan gua sekelas jadi riak tahap Firaun. Of course la, gua kepala Firaunnya memandangkan asal gua dari kelas terencat tadi.

Ada sekor gundorowo namanya Galah. Jahanam jugak lah jin afret ni. Dulu, lepas habis solat Maghrib, tanpa gagal dalam tiap doa gua sebagai orang yang teraniaya, gua doakan benda-benda tak baik kat dia. Gua sangat berkecil hati. Dengan hati yang mendung dan pemikiran remaja yang kacau waktu itu, gua doakan juga mereka-mereka lain yang terbabit. Gua doa sama ada bila besar; diorang akan jadi gomuk, dan/atau anak mereka nanti bakal gomuk dan/atau pembalasan yang setimpal untuk mereka yang mengeji ciptaan Allah.

Gua kan kelas lindungan musolla sekolah. Gua AJK Surau lagi. Tentulah gua terer ayat Ustaz sebegitu.

Mana gua tak keciwa bila contoh kejahatan mereka terpapar: selain secara berjemaah buat kelas bergegar bila gua duduk, mereka juga tolong pegangkan dinding sekolah bila gua naik tangga ke kelas.

Kemudian gua sedar, gua tak sepatutnya doa tak baik pada orang. Gua pun retract balik doa gua kat Allah. Gua ingat satu, Allah akan mempertanggungjawabkan kelakuan mereka terhadap gua yang comel ini di Akhirat besok.

Nasib la korang, gua ship Ustaz Don Daniyal sekarang. Gua bunyi Ustazah Pilihan yang Solehah! Nasib la. Bertahan lah!
Gua rasa, gua dengan diorang pun dah okay. Sejak-sejak dah dewasa dan jelita ni. Gua lebih rasional meskipun sifat sarkastik dan overanalysed gua masih di carta teratas Billboard.

Sekarang, dah sedekad tahun saiz gua adalah rare. Gua terima gua. Gua sangat sayang gua bukan sampai tahap gua bajet orang suka gila kat gua sehinggakan gua pegi serang orang lain dan cakap "jangan suka sangat kat gua" Oh, LOLWUT moment itu~ Gua sangat sayang gua kerana gua ada segerombolan orang kesayangan yang terima dan kasih gua seadanya.

Gua cuma boleh cakap kat Mak Anne dua perkara juga. SATU, sama ada Si Imah pergi jogging dan jaga kalori harian dia yang mana akan menyedarkan mereka-mereka itu bahawa bila gomuk boleh kurus dari huduh cuma plastic surgery je boleh bantu dan/atau DUA, doakan mereka-mereka yang ejek dia tu. Isi doa terserah Si Imah. Doa orang teraniaya ni mustajab.

Monday, October 24, 2011

Dia...

Pagi tadi, lepas gua siap2, gua perasaan ada mata memandang. Gua toleh ke kanan. Oh, dia. Gua lemparkan senyuman paling manis. Dia nampak menarik sekali. Gua bersih-bersihkan bahu bajunya. Gua sangat concern penampilannya. Maklumlah, gua cuma ada dia.

Gua sentuh pipinya. Sejak dijaga oleh gua ni, makin berseri-seri wajahnya. Gua sangat amaze betapa dia telah membesar dengan baik dan mengkagumkan.

Gua tengok jam di dinding. Sudah menghampiri pukul 8. Gua tak mau dia lambat.

"Bye, gorgeous!" Gua kasi flying kiss sepam sambil kenyit mata (secara literal, memandangkan gua tak reti kenyit mata sebenarnya)

Gua ingat gua nak beli cermin yang besar sket la. Yang boleh nampak satu badan tu.... Ini takat cermin nampak sampai kat perut je, apa barang.

Sunday, October 16, 2011

Movie Review: Nasi Lemak 2.0

Untuk pengetahuan, gua berjaya beli Nasi Lemak 2.0, felem arahan pertama Namewee dari hanpon abang gua. Gua takde la nak sangka begini perasaan gua. Gua puji Namewee mengetengahkan kebanyakan kaum di Malaysia. However, dia terlalu fokus kepada beberapa titik sahaja namun dia lupa titik-titik lain yang penting dalam melengkapkan naskhah beliau tersebut ini... peehhh! gua bunyi Yusof Haslam.

Cerita ni adalah terbaik untuk kaum-kaum yang overanalysed macam gua. Dan juga untuk orang-orang yang tahu Namewee tu apa dan sarkastiknya bagaimana. Abang gua yang simple minded muka toya dan menguap banyak kali. Walaupun gua okay dengan cerita ni, honestly cerita dia agak lengthy dan gua rasa patutnya ada iklan sekali-sekala.

Paling kelakar dalam cerita ini hanyalah scene belajar buat rempah ayam rendang dengan David Arumugam yang sembunyi belakang pokok.

Dan sayangnya, dia tak cerita keseluruhan "pembuatan nasi lemak" tersebut. Tetiba dia buat sushi telur je time pertandingan. Gua distracted gile dengan perut bergoyang belakang nenek tu! Gua rasa cam nak rodok dengan kacip!

Cerita ni pasal apa sebenarnya? Pernah tengok God of Cookery? Ala, cerita lawak Hong Kong pasal sorang mamat (gua rasa Stephen Chow) yang turun/naik mau jadi Tuhan Masakan. Nasi Lemak 2.0 ini adalah cerita itu yang telah dilocalizekan.

Wednesday, October 12, 2011

Cubaan Cerita Merapu Part II: Minah Takpe

Maria melirik jam di tangan. Minah belum sampai. Mungkin keretanya kabut lagi, barangkali. Fikir Maria. Maria menyedut milo ais di gelasnya hingga titisan terakhir. Sayang woh, RM1.60 harganya. Kemain betul. 

Dari kejauhan, Maria terlihat susuk Minah, melambai-lambai ke arahnya. Minah cuma memakai t-shirt, traksuit berwarna hitam dan selipar croc. Maria mencebik. Kalo camni la dressing ko, wahai teman. Forever alone la ko. Maria melambai semula. Dia sempat menunduk melihat dressingnya. Kalah Hana Tajima. you.

"Sorry la, lambat. Aku tadi hantarkan gi hantar adik aku sekolah. Ada program katanya"
"Abang ko takde ke? Itu pun soh ko" Maria duduk semula.Minah turut melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Ala, takpe. Dah aku nak keluar. Aku hantarkan je"

Mereka berborak mesra. Sesekali saling menampar dek kerana ketawa melampau sampai semput. Kemudian ,diam. Sudah tidak larat mengilai. Masing-masing memandang keluar restoran. Melihat kereta lalu-lalang. Maria memandang Minah atas bawah.

"Ko ni, agak2 la nak keluar weh. Cam ni je ker?"
"Ala, takpe. Okay la ni. Aku pun takde keluar dengan orang lain. Dengan ko jugak."
"Ye la, penampilan kena lah jaga. Camne nak dapat boyfriend kalo camni?"
Minah cuma tersenyum.  "Nak gi tengok wayang tak?" 
"Saja la tu, nak tukar topik. Aku nak cerita action yang trailer best tu. Nak tak?"
Minah angguk. "Takpe, aku okay je"

Selesai menonton, Minah dan Maria makan di Nando's. Sedap sehingga menjilat jari. Tiba-tiba lagu Who Says oleh Selena Gomez kedengaran. Handphone Maria, handphone terkini yang berada di pasaran. Maria lirik ke skrin handphone. Maria buat bodoh.

"Apsal tak angkat?"
"Malas. Tu kad kredit punya orang la tu."
"Nape?"
"Aku terlupa nak bayar bulan lepas. Aku buat maybank2u, tapi error. Pastu aku lupa."
"Oh.. bayarlah bila ko balik lagi." 
"Bayar mende. Aku takde duit"
"Takpe, pakailah duit aku dulu. Aku pinjamkan"

Maria tersengih. Dalam hatinya, menjerit: Bapak kaya ko, Minah. Belum sempat Maria nak sebut di alam nyata "Bapak kaya, ko Minah" lantas ada yang menegur.

"Mina!"
Maria menoleh. Remy Ishak!  Dan di sebelahnya, Redza Minhat! Mulut Maria lebih besar dari pinggan di hadapannya.

bersambung...

Tuesday, October 11, 2011

Movie Review: Bini-Biniku Gengster

Betullah kata sorang blogger bila dia cakap selepas KL Gangster, maka akan ramailah movie kat Mesia berpaksikan kepada persekitaran gangster untuk beberapa masa akan datang. Walaupun cerita tersebut tak logik, bodoh dan akal tak bleh terima.

Abang gua purchased Bini-biniku Gangster kat AstroFirst tadi malam. Gua object, gua kata baik amik Nasi Lemak 2.0 - gua tak sakit hati kot. Mana taknya, Intan Ladyana tu kayu. Gua rasa dah berpuluh movie berlakon, tahap ekspresi muka camtoh jugak.  Nak tau macam mana?

Sedih (*_____*) 
Gembira (*____*)
Marah (*_____*)
Menyampah (*____*)

(Gua type ** tu, itu indikasi bulu mata palsu yang dia pakai tu) 

Pastu Shaheizy Sam jadi cam bongok, which gua rasa mesti ada yang tak kena. Takkan dia nak berlakon jadi bodoh alang sampai habis?

Dan sangkaan gua tepat. Intan Ladyana live up to my expectation - kayu, gaduh pun ala-ala menari cakpong. Kudos buat Yana Shamsuddin by the way, walaupun gua cheesy gila dengan scene dia and Sam bergurau senda as spouses (Ye, korang akan kata gua dengki, fine. lantak la korang) personally, gua rasa scene dia lawan ada sket convincing. 

~gambar mesra google~

Banyak scene "tangkap muat, camharom" je. Korang bayangkan, nama kumpulan kepala kucing, badan sasa ada tatu naga kepala kucing tak sampai 4 saat dah kena tetak dengan sorang awek, then sorang gangster boleh tak bayar installment kereta enam bulan, pastu nak tarik kereta pun kena panggil Kak Yong? Pehh! Bengap. DAN rosak ingatan zaman muda gua dengan Kak Yong RTM yang ajar gua English, kraftangan,  dan nilai-nilai murni. 

Gua dah cakap, gua boleh baca cerita melayu ni. Last sekali tu, si Herry (Shaheizy Sam) tu sebenarnya ada kena mengena dengan gangster jugak. Entrance gaya mamat siam dalam Kongsi - dia  dan ayahanda2 yang plan kahwin dengan Manja dan Reanna untuk satukan puak. WAT-TE-EF-HEL?

Ada yang explain kat gua, "takde, yang gaduh tu, dua group tu saja." Meh gua counter-argue "Pastu yang at the end, boleh pulak Min Siam tu lepak sekali minum beer tarik dengan Pak Hashim yang takut bini tu" Ha... jawab gua. CEPAT!

Gua cuba mencari moral dari movie ni, dan apa yang gua dapat adalah Gangster Sebenarnya Takut Bini. Gua juga question adakah ini satu moral.

Dengan keazaman yang menggunung, gua akan cuba amik handphone abang gua nanti malam dan purchase Nasi Lemak 2.0. Doakan kejayaan gua.

Sunday, October 9, 2011

Makan Pagi di Pagi Ini

Pagi tadi gua keluar gi beli makan. Dalam otak, gua dok list down apa menatang gua nak makan. Kalo time lunch, gua tahu dah, makanan paling mudah dapat adalah nasi goreng kampung. Duduk, order, 2 minit setengah kemudian, order datang.

Di Wawasan Kopitiam, ada pakcik/makcik roti canai power couple jual, of course, roti canai. Ramai penjawat awam time pukul 10 tu lepak situ, sambil baca sukabo dan borak-borak. Dalam hati, gua pun  berkobar nak join gomen, boleh keluar makan sesuka hati.

Pakcik/makcik roti canai tu, gua tengok tak menang tangan dibuatnya. Laku betol roti canai mereka.Oh... Sila amik nota, gua penggemar roti canai. Dalam seminggu, kalo gua tak pekena roti canai, gua rasa cam nak gi shopping. 

So, gua pun sampai ke kopitiam tersebut. Gua jalan terus, berdiri betul-betul depan pakcik/makcik roti  canai, gua senyum, gua toleh kanan. 

"Bang, breakfast set satu. Bungkus. Oh, saya nak tambah omelet dengan cheese" 

Nak kensel, malu. Bangang!

Wednesday, October 5, 2011

Cubaan Cerita Merapu Part 1 - Tech Sana Sini

Situasi di sebuah Megamall.

Tiga sahabat telah berjanji untuk menonton wayang bersama. Setelah membeli tiket wayang cerita yang review di internetnya agak bagus, tiga sahabat duduk bersidai di tepi-tepi dinding berdekatan pintu masuk ke panggung. Suasana diam. Tiga sahabat terkadang melihat jam di handphone android terkini yang boleh didapati di pasaran dengan harga empat kali gaji seorang N17, terkadang membalas SMS boyfriend sambil gelak sendiri, terkadang melihat orang yang lalu lalang dan memberikan tips fesyen sesama sendiri.

"Korang.." seorang dari tiga sahabat tersebut bersuara memecah kesunyian. "korang dah tengok youtube sensation yang kita suka tu?"

Pantas dua sahabat lagi mengangguk. "Dah tengok. Tapi vid dia yang kali ni cam hampeh sket. Tengok tak part yang dia buat- buat terpregnant tu? Oh mai gawd, lawak giler" Sahabat kedua ketawa terbahak-bahak.

Sahabat ketiga pun menyampuk "Itulah saya dah link kat Facebook hari tu. Korang nak tau, ada sorang minah ni dok kutuk-kutuk, apahal ntahnya.."

"Ala, takpe. Kita kan boleh buat twitter party...oh yeah.."

"Twitter susah la sekarang. I taknak lock tweet tapi I taknak certain orang tu baca nanti. Kalau Google+ ada feature yang I tak perlu nak share dengan orang tak? Kan macam FB ada PM tu kan.."

"Entah"

Tiga sahabat terdiam di situ. Tiada lagi isu. Tidak lagi ketawa.

(Pling) Pintu masuk panggung 4 telah menyala. Tiga sahabat melangkah masuk ke dalam.


Nota: Sila bagi idea untuk tajuk. Gua rasa durjana tak reti letak gapodio

(UntukMu PMR: Kertas BM) Gua Mahu Berleter

Kertas I - Pilihan Jawapan
Mari kita bersemuka (Lets face it) gua dan korang buka akaun Facebook, Twitter, Google Tambah, tulis blog, buat Tumblr - untuk apa?
I. untuk berkongsi cerita dan gosip
II. untuk layurkan di hidung kawan aktiviti snorkeling, bersauna dan berjoging anda
III.  untuk dapat kawan baru
IV. untuk ngendap orang
V. untuk kaut perasaan seseorang narcisst sekali sekala
VI. untuk setanding dengan kawan-kawan lain kerna tak sanggup lagi dikutuk oleh mereka bahawa jika tiada twitter dan seumpama, korang tak hip
VII. untuk menunjukkan kehidupan anda tidaklah sebosan mana.

A. I, II, IV dan VI
B. II, III, dan IV
C. II, III, V, dan VI
D. Semua di atas

Jawablah apa pun. Ini soalan multiple choice. Korang nak bulatkan semua dengan memilih D - takpe. Gua ok. Gua apa pun ok. Cuma, kalau ada yang pilih jawapan VII, gua rasa korang memerlukan kehidupan sebenar dengan orang sebenar. Kat luar rumah.

Habis, kenapa gua pun ada semua tu? Sebab gua nak rasa glamer? Mungkin. Meh gua karangkan 180 perkataan untuk korang.

Kertas II - Karangan

...........

10 minit kemudian * tchh.... nak karang apa ni?*


NOTALUTUT
Gua dah jawab kertas ni tahun 2000 dulu. Dengan warna yang berterbangan (with flying colors). Masa tu gua tak tahu kewujudan internet lagi. Gua cuma tahu buku dan perpustakaan. Gua tak reti apa itu Google dan Wikipedia. Gua pernah lebih kreatif .Gua juga pernah terkenal sebagai ensiklopedia bergerak kerana ketereran luar jangkauan gua mengetahui dan menerangkan perkara-perkara remeh. 

Motif entri ini tanpa hala tuju ini? Gua cuma mau korang baca. Buang masa barang 10minit dari hidup korang. Sebab gua dah gunakan dalam 20minit tulis entri ini (termasuk edit) memandangkan gua tak tahu apa jadahnya bentuk Writ Saman. Berguna atau tidak entri ini, korang tentukan sendiri.   

SELAMAT MENEMPUH BAHTERA PEPERIKSAAN, ADIK-ADIKKU.

Pengakuan: Gua tipu pasal perpustakaan. Gua jarang masuk perpustakaan selain untuk tidur atau disuruh cikgu. Gua selalu masuk bilik sebelah perpustakaan. Itu sebab kitorang diwajibkan mengadakan pembelajaran di situ atas permintaan Ustazah Majdah.

Sunday, October 2, 2011

Bila Yang Arif Tanya Soklan...

Lupa nak cerita *tepuk dahi* gua dah short call. Mekasih la kat LA gua yang susah payah ingatkan gua itu ini sebelum time. Kalo tak, memang gua pegi sengih depan hakim. 

By the way, gua dah janji sama hakim gua akan semak 2 dari 3 soalan beliau yang ketiga-tiganya gua gagal dengan jayanya sambil terliuk-liuk sebelah SHA. 

"Kamu dulu Sekolah kat SMKDSO, betul? Tinggal kat Lorong Seri, dekat dengan roundabout Teluk Wanjah tu, kan? BAIK! Soalan saya ....."

(lap peluh dengan penuh budiman di wajahku nan jelita pakai SK II hari pertama)

1. Beritahu saya siapakah Dato' Syed Omar?
Beliau adalah Menteri Besar Kedah dari tahun 1959 - 1967. Selanjutnya, boleh baca kat sini. (gua even malas nak kopipes. Dasar Generasi Google)

2. Siapakah Wan Jah?
Sumpah saya tak jumpa, Yang Arif! Dah google. Jumpa Wan Jah Market , Teluk Wan Jah , bulatan Wan Jah dengan Wan Jah Maktab je. Saya mintak izin pegi Muzium Negeri dulu, boleh?


Tuesday, September 27, 2011

Kekurangan Itu

Isnin lepas gua pergi tengok nenek kat spital. Masuk wad lagi. Nenek yang selalu gua nampak kuat berjalan dan bercerita zaman nenek moyang di istana dengan sekali-kali buat statement sebab gua selekehlah takde sapa nak kat gua bila masuk wad gitu gua nampak vulnerable. Lepas lebih kurang membahan dan tambah menggaram nenek gua pasal tak pantang makan, gua pun berniat pegi langgar pantang makan dengan menapak laju ke kantin Spital Sultanah Bahiyah tu.

Sambil gua beratur kat gerai goreng, gua terdengar satu suara menyumpah. "Lambat macam harraamm!" sila tekankan huruf RR.

Gua tengok sorang awek yang rupa boleh tahan menyumpah dengan jayanya terhadap kelambatan seorang akak penjual mee goreng. Dari caranya gua rasa pendidikan dia boleh tahan tinggi. Macam akak-akak kerja kerajaan. Oh, you know la how kerajaan female servants look.

Gua paham. Orang tak sabar ni. Atau dia dah tunggu lama. Tambah kalau lapar. Gua paham.

Yang gua tak paham, bila sorang makcik (gua rasa mak awek tu, atau makcik awek tu... entah, gua tak tanya) datang ke awek tadi dan cakap "Sebab tu dia kerja itu"

Gua tetibe feeling WonderWoman. Gua terasa macam nak cakap kat makcik tu;

"Makcik, pandai ke tak pandai ke - tak menunjukkan sifat kesusilaan seseorang. Walaupun dia kerja amik order mee goreng, itu tak bermakna dia kurang sifat toleransi atau kurang sopan-santun atau kurang berbudi pekerti. Yang banyak hantar mak bapak yang dah tua pergi rumah orang tua-tua tu, yang bijak pandai, gaji besar, yang kerja macam anak makcik ni la. Maksud saya dari penjelasan panjang lebar di atas tersebut adalah kekurangan hajaran seseorang tidak diukur dengan kekurangan ilmu duniawi di dada, makcik. "

Lepas bayar teh tarik, gua baru sedar gua karang ayat lama sangat. Awek dan makcik tu dah blah. Tamat.    

Wednesday, September 21, 2011

Movie Review 2: Hantu Bonceng

Ini review mak gua. Gua sesuaikan bahasa standard. Yelah, nanti gua letak mother tongue gua, korang tak paham.

Gua: "PAS bising kot Hantu Bonceng ada scene Zizan mengucap tak habis pastu jerit syaitan"

Mak Gua: "Lepas tu?"

Gua: "Ye lah. Jadi isu la, mak. Dia sebut Muhammadar... Syaitan. Terpesong akidah. woo. Tu, iklan PSA 8TV dulu pun isu.."

(ini adalah pandangan genuine mak gua. gua quote sahaja. btw, mak gua orang PAS senior. bukan golongan Pemuda PAS yang dah rosak fikiran liberal asuhan Tun M)


Mak Gua: "Niat awal pengarah tu baik. Dia nak tunjuk yang mat rempit tu ada yang reti agama. Takkan la mat-mat rempit melayu tak tahu nak mengucap... Dan juga nak tunjuk, bila susah, tahu nak berpatah kat jalan Allah.. reti mengucap, reti pi cari ustaz bila ada masalah, reti takut mati. Bukan setakat mat rempit, orang yang tak rempit pun dok main-main hukum. Sama saja."

Gua: "Pastu yang dok buat juga walaupun tahu haram apsal plak?"

Mak Gua: "Sebab dorongan hawa nafsu la. Diorang tahu salah, tahu buat tak betul, tahu benda tu haram... tapi hati tu lagi menang dari iman. Buat jugak."

Gua: "Ohh.... macam Ustaz Akhil Hayy la, mak kan? Tewas dengan godaan perempuan...." (ye, gua tahu takde kena - mengena)

Sunday, September 18, 2011

Movie Review: Hantu Bonceng

Soalan:
Kata dah beli Hantu Bonceng kat Astro First? Ha..amacam? Taknak komen ke? 
Rgawr

Jawapan:
Memang nak komen. Gua nak cakap, memang betullah cakap gua, manusia layak penggiat seni (kini) kat Malaysia ni cuma dua orang sahaja. Cuma dua orang ni saja yg boleh tarik gua masuk panggung dan buat cerita bermakna dan research gile sebelum buat cerita. Dan Ahmad Idham takde dalam waiting list pun.  

Okay, hari tu masa gua tengok Tolong Awek Aku Pontianak tu sebab Bob yang suruh.

Lepas Adnan Sempit dan Derr nya, sumpah gua takde hal lu nak sampah masyarakatkan tujuh ratus kali mat rempit dua ekor yang dok to'kk lagak-maknyah-camharom tu. Tapi gua nak tanya, hebat kah perasaan mempermainkan agama? Semata-mata nak orang bayar tiket RM12 per person yang kebanyakan mat rempit dan couple, anda alah bisa menjatuhkan agama? WOW! Tahniah. Betullah cakap ustaz gua dulu, buat benda haram ni best, bukan takat best, meriakkan lagi tambah...

Btw, orang jahil je rajin pakai "Tuhan takkan mengubah nasib seseorang melainkan dia mengubah nasib sendiri" Punya lah banyak ayat, hadith yang ada yang sampai kat kita? Itu je boleh terpikir?  

alahai~ dah nama buta agama, to'kk

Dan the great cerita pasal "salah di sisi undang-undang" - abis menunggang motor secara merbahaya dan menyebabkan kematian takpe la pulak? Takde langsung scene Amran keluar masuk balai polis setelkan hal, tetibe angkut bangkai motor dia pergi beli motor baru kat orang Siam. Skipping lalalitamplom check in hospital, masuk kerja lepas accident. Best part is, siap semua celebrate "perempuan yang mati bonceng motor ko hari tu belum ada yang tuntut" lantas dengan senang hatinya si Amran tu meneruskan kehidupan tanpa rasa bersalah sampailah hantu Maya tu dok ganggu.

Gila mempersendakan PDRM gak kan? Takde siasat motorsikal/mat rempit/si mati tersebut, haprak sangat ke polis kita yang brutal sampai takkan tak boleh trace kot nombor plat motorsikal, takde soal-siasat and takde juga polis nak carikan keluarga si mati padahal boleh pulak sorang nurse nama Halimaton dapatkan alamat gitu je dan pegi cari Ayu.

Takde komedi sangat pun... cikai2 je aku tengok lawak Si Zizan. Bila la Ahmad Idham nak buat komedi cam dulu2 tu.. Ala, komedi yang lawak nak mampus macam "saya nak buat macam mana ni, tok? bini saya dah terapung ni" 

Gua gelak WTF dua hari dok teringat line tu. Tu baru kita panggil komedi, bro!

Tu agama, hena undang2.. gua tonjolkan perkara paling severe dalam movie ni, gua nak cerita pasal tatabahasa. "Ko pergi tabur air kat simpang..." REALLY - TABUR AIR? 

Err... seriously, PDRM taknak saman ke? LOLOL

Friday, September 9, 2011

Wordless...Speechless


Gua takda perkataan untuk describe ini. Bersangka baik lah. Mungkin ini beg anak dia.


Tapi yang ini... yang ini.. serius bodoh!

Photo: Acidcow.com

Tuesday, August 23, 2011

Resepi Ayam Golek Nuri

Perrghhh....

Alambagai gua tengok memasing lawan upload masakan and/or makanan berbuka. Siap bagi resepi, cara-cara penyediaan lagi. Gambar? Wajib ghunnah dengan mereka adanya berposing sakan dari wujud makanan dalam pinggan sampai licin. Gua yang hampir takde makna kehidupan dapur ni pun terpanggil untuk berkongsi..

Gua present kat korang.... Ayam Golek Nuri~

Bahan-bahan;
Ayam Sekor
Rempah Kari
Santan

Cara-cara Penyediaan;
1. Mula-mula bersihkan ayam, lepas tu simpan dalam peti sejuk.
2. Amik kunci kereta, pegi kat Bazaar Ramadhan (kalo gua, yang terdekat kat Taman Nuri) pegi kat hujung-hujung sket, ada sorang brader yang muka ala-ala Halim Othman pakai baju pagoda putih, topi Barisan Nasional, berseluar yankee sedang memutarkan roda seperti dalam Roda Impian. Tapi, takde la kadbod tulis duit juta-juta, ada la ayam tujuh lapan ekor kena sula atas roda tu.
3. Beli ayam tersebut dengan harga RM18 sekor.
4. Bawak balik dan hidangkan mengikut citarasa anda.

Apa nak buat dengan rempah kari dan santan tu? Kat rumah gua jualkan aje. Rumah gua kan grocery.

*gelak sendiri*

Wednesday, August 17, 2011

Baju Raya Gua

Tadi malam gua pegi Star Parade, Alor Setar (okay, kantoi tak pegi tarawikh) Gua round-round survey baju raya. Pehh! Dah la mahal, tak cantik, takda plak saiz gua. Tu belum kira muka kerek kakak-kakak tukang jual baju yang pandang gua atas bawah bila gua try belek-belek baju diorang. Gua calit taik hidung kang!

Gua takda pilihan, gua dah fedap. Gua maybe pakai baju ni raya nanti. Gua rasa gua pakai lepas semayang raya la yang ni. Mati kena jantung kot nanti makcik-makcik kat masjid Derga tu.


Tuesday, August 16, 2011

Golongan2 Pada Acara Duit Raya

~sampul raya gua ada, duit raya gua takda~

Adalah menjadi uruf rakyat Malaysia amnya, pada musim perayaan memberi duit raya. Gua tak tahu datang mana uruf ni masuk ke ruang lingkup orang Melayu, gua cuma tahu time Chinese New Year je ada angpow. Time Deepavali ada tak hah diorang bagi duit raya?

Anyway....

Bercerita mengenai duit raya ini, korang perlulah melihat kepada syarat-syarat khas sebagai pemberi dan juga penerima. Tak cukup syarat, korang tak layak. Penerima lazimnya taraf 'anak' - anak sendiri, anak tiri, anak sedara, anak sedara gefren, anak sedara dua pupu dan sewaktu dengannya.

Dan rasmi penerima-penerima duit raya adalah mereka-mereka ini;
1) Minor di bawah 18 tahun
2) Pemuda/pemudi pelajar universiti atau kolej
3) Mereka yang belum berkahwin
4) Mereka yang belum bekerja.
(Dua golongan terakhir tersebut, subject to change. Ikut emosi pemberi, sama ada korang ada butthurt atau pokefun diorang tak)

Syarat tambahan pula, korang mestilah mengingatkan pemberi-pemberi duit raya ini bahawa mereka belum memberi duit raya kepada korang dan bila korang buka sampul raya tersebut, korang mestilah mengucapkan ayat seperti ini "Ala, RM------ je ke?" (letakkan nombor di sini)

Kita lihat pula kepada golongan pemberi duit raya pula. Mereka terdiri daripada;
1) Ibu bapa
2) Bapa/Ibu Sedara
3) Mereka yang dah Kawin
4) Si kaya yang hartawan, dermawan dan segalawan
5) Mereka yang dah kerja DAN kerja dengan gaji masyuk

Dan, dengan merujuk kepada fakta dan syarat di atas tersebut, gua nak umumkan, gua tergolong dalam penerima duit raya bagi tahun ini. Sebabnya gua tak memenuhi syarat pemberi. Sekian.